Tuesday

Apa ada di BANGI WONDERLAND THEME PARK AND RESORT

Bila Bella diajak Oleh Blogger Ummi Nani untuk bersama merasai sendiri keseronokkan bermain di Bangi Wonderland, bella terus teruja dan seronok sangat - sangat. Bella dah suben gerak dari Rawang ke Bangi dalam kul 8.00 pagi macam tu. Janji hendak jumpa dengan Blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari di Bangi Wonderland jam 9.30 pagi. Apalagi, Suben pun memecut laju. Sarapan pun tidak sempat. Bila sampai sana, fuhh!!! Agak penuh dengan orang yang beratur. Tapi tiket kami diuruskan oleh pihak Bangi Wonderland, Apa lagi!! terus berlari masuk sajalah. Jom Bella tunjukkan pada korang APA Yang di BANGI WONDERLAND THEME PARK AND RESORT

bangi theme park and resort

Bila Bella sampai, punyalah penuh orang yang sedang beratur sama ada yang hendak beli tiket ataupun yang mahu masuk kedalam. Jadi, memang tidak bolehlah Bella nak berlari jawapannya. Selfie satu dua. Hendak tunjuk pada korang betapa ramainya orang. Mungkin sebab waktu ini sedang cuti sekolah. Bella terfikir juga, apa yang menyebabkan barisan menjadi panjang.Rupanya beg kita akan diperiksa satu per satu. Takut korang angkut makanan. Jadi, masuk sini tidak boleh bawa masuk makanan ok.

bangi wonderland

Masa nak masuk taman tema ini, macam biasa dorang akan bagi tag untuk diletakkan ditangan. Bagi ibu bapa, lekatkanlah untuk anak anda. Jangan bagi dia lekat sendiri takut terlalu ketat ataupun longgar sampai hilang plak nanti. Hilang tidak dapat masuk plak. Kena beli baru. Lepas pekerja scan tag yang diberi, barulah kita boleh berlari dalam ini dengan bebas, tenang dan gembira. Sebab dah bayar kan. Keluar saja dari pintu masuk Bangi Wonderland Theme Park And Resort ini, Korang lebih baik terus ke kiri. Korang akan terus jumpa dengan tandas dan locker besar untuk simpan semua bag korang. Locker nya agak besar, Bella rasa korang boleh kongsi dan letakkan 3 bag sekaligus.

tempat menarik di selangor

tempat bercuti

kemudahan di bangi wonderland

Bila korang ke bahagian kiri, korang akan jumpa dengan tempat tukar baju dan penyimpanan bag ini. Masa Bella datang ni, Bangi Wonderland ini baru buka. Jadi orang tidak ramai lagi.Senang sangat hendak dapatkan locker. Korang jangan terkejut bila korang datang waktu cuti sekolah dan tengah hari, orang yang beratur sangatlah ramai dan sangat lah penuh. Silalah datang awal pagi. Korang pasti tidak akan menyesal. 

taman tema terbaik di selangor

Sebelum korang menerjah satu per satu permainan disini, Bella cadangkan korang tengok peta yang disediakan terlebih dahulu untuk menjimatkan masa korang. Kenapa? Bagi yang pertama kali datang kesini, korang mesti blur tidak tahu hendak tuju kemana dahulu. Peta ini akan menunjukkan lokasi - lokasi permainan yang disediakan. Bella suka dengan BANGI WONDERLAND THEME PARK AND RESORT kerana lokasi permainan ke satu permainan sangat hampir dan mudah. Bila korang tengok pada peta ini, korang boleh tentukan mana korang hendak main dahulu. Kalau tidak, dah keluar baru perasan, "eh!! benda ini adalah. Tak perasan tadi." Jangan salahkan Bella kalau benda macam itu berlaku ok.

taman tema air


taman tema air di bangi

Turun saja dari tangga, korang akan nampak cafe.Suben dah lapar sangat. Baru ingat hendak terus makan. Tapi tidak buka lagi. Jadi Bella cadangkan dia beratur naik WATER CANNON dulu. Bella beria - ia suruh dia cuba sebab Bella rasa ia permainan baru. Bella tidak pernah nampak lagi di mana - mana taman tema. Suben kata, "Sakit bontot woo" huhuhu. Korang cubalah. Bagi yang tidak tahu berenang, jangan risau. Ada pengawal yang akan bantu menarik korang ke tepi. 


BANGI WONDERLAND THEME PARK AND RESORT

BANGI WONDERLAND THEME PARK AND RESORT

BANGI WONDERLAND THEME PARK AND RESORT


Selepas mendengar ruguntan suben tu, Bella terus berlari ke kawasan No 2. Disinilah terkumpulnya semua permainan air yang ganas dan laju. Masa itu masih awal jadi kebanyakkan tempat masih kosong. Sangatlah rugi sebab suben tidak mahu main benda alah ini awal - awal sebab kami tidak bersarapan lagi. Dia tak larat. Masa Bella hendak keluar dari kawasan ini, terjumpalah Ummi Nani yang memaksa Bella naik permainan air yang macam speaker besar ini. Bella rasa macam alamak, tidak seram pun. Sekali naik!! mengeletar kepala lutut. Takut giler!! hishh cerita ini pun meremang bulu tengkuk. Seriau. Tapi, mesti cuba bila sampai sini. Seram tapi perasaan seram yang seronok. Mesti cuba. Ikutkan hati Bella ni, Bella hendak saja beratur untuk bermain dengan permainan yang seriau  yang lain. Tapi, Suben minta kitaorang makan dulu. Cafe buka jam 11.30 jadi ngam2x waktu kami selesai main permainan ini, kami terus menuju ke Cafe.


bangi theme park

Bella makan nasi ayam. Suben pula makan Nasi campur. Sedap juga. Tidak sia - sia suben mengosongkan perut. Cafe luas dan besar. Cuma masa mengambil makanan leceh sikit suben kata. Tapi ok saja. Janji dapat makan.Bella cadangkan BANGI WONDERLAND THEME PARK AND RESORT menambahkan menu dan gerai makanan. Memudahkan semua pengunjung.

bangi wonderland

Lepas makan semangatlah balik. Terus terjun dalam kolam yang dipenuhi buih2x ini. Direka seolah - olah kita didalam spa peribadi. Memang seronok Bella bermain dengan buih - buih yang kuat ini. Seolah -olah mengurut tubuh badan Bella. Turut disediakan kerusi yang di tenggelami air untuk korang betul - betul merehatkan badan. Cuma kalau korang baring lama-lama, menjeling cik Bedah kat sebelah. Dia pun hendak rasa memanjakan diri diatas kerusi yang ditengelami air. Jadi, berpadalah. Bagilah semua orang dapat merasa. Bella baring kejap, selfie seketul dua terus gerak ke ombak buatan. Sebelum sampai ke Pantai buatan yang ada Ombak buatan yang cukup kuat ini. Berhenti sekejaplah di Taman air yang memang dikhaskan buat kanak - kanak. Comel dan teratur sangat tempatnya. Bella paksalah suben singgah kejap. Seronoknya. Sebab Bella pun kanak - kanak lagi, itu yang happy sangat tu.




Sudah puas berebut tempat dengan kanak - kanak untuk dapatkan lokasi pengambaran terbaik, Bella terus menuju ke Pantai yang berombak! Seronok betul.





Bella tidak tahu berenang, tapi suben paksa - paksa Bella menyelamlah, Berenanglah, bawa Bella ke kawasan air dalam. Jadi, Bella terpaksalah berpaut dibelakang suben Bella ini. Jadi cengkerang dia sekejap. Amaran bagi yang Belum kawin, Korang jangan buat macam ini. Duduk jauh - jauh dulu. Segan sikit ngan orang sekeliling dan paling penting dengan Maha pencipta. Kita ini hambanya saja. Sekadar teguran. Bella tengok ramai yang selamba berpaut. Bella rasa bertanggungjawab nak tegur disini. Halal nanti sukati koranglah hendak buat apa pun yer. Eh!! Membebel pula. Kalau korang terigin hendak pergi, tapi mahukan harga yang istimewa. Korang bolehlah follow dan like laman sosial Bangi Wonderland dibawah!!!


Rasa macam tidak teruja??? Silalah tengok video Bella bergumbira di Bangi Worderland Theme Park! Mesti korang cemburu. 


Semoga bermanfaat. Selamat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

2 comments:

  1. Baru tahu pasal bangi wonderland tgk fb aritu... nampak mcm menarik tapi harga mcm mahal... jd pegi ke gambang waterpark n cameron ajela dgn anak2 cuti sek tempoh hari...

    ReplyDelete
  2. thempark baru kat bangi ni, belom pernah terjah..insyaAllah nanti

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari