Thursday

KILAUAN MEMUKAU dari SWAROVSKI ZIRCONIA

zirconia, swarovski, diamond

Bella telah dijemput untuk menghadiri majlis menandatangani perjanjian diantara HWL Jewellery Trading Sdn Bhd dan Swarovski Gemstones, sebuah syarikat antrabangsa yang amat terkenal diseluruh dunia dalam  menghasilkan batu -batu permata yang berkualiti paling tinggi. HWL pula ditubuhkan pada tahun 1985 dengan menggunakan nama syarikat Hup Weng Jewellery Trading Company dengang menggunakan jenama CAP88 (Cap Lapan Lapan). Sudah pasti kualiti nya amat diyakini dan terbaik kan? Bella pun dah tengok sendiri SWAROVSKI didepan mata Bella.KILAUAN MEMUKAU dari SWAROVSKI ZIRCONIA. Memang bling - bling biji mata.



Menurut Mr Low Soon Tian, director HWL Jewellery Trading Sdn Bhd, syarikatnya amat mementingkan kualiti dan aktiviti utama syarikat mereka adalah membeli, mereka bentuk, menghasilkan, mengeluarkan dan mengedarkan emas dan perak daripada bahan - bahan yang mentah kepada perhiasan yang mengagumkan.C88 mempunyai 600 pelanggan (kedai emas) di seluruh Malaysia. Hebatnya.Ia juga berkata, Proses dan kualiti pembuatan sangat dititik beratkan dalam penghasilannya setiap barang kemas milik syarikatnya dan ia tidak mustahil kerana pembuatan dan penghasilan dilakukan sendiri.



Apa yang menyebabkan HWL Jewellery Trading Sdn Bhd bergabung dengan Swarovski adalah untuk lebih maju dan jaya. Ia adalah satu gabungan yang menglengkapkan satu sama lain. Gabungan ini akan memantapkan lagi penghasillan barang kemas dan menjadikan ia lebih sempurna. Kesempurnaan ini dapat diperolehi dengann menggabungkan teknik pembuatan barang kemas dari C88 Premier, dengan batu permata kualiti tertinggi dari swarovski, dengan harga jualan yang munasabah. Ia akan membolehkan C88 untuk menghasilkan batu - batu permata Swarovski dengan pelbagai bentuk dan warna pilihan secara innovative. Jadi, gabungan ini dilihan dapat menghasilkan lebih banyak ciptaan baru dari masa ke semasa.



Korang tengoklah batu batu permata SWAROVSKI yang telah siap ditempa. Gile cantik memukau. Inilah contoh - contoh KILAUAN MEMUKAU dari SWAROVSKI. Menangis tengok. Bagi memastikan kualiti batu permata ini terjamin, Satu standard kualiti dalam menukang batu permata ini telah ditetapkan oleh C88 Premier.


Korang tidak akan jumpa batu permata  yang sama seperti yang ditukang oleh HWL Jewellery terutama yang jenis premium.Kesemua barang kemas ini ditempa dengan sangat teliti dengan menggunakan cara yang agak rumit dan memakan masa yang lama. 


Kualiti barangan kemas dari C88 Premier ini, bukan sahaja dititik beratkan dari segi tukangan batu permatanya, pemegang batu permata itu juga amat dititik beratkan kualiti dan penghasilannya. Ia ditempa dengan amat berhati -hati agar permukaannya licin dan sentiasa berkilat. Standard kualiti dari dan teknik pasang batu berperingkat Berlian asli (C88 premier ) inilah yang membezakan dengan teknik pasang batu permata yang biasa.




Korang tidak tergoda ke bila tengok batu permata swarovski yang bertaburan berkilau ini? Amat bersesuaian dengan mereka punya tagline " Eternal Sparkles Product of highest quality can be made available ". Korang rasa macam tidak puas cuci mata di sini? Bolehlah korang ke:-




Jom kita sinarkan mata orang sekeliling kita dan cemburukan mereka dengan KILAUAN MEMUKAU dari SWAROVSKI ZIRCONIA.

1 comment:

  1. Pergh.. silau mata. Sure harga menangis! Cantiknya laaaaaa

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari