Saturday

RESEPI SPAGHETTI GORENG YANG MUDAH dan Sangat LAZAT

Bella ada "POTLUCK" dekat pejabat, tapi masalah Bella adalah masa. Bella kerja di Hartamas tetapi tinggal di RAWANG. Jadi, masa Bella memang tidak banyak. "POTLUCK" pula hari rabu. Balik balik dari kerja pun, sampai rumah dah lewat malam. Malam itu kalau hendak masak memang sangat penat dan tidak larat. Oleh sebab itu, Bella kena cari resepi yang senang dimasak dan yang pastinya sedap, lazat dan enak. Bila Bella tengok menu, kebanyakkan bawa makanan asia. Bella hendak buat kelainan dengan membawa spaghetti. Spaghetti yang lain dari yang lain. Spaghetti spinal. Haaa barulah "RARE"!! Sini Bella kongsikan RESEPI SPAGHETTI GORENG YANG MUDAH dan Sangat LAZAT. Bella dah buat banyak kali. Memang sedapppp!! 

Bahan - Bahan Tumbuk 

  • 2 Ulas bawang putih
  • 3 Ulas bawang merah

resepi terbaik, resepi senang dan sedap

Tumbuk sehingga lumat dan sehingga korang puas hati. Bella tumbuk bagi pecah saja. Bella kejar masa kan. 

Bahan Bahan UTAMA 

  • 1 Paket Spaghetti
  • 1 Paket Daging Kisar
  • 2 Batang Lobak Merah
  • 4 Sudu Sos Tiram
  • 1 Sudu besar lada hitam yang telah ditumbuk halus
  • 1 Kiub perisa daging
  • Garam dan Penambah Perasa secukupnya.
  • Daun bawang atau Daun Sup Secukupnya.
Cara - Cara nya.

Ini adalah cara - cara untuk korang masak Spaghetti Goreng ini. Bella tangkap satu per satu tau. Pasti menjadi. Cabaran sebenarnya hendak masak sambil tangkap gambar ini. Hehehe. Bella tabik kepada Blogger yang selalu kongsikan resepi sekali dengan langkah - langkah dan gambar. Susah beb. Silap-silap tenggelam telefon atau kamera dalam kuali. Owh2x Bella ter membebel plak. Jom sambung.

resepi paling mudah

Lepas korang dah tumbuk dan puas hati menumbuk, Langkah seterusnya korang tumiskan bawang yang korang dah tumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau. Sekejap saja. 

resepi daging goreng

Bila bau bawang yang korang tumis itu sudah naik bau, cepat - cepatlah masukkan daging cincang dan gaul bersama bawang yang korang tumis tadi. Setelah agak sederhana masak daging tersebut, Korang masukkan pula 4sudu besar sos tiram.

resepi spaghetti sedap

Selepas korang dah gaul sos tiram dengan daging kisar serata dan hampir masak, Masukkan pula kiub perasa daging dan lobak. Bella tidak ada kiub perasa daging. Jadi, Bella letak saja kiub perasa Ayam. Bella juga potong lobak secara memanjang. Korang rasalah. Kalau tawar masukkan garam. Lepas itu taburkan juga lada hitam mengikut citarasa korang.

resepi spaghetti spiral

Bila daging telah masak serata, masukkan spaghetti. Ada spaghetti jenis keras dan lambat masak. Jadi korang rebuslah dulu. Macam spaghetti Bella ini, Bella tidak perlu rebus pun. Bella masak lama- lama sikit dia dah lembut. Korang gaul - gaulkan sehingga serata dan sekata.

spaghetti mudah, resepi spaghetti

Siap!!! Maaflah. Bella tidak sempat hendak menghias cantik diatas pinggan. Bella tangkap dari dalam bekas bekal Bella ini sahaja. Bella masak ini, subuh - subuh sebelum pergi kerja. Memang sempat. Masa Bella bawa ini, semua tengok saja. Tidak seorang pun sentuh. Bila dah rasa. Haaa berebutlah pulakk!! Siap minta tolong buatkan lagi. Bella juga buat untuk portluck Suben. Berebut!! Suben kata siap ada sorok bungkus bawa balik hendak bagi anak rasa. Korang cubalah. Yumyy!!!

Majlis Bersama Anak Yatim di PICC sambil menjamu selera

Bella merasa sangat bersyukur dan bertuah kerana diberi peluang bersama - sama mengembirakan hati anak - anak yatim dan kurang upaya. Kanak - kanak yang terpilih ini adalah dari YAKIN MALAYSIA ( Badan Amal Kemajuan Insan ) dan RUKESA (Pusat jagaan rumah kesayangan yang terdiri daripada golongan yatim, asnaf dan mualaf ) Majlis disambut meriah di Cafe didalam PICC. Majlis ini adalah majlis santai tapi sangat meriah dengan gelak tawa anak - anak lebih kurang dalam 100 orang. Majlis Bersama Anak Yatim di PICC sambil menjamu selera ini Bella rasa perlu diadakan selalu sebagai tanda kesyukuran daripada yang berkemampuaan. Eloklah rezeki yang banyak dan melimpah ruah dibahagikan dengan yang kurang berkemampuaan. 

Majlis bersama anak yatim

YBhg. Dato Badlishah Hj Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Convention & Exhibiton (Putrajaya) sdn bdn (Co-X) yang merupakan syarikat pengurusan PICC turut hadir dalam memeriahkan majlis. Beliau turut berkata. " Kami di PiCC sangat berbesar hati untuk meraikan anak - anak ini kerana ia adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami kepada masyarakat. Usaha ini adalah selari dengan nilai - nilai murni yang ingin kami kongsikan bersama nereka yang kurang bernasib baik." 

anak - anak kurang berkemampuaan

anak - anak comel

Kesemua kanak - kanak bukan sahaja di dijamu dengan hidangan yang sedap dan lazat, tetapi turut diberi sedikit sumbangan dari Dato. "Kami amat bertuah kerana dijemput oleh pihak PICC " Kata puan Rolaina Exco kemajuaan Kebajikan Hal Ehwal Wanita & Keluarga dari YAKIN Malaysia.


Disamping anak - anak yatim yang diraikan, PICC turut menyediakan Buffet bertemakan "Hidangan Tradisi Warisan Budaya". Buffet ini menghidangkan lebih 300 juadah makanan. termasuk beberapa jenis juadah yang berkonsepkan ala-warung.

buffet ramadhan terbaik

Masa Bella pergi waktu itu, sedang berlangsungnya PROMOSI buffet dengan harga Rm98 untuk dewasa dan Rm49 untuk kanak - kanak dibawah 5tahun. Memang puas hati. Bella banyak makan pencuci mulut. Kesemua pencuci mulut sedap - sedap belaka. Cair dimulut. Tidak terlalu manis. Sedang - sedang elok saja. Bella hendak makan banyak, tapi simpan ruang untuk makanan lain. 


Tema pun " Hidangan Tradisi Warisan Budaya", Jadi memang sangat banyak menu tradisi yang dihidangkan. Siapa yang memang asalnya orang kampung atau masakkan kegemarannya adalah masakkan kampung. Memang sinilah tempatnya. Gulai kawah ada, gulai batang pisang ada, masak lemak daging salai ada, siput sedut masak lemak cili api ada, asam pedas ada, dan macam - macam lagi. Semuanya kegemaran Bella. Berpinau biji mata tidak tahu hendak pilih yang mana satu. 

anak-anak kurang bernasib baik

Bella amat berpuas hati memilih Buffet di PICC. Memang Bella akan ulang makan lagi disini. Bella turut melahirkan dan bersyukur PICC tidak lupa untuk menceriakan anak - anak yatim dan kanak - kanak kurang bernasib baik ini. Mereka sangat gembira. PICC juga akan menjemput kumpulan Raihan, Rabbani, Wildan dan Pawana jika korang datang berbuka disini. Ini memberikan kelainan dengan program berbentuk kerohaniaan ini. PICC menawarkan berbagai pakej termasuklah pakej "Berbuka Puasa Korporat atau berkumpulan. Pakej rumah terbuka untuk meraikan pelanggan dengan harga yang amat istimewa. Ia termasuklah majlis - majlis katering di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.


Bella cadangkan korang layari :-

lawan web : www.picc.com.my
Twitter :  @piccmalaysia
   Instagram : @piccmalaysia


Jika korang mengikuti laman sosial mereka, Korang tidak akan terlepas dengan promosi yang ditawarkan yang bagi Bella sangat berbaloi dengan kesemua makanan yang sangat sedap dan boleh dikatakan kesemua jenis makanan yang kita inginkan ada disini.Selamat menjamu selera.

Minyak Wangi Murah Dengan Bau Mewah - Inspire Desire

Korang!! Pernah atau tidak korang Beli minyak wangi murah, lepas itu baunya macam hapak atau tidak tahan, ataupun bau macam hampeh giler. Bella pernah beli minyak wangi di butik yang hendak buat penghabisan stok minyak wangi dengan harga runtuh. Harga runtuh pun, tidaklah murah sangat. Mahal juga.Memang bila fikirkan balik, memang kena tipulah.Bella pun beli sampai 3 botol yang setiap satunya bermula dengan harga rm110 sehingga rm150. Bella beli minyak wangi jenama Dior, Nina richi dan Gucci. 


Minyak wangi terbaik


Semangat Bella beli kerana kononnya mereka membuat penghabisan stok minyak wangi yang Original. Betul - betul original. Sekali bila Bella pakai, langsung tidak wangi. Baunya sangat sendu dan melekat sekejap saja. Hampeh! Dekat 4ratus Bella habis. Langsung tidak berbaloi. Jadi sekarang ini, Bella akan beli 2 jenis minyak wangi yang betul - betul original untuk majlis - majlis tertentu dan satu lagi untuk pakai pergi kerja. Kalau mampu bolehlah beli minyak wangi yang beratus ringgit itu untuk pakai hari - hari. Tapi sayang beb, Sekali spray terbayang berpuluh - puluh ringgit duit terbang. Jadi untuk minyak wangi pergi kerja hari - hari Bella memilih untuk menggunakan Desire dari Dr.Halina. terbaik!! Ia adalah Minyak Wangi Murah Dengan Bau Mewah - Inspire Desire. 


minyak wangi dr halina, minyak wangi dr sheikh

Ini adalah dua jenis minyak wangi yang paling hangat dan di formulasikan khas untuk semua yang pentingkan penampilan dan gaya. Kedua - duanya berat bersih 30ml, EDP dan hanga berharga Rm49.00 untuk semenanjung dan Rm54.00 bagi yang berada di Sabah dan Sarawak. Masa Bella dapat itu, Bella tidaklah teruja sangat. Maklumlah, Ia bukanlah jenama yang hebat ataupun jenama antarabangsa. Bella macam beli pun sebab nak support member saja. Kawan Bella yang buka dan bau. Dia bau minyak wangi lelaki dahulu. Sebab minyak wangi wanita Bella masih pegang.


minyak wangi terbaik, minyak wangi harum

Bila kawan Bella yang menyibuk itu pegang dan cium, terus dia menjerit. "Wow!! wanginya! Sedaplah wei baunya. Minyak wangi apa ni?? Sedapnya bau dia.." Bella yang tengah main HP terus letak HP dan bau sekali. "Haah lah wei, Wangi betul. Minyak wangi Dr Sheikh je pun." Bella cepat - cepat masukkan dalam bag, sorokkan sebelum dia spray kat badan dia. Rugilah kalau dia spray. Minyak wangi lelaki ini, Inspire dari Dr. Sheikh. Ia adalah gabungan bauan MUSKY, WOODY CINNAMON, Some AMBER dan CLOVE. Patutlah wangi. Banyak gabungan dibuat. Paling penting ia HALAL.


minyak wangi dr sheikh, minyak wangi dr halina

Bila minyak wangi lelaki wangi. Perempuan punya apatah lagi. Warna botol dah sangat menawan hati. Pink ok. Merah jambu. Ia adalah inspirasi daripada Dr. Halina yang telah dibuat dengan gabungan Apple, Sensual Wood dan Exotic Flower. Bella pada mulanya memang tidak adalah memberikan harapan yang tinggi untuk minyak wangi ini. Tapi, Bila Bella mula spray!! Fuh! Kelembutan baunya menusuk hidung. Mendamaikan. Membuat Bella terasa diri ini bertambah ayu dan sangat segar. Bella sangat sukanya. Memang lain dari yang lain!!  Baunya seolah - olah datang dari lambakan bunga yang segar didalam bakul. Perggh!! Tengok. Terus boleh bersyair. Korang pun pasti sukanya.

minyak wangi murah,

Kedua - dua minyak wangi ini adalah sangat terhad. Ia adalah ramuan istimewa daripada Dr Sheikh dan Dr Halina.Ia dijamin Halal dan korang boleh bawa solat tanpa was - was. Ia boleh bertahan sehingga 8 jam (sepatutnya). Tapi, bagi Bella ketahanan minyak wangi ini bergantung kepada aktiviti harian kita. Ia lebih kurang juga macam minyak wangi terkenal. Ada juga yang cakap, ketahanan minyak wangi ini bergantung kepada bau peluh kita. Kadang- kadang bertahan sangat lama. Kadang - kadang sekejap saja sudah hilang. Macam Bella bila pakai, 5jam boleh bau lagilah dibadan. 

minyak wangi comel, minyak wangi berbaloi

Sekarang ini, Ia adalah barangan wajib yang Bella akan bawa kemana saja. Botolnya yang sangat comel, memudahkan ia dibawa kemana saja tanpa memerlukan ruang yang besar. Tahan lasak juga. Setakat ini Bella bawa pergi membuat aktiviti luar setiap hari memang tidak pernah tumpah atau terkeluar sedikit pun minyak wangi ini dari bahagian penutup ataupun bekasnya. Bella tidak pernah sukakan minyak wangi lain macam Bella sukakan minyak wangi Desire ini. Sebab itulah Bella sangat senang hati dan gembira untuk kongsikan dengan korang. 


minyak wangi, minyak wangi paling baik

Setakat ini kami telah menggunakannya dan sangat berpuas hati. Korang yang hendak dapatkan Desire dan Inspire boleh hubungi 012 - 2351353 atau klik link dibawah untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut:-

Website : 

Agent List : 

Facebook Page : 

IG Page : 
 
#wangianangkasawan
#wangisampaikebulan
#InspireDrSheikh
#DesireDrHalina
#lucempireventures 




Semoga kita semua sentiasa kacak, cantik dan wangi

Friday

10 SEBAB Kenapa HONDA CIVIC Generasi Ke-10 menjadi IDAMAN

honda civic generasi ke -10

Seiring dengan sektor automotif di Malaysia yang telah mengalami evolusi sejak 3 tahun lalu, Honda percaya ia dapat pengubah dan meningkatkan penjualan dalam segmen C menerusi rekaan bergaya, rangkaian kuasa baharu dan ciri-ciri termaju yang mendahului kelasnya. Revolusi Civic serba baharu telah meningkatkan nilai model-model sebelumnya. Ia juga menawarkan aspek kehalusan buatan dan daya saing ke satu tahap yang baru ke dalam segmennya. Jadi, Bella seronok hendak senaraikan pada korang 10 SEBAB Kenapa HONDA CIVIC Generasi Ke-10 menjadi IDAMAN. Bella sudah menguji ketangkasan dan kelainan yang ada pada Honda Civic ini. Jadi, inilah 10 SEBAB Kenapa HONDA CIVIC Generasi Ke-10 menjadi IDAMAN :- 

1. JENAMA Kenderaan NO.1

Menjadi jenama kenderaan Bukan Nasional No. 1 pada tahun 2015.Honda Civic serba baharu akan menjadi satu model penting buat Honda Malaysia untuk terus menawarkan Keseronokan kepada para pembelinya. Jika mengikut hasil jualan pada tahun ini (sehingga Mei 2016), Ia telah meletakkan Honda pada kedudukan No. 2 untuk jenama kenderaan secara keseluruhan (Nasional dan Bukan Nasional) dengan perkongsian pasaran sebanyak 14% dan jualan sebanyak 30,401 unit. Bagi Bella, Kedudukan ini sudah cukup hebat dan amat boleh dipercayai.

kereta terbaik



2. NILAI SEGMEN D” PADA HARGA SEGMEN C

Harga Honda Civic bermula RM113,800 sahaja, yang mana harganya lebih murah berbanding dengan kecanggihan sistem yang ditawarkan. Lebih banyak pernambahan dan pembaik pulihan yang dilakukan daripada keluaran terdahulu. Ia akan memberi keterujaan dalam industri automotif, terutamanya dalam segmen C dan ia adalah HONDA Civic Generasi ke-10 yang amat dinantikan. Ia akan akan bersaing dengan kenderaan-kenderaan dalam segmen C dan juga kenderaan kompak premium buatan Eropah. Sasaran jualan Civic serba baharu ialah 1,200 unit sebulan. Harga 3 variannya adalah seperti berikut:

RM113,800 untuk 1.8S (Di atas jalan termasuk insurans)
RM127,800 untuk 1.5 Turbocharged (Di atas jalan termasuk insurans)
RM135,800 untuk 1.5 Turbocharged Premium (Di atas jalan termasuk insurans)


honda generasi ke 10

3. REKA BENTUK Yang Menarik

Reka Bentuk HONDA Civic yang telah direvolusi dan diubah dalam segmen C dari segi reka bentuk yang menarik. Untuk mencapai “Keselesaan Tertinggi” (Superior Comfort), cabaran yang terpaksa dilalui oleh pasukan jurutera Honda adalah untuk menggabungkan reka bentuk luaran yang kemas dan aerodinamik dengan rekaan dalaman yang memberi tahap keselesaan serta keluasan kenderaan segmen D. Menerusi kepakaran Honda dalam aspek pakej kenderaan, Civic serba baharu mampu menawarkan pakej yang terbaik dalam kelasnya melalui tapak roda yang lebih panjang dan badan lebih lebar

honda civic tercanggih, kereta malaysia terbaik


4. Ciri - Ciri Keselamtan yang Dipertingkatkan

Ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan dan aspek keselamatan yang tidak dapat dilihat tetapi amat penting juga tidak dilupakan oleh Honda. Semua varian Civic serba baharu dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya seperti: 

• Beg Udara (Dua Beg Udara Hadapan, Beg Udara jenis Curtain dan Beg Udara  pada bahagian sisi
• Vehicle Stability Assist (VSA) 
• Anti-Lock Braking System (ABS)
• Electronic Brake Distribution (EBD)
• Brake Assist (BA)
• Hill Start Assist (HSA)
• Emergency Stop Signal (ESS)
• ISOFIX 

kereta dengan ciri keselamatan terbaik


5. Reka Bentuk DALAMAN Yang Luas dan Selesa

Bella bandingkan dengan Honda Civic yang Bella guna sekarang, bezanya adalah meter minyak. Bella dan Suben tertarik sangat - sangat hendak beli Honda Civic FB yang kami pakai ini kerana Honda Civic ini menggunakan meter jenis digital. Memang nampak canggih dan WOW!! Tapi, dashboard Honda ini terlalu luas dan memakan ruang sehingga ruangan dalaman ini menjadi sempit. Berlainan dengan Honda Civic generasi ke-10 ini, rekabentuk dalamannya sangat sesuai menyebabkan ruangan dalaman ini luas sama ada dibahagian pemandu dan juga ruangan penumpang. "Really nice". Terasa nak "upgrade" plak kereta yang sedia ada sekarang ini.




6. Sistem AUDIO yang Canggih

HONDA Civic serba baharu ini juga menawarkan “Teknologi Maju Terhubung” (Advance Interface) menerusi Paparan Audio Terkini bersaiz 7” yang pasti menarik perhatian sesiapa saja. Ia telah direka semula sepenuhnya untuk menjadi Civic yang paling mudah dan terhubung. Apa yang lebih hebat lagi, Honda Civic ini bukan sahaja dipertingkatkan dari segi keluasan dalaman, tetapi turut dilengkapi dengan Sistem AUDIO yang canggih. Paling hebat ia bakal mengemparkan pengguna iphone kerana AUDIO Honda Civic baru ini sangat user friendly dengan iphone sahaja. Korang dapat melayari internet ataupun melihat peta dari iphone terus dipancarkan ke screen yang terdapat di stereng kereta yang korang sedang pandu. Korang juga tidak perlu sentuh iphone korang, kerana korang boleh arahkan SIRI sahaja untuk membantu korang. Hebat kan?? 


honda civic terbaik

7. SISTEM pemantauan Pintar

Honda Civic 1.5L VTEC Turbocharged serba baharu dilengkapi sistem pemantauan pintar. Ia memberikan ketenangan minda untuk mengekalkan kecekapan dan prestasi enjin. Ciri ini berfungsi bagi mengingatkan pelanggan masa untuk menukar minyak enjin melalui satu lampu pada speedometer mengenai status servis tersebut. Para pelanggan boleh menikmati jaminan selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had dan selang servis 10,000km di 88 buah pengedar Honda di seluruh negara. Bukan itu sahaja, ada tambahan. Ia juga turut dilengkapi dengan ciri - ciri teknologi pintar yang lain dan yang pertama kali ditawarkan pada Civic termasuklah Sistem Pemantauan Pintar diantaranya:- 

  • Remote Engine Start
Korang balik dari membeli belah, hendak masuk dalam kereta mesati panas kan? Memang akan terasa berbahang dalam kereta. Panas sesangat. Kadang - kadang stereng kereta pun tidak boleh sentuh sebab panas sangat. Dengan Honda Civic baru ini.Korang tidak perlu risau. Dalam lingkungan 20meter atau sambil berjalan korang dah boleh hidupkan enjin kereta. Guna remote sahaja. Berguna juga masa pagi - pagi. Korang boleh hidupkan enjin kereta sambil sarapan. Mudahnya!!
  • Walk Away Auto Lock
Terlupa kunci kereta? Biasalah tu. Tergesa - gesa sampai terlupa hendak kunci pintu kereta. Bila korang guna Honda Civic ini, dalam jarak 2m kereta tidak dapat mengesan sensor remote kereta, Automatik pintu akan dikunci. 
 
  • Electric Parking Brake 
Berfungsi dengan hanya satu sentuhan kecil. Memastikan kereta tidak lagi bergerak kemana- mana setelah di "parking'. Fungsi yang sama seperti "handbrake" Tapi, electric parking brake lebih stail dan kecil. Kagum Bella tengok.
• Auto Brake Hold

Berguna saat jammed. Korang tidak perlu tidak brake pemijak untuk berhentikan kenderaan. Korang tekan sini saja. Kereta akan berhenti.




8. Dilengkapi TURBOCHARGED

Honda Civic Generasi ke-10 ini juga adalah keluaran Jepun untuk pasaran masa pertama yang memperkenalkan enjin turbo ke dalam segmen C. Ia adalah Honda Civic pertama yang dilengkapkan dengan enjin turbo. Lengkap. Enjin 1.5L VTEC Turbocharged baharu ini telah dibangunkan di bawah Earth Dreams Technology”dan Honda menawarkan “Keseronokan Untuk Memandu” (Joy to Drive) dengan prestasi dinamik dan penjimatan bahan api yang cemerlang. Maknanya walaupun ia dilengkapi dengan Turbocharged, ia tetap menjimatkan.

Selain dari enjin 1.5L VTEC Turbocharged, Honda juga memperkenalkan enjin 1.8L i-VTEC. Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear Continuously Variable Transmission (CVT) untuk pengalaman pemanduan yang lancar dan menjimatkan bahan api. Kedua-dua varian Civic serba baharu ini diiktiraf sebagai “Kenderaan Cekap Tenaga” (EEV).



9. SMART KEY (KEYLESS)

Honda Civic memang telah dilengkapi dengan "Smart Key".Bila Korang ada smart key, korang boleh hanya meletakkan kunci dipoket ataupun didalam handbag dan menyentuh sahaja pembukaan pintu. Pintu akan terbuka. Begitu juga dengan bonet  hanya dengan sentuhan kecil, bonet akan terbuka. Bukan itu sahaja, Menghidupkan enjin dari jauh dapat juga dilakukan. Semua itu Bella telah cerita diatas. 


honda civic

 10. WARNA Yang Menarik

Civic serba baharu ditawarkan dalam lima warna iaitu Merah (Dark Ruby Red Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic) dan Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl,disamping dua warna baharu iaitu Perak (Lunar Silver Metallic) dan Putih Mutiara (White Orchid Pearl). Dua warna baharu pada Civic ini akan digunakan pada model-model lain keluaran Honda Malaysia. Disamping itu,kemasan pelapik lembut berkualiti tinggi dipasang untuk menyerlahkan personaliti Civic serba baharu yang ranggi dan memiliki karekter premium. 

Bagi mencapai kesenyapan kabin dan  meningkatkan lagi kualiti pemanduan, pakej ruang dalaman Civic serba baharu dilengkapi sistem kalis bunyi yang ringan. Ia merangkumi pelapik pada bahagian bawah kenderaan dan sistem pengasingan bunyi bising pada pintunya. Bella telah diberi peluang untuk memandu Honda Civic baru ini, dan secara keseluruhannya, Honda berjaya mengurangkan tahap bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH). Tidak terasa langsung lubang - lubang kecil dijalanan.

Korang boleh baca pengalaman Bella sendiri  (Keupayaan Honda Civic Telah Terbukti)

Maklumat lanjut mengenai Civic serba baharu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pengedar Honda; hubungi nombor Tol Percuma Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my atau www.ridethedream.my untuk meneroka ciri-cirinya yang menarik

Selamat memandu, Ikhlas Bella idura 💋

Thursday

Keupayaan HONDA CIVIC Telah TERBUKTI

honda terbaru, honda canggih,

Bella hendak tahu. Apa kereta idaman korang? Mesti macam - macam kan? Bella cadangkan, Korang lupakan saja semua kereta idaman korang. Lebih baik korang tumpukan pada HONDA CIVIC yang terbaru ini. Ia adalah HONDA CIVIC GENERASI KE-10 yang Menawarkan “NILAI SEGMEN D” PADA HARGA SEGMEN C”. Korang faham ke Apa maksud  “NILAI SEGMEN D” PADA HARGA SEGMEN C” ? Haaa Apa itu? Ia membawa maksud, Harga ditawarkan amat rendah berbanding apa yang diberikan. Spesifikasi yang sangat mantap. Harga bermula hanya dari RM113,800 dan Honda menyasarkan untuk menjual 1,200 unit sebulan. Bella rasa memang boleh terjuallah. Sesiapa yang sudah Mencuba dan menguji kereta ini mesti setuju.Bella sudah mengujinya dan Keupayaan HONDA CIVIC ini memang telah TERBUKTI.


HONDA CIVIC, HONDA BARU, KERETA BARU

Bella diminta untuk berkumpul di Loft Hotel KL Sentral untuk memilih kereta idaman hati dan kawan- kawan sepasukan untuk bergilir - gilir memcuba Honda Terbaru ini. Bella telah memilih untuk mencuba dan membawa Honda White Orchid Pearl 1.5TC-P yang sangat menawan dan menarik hati. Ia dilengkapi dengan 4Cylinder, 16Valve, DOHC VTEC TURBO. Mahunya tidak power?? Ditambah pula dengan Electronic Fuel injection (PGM-FI). Ia boleh mencapai maximum power 173(127) @ 5,500 dan maximum Torque 220(22.4 ) @ 1,700-5,500. Ia menggunakan Transmission jenis CVT (Continuous Variable Transmission) yang boleh membawa kepada kelajuaan maksimum 200km/jam. Memang power dan jauh perginya beb! Bella memang teruja. Masa Bella diberi masa untuk menguji kehebatan Honda Civic terbaru 2016 ini, Bukan sejam atau 2 jam. Tapi, 2 hari! Jadi Bella memamg boleh ceritakan kehebatan Kereta Honda Civic Terbaru ini dengan korang. Secara lengkap okeh??


Kami kumpulan yang menaiki kereta No.2. Bella dengan Farah berebut hendak membawa dulu. Tapi, Bella bagi jelah Farah bawa sebab Bella jarang bawa kereta ini. Pergi dan balik kerja, Suben yang bawa kereta. Tiba - tiba hendak bawa balik macam takut lak. Bella kalau boleh memang tidak perlu bawa pun tidak mengapa (macam lagu plak) . Tapi Program ini adalah untuk Bella menguji HONDA CIVIC baru ini dan ceritakan buat semua. Kalau Bella tidak memandu dan merasai sendiri Kereta HONDA CIVIC ini agak sukar bagi Bella untuk terangkan pada korang. Tujuan kami sekarang adalah untuk melihat bagaimana perkhidmatan servis untuk Honda dilakukan. Ini kerana, Honda Civic terbaru ini, Sangat istimewa berbanding Honda yang lain. Kami akan memandu ke KAH WAH MOTOR SELAYANG - SERVICE CENTRE TOUR.

kereta terbaik, Honda terbaik

Apabila kami sampai di pusat servis ini, Bella diberi penerangan mengenai bagaimana proses kereta di servis.Bella dah lihat betapa teraturnya proses servis Honda.Mula - mula kita akan ke kaunter pendaftaran dan digalakkan korang membuat temujanji terlebih dahulu. Kalau korang hendak main redah saja, Seram kalau penuh. Habis masa korang dengan menunggu sahaja. Apa yang Bella faham, minyak hitam akan ditukar dan diperiksa.  Tayar juga diperiksa menggunakan alat khas dari Honda. Memang canggih.

kereta canggih, honda


Pemeriksaan bateri kereta turut dilakukan. Siap keluar laporan pemeriksaan lagi. Laporan pemeriksaan ini, akan menunjukkan tahap keupayaan bateri dan tahap tenaga didalam bateri tersebut. Paling terbaik dan sepatutnya, kedua - dua keputusan itu perlu memberi keputusan 100%. Maknanya bateri kereta kita sihat.Proses servis ini juga mesti dilakukan mengikut jadual yang disediakan didalam buku servis HONDA yang turut disertakan semasa korang membeli kereta Honda ini.PENTING!! Untuk korang menghantar servis kereta mengikut jadual dan di pusat servis HONDA yang dilantik untuk memastikan WARANTY kereta korang tidak terjejas. 




Owh my god!!!! Sekarang sampailah masa Bella untuk membawa kumpulan Bella makan tengahari. Bermula dari KAH WAH MOTOR SELAYANG - SERVICE CENTRE TOUR ke Closer Cafe di Mutiara Damansara. Wahhh!! Berdebarnya tuhan saja yang tahu.Sejuk tangan Bella. Bella memulakan pemanduan dengan bacaan Bismillah dan menekan PEDAL BREAK seiring dengan menekan PUSH START BUTTON. Tanpa kunci ya. Diulangi, Keyless. Hebat bukan?? Terus kereta Honda Civic ini meluncur laju. Bella macam tekan tak tekan saja minyak. Sangat lancar. Jatuh cinta terus.





Terlalu asyik Bella memandu HONDA CIVIC baru ini, Sehingga tidak sedar yang Bella sampai ke destinasi. Perrghhh!! Asyik sungguh. Langsung tidak rasa gegaran. Lancar dan paling penting sangat selesa. Tempat duduknya juga lembut. Langsung tidak terasa kita sedang memandu. Tidak dilupakan juga, screen yang besar banyak membantu Bella sewaktu Bella mahu mengundur dan meletakkan kereta. Magic!! Perasaan gemuruh Bella tadi telah bertukar kepada perasaan yang sangat teruja dan menyeronokkan. Lepas ini Bella nak berebut untuk memandu lagilah.



Kami seterusnya bergerak ke Setia City Convention Center Car-park, dan kali akan melihat dan merasai sendiri. Bagaimana AVS system yang ada pada Honda Civic ini, dapat membantu kita atau pemandu untuk mengawal kenderaan sekiranya ada halangan dihadapan ataupun hampir terbabas. Bella bukan saja tengok dari luar kereta, Tetapi turut berada didalam kereta Honda Civic ini, untuk merasai sendiri bagaimana keadaan kenderaan sekiranya hampir terbabas. Seram beb!! Bella menjerit macam orang gile. Hebat betul stereng Honda Civic ini menerima arahan untuk meluruskan dan menstabilkan balik kenderaan. Maknanya aspek dan ciri - ciri keselamatan amat dititik beratkan supaya keselamatan pemandu dan penumpang lebih terjamin.


honda malaysia

Setelah melalui hari yang panjang dan amat mengujakan, Sekali lagi kami ke Aloft Hotel KL Sentral untuk merehatkan badan sementara menunggu malam untuk melihat keupayaan Honda diwaktu malam. Selepas menikmati makan malam di Nasi Ayam Kukus, Bella ditunjukkan kecantikkan lampu Honda Civic dan Keupayaan lampu ini menyuluh jauh. Lebih mendalam mengenai keistimewaan Honda Civic ini diwaktu malam, Korang tengok www.honda.com.my.



Morning!!! Bangun2x saja dari tidur, Aloft hotel menyajikan berpuluh pilihan makanan untuk Bella sarapan. Bella tengah diet! Tapi Bella makan juga sebab hari ini kami akan memandu lebih jauh. Bella perlukan tenaga. Selepas ini kami akan ke Bentong untuk menguji sistem kawalan semasa selekoh dan keadaan semasa memandu jauh. Jauh atau dekat, Rasa dan kualiti pemanduaannya tetap sama. Terbaik. Memang rasa hendak tukar kereta lama kepada Honda Civic baru ini.


Setelah abis tenaga dan debaran mengelakkan kenderaan dan mengawal pergerakkan Honda Civic ini, 
Kami singgah untuk makan tengahari sebelum membuat aktiviti air. Bella tidak mencuba. Bella takut air. Jadi, berbahagialah kawan - kawan Bella yang berani mencuba. 
 

Tamatlah pengembaraan Bella bersama Honda. Sedih sebab Honda yang bella pandu selama dua hari ini, Bella tidak boleh hendak bawa balik. Kenangan yang sangat indah bersama Honda. Korang, seriously Honda adalah yang terbaik. Silalah pergi ke 'Dealer' berdekatan dan pandu ujilah.Pasti jatuh cinta. Macam Bella.Bella juga memandu HONDA. Bila korang dah pandu HONDA korang mesti akan setuju HONDA adalah yang terbaik.



Korang kalau hendakkan maklumat yang lebih lengkap, klik sini 10 Sebab Kenapa Honda Civic Generasi ke 10 Menjadi Idaman. Bella dah kaji satu per satu. Korang mesti setuju Honda Civic terbaru ini sangat terbaik. 

#ridethedreamcivic





Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari