AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Sunday

CUTI SEKOLAH BERMULA

Cuti sekolah telah bermula! Bella sudah tentulah seronok. Bukan sebab Bella masih dibangku persekolahan, tapi jalan raya pagi - pagi sangat lengang. Kurangnya kesesakkan lalu lintas. Bila cuti sekolah bermula, bangun lewat sikit pun tidak jadi masalah besar. Masih boleh menarik nafas lega sebab Bella pasti perjalanan memang lebih mudah dari hari biasa. Tapi, bagi ibu bapa yang ramai anak masih bersekolah, mesti merungut sakit kepala dan lebih menyukai hari persekolahan. Pening rumah sentiasa bersepah walaupun dah kemas banyak kali kan? Anak - anak bergaduh dan ada juga yang sakit kepala memikirkan dan menyusun aktiviti - aktiviti buat anak - anak supaya sentiasa terisi dengan perkara yang berfaedah. Bella berkesempatan mengikuti aktivti bersama dengan Ancasa Residences Port Dickson. AKTIVITI CUTI SEKOLAH ANCASA JUNIOR CHEF.

aktiviti cuti sekolah

ANCASA JUNIOR CHEF 

ANCASA JUNIOR CHEF adalah program yang sentiasa ditunggu - tunggu oleh kanak - kanak yang telah mengikuti program ini sebelum ini, kerana ia adalah program yang dijalankan tiap - tiap tahun semasa musim cuti persekolahan di Ancasa Residences Port Dickson. Acara tahunan ini, korang hanya boleh sertai sama ada di Ancasa Resident Port Dickson ataupun Ancasa Royale Pekan Pahang. Tapi tarikhnya berbeza - beza. Mesti korang tertanya - tanya kan? Program apa ni? Tak pernah dengar pun. Seronok ke? Jangan risau. Bella sudah sedia dengan semua jawapan yang korang nak tahu. Janji korang baca sampai abis je. 

aktiviti menarik di port dickson

PENDEDAHAN  MEMASAK DIDALAM USIA YANG MUDA

Bagi ibu bapa yang tertanya - tanya mengenai objektif dan tujuan program ini, ia adalah satu program khas buat kanak - kanak untuk memberi pendedahan awal mengenai masakan. Ia bukanlah pertandingan memasak. Siapa masak paling sedap, atau siapa masak paling cepat akan dapat hadiah. Ia juga bukanlah kelas masakan untuk mengajar anak - anak kita cara - cara memasak. Ia hanyalah memperkenalkan kepada anak - anak kita memasak itu apa. Unik sangat kan? Bella pun teruja. Sangat menarik. Ia seolah - olah main masak - masak, tapi "in real". Kalau anak - anak korang suka sangat main masak - masak guna dapur dan makanan plastik atau tanah liat tu, memang sesuai sangatlah bawa dorang kesini. 

aktiviti cuti sekolah

MEMUPUK MINAT DALAM DUNIA MASAKAN

Seronok Bella tengok bila anak - anak comel ini teruja setiap kali diberi peluang memasak makanan mereka sendiri. Ada yang terlalu seronok sehingga masak sambil menari. Sebab pihak resort memasang lagu baby shark sepanjang mereka sedang memasak. Ada juga yang terlalu fokus dan serius semasa memasak. Mungkin takut memegang alatan memasak buat pertama kali, atau risau apa yang mereka masak tidak menjadi. Paling penting semuanya kelihatan sangat teruja setiap kali diberikan arahan untuk mula memasak. Korang pun mesti nak tengok kretiviti anak - anak korang kan? Inilah masanya.

ANCASA JUNIOR CHEF

PENYERTAAN PENUH SETIAP TAHUN

Pada kali ini, Program Ancasa Junior Chef yang diadakan di Ancasa Residences Port Dickson ini, telah disertai seramai 40 orang kanak - kanak. Ia terbuka hanya untuk kanak - kanak yang berumur 8-12 tahun sahaja. Penyertaan memang mengalakkan terutama daripada penduduk setempat dan juga anak - anak yang telah menyertainya pada tahun lepas. Lepas ini daftarkan pula anak korang ok. Mak bapa juga boleh datang temankan anak masing - masing. Tengoklah kretiviti anak masing - masing kan. Mana tahu, rupanya mereka ada bakat terpendam. Bakal chef terkenal rupanya.

aktiviti kanak - kanak

TEMA MAKANAN SIHAT SEIMBANG

Tema Ancasa Junior Chef bagi tahun ini adalah makanan sihat seimbang. Jadi Chef Ancasa Residences telah memilih 3 menu yang ringkas dan sihat untuk chef - chef cilik ini masak. Menu pertama adalah Mixed Fruit Salad With Mayonnaise. Ia bagaikan menu perkenalan buat chef - chef cilik ini. Apa yang perlu dilakukan oleh mereka hanyalah memotong buah - buahan ini ke bahagian yang lebih kecil dan gaulkan dengan mayonnaise. Nampak segar dan lazat. 

aktiviti menarik cuti sekolah

Menu kedua, pada Bella ia lebih kelihatan berat sikit sebab chef - chef cilik ini kena memasak diatas api. Chicken Schnitzel With Orange Segment Butter Sauce. Namanya pun panjang berbelit lidah nak sebut. Apa yang chef - chef cilik ini perlu belajar dan buat sendiri adalah :-
  • Mengaulkan tepung, telur dan panko didalam mangkuk pertama.
  • Mengaulkan ayam dengan lada hitam dan garam.
  • Mengaulkan tepung dengan ayam dan breadcrumbs.
  • Mencairkan mentega didalam kuali.
  • Masak ayam menggunakan mentega yang telah dicairkan selama 3 minit.
  • Siap dan hiaskan. 
Fuh!! memang hebat. Semua chef - chef cilik ini berjaya melakukan tugasan. Semuanya menjadi dan nampak sedap. Bella tengok pun telan air liur.



aktiviti menarik cuti sekolah

Menu ketiga lebih kepada melihat kretiviti anak - anak masing - masing. Mexican Bun Decoration. Bila tengok pada menu, Fuh! chef - chef cilik ini kena baking ke? Serious la. Bella pun tak pandai buat roti. Rupanya tugasan ketiga ini, hanyalah menghiaskan roti. Anak - anak diberikan whipped cream, choclate rice, marshmallow dan chocolate stick untuk mencantikkan roti masing - masing. Memang sangat kretif dan berbagai bentuk dan corak dapat dilihat.


ASPEK KESELAMATAN 

Bila dilihat menu - menu yang anak - anak ini perlu sediakan, mesti ibu bapa menjadi risau tentang aspek keselamatan anak - anak ini kan? Kena pegang benda tajam macam pisau dan benda panas. Jangan risau, pihak Ancasa Residences Port Dickson telah cukup bersedia dengan menyediakan pembantu disetiap meja, termasuk seorang chef hemsem di setiap meja chef cilik ini. Fuh! tengok chef - chef kacak ni dik, akak pun tetiba ringan tangan nak masak sama. Hahaha.


Segala peralatan dan kelengkapan dipastikan selamat. Kalau anak - anak ni dilihat kekok ataupun sukar hendak memegang peralatan yang lebih besar dari mereka, Chef yang akan buatkan. Hanya kerja - kerja ringan dan chef yakin untuk mereka buat sendiri, barulah chef lepaskan. Jadi ibu - bapa, jangan risau. Biarkanlah anak - anak korang menyelami dunia masakan ini ye.


aktiviti melukis batik

MELUKIS BATIK

Acara yang terakhir adalah melukis batik. Bella pun berkesempatan melukis batik. Teringin juga. Seronok juga rupanya melukis batik ni. Memerlukan ketelitiaan kita dalam pemilhan warna. Bella rasa macam eh, nak guna warna apa ni? Macam mana nak letakkan warna dengan kemas ni? Tapi, anak - anak yang lain, semua dah siap. Berbagai campuran warna dan sangat - sangat kretif. Power dik, akak pun tak terfikir nak warna macam tu.

aktiviti menarik cuti sekolah

Tengoklah lukisan anak - anak ni. Cantik kan? Sangat kretif. Tak semestinya bintik zirafah hanya berwarna orange kan? Tidak semestinya penyu berwarna hijau lumut. Inilah namanya seni. Bella pula, sibuk campurankan warna untuk dapatkan wana hijau lumut. Padahnya, budak - budak lain semua dah berlari - lari, Bella sibuk lagi mewarna.  Adus.


aktiviti menarik semasa cuti sekolah

YURAN PENYERTAAN

Mesti ada yang tak sabar - sabar nak daftarkan anak - anak korang untuk aktiviti tahun hadapan kan? Bagi setiap penyertaan, yuran pendaftaran sebanyak Rm70.00 sahaja dikenakan. Bagi Bella sangat berbaloi. Sebab dengan hanya Rm70.00 mereka akan dapat :-

  • Setiap penyertaan akan diberikan apron dan topi chef yang direka khas untuk Ancasa Junior Chef ini. Nanti masa nak ajar anak - anak masak, bolehlah suruh mereka pakai. Berbolai kan? Apron ini boleh dipakai berulang kali. 
  • Ramai tenaga pengajar dan petugas yang ditugaskan untuk menjaga kebajikan anak - anak dan berbagai aktiviti yang menarik anak - anak untuk turut sama serta dalam semua aktiviti. Setiap pergerakkan anak - anak akan dipantau dan akan dipastikan anak - anak berseronok dalam aktiviti ini.  Mereka juga boleh bergaul dengan rakan - rakan yang baru. 





  • Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan. Ala - ala macam graduation. Seronok anak - anak ini bila naik ke pentas dan diberi penghargaan macam ni. Bolehlah simpan sebagai kenangan juga.



  • Chef - chef cilik ini dirai dengan majlis memotong kek tanda tamat majlis. Berebut - rebut mereka hendak memang pisau untuk potong kek. Masa potong kek ini pun, belon dijatuhkan. Majlis ini hanya untuk anak - anak kita sebab mereka berjaya menjayakan progam ini dengan jayanya. Semua dengar cakap.  


aktiviti menarik cuti sekolah, aktiviti cuti sekolah


  • Kesemua barang yang anak - anak kita masak memang disediakan. Termasuklah alatan melukis batik. Bukan itu saja, apa yang anak - anak ini masak, mereka boleh terus makan, atau bungkus bawa balik. Bella rasa, kos barang - barang ini pun dah lebih RM70 Memang sangat berbaloilah.


chef cilik, chef kanak - kanak,

ancasa residences port dickson

penginapan menarik di port dickson

  • Makanan tengah hari disediakan buat semua peserta.Buffet di Coffee House lagi. 
Berbaloi sangat kan? Ini semua anak - anak akan dapat dengan hanya RM70 Bella rasa program ini macam percuma saja dengan pulangan yang anak - anak kita dapat. Itu tidak dikira dengan keriangan, pelajaran yang mereka dapat, senyuman di wajah mereka, kesungguhan dan kretiviti yang mereka tunjukkan. Itu semua tak ternilai kan? Pandangan Bella sendiri, program Ancasa Junior Chef ini memang amat menarik. Bella pun tak pernah tengok program yang macam ini dimana - mana. Ilmu dan keseronokkan buat anak - anak dalam masa yang sama.



HUBUNGI ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON


Maklumat yang lebih lanjut, korang boleh hubungi AnCasa Residences Port Dickson di:

WEBSITE ANCASA HOTEL :- www.ancasahotels.com
ALAMAT :- 8 1/2 Jalan Pantai Teluk Kemang. Negeri Sembilan, Port Dickson, 71050 Malaysia.
TELEFON NO :- 09-4246600


Semoga Bermanfaat :)

Monday




Salam korang, alhamdullilah. Berat Bella dah banyak turun. Dulu 68kg tau. Sikit lagi nak potong HB.  Mengelabah nak kurus sebab takut nampak HB lagi muda. Tambahan pula, tak lama lagi Hari Ulang tahun Bella yang ke 6. Kalau boleh nak nampak cantik sikit la. Nak pakai gaun meleret. Angan - angan joyah betullah Bella ni. Ok, Jom Bella kongsikan Cabaran DIET ke- 2 Minggu pula. Diet ni paling penting DISPLIN. Kena maintain dan jujur dengan diri sendiri. Air memang tiap hari kena telan 1 liter. Perrghhh rasa nak muntah! Tapi effect dekat Bella memang banyak. Bella memang jarang minum air masak. Apa yang Bella rasa bila minum banyak air masak ni ? Antaranya :-


  • Kulit muka rasa macam lebih berseri.
  • Kulit muka susah nak tumbuh jerawat.
  • Badan lebih segar.
  • Senang membuang.
  • Cepat kenyang. 
Jadi, sementara nak diet sebab nak cantik untuk suami, dapat kelebihan cantik kesihatan juga. Jom "EAT CLEAN".


Sarapan Pagi

➽ Ayam Bakar 5 slices - 193 Kalori


Makan Tengah Hari

➽ Carrot Cake with Walnut 40gram - 160 Kalori

Makan Malam

➽ Macaroni and Cheese Pizza 1 slice - 468 kalori


Tak selera makan ni, sebab HB pergi kursus. Nampak tak!! Lebih kalori 321. Perrghhh!! 

Saturday

Assalamualaikum...

Hari ini Bella nak kongsikan mengenai kecantikkan.Perempuan, gadis atau wanita mana yang tidak mahu kelihatan cantik, anggun, bergaya dan cun apatah lagi menawan??? mesti nak kan? kan sini Bella nak kongsikan satu tempat yang best sangat dan korang mesti cuba.Tempat dimana kita akan dimanjakan bagaikan puteri. RIESSAROSE beauty & Health Spa. Ia adalah tempat Massage Dan Facial Murah yang Terbaik Di KUALA LUMPUR - RIESSA ROSE

spa terbaik di kuala lumpur

Sinilah tempatnya. Pusat kecantikkan wanita. Riessa Rose Beauty & Health Spa. Riessa Rose ini, memperkenalkan penjagaan kecantikkan badan dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki.Riessa Rose ini telah berada di dunia kecantikkan lebih 10 tahun dah. Mesti korang tak sabar nak tahu lokasi Spa ini kan? Ia terletak di:-

RiessaRose Beauty & Health Spa 
Lot F-07A First Floor 
G-Village NO.35
Jalan Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur
Mobile : 012 - 2203572
WhatsApp : 010 - 2393572

Jalan lupa screen shot alamat ini dan simpan no tel spa ini. Kali ini Bella datang untuk massage satu badan Bella ni. Terasa tersimpul sana sini. Masa Bella diet ni, bahagian perut sehingga ke belakang badan, memang selalu terasa seperti masuk angin dan sakit. Jadi, memanglah masa yang amat sesuai untuk membuang segala angin jahat yang tak mahu keluar dari badan Bella ini. Apa tunggu lagi? Jom masuk.

facial terbaik di kuala lumpur

Bila masuk saja, terus disambut dengan senyuman manis pemilik spa ini. Korang tak dibenarkan bawa anak. Takutlah anak menangis, ganggu pelanggan yang lain pula. Ini juga adalah ruangan menunggu dan ruang untuk kita memilih urutan apa yang kita mahukan. Walaupun agak kecil, tapi ruangan ini masih Cantik dan selesa. Bertemakan warna merah nampaknya. Bagi musimah jangan risau,sangat terlindung dan pekerjanya semua perempuan. Lupa plak nak habaq, beauty studio ini terletak ditingkat 1 ya. Bawahnya ada restoran. Korang naik atas. Tapi lebih baik lagi kalau korang buat appointment dulu tau. Kalau tak, takut penuh. 

massage center terbaik di kuala lumpur


massage murah

Banyaknya!! Semuanya nampak "best" dan berbaloi untuk dicuba. Bella cadangkan korang pilih mengikut masa yang korang ada dan juga bajet korang. Bella hari ni memang banyak masa. Tambahan pula Bella nak buang angin jahat dalam badan Bella ni. Bella minta pandangan therapist dan kak Lisaridz juga mencadangkan agar Bella cuba Herbal Ball Massage.  

herbal ball massage

Macam tahu - tahu je tau. Dari mula - mula masuk tadi Bella dah memang teringin nak tahu dan rasa benda yang seakan - akan sup bunjut ni. Ia sebenarnya adalah Herbal Ball yang didatangkan khas dari Thailand. Perrrghhh!!! Tak sabar nak cuba. 

spa muah di kuala lumpur

Jom kita masuk, tengok macam mana tempat urutnya kan. Jangan risau, ia amat "privacy". Kalau korang pernah masuk pusat urut dekat Thailand, keadaannya juga sama. Korang tak perlulah rasa takut ke, sangsi ke, tak perlu. Masuklah tanpa was - was. Semuanya perempuan dan niat nak sihat dan cantik je ok. Cantik buat suami.




Bilik  masuk saja ke pusat kesihatan dan kecantikkan Riessa Rose ini, korang akan lihat di sebelah kanan lebih kepada tempat massage, dan sebelah kanan tempat buat rawatan muka. Bagi yang nak bawa pasangan untuk urut sekali pun boleh. Pilih saja tilam yang sebelah - sebelah ni. Korang boleh tengok dengan jelas rawatan yang dilakukan. Paling penting selesa dan bersih.


Ini pula bahagian sebelah kanan. Selain daripada massage, Riessa Rose juga pakar dan mahir dalam membantu pasangan pengantin mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi hari indah.Haaa biar berpinar2x mata tetamu tengok wajah kita berseri-seri kan. Jika bukan untuk tetamu pun, untuk menghadapi malam indah kitew...auuwww.. biar suami kita terduduk bila tengok "wah! cantiknya bini aku!" Kadang kala,bahagian belakang kan susah kita nak nampak. Jadi biar Riessa Rose bantu kita sental yer.






Korang pergi la Riessa Rose cecepat. Tengoklah walaupun kecil, lengkap sangat. Lagi - lagi buat bakal pengantin. Ia ada berbagai rawatan. Bella tak cuba rawatan muka lagi. Tapi apa yang Bella tahu, rawatan muka disini paling murah rm58. Tapi kalau korang rasa macam eh!! mahal nya. Korang boleh saja bincang dengan Lisaridz dan mungkin korang akan dapat package yang korang inginkan. Sebab macam - macam treatment ada. Tinggal pilih saja.



Ini antara pakej satu badan yang ada dekat sini. Menariknya! Tapi sebab Bella fokus nak keluarkan angin dalam badan ni, jadi jomlah kita teruskan dengan urutan. Tak sabar!




Kak Lisariz ada tanya Bella, pernah cuba tak herbal massage sebelum ini? Bella memang tak pernah cuba. Tapi Stone Massage Bella memang pernah cuba. Dia kata lebih kurang macam tulah. Ok. Sedap tu. Sebelum memulakan urutan, pakaian yang sesuai akan diberikan. Kalau tak tukar baju, abislah baju korang nanti bau minyak urut. Bella sekarang dah tukar baju. Nanti tudung pun kena buka. Bella kena  baring dekat bawah saja, senang sikit dorang nak lipat badan Bella ni. Kalau ikutkan, Herbal Ball Massage ini akan mengambi masa selama 2jam. Mak ai!! Jangan jadi lempeng sudah. 


Thai Herbal Compress Massage ini memang banyak kebaikan termasuklah :-


  • Memberi rehat kepada urut dan otot dalaman.
  • Merehatkan minda.
  • Menghilangkan tekanan.
  • Mempertingkatkan perjalanan darah.
  • Memulihkan kesakitan sakit belakang dan otot.
  • Menghilangkan sakit kepala.
Kandungan dalam herbal ball ini,akan membuatkan otot badan kita betul - betul berehat. Sebelum herbal ball ini diletakkan diatas tubuh Bella, ia dipanaskan terlebih dahulu menggunakan teknik kukus. 



Urutan dimulakan terus dari belakang Bella. Macam tahu - tahu je Bella sakit belakang. Bella kan diet, angin penuh satu badan. Dari perut bawa ke belakang. Setiap tekanan rasa macam betul - betul kena point yang sakit. Tukang urut ni, tak tahu berbahasa melayu. Jadi, korang cakap apa - apa kena sekali dengan gaya tangan. 


Lepas urut bahagian pinggang, naik ke bahagian belakang, hinggalah ke kaki. Lepas itu, badan Bella di tekap dengan herbal ball ni. Bella kena dekat bahagian yang kejang tu, memang terasa lega macam tu. Tapi jujur Bella cakap, memang SAKIT!!! sakit - sakit sedap macam tu. Bella memang jarang pergi urut ni. Tidak ada masa. Bila dapat peluang manjakan diri macam ni, memang terbaik. Masa herbal ball di tekapkan ke kulit kita, kalau korang tak tahan panas, bagitahu je. Bella ok. Bella rasa macam mandi air panas je. Akhir sekali, urutan kepala dan bahu. Sedap!! Masa urutan di jalankan, lampu memang suram lah. Muzik slow. Kalau terngangan tidur Bella tak tahu. Bella pun beberapa kali terkhayal. Tapi takut berdengkur, Bella tahan je la. 


Selesai!! Memang sedap. Bangun terasa sangat ringan. Sampaikan Bella bangun, terasa huyung hayang. Drama betul lah ko Bella.Hahaha. Teh O dihidangkan. Memang nikmat. Terasa relax, segar dan penat. Penat tahan kot. Tahan jangan bagi tidur dan tahan diri dari menjerit. 


Inilah dua orang tukang urut berpengalaman. Korang kalau badan sakit - sakit mesti datang sini. Bagi Bella, pusat rawatan kecantikkan dan urutan Riessa Rose ini memang terbaik. Bagaikan berada di Thailand. Rasa urutan yang sama Bella rasa masa di Thailand. Mungkin lebih baik. Betul lebih baik dari di Thailand sebab di sana dorang buat cepat - cepat dan bukan meneliti bahagian otot badan mana yang perlu dirawat. Bella rasa siapa - siapa yang sakit dan lenguh badan itu mesti kesini sebab   ( Pandangan jujur dan ikhlas Bella ):-

  • Tukang urut berpengalaman dari Thailand. (Bukan tukang urut yang cun @ seksi semata)
  • Banyak mengurut bahagian badan Bella yang sakit. Bukan main hentam saja.
  • Urutan kuat dan bertenaga.
  • Urutan masih boleh tahan dan lembut (Cuma Bella jarang-jarang urut. Rasa sakit)
  • Setiap sentuhan tepat mengenai otot yang sakit.
  • Peralatan semua bersih dan terjaga.
  • Tempat sederhana besar, tapi amat lengkap.
Terbaik kan tempat ni? Korang yang nak pergi terus bolehlah ke alamat yang Bella bagi dekat atas, Bella sarankan telefon dan bookinglah dulu. Nak maklumat lanjut, bolehlah ke :-

InsTagram :- RiessaRoseBeauty


Selamat mencuba dan semoga bermanfaat :)


Sebenarnya susah sangat - sangat kalau nak diet tapi dalam peti ais penuh makanan. Lagi - lagi penuh dengan makanan - makanan kegemaran yang bercoklat.


Sarapan Pagi

➜ Bihun goreng kosong 1pinggan - 252 Kalori


Makan Tengah Hari

➜ Pisang sederhana besar 126gram  - 124 kalori
➜ Jambu air 100gram - 55 kalori

➜ Kelloggs Mueslix 80gram - 396 kalori
➜ Strawberry Milk Marigold HL 200ml - 138 kalori

Snacks

➜ Dark Chocolate Oat Krunch Munchy's 3 pieces - 120 kalori

Tak makan malam punya pasal. Hari ini Kalori lebih +115 kalori!!! Yay!!
Kuala Lumpur menjadi kebanggaan kita Rakyat Malaysia. Bella bukanlah lahir dan berasal dari Kuala lumpur, tetapi Bella mencari rezeki di Kuala Lumpur. Jadi Kuala Lumpur memang sudah sebati dan dekat dengan diri Bella. Boleh dikatakan banyak Tempat Menarik WAJIB Singgah Di Kuala Lumpur yang Bella tahu, dan Bella nak kongsikan dengan korang semua. Eh! Bukan sahaja Tempat Menarik, banyak lagi Bella nak ceritakan. Jadi apa lagi? Jom Bella kongsikan Apa yang menariknya tentang Kuala Lumpur yang terkenal dengan Kota Metropolitan ini.

LAMBANG KEBANGGAAN MALAYSIA MENARA BERKEMBAR PETRONAS


Kuala Lumpur amat terkenal dengan bangunan yang tinggi - tinggi terutama Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur. Sebut saja Kuala Lumpur, mesti semua orang akan teringat dua banggunan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ini. Bukan saja rakyat Malaysia, malahan ramai pelancong datang ke Malaysia untuk melihat sendiri bangunan gah ini. Masa Bella ke Myanmar, banyak reptilika Menara Berkembar ini dibina. Mereka amat menyukai bangunan ini selain menjadi tarikan kepada rakyat Malaysia. Bangga kejap bila tengok betapa mereka berbangga dengan Menara Berkembar Petronas ini. Menara Berkembar ini yang turut dikenali sebagai KLCC juga merupakan pusat membeli belah yang popular. Selain itu, terdapat beberapa tempat menarik di sekitar bangunan ini untuk korang lawati :-


  • KLCC Park 
  • Aquaria KLCC
  • Petrosains, The Discovery Centre KLCC
  • KLCC Observation deck
  • Sky Bridge KLCC
  • Galeri Petronas KLCC

LAMBANG KEBANGGAAN RAKYAT MALAYSIA MENARA KUALA LUMPUR


Menara Kuala Lumpur juga tidak kurang hebatnya. Ia adalah menara telekomunikasi yang ke-7 tertinggi di dunia dan paling tinggi di Asia. Ia bukan hanyalah sekadar menara tetapi ia juga penuh dengan berbagai tarikkan seperti :-


  • Observation Deck
  • Sky Deck
  • Sky Box
  • Tower Lightings
  • Cultural Show
  • Jelutong Tree
  • Mini Zoo
  • Upside Down House
  • Blue Coral Aquarium
  • XD Theater
  • F1 Simulator
  • KL Forest Eco-Park
Disini juga terdapat tempat makan yang popular iaitu Atmosphere 360 yang lebih dikenali sebagai restaurant berputar. Bella rasa bagi sesiapa yang tidak pernah datang ke Kuala Lumpur, 2 bangunan lambang kebanggan rakyat Malaysia ini adalah Tempat Menarik WAJIB Singgah di Kuala Lumpur sebelum korang pergi ke tempat lain. Tempat - tempat yang terletak di tengah - tengah bandar Kuala Lumpur ini, memang memerlukan bajet yang besar. Jika korang tidak memperuntukkan bajet yang besar, bolehlan korang ke taman yang tidak kurang cantiknya untuk korang beriadah dan merehatkan minda. Paling penting, kebanyakkan taman di sekitar Kuala Lumpur ini masuk adalah percuma.


TAMAN MENARIK WAJIB SINGGAH DI KUALA LUMPUR



Selain daripada taman yang terdapat di tengah - tengah KLCC, terdapat banyak lagi taman di sekitar Kuala Lumpur yang menarik dan cantik untuk dikunjungi. Selain daripada beriadah, korang juga boleh mengabadikan gambar - gambar menarik di sekitar taman ini. Antaranya :-

  • Taman Tasik Perdana
  • Taman Tasik Titiwangsa
  • Taman Orkid Kuala Lumpur
  • Taman Eko Rimba KL, Huan Lipur Bukit Nanas


Bagi pencipta binatang pula, Terdapat juga taman - taman yang menunjukkan kita tentang haiwan yang terkenal di Malaysia. Selain daripada Zoo Negara. Kita ada :-

  • Taman Rama- Rama
  • Taman Burung Kuala Lumpur
  • Taman kancil dan rusa

Bagi yang jarang - jarang melihat binatang ini yang biasanya hidup liar di hutan, bolehlah ambil kesempatan ini untuk mengajar anak - anak tentang wujudnya binatang - binatang ini, selain daripada kucing dan anjing yang biasa kita lihat.

 TUGU NEGARA


Tugu Negara adalah tugu memperingati askar kita yang telah berkorban untuk negara daripada dirampas penjajah. Selain daripada persekitarannya yang indah, kita juga dapat belajar mengenai Malaysia yang dulu dikenali sebagai Tanah Melayu. Banyaknya Tempat Menarik WAJIB Singgah di Kuala Lumpur ini. Kena duduk lama lah. Sekurang - kurangnya 2 hari 1 malam. Jadi, jom Bella kongsikan penginapan pula.


PENGINAPAN TERBAIK DI KUALA LUMPUR

Ada berlambak Hotel di Kuala Lumpur yang korang boleh pilih dan jadikan ia penginapan utama korang. Paling penting, ia masih dibawah bajet korang, bersih dan amat memudahkan korang untuk kemana sahaja. 

1. TUNE HOTEL


Tune Hotel hotel bajet yang sangat bersih dan terbaik. Korang bolehlah memilih hotel mengikut jumlah ahli keluarga yang bersama - sama korang. Apa yang istimewa dan Bella suka mengenai Tune Hotel ini, korang boleh mengurangkan atau menambahkan kemudahan yang korang inginkan untuk sesuatu penginapan. Tune Hotel ini bukan saja bersih, selesa, tetapi juga amat berdekatan dengan tempat - tempat membeli belah yang popular bukan saja dikalangan pelancong, tetapi juga amat popular  dikalangan masyarakat setempat. 

2. THE ROYAL HOTEL


Korang yang ada bajet lebih dan bercuti dengan gaya mewah, bolehlah menginap disini. Hotel ini diitiraf sebagai hotel 5bintang dengan kemudahan dan kecantikkan bilik tidurnya. Bella betul - betul jatuh cinta dengan kecantikkan dan kekemasan dalamannya. Tatahias dalaman hotel ini juga memang terbaik. Pekerja juga amat ramah dan sudi membantu jika kita memerlukan pertolongan. Bella menginap disini untuk 1 malam dan layanan yang diberikan sangat terbaik dan memuaskan. Setiap biliknya tersedia segala kemudahan seperti sterika, tub mandi, air pancur, balkoni, TV, peti ais mini, cerek elektrik dan banyak lagi. Apa yang paling Bella suka tertarik, bau hotel ini wangi! korang boleh tengok di www.traveloka.com juga untuk dapatkan tawaran terbaik.

3. ALOFT KUALA LUMPUR SENTRAL


Penginapan yang patut korang pertimbangkan juga adalah A LOFT Kuala Lumpur yang bagi Bella, ia adalah hotel yang penuh warna warni dan amat menarik. Ia menggunakan sistem pintu tanpa kunci yang pertama di Malaysia. Canggih kan? Sarapan yang disediakan juga sedap - sedap belaka. Jika korang rasa macam tak berkenan dengan Hotel yang Bella cadangkan ini, korang bolehlah terus survey di www.traveloka.com 

TEMPAT MAKAN SEDAP DI SEKITAR KUALA LUMPUR





Tempat makan di sekitar Kuala Lumpur memang terlalu banyak. Korang tinggal pilih sama ada mahukan masakan tradisional, barat, makanan dari negara luar seperti Korea, Jepun, China, Taiwan, Indonesia, Thailand dan banyak lagi.Sekiranya mahukan masakan barat cari saja di dalam Mall yang terdapat di setiap sudut di Kuala lumpur. Jika mahu rasa masakan tempatan dan masakan Thailand, cari saja di sepanjang jalan Kampung Baru.

TEMPAT MAKAN ROMANTIS DI KUALA LUMPUR



Mesti atau mungkin juga ada yang datang Ke Kuala Lumpur untuk meraikan seseorang ataupun menyambut sebarang perayaan. Korang jangan risau. Setiap Hotel mewah disekitar Kuala Lumpur ada menyediakan pakej sebegini. Samaada :-

  • Makan malam romantik.
  • Menyambut Hari jadi.
  • Makan malam keluarga.
Apa juga sambutan, korang tinggal pilih hotel dan bagitahu bajet korang sahaja. Malahan, kebanyakan hotel menyediakan buffet yang berpatutan dengan harga dan perkhidmatannya.

TEMPAT MEMBELI BELAH YANG MURAH- MASJED JAMEK

Tempat shopping murah di kuala lumpur

Masjed Jamek bukan sahaja terkenal dengan keunikkan seni binanya, tetapi ia turut terkenal sebagai salah satu tempat membeli belah wajib singgah jika tiba di Kuala Lumpur. Lebih daripada 90% peniaga adalah orang tempatan yang menawarkan harga yang amat murah berbanding yang dijual di dalam pasar raya. Sebelum balik ke destinasi masing - masig, haruslah korang singgah ke sini untuk membeli buah tangan. Bagi dapatkan maklumat lebih lanjut silalah klik di BEST PLACE IN KUALA LUMPUR atau nak tahu tentang tempat -  tempat menarik yang lain di seluruh Malaysia dengan checkout list, bolehlah klik UNSEEN MALAYSIA.

Selamat bercuti. :)