Thursday

SABUN MANDI terbaik Buat yang AKTIF - ADIDAS

Korang rasa korang aktif atau tidak? Aktif ini bukan bermaksud bersukan sahaja tau. Aktif ini bermaksud korang banyak buat aktiviti yang banyak bergerak dan menyebabkan korang kurang selesa dan berpeluh. Bila dah berpeluh banyak sangat, Mestilah badan korang akan berbau. Tidak perlu terlalu aktif lah. Tidak mandi satu hari pun, Badan korang akan Berbau Macem kan? Jadi, Istimewa Buat kaki sukan, kaki Aerobik, Kaki bersenam, kaki Gym dan bermacam kaki lagi untuk yang suka dan gemar bersukan terutamanya, Bella rasa korang mesti cuba SABUN MANDI terbaik Buat yang AKTIF - ADIDAS. Betul istimewa daripada ADIDAS.

SABUN MANDI TERBARU DARIPADA ADIDAS - CLIMACOOL

adidas, produk penjagaan diri adidas

Adidas memperkenalkan rangkaian Produk penjagaan diri yang akan membuatkan kita berbau harum dan sentiasa berasa segar walaupun aktif bersukan. Sabun mandi terbaru iaitu CLIMACOOL dihasilkan dengan teknologi akan menukarkan setiap pergerakkan kita kepada bauan yang segar. Makin banyak korang berpeluh dan aktif, Makin banyaklah kesegaran yang akan dihasilkan.

BAGAIMANA SABUN CLIMACOOL INI BERTINDAK??
bersukan, aktif, adidas

Ia seakan - akan magik atau penghasillan sains yang dihasilkan secara eksklusif dalam menghasilkan. kapsul segar dalam formula sabun ini. Bila kita sedangberseronok mandi, Kapsul - kapsul ini akan berhubung dengan kulit kita dan sentiasa melekat pada kulit walaupun kita sudah selesai mandi. Bagaimana pula bau atau wangiaan terhasil daripada kapsul ini? Bau dan wangiaan ini akan terhasil bila adanya sentuhan ataupun geseran daripada kulit ke kulit ataupun geseran daripada baju ke kulit kita. Kapsul ini  akan pecah dan menghasilkan bau yang harum berkekelan. Bila wangi macam ini kan, Maknanya tiada masalah langsung bila korang balik dari gym terus pergi ber dating.

KESAN SABUN MANDI ADIDAS KEATAS KULIT

kasut adidas

Bukan itu saja, Korang akan menjimatkan ruang didalam bilik air! Fuh!! Apa kaitan dengan sabun mandi ini kan? Ini kerana, Sabun mandi ini boleh merangkumi 3 fungsi sekaligus! Kaum lelaki mesti seronok dengar kan? 3 fungsi sekaligus termasuklah, Korang boleh gunakan sebagai  sabun mandi, pencuci muka dan juga shampoo. Wah!! Jimat ruang dan juga jimat duit. Ia juga disimpan dalam botol yang telah direkakan untuk mudah dipegang dan digunakan. Apa yang paling penting, Korang gunakan saja tanpa was was ini kerana, Produk ini memang telah diuji dan diformulasikan untuk menjamin kelembabpan kulit kepada PH yang neutral dan seimbang. Ia juga melembutkan kulit. 

BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM CLIMACOOL


Korang jangan tidak tahu yer, Produk buat lelaki dan wanita adalah berbeza - beza. Jika ia adalah produk yang telah dikhaskan buat lelaki, Bermakna bahan - bahan yang digunakan adalah sesuai buat lelaki. Bahan - bahan yang digunakan untuk produk penjagaan lelaki adalah lebih keras seperti perahan lemon hancur, Pudina dan bunga Lavender yang menghasilkan bau yang lebih energetik.

PRODUK PENJAGAAN DIRI BUAT WANITA DARI ADIDAS


Bagi kaum Wanita atau perempuan pula, Korang jangalah sedih - sedih. Cakap Adidas pilih kasih. Produk wanita tidak ada ke? Jangan risau. Adidas turut mengeluarkan gel mandian buat wanita dengan menggunakan bahan - bahan semulajadi yang lebih lembut. Wangian yang digunakan juga adalah berbeza. Ia menggunakan campuran jus limau nipis dan bauan bunga yang kuat. Ia didatangkan dengan saiz yang berbeza untuk lelaki dan perempuan. 




adidas

Melengkapkan gaya dan penampilan korang, Korang digalakkan untuk menggunakan Climacool anti-perspirant deodorant spray or roll-on selepas korang mandi untuk mendapatkan kesegaran berpanjangan dan perlindungan semasa berpeluh dan kering. Sini Bella bagitahu Harga.. Mesti korang tertunggu - tunggu kan?? Dengan teknologi Kapsul yang terdapat dalam gel mandian ini, Harga yang ditawarkan amat MURAH !! Hanya Rm10.90 sebotol bagi 250ml dan RM14.90 bagi 400ml. Korang boleh dapatkan diseluruh pasaraya yang terpilih.

Barang IMPORT Murah Di Ezbuy




Setuju atau tidak kalau Bella cakap ramai yang lebih suka membeli belah dan cuci mata melalui talian sekarang ini? Ini kerana ia lebih santai dan jimat. Bagi Bella, ia amat - amat berbaloi dan menyeronokkan bila dalam berbelanja walaupun kita hanya duduk dirumah sahaja. Boleh dikatakan Bella subcride kesemua laman Website khas untuk bershopping didalam talian. Bagi Bella, Lebih seronok bila membeli belah dalam talian atau Website yang mengumpulkan kesemua barang atau produk yang kita perlukan. Senang sangat - sangat. Duduk sambil minum kopi pun Bella tetap membeli belah. Jadi Bella hendak kongsikan dengan korang, Website yang Bella selalu Cuci mata. Seronok dan Bella jumpa banyak Barang MURAH di EZBUY.ezbuy Malaysia http://bit.ly/2dvHTQj Tengoklah itu. Gambar atas tu, Barang comel sangat macam itu pun serendah RM2.55 sahaja! Wow!


Apa yang Bella teruja mengenai Ezbuy Malaysia website ini, Ia bukan saja mudah. Tetapi sangat mudah! Kerana terdapat pilihan bahasa didalam Bahasa Malaysia. Seronoknya. Maknanya, Lagi senang dan mudahlah kita faham dan lebih jelas mengenai spesifikasi sesuatu barang itu. Tidaklah akan ada barang yang salah beli. Peluang untuk salah pilih dan beli itu sangat kurang jika korang baca betul - betul. Sudahlah murah, Mudah dan senang lagi.

Nanti!! Bukan kemudahan itu sahaja yang ada. Korang juga boleh mendapatkan harga shipping yang rendah dengan mendaftar sebagai pengguna PRIME. Korang boleh baca maklumat lengkap di Prime Service - http://bit.ly/2dGydUd Bella cerita sikitlah iya. Prime Service ini dia bagi korang banyak diskaun dan potongan pada kos penghantaran. Korang tengoklah contoh gambar Bella bagi itu. Kos penghantaran daripada Rm405.00 terus jadi Rm80.00 sahaja. Korang yang kaki shopping, Sila dan patut join PRIME Service ini. Nasihat Bella. Jimat banyak.


Tengoklah inilah barang - barang yang Bella cari selama ini! Kesemuanya under bajet dan paling penting tersenarai dalam senarai barangan bawah Rm30! WHAT!!! Kenapalah buat Bella macam ini? Terasa hendak borong semua! Dahlah comel. Penyangkut wayar macam itu memang susah Bella hendak jumpa dimana - mana kedai dekat website Ezbuy ini ada. Kotak yang transperant nampak dalam itu, Design macam itu Bella jumpa. Tapi harganya mahal. Kasut itu pun Bella dah cari lama. Instagram banyak yang jual. Range harga 4kali ganda wei!! Sini korang boleh dapat harga kilang saja. Waaahhh!!! Terujanya Bella. 


Kos penghantaran pula hanya serendah Rm4.50 bagi setiap 500g. Korang jangan tidak tahu. Ezbuy hanya menjual barang dari CHINA, USA dan TAIWAN. Sebab itulah kos penghantaran bukan macam biasa. 


Bella hendak bagi korang rasa Syok lagi, Buat pembaca blog Bella hari ini. Korang ada kod istimewa untuk membeli belah di Ezbuy ini. Korang hanya perlu taip ezship korang akan dapat  tambahan diskaun sebanyak 15% lagi. Fuh!! Tak nak ke? Bila korang register buat pertama kali, Korang akan dapat tambahan lagi Rm15 Ezbuy Voucher. Korang apa lagi. Cepat - cepatlah daftar di  http://bit.ly/2dDrSGW

Selamat Membeli Belah 😍

Tuesday

PIZZA Sempurna dengan Rasa yang Unik ! DOMINOS PIZZA

pizza paling sedap, pizza, resepi pizza

Pizza. Pizza itu apa korang? Pizza itu adalah roti yang ditaburi perasa atau bahan - bahan kegemaran menjadikan pizza itu lebih sedap,lazat dan lemak berkrim. Pizza pilIhan Bella sudah tentulah DOMINO'S! Fuhh!! Bella kalau makan dekat Dominos Pizza, Mesti pesan yang saiz besar tidak puaslah makan yang saiz kecil ini. Ini sebab apa? Sebab PIZZA Sempurna dengan Rasa yang Unik ! DOMINOS PIZZA. Hanya di DOMINOS.Tapi ada yang lebih sedap dan seronok lagi korang perlu tahu. 


Domino's Percaya dengan gambar dan lukisan, Ia dapat menceritakan dan mengambarkan berbagai cerita disebaliknya. Bella pun percaya, Sebab ikut statik. Setiap hari lebih 4 juta orang akan upload gambar setiap hari di Instagram. Termasuklah @Bella_idura. Bila banyak gambar yang korang upload, Mesti banyak juga Emoji yang korang dapat kan? Emoji gembira, sedih, cinta dan banyak lagi. Emoji yang comel - comel tu. Orang malas nak taip, Dorang pun klik Emoji saja. Tapi ok saja, Sebab kita faham dan akan dapat gambarkan apa maksud kawan kita yang tinggalkan komen itu. 


Melalui Emoji itulah Domino's bergabung dengan Pepsi untuk mengadakan satu peraduan dan kempen "SAY IT WITH PEPSIMOJI" untuk menunjukkan dan mengambarkan riak wajah korang dalam bentuk Emoji. Bukan itu saja, Gabungan ini telah mengadakan satu peraduan dan menawarkan hadiah yang sangat hebat untuk kita semua rebut."THE PERFECT DEAL CONTEST"



Bermula dari 4 November sehingga 13 November 2016, Korang berpeluang untuk memenangi hadiah sehingga RM15,000 bila korang menyertai dalam peraduan ini. "THE PERFECT DEAL CONTEST" Hadiah utama termasuklah dua SYM Elizabeth Automatic Scooters Limited Edition! Seronoknya! Ia adalah Scooter yang berwarna biru gelap yang sangat berstail dan dihiasi dengan Emoji. Alaa.. Comelnya. Kalau korang menang, Koranglah satu - satunya yang ada Scooter macam ini. Dalam Malaysia ada dua biji saja. Untung sangat. Teringinnya nak menang. 



Peraduan ini, Turut dilancarkan bersama dengan set makanan "THE PERFECT DEAL MEAL" Korang boleh dapat 1.5liter Pepsi percuma bila korang pesan set ini.  "THE PERFECT DEAL MEAL" + "FABULOUS FOUR". Fabulous Four adalah gabungan Cheesy Mozzarella Stix, Garlic Cheese Onion Ring dan The Rising Dessert Star. Percayalah cakap Bella, Kesemuanya lazat dan dapat buatkan korang kenyang. Banyak dalam satu kotak.


Tawaran tambahan, Korang boleh pesan 2 Pizza Biasa dengan hanya RM30.00 dan 2 Pizza saiz Besar dengan hanya RM50.00. Ada lagi. 2 Pizza Besar XTRA Besar (saiz paling besar) korang boleh beli dengan hanya Rm70.00 sahaja. Korang kalau pencinta Pizza, Mesti tidak akan lepaskan peluang ini. Korang boleh pilih dari mana - mana 28 perisa dan bahan - bahan yang ditawarkan. Macam mana korang hendak tahu kita layak untuk menyertai peraduan dari Domino's ini kan? Senang saja.

  1. Pesan Dominos Pizza "The Perfect Deal Meal".
  2. Terus Log on www.dominos.com.my/contest
  3. Masukkan no pesanan Pizza Dominos yang korang dan pesan (Order ID) 
  4. Isi borang penyertaan 
  5. Jawab dua soalan yang sangat mudah
  6. Tunggu dan MENANG!!
Bukan itu saja. Setiap penyertaan korang akan dapat kupon PERCUMA!! Percuma. Baik betullah Dominos ini. Kupon itu akan dikreditkan kedalam akaunonline korang dan boleh terus digunakan untuk pembeliaan yang seterusnya.




Senang sangat hendak menang! Bella pun dah cuba. Harap Bella dapat Scooter comel tu. Doakan Bella ok. Maklumat lanjut mengenai Dominos Pizza dan Peraduan  korang boleh layari :-

WEBSITE       : www.dominos.com.my

FACEBOOK   : Domino'S

INSTAGRAM : Domino'S Malaysia

Semoga berjaya.

Monday

Permainan Online Mesti Cuba -JIGSAW PUZZLES!

kek susun, jigsaw puzzles

Korang, Hari ini Bella boring gegiler. Tidak tahu hendak buat apa. Selalunya ada HB temankan Bella berbual. Hari ini dia kerja separuh hari pula. Jadi Bella pun apa lagi, Mencari En Google minta teman. Buka Facebook niat hati hendak cari makanan apa yang sedap untuk minum petang. Sekali nampak kawan kongsikan gambar kek cawan yang menyelerakan ini. Sedapnya. Comel pula itu. Resepi kek cawan ke? Bella pun hendak buat la. Jika kedai yang jual Bella hendak pergi beli. Rupanya ia adalah hasil dari susunan Puzzles. Permainan Online Mesti Cuba JIGSAW PUZZLES.

permainan online percuma

JIGSAW PUZZLE ataupun JS PUZZLE adalah permainan online yang ditawarkan untuk korang bermain sesuka hati dan paling penting ia adalah percuma! PERCUMA! Bella pun cubalah. Tengah bosan lah katakan.Bella daripada duduk termenung, Seronok juga lain Puzzle sambil menguji ketajaman mata dan daya ingatan ini.


CARA BERMAIN JIGSAW PUZZLE SECARA PERCUMA
  
Haruslah korang ada internet dan layari laman web www.jspuzzles.com dan pilih saja gambar yang korang nak tenung dan susun untuk satu hari itu.



Bella pilih bas ini.Teringat zaman sekolah. Lepas itu, Korang pilih berapa keping korang nak gambar itu terpecah. Paling banyak keping 225 keping dan paling sikit 9 keping sahaja. Korang juga boleh pilih bentuk pecahan kepingan gambar itu. Senang, susah ataupun paling mencabar. Akhir sekali, pilih pula korang hendak pecahan itu dibahagi kepada pecahan kecil, ataupun besar. Siap!! Jom bermain susun gambar dengan klik pada PLAY THIS PUZZLE.

permainan game percuma, game online

Bila korang tekan untuk bermain sahaja, Teruslah keluar puzzle seperti mana yang korang pilih. Macam Bella, sebab nak tunjuk contoh Teka teki yang Bella main, Jadi Bella pilih yang pecahan paling senang iaitu 9 dan bentuk pecahan yang senang sahaja. Lurus saja.

permainan game yang menyeronokkan

Apa lagi yang ditunggu? Susun cepat - cepat susun sebab masa akan diambil kira. Bila korang hendak nama korang pun tercatat sebagai penyusun gambar terpantas. Apa lagi. Sign Up.Lepas itu dapatlah korang pecahkan rekod yang sedia ada.


Bella dah nak siap dah susun ini. Baru pertama kali main kan. Jadi masa memang teruklah. Bella tidak screenshot pula yang Bella susun 1saat sahaja. Rekod terburuk plak ada. Siapa rasa dia hebat dan dapat kalahkan rekod Bella ini? Apa lagi cepat cuba. Korang kena letak gambar itu betul betul rapat dan tercantum tau. Jika tidak, Ia tidak akan dikira sebagai gambar yang lengkap.

game terbaik, game mesti cuba
SIAP!!! Lamanya. Ok lah tu. Contoh. Main sambil cerita dekat korang. Mencabar tau. Bagi Bella, Memang menyeronokkan. Rasa macam senang sangat ini. Bila dah main, Rupanya tidaklah terlalu senang dan mudah seperti yang disangkakan. Jangan tidak tahu, Bila gambar dah pecah, Pandangan kita kena selari dengan minda. Baru nampak kepingan yang betul untuk dicantumkan.



Berani tidak hendak cuba yang ini. Gambar yang telah tercantum, Boleh sahaja korang rujuk disebelah kanan itu. Ini Bella pilih gambar yang pemandangan yang bila pecahkan, semua nampak sama saja kan? Biru! Bentuk kepingan yang lebih berlekuk, kepingan pecahan paling banyak dan kecil. Tengok pun macam dah pening, Bagi yang baru hendak mula bermain itu, Cubalah yang mudah dulu. Lama-lama up la lagi satu level tu. Bella kongsikan Maklumat JIGSAW PUZZLES ini ok. Senanglah korang hendak cuba main kan? clik sahaja :-


Selamat Mencuba..

Sunday

HANTU SERAM BERKELIARAN DI SUNWAY LAGOON


face your fear, ketakutan malam hari

Korang semua percaya kan? Dalam dunia ini wujud satu lagi alam iaitu alam ghaib. Arrrghhh!! Bella nak cerita pun meremang bulu tengkuk! Berbekalkan kepercayaan itulah, Sunway Lagoon mencipta Malam ketakutan. AT NIGHTS OF FRIGHT 4. Ini kerana, mereka percaya. Semua orang mesti ada sesuatu yang dapat menakutkan kita. Alamak!! Bella takutkan banyak benda ni. Tapi takpe. Malam ini Bella cuba menghadapi ketakutan depan mata. Hah?? Depan mata sendiri?? "Face Your Fear" Bella memang cepat seram dengan sesuatu yang buruk ataupun pelik ini dan seorang yang agak penakut. Bella sengaja mencabar diri sendiri menghadapi ketakutan yang dikhabarkan HANTU SERAM BERKELIARAN DI SUNWAY LAGOON malam ini.Rasa hendak patah balik tidur bawah selimut plak. Bella pura - pura berani sebenarnya. Malam ini Bella ditemani Tiga jejaka. Sengaja. Bagi Bella jadi kuat!

seronoknya sunway lagoon, Bercuti di sunway lagoon

Acara dimulakan dengan majlis perasmiaan dan ucapan pembukaan. Lama juga tunggu. Buat hati semakin berdebar2x. Tidak tahu apa agenda yang menyebabkan majlis ini bermula agak lewat. Tapi, Tidak mengapa sebab Bella lebih teruja untuk menanti hantu apa yang bakal keluar ni?? Bella suka sangat dengan MC majlis malam ini. Dengar suara dia pun Bella dah takut. Sebab MC malam ini buat suara hantu. Fuhh!! Menjadi pula tu.


Pengacara memanggil  Mrs Sean Choo (General Manager Of Sunway Lagoon) Calvin Ho, (Senior Senior General Manager Of Sunway Theme Parks dan Lynton V. Harris (Chairman and Global Creative Director of The Sudden Impact! Entertainment Company ) bagi melancarkan Festival Hantu yang sebenar paling besar di Malaysia. Masa Bunga api meletup, Zombie pun keluar. Ramai sangat! Penuh depan pentas tu. Nasib Bella duduk belakang. Seram. Bila Acara telah dirasmikan, Hantu dan Zombie - Zombie tadi pun hilang. Nasib baik!


Bila Nights Of Fright 4 telah dilancarkan, Apa lagi Jom la mula!! Alamak! Bella seram nih!! HB kata tidak apalah. Bella hanya hendak ingatkan korang. Lagi - lagi yang lelaki. Bella faham, Korang tidak takut, takdahal, Apa barang takut, Tapi korang tolonglah Set kat minda korang tu untuk hayati. Korang hayati seolah - olah mereka ini menyeramkan. Ha barulah boleh bergembira. Tiru Bella. Semua tempat Bella jerit.


Sebelum masuk kami dapat bekalan darah. Mana tahu, kena kokak dengan hantu. Habis darah plak. Muka Bella jer cuak abis. Seram. Takut pengsan. Hahaha.over.



Bella ingatkan semua hantu itu dah hilang. Rupanya dorang bertaburan dalam Sunway ni. Memang seram. Korang pegang tangan kawan korang tu kena tengok sikit. Takut salah pegang. Memang banyak sangat hantu. Kami terus berlari ke rumah hantu yang disediakan.

sunway lagoon malaysia



Ini adalah rumah hantu pertama yang kami beratur untuk masuk. Suasananya dah cukup seram. Rumah hantu ini dipenuhi dengan hantu budak sekolah dan cikgu yang sangat garang. Permulaannya ada budak comel yang akan bawa kita kedalam kelas tu. Sekali cikgunya menjerit kata kami lambat! Ada denda! Arrrghhhh korang kena masauk rumah ini. Merasai sendiri ketakutan dimarah dengan hantu cikgu. Fuhh!! Seram. Bella pejam mata. Main tipu sikit.




Rumah hantu inilah yang di panggil Night Of Fright 4.Korang kena pakai spek macam 3D tu. Tapi, Bella yang rabun ini tidak nampak apa - apa. Sayangnya. Dalam inilah macam - macam hantu duduk. Ini menggunakan hantu yang bercahaya UV3D.  Sunway Lagoon memperkenalkan 8 rumah hantu dengan 6 zon menakutkan dan 11 permainan yang beroperasi didalam gelap. Bermain dalam gelap. Berani?


Apa lagi. Cepat - cepat beli tiket Nights Of Fright 4. Jom Bella kongsikan maklumat lengkap. :-

Masa                :- Ia bermula dari 7.30 malam sehingga 11.30 malam.
Hari                  :- Ia boleh dirasai setiap malam dari hari Jumaat sehinggalah Ahad.
Tarih                :- Sehinga 31 oktober sahaja.
Harga tiket        :- Rm58 Harga biasa dan Rm50 Harga pelajar.

Korang boleh semak di www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia atau hubungi 30 5639 000

Selamat bergembira.

Saturday

Berjimat dengan WATSON - SWITCH AND SAVE

WATSON, WATSON MALAYSIA, BERJIMAT, PROMOTION WATSON

Baru - baru ini turut dilancarkan kempen BERJIMAT dengan WATSON - SWITCH and SAVE. Bella bertuah kerana berpeluang merasai sendiri Jenama Watson yang baru dikeluarkan dari berbagai jenis produk terutama penjagaan diri.WATSON ini adalah jenama yang telah dikenali ramai dari ASIA sehinggalah ke EUROPE. Jadi, Watson memang tidak teragak - agak untuk mengeluarkan barangan jenama sendiri dan akan memastikan setiap kualitinya terjamin. Fasha Sandha dan Amber Chia adalah diantara artis yang menyokong penuh kempen SWITCH AND SAVE ini. Masing - masing pun setuju, Mereka dapat berjimat banyak dengan berbelanja di Watson.

tips jimat, tips cantik, murah

Masa berlangsungnya kempen Switch And Save ini, Pada mulanya diadakan ujian Switch And Test untuk menguji produk mana yang terbaik diantara yang terbaik. Bella, Mula - mula macam alamak! Takutnya silap. Pada mulanya Bella menguji Alovera gel yang telah diletakkan dalam bekas dan dilebalkan sebagai A dan B. Bella hanya mencium baunya dan melihat warnnya.Bella terus suka dengan Alovera yang berlabel B. Bila dibuka penutupnya, Betul - betul ditidak disangka - sangka. Bella telah memilih Alovera jenama Watson! Wow.


Bella sukakan Aloe Vera Soothing Gel Brand Naturals by WATSON! Baunya wangi dan testurnya sangat lembut. Bella masa sesi ujian, Bella tidak menyangka langsung yang Bella telah memilih produk WATSON!! Kualitinya sangat bagus. Sukar dibezakan dengan Brand yang mahal. Jadi, Buat apa kita beli yang mahal jika dapat kualiti yang sama!!



 Siapa disini pengguna setia WATSON?? Korang mesti ada kad Touch & Go Watson kan? Kalau tiada kad Watson. Korang kena jadi ahli Watson macam Bella. Selain daripada dapat gunakan Kad itu sebagai Kad Touch and Go. Korang juga dapat jimat bila berbelanja di Watson. Bila korang berbelanja dan bayar menggunakan Kad watson tu, Rm1 akan dapat 1 point. Bella pernah, Beli barang masa nak bayar tu, Jurujual tu bagitahu, Point Bella dah cukup untuk bayar harga barang yang Bella beli tu! Maknanya, Hari itu Bella dapat barang itu secara PERCUMA!! Best kan? Bagus sangat Watson hendak bagi kita berjimat tapi tetap membeli belah. Jadi, Dua benda ini, korang semua kena dapatkan di Watson.

jom jumpa fasha, cantik, tipas cantik, tips cantik fasha sandha

Kami amat berpuas hati dan menyokong 100% kempen Switch And Save by Watson. Fasha pun cakap, tidak semestinya nak cantik kena gunakan barang yang mahal. Jom Switch And Save. Tukar dan Jimat dengan Watson.Korang dah tengok apa kata Artis yang menyokong kempen Switch And Save ni? Jom tengok dibawah. Selamat berbelanja di Watson.



Tuesday

Shampoo Terbaik Buat Rambut Gugur-TYZARA SHAMPOO

Korang, Hari ini Bella hendak cerita satu rahsia buat korang semua. Rahsia ini untuk kita - kita ajer tau. Bella hendak yang baca Blog Bella ini sahaja cantik, cun melecun dan Hot gitew. Bella hendak bagitahu dan kongsikan, Bella dah jumpa Shampoo yang dapat merawat rambut dari terus gugur dan menipis. Bella dah cuba. Jadi, sekarang ini Bella hendak kongsikan dengan korang semua.Selama ini, Segala jenis Shampoo Bella cuba. Tapi hasil tetap sama. Jadi, Bila dah jumpa  Shampoo Terbaik Buat Rambut Gugur-TYZARA SHAMPOO haruslah dikongsikan kebaikannya bersama.


Tyzara shampoo

CARA PENGGUNAAN TYZARA SHAMPOO BUAT MERAWAT RAMBUT GUGUR

Inilah dia TYZARA SHAMPOO yang amat membantu Bella dalam mengurangkan masalah keguguran rambut.Syampoo Tyzara- yang dirumus khas untuk rawat rambut gugur dan gatal kepala Ekslusif untuk wanita bertudung. Shampoo ini diformulasi dari ekstrak bunga ini berkesan seawal 1 malam dengan cara pemakaian yang mudah dan cepat.Bagi yang ada masalah rambut gugur dan gatal kepala yang teruk, sangat disarankan untuk pakai Shampoo Tyzara seperti pakai tonik.Caranya :-
  1. Rambut mestilah kering.
  2. Ambil Shampoo Dam Massage Di Kulit kepala.

perawatan rambut gugur, tyra syampu
  1. Balut kepala dan terus tidur.
  2. Bangun pagi basuh seperti biasa.
  3. Ulang selang sehari sehingga korang dapat rasakan perubahannya.
Bella dah buat!! Apa yang paling seronok, Rambut menjadi lebih wangi. Bukan wangi yang biasa - biasa tapi wangi yang tahan lama. Rambut pun lebih bersinar - sinar. Tapi Bella cuci kepala. Basahkan lepastu Bella balut. Sejuk sepanjang malam kepala. Tidur pun lena. Cuma korang kena balut kepala betul-betul la. Kang banjir bantal dan tilam. Cara pemakaiaannya bergantung pada rambut. Kalau rambut korang hampir botak. Gugur teruk. Buat selang seli 4malam dalam seminggu. Gunakan pada malam sahaja.


tyzara shampoo, shampoo tyzara


Korang rasa rambut korang cantik dan tidak gugur sangat. Perlu atau tidak menggunakan syampu Tyzara ini?? Korang guna sahaja untuk maintain kan rambut korang supaya tetap cantik dan bersinar. Tapi, Bagi rambut yang biasa. Tidak banyak gugur. Korang basuh rambut dan bersyampu macam biasa sahaja. Bella cadangkan, Korang basuh rambut dulu. 


Pakai shampoo Tyzara dan jangan terus basuh. Korang bersabun dulu, Gosok gigi dulu, Biarkan dulu 3 - 5 minit supaya segala nutrient akan meresap masuk ke kulit kepala. Buihnya sangat lembut. Korang akan rasa rambut korang sangat nyaman bila menggunakan Tyzara Shampoo.Rasa sejuk kulit kepala. Rasa macam tidak mahu basuh sahaja. Berangin saja. Kepala rasa lega sangat.

tyzara shampu, Rawatan rambut gugur

KANDUNGAN ISTIMEWA TYZARA SHAMPOO

Bella diberitahu yang Shampoo Tyzara menggunakan haruman bunga yang dikenali sebagai ‘trifolium pretense clover’.Clover ini adalah bunga ajaib yang digunakan didalam Shampoo Tyzara. Clover ini berfungsi untuk menguatkan akar rambut supaya tidak mudah putus dan tak mudah gugur. Ia juga merangsangkan pertumbuhan folikel rambut.Rambut akan lebih kuat dan tidak mudah putus. Bella baru saja pakai shampoo Tyzara ini macam pakai tonik sekali sahaja. Tapi, Kesan yang paling ketara, Rambut Bella sangat wangi. Bella buka sahaja anak tudung, Bau wangi pada rambut Bella terus menusuk hidung. Sukanya!




 TYZARA SHAMPOO DIJAMIN KUALITINYA
Bella sarankan untuk korang pakai hari - hari untuk dapatkan kesan yang maksimum. Ramai yang kata tidak cukup dan sikit. Satu botol 100ml. Seronok sangat pakai. Tyzara shampoo ini tidak dikeluarkan dalam botol yang besar kerana pengeluar amat menjaga kualiti setiap botol syampu yang dikeluarkan. Tapi, Apa yang Bella tahu. Kebanyakkan syampu rawatan rambut gugur memang akan lebih mahal dari syampu biasa. Ini mestilah kerana bahan yang digunakan lebih dari syampu yang biasa. Jadi, Korang kena korbankan sikit untuk rambut yang sihat dan cantik. TAPI!! korang jangan risau. Nanti Bella bagi harga PROMO!! Bella kan ada bagitahu khas buat pembaca blog Bella sahaja. Korang untung tau.


 
TESTIMONI PENGGUNA
 
Rata- rata pengguna yang telah menggunakan Tyzara Shampoo memang amat berpuas hati dengan hasilnya. Bella pun. Bella sukakan segalanya pasal Tyzara Syampu ini.Banyak lagi Testimoni yang Bella tidak tunjukkan disini. Nanti korang boleh tengok di Instgram dan Facebook Shampoo Tyzara Original.


Seronoknya bila sikat rambut tiada rambut yang melekat disikat, Sapu lantai kurang jumpa helaian rambut, HB belai rambut pun tidak tersekat di skala 6. Mesti korang pun tidak sabar hendak tahu cara hendak beli dan harga kan? Sekarang ada promosi hebat!! 

Korang boleh Whatsapp Kod Promo "BELLA" ke 016 - 8722161 untuk dapatkan harga yang istimewa!! Harga asal RM89.90 semenanjung dan RM99.90 Sabah dan Sarawak. Maklumat lanjut, boleh terus ke :

Website : www.tyzara.com
 
 
Korang dah baca tapi tidak faham cara penggunanya?? Klik video diatas. Terima kasih. 

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari