Sunday

Almari Bilik BAJU Stail Terbuka

Siapa yang mengikuti rapat Instagram @Bella_idura dan FaceBook Bella, Mesti tahu kan. Bella sedang bersusah payah menyiapkan dan men "Deko" Rumah Bella. Masa temgah mencari - cari dekorasi untuk rumah dan setiap ruang dan bilik rumah Bella tu, Bella terjatuh cinta dan Bella rasa amat terbaik untuk buat salah satu daripada bilik Bella menjadi Bilik Baju. Paling penting, Almari Bilik Baju STAIL Terbuka punya. Nampak kelas dan moden. Sini Bella kongsikan diantara Design almari baju terbaik dan cantik. 

design almari cantik

Bella rasa ini adalah yang simple, comel dan kemas. Cuma macam kita, agak tidak sesuai untuk diletakkan kasut dalam almari. Bella rasa macam kotor. Kasut pun bukan mahal sangat. Jadi kena tukar bahagian itu. Hmmm cantik sangat.

design bilik baju terbaik

Design macam ini ok juga. Tetap comel dan ringkas. Cuma Bella rasa, Tidak akan muat baju Bella kalau susun gaya macam ini. Baju Suben lagi. Mungkin sesuai untuk korang.


Design macam ini terlalu besar buat bilik baju Bella yang comel. Tidak muat kalau design gaya macam ini.


Ini pun ok dan logik. Korang perasan kan, dua almari sebelum ini baju dorang hanya warna hitam putih saja. Tidak logik langsung. Bila ada warna warni macam ini, barulah betul.

stail almari bagi perempuan

Ini almari mengikut kepandaiaan otak sendiri ini. Sebenarnya tempat baju ini adalah gabungan dari rak dan pengantung baju. Tutupkan dengan langsir, jadilah satu sudut baju. Idea yang menarik. Tapi bagi Bella kurang kemas. Huh! Cerewatnya.





Pink!! Merah jambu dimana - mana. Contoh dekorasi yang ini pun Bella suka. Warna Pink. Gegirls. Gadis, mesti suka warna pink. Termasuklah Bella. Cuma almari Bella kongsi bersama Suben. Jadi tidak sesuai konsep pink ini.














Ini adalah konsep yang bersesuaian dengan bilik Bella. Konsep yang Bella inginkan. Mungkin juga korang boleh guna pakai. Lepas ini Bella kongsikan dengan korang, apa dah jadi dengan bilik baju Bella. Design mana satu yang Bella pilih. Minggu depan Bella kongsikan link. Tunggu...

3 comments:

  1. Open wardrobe konsep memang cantik tapi kena betul2 kemas la :)

    ReplyDelete
  2. Dah lama suka konsep gini.. Tp rumah skrg takde bilik nak buat gitu.. Kene tunggu ade rumah sendiri dulu nanti, InsyaAllah~

    ReplyDelete
  3. open wardrobe mcm ni kena nmpk kemas selalu, tp yg mudah ye senang nak capai & jimat masa..sy pun suka open wardrobe, simple

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari