Sunday

Resepi Kerabu Mangga yang Ringkas dan Sedap!!!

Korang, siapa yang suka makan Kerabu?? Selalunya masyarakat melayu memakan kerabu sebagai penambah perasa. Ada juga yang jadikan kerabu sebagai salah satu makanan hidagan seakan - akan sayur. Macam Bella , Bella lebih suka Kerabu daripada masakkan sayur. Kerabu ini istimewa sebab segala rasa ada dalam satu hidangan. Manis, masam dan pedas. Kadang kadang Bella ratah saja. Mak Bella hebat betul buat kerabu Taugeh bercampur dengan akar pokok Cekur. Bella suka giler sampai tanam pokok cekur itu dalam pasu sebab dekat KL susah nak dapat. Tapi, resepi itu nanti dulu. Hari ini Bella hendak kongsikan Resepi Kerabu Mangga yang Ringkas dan Sedap!!! Jangan tidak tahu, ini adik Bella punya resepi. Hebat dia. Sambal belacan dia bikin pun sedap. Boleh minta hantaran tinggi untuk dia. Jom Bella kongsikan.

resepi kerabu mangga


BAHAN - BAHAN
  1. 2 Biji Mangga muda
  2. 1 Batang Bunga Kantan
  3. Sedikit Cili Api Mengikut Citarasa
  4. Segengam Udang Kering.
  5. Sedikit Garam dan perasa (jika perlu) 
CARA-CARANYA
  • Mangga dihiris secara memanjang dan halus. 
  • Bunga Kantan diricih halus.
  • Cili Api dihiris kecil.
  • Udang kering ditumbuk kasar bersama dengan garam.
Letakkan Mangga yang telah diricih, dalam mangkuk yang besar dan campurkan kesemua bahan secara sekata. Taburkan sedikit perasa jika perlu.

kerabu sedap, resepi kerabu sedap, resepi kerabu ringkas.

Siap!!! Adik Bella yang buat semuanya. Bella tengok dan tangkap gambar saja. Gambar selepas digaul tidak ada. Mak marah. Lambat sangat nak makan. Huhuhu. Paling penting, Sedap, cepat, mudah dan terbaikkk!!


Selamat mencuba.

5 comments:

  1. hahahahha siap kena marah ngan mak heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marah, menantunya tunggu lama. Sayang menantu sgt.

      Delete
  2. Nak amik gambar lambat mana mak tak marah bella...tp gambar cantik...cayalah!

    ReplyDelete
  3. Kalau kerabu ada mangga, makan berpinggan2 pun takpe :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari