Sunday

PENGECAS TERBAIK BUAT PENGEMBARA DARI INNERGIE

Zaman "CYCBER" yang serba serbi canggih ini, Boleh dikatakan semua alatan canggih memerlukan tenaga elektrik dalam penggunaannya. Ini termasuklah telefon, kamera, video, MP3, peralatan video game, jam, dan sebagainya. Banyak sangat dan boleh dikatakan hampir kesemuanya memerlukan tenaga elektrik. Jadi, amat memyukarkan dan menyulitkan pengembara, ataupun 'backpackers" untuk membawa pengecas yang banyak ataupun penyambung wayar untuk mengecas kesemua peralatan semasa melancong atau mengembara. (Bella pernah rasa). Jadi, Innergie telah mengambil inisetif mengemas kini dan memperbaharui bentuk pengecas supaya ringan, mudah dibawa dan dapat mengecas dengan lebih pantas. Inilah Pengecas TERBAIK Buat Pengembara dari INNERGIE.

Wednesday

5 Sebab Kenapa Penyaman Udara Perlukan Servis Berkala

Hari ini Bella akan kongsikan, Mengenai Penyaman udara. Kebetulan Bella hendak memasang penyaman udara. Sebelum itu, Bella kenalah ambil tahu serba sedikit mengenai Penyaman Udara. Apa yang Bella ambil tahu dahulu adalah mengenai servis dan penyelenggaraannya. Bella perlu ambil tahu penting atau tidak melakukan servis berkala.Lepas Bella baca, Bella nak kongsikan juga dengan korang juga.Disini Bella buat kesimpulan dan senaraikan 5 Sebab Kenapa Penyaman Udara Perlukan Servis Berkala. Istimewa buat yang mahu memasang penyaman udara, ataupun yang merancang untuk memasang penyaman udara.



Tuesday

Siri Bercakap dengan Zombi di The Ghostbusters Adventure

Wahhh!! Seronok sangat. Bella dapat ke Sunway Lagoon bersama Kelab Blogger Ben Ashaari sebagai wakil media untuk menceritakan kepada korang semua, Betapa seronoknya bergurau dengan Zombi di Scream Park Sunway Lagoon. Bagi Bella ia adalah seakan - akan Siri Bercakap dengan Zombi di The Ghostbusters Adventure kerana kita akan dapat lihat mereka secara live!! Betul - betul depan mata.  Seram??? Tak payah nak cakaplah... Bella keluar terus sakit tekak. Korang tidak boleh bayangkan? Korang jangan lupa klik video Bella di penghabisan cerita ini. Janji tau.

ghostbuster live, 

Idea Decorasi Tangga Yang Menarik

Tangga?? Ya, Topik Bella pagi ini adalah Tangga. Tangga untuk menaiki tingkat atas ke rumah. Bella sedang memikirkan design tangga ataupun pengubahan tangga supaya kelihatan lebih menarik, tertarik dan The Boom!!! 


Friday

TIP KURUS SEPANTAS 7 HARI DENGAN KUROSE

KURUS, RAMPING dan CANTIK. Ada ke perempuan yang tidak mahukan semua itu ada padanya? Bella pun "gila-gila" mahukan perut yang ramping dan sekaligus menghilangkan lemak yang melekat kat badan ini. Lemak ini dengan badan Bella, macam ada magnet plak. Jadi hari ini, Bella nak kongsikan dengan korang, TIP KURUS SEPANTAS 7 HARI DENGAN KUROSE.

kurus dan ramping, rahsia kurus

Betul ke dengan minum satu sachet KuRose ini boleh kurus? Sepantas 7 Hari pula tu. Jawabnya, Bella tidak dapat lagi, Sebab Bella baru cuba cuma 3 hari. Apa kata, korang beli. Lepas itu kita tengoklah siapa yang kurus dulu. Tidak rugi pun, kerana banyak sangat kelebihan KuRose.

Monday

ZACK KAPCAI - Santai dan Bersahaja

Korang dah tengok Filem Zack Kapcai? Ini adalah filem ke - 113 dari MIG Pictures. Zack Kapcai ini adalah sebuah Filem yang bergenre komedi aksi. Filem ini adalah arahan bersama Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib. Meletakkan elemen permotoran sebagai subjek utama kerana mereka merasakan elemen permotoran dilihat tidak pernah tenggelam dan sentiasa menjadi trend. Bagi Bella FILEM ZACK KAPCAI sangat Santai dan bersahaja. Ia menyuntikkan elemen persahabatan, kekeluargaan, kasih sayang dan juga percintaan.


Saturday

Charger Port Terbaik Buat kaki Travel - INNERGIE

Kaki Travel, Yang kuat berjalan tu, Yang kuat melancong tu, Yang selalu pergi atau ulang alik dari tempat kerja ke rumah yang jauh ataupun tiap - tiap minggu kena perlu ke luar kawasan sama ada atas tuntutan kerja ataupun tuntutan peribadi. Ataupun korang jenis yang suka lepak Cafe tapi, Plug yang disediakan satu saja?? Ataupun Plug dirumah selalu berebut adik beradik? Sedara mara yang datang.Mana tidaknya, seorang ada 1 atau 3 gadjet yang menggunakan plug untuk mengecas. Paling ketara semua gadjet menggunakan USB untuk mengecas.


Friday

Tempat Terbaik Membuat Kejutan Buat Pasangan-FLORA KAFE

Bella betul-betul teruja bila ada temujanji makan malam dengan kawan-kawan di Flora Kafe. Sangat tidak disangka - sangka, Flora Kafe ini sangat cantik dan mengkagumkan. Paling Bella teruja kerana disini, Korang boleh membuat kejutan kepada pasangan korang. Bella dapat rasakan disini adalah Tempat TERBAIK memberikan KEJUTAN buat pasangan. FLORA KAFE.

TEMPAT MEMBERIKAN KEJUTAN BUAT PASANGAN

anniversary, tempat sambut hari jadi

Wednesday

RESEPI PIZZA TERSEDAP DOMINO'S

Di Musim perayaan ini, Domino's Pizza mempunyai berbagai tawaran hebat secara berterusan dalam memberi penghargaan kepada pelanggan. Jom Bella Kongsikan Resepi Pizza TERSEDAP Domino's. Bella kongsikan juga apa yang korang patut cuba dan rasa bila memesan Pizza Di Dominos. Mungkin bagi korang sukar untuk memilih, Jadi.. Bella kongsikan dengan korang ok..

pizza terbaik, resepi pizza


Sunday

3 Langkah Mudah Mencerahkan Wajah

Kecerahan kulit wajah, amat sinonim dengan kecantikkan kulit wajah bagi wanita. Kebanyakkan wanita yang berkulit cerah, akan kelihatan cantik dan dicemburi wanita lain. Sebab itulah wujudnya berbagai-bagai jenis perlindungan kulit wajah daripada cahaya matahari yang memberi kesan menggelapkan kulit dan membuatkan tona kulit tidak sekata. Semua wanita akan mengimpikan kulit yang putih dan cerah sempurna.Betulkan? Bila wajah kita putih dan cerah sempurna, Barulah semua mata-mata yang memandang akan terpegun dan berkata "Cantiknya Awaaak." Sebab itulah hari ini Bella hendak berkongsi dengan semua rangkaiaan produk terbaru yang Bella guna iaitu Nanowhite Fresh.Hanya 3 LANGKAH MUDAH MENCERAHKAN WAJAH dengan NANOWHITE FRESH. 3 langkah sahaja. Senang kan?

nano white fresh

Tengoklah bungkusan yang membaluti Produk Nanowhite Fresh ini. Comel sungguh. Masa Bella tengok dan nak beli Nanowhite Fresh ini, Bella terus menjerit. "Comelnya!!" tapi, dalam hati saja, sebab masa itu sekeliling Bella, Penuh dengan orang. Nanowhite Fresh ini datang dalam 5 jenis produk pencerahan kulit wajah. Iaitu NANOWHITE FRESH FOAM CLEANSER, Nanowhite Fresh Anti Dullness Scrub, NANOWHITE FRESH MIRACLE MIST, Nanowhite Fresh Mattifying Moisturiser dan NANOWHITE FRESH DARK SPOT CORRECTOR. Lengkapkan? Nanowhite Fresh ini dihasilkan teristimewa buat mereka yang kulitnya berminyak. Bila kulit muka kita berminyak, Banyaklah masalah yang akan timbul dimuka terutama jerawat. Memang sesuailah Bella pakai, sebab kulit muka Bella memang berminyak. Jadi, hanya 3 sahaja yang Bella guna untuk mencerahkan wajah.


1. Pembersih Muka Nanowhite Fresh (Foam Cleanser) RM15.90

nanowhite fresh, pencuci muka terbaik

Bella memilih untuk menggunakan pembersih muka dari Nanowhite Fresh yang didalamnya telah diadun dengan TeaTree Oil, Sea Algae dan Diperkaya dengan Vitamin C. Sebenarnya banyak lagi bahan - bahan yang digunakan dalam menghasilkan Nanowhite Fresh Foam Cleanser. Tapi 3 bahan ini paling utama dalam memperbaiki kulit wajah kita.Bahan - bahan utama ini, akan meresap jauh kedalam kulit, semasa kita membersihkan wajah. Ia akan meresap jauh kedalam untuk membersihkan dan mengawal lebihan minyak dikulit wajah. Macmtulah yang Bella dapat tahu bila Bella baca. Nanti hasilnya kulit wajah kita akan merasa lebih segar, berseri dan cerah sempurna. Tanpa kulit yang berminyak. Waaaah!  Mesti cuba ni. 

cantik, ayu, tips cantik, flawless

Jom Bella tunjukkan cara menggunakan pembersih muka Nanowhite Fresh senang saja.
  1. Basahkan muka.
  2. Letakkan sedikit di telapak tangan.
  3. Gosok tangan anda sehingga berbuih.
  4. Sapukan buih - buih ditangan korang ke kulit wajah.Gosok perlahan-lahan.
  5. Gosok dalam 2min.
  6. Cucikan dengan air yang bersih.
  7. Lap menggunakan kain wajah korang sehingga kering.
  8. Siap!!
Senang sangat kan? Tapi korang kena elakkan pembersih muka ini dari masuk kedalam mata korang tau. Pedih. Masa Bella pakai Pembersih muka ini, Nanowhite Fresh Foam Cleanser ini ada rasa macam berangin.Bila Bella lap sahaja muka Bella selepas dicuci memang rasa segar dan lebih bersih. Muka rasa lembab, tapi tidak berminyak. Lepas sahaja cuci muka, kita teruskan dengan langkah yang kedua untuk mencerahkan wajah menggunakan Nanowhite Fresh.



2. Miracle Mist Nanowhite Fresh RM20.50


nanowhite fresh, pelembab muka, kecantikkan muka

Miracle mist Nanowhite Fresh 9 apa tu? Sebelum beli mestilah kita ambil tahu kan, Mengenai produk itu serba sedikit. Rupanya No. 9 mewakili 9 kebaikan dalam satu botol kecil ini.Paling penting Ia tidak dicampurkan dengan sebarang pewarna, Tidak menggandungi minyak mineral dan tidak mengunakan derivatif haiwan.Waaahh... Banyaknya kelebihan Miracle mist Nanowhite Fresh 9 ini. Daripada 9 kebaikan ini Bella memang nak sangat Miracle Mist ini membantu kulit muka Bella yang berminyak ini. Bagi kulit muka halus, cerah sempurna dan sentiasa kelihatan segar. Kena gunakan hari- hari ni. 


Lepas kita dah cuci dan bersihkan muka kita menggunakan Pembersih muka Nanowhite Fresh. Langkah kedua adalah menggunakan Miracle Mist Nanowhite Fresh.Cara nak pakainya sangat senang.Pejam mata dan sembur terus kemuka. Korang boleh gunakan ia selepas menbersihkan muka.

Korang juga boleh menggunakan Miracle Mist ini bila-bila masa untuk menyegarkan muka. Bella gunakan selepas mandi. Bila dah pakai mekap, Bella sembur lagi supaya muka nampak segar dan mekap Bella lebih tahan lama. Kadang-kala Bella macam semangat sangat nak menggunakan Miracle Mist ini dan terlebih sembur, terasa panas dimuka. Tapi sekejap saja.Jadi, korang semburlah mengikut keperluaan ya.


3.Dark Spot Corrector Nanowhite Fresh RM18.50

kecantikkan wajah, ketulusan kulit, nanowhite fresh

Dark Spot Corrector Nanowhite Fresh juga Bella harus guna untuk mengurangkan bintik hitam, mengurangkan jerawat dan mengurangkan minyak yang berlebihan diwajah. Bella memang ada bintik - bintik hitam yang kurang kelihatan, tapi Bell hendak hilangkan. Rasa tidak seronok la pula kan, wajah dah cerah. Tapi ada bintik hitam. Mungkin menggunakan Dark Spot Corrector Nanowhite bintik - bintik hitam diwajah Bella akan hilang. Maknanya, kalau korang ada kesan jerawat ke, jelagat ke, kesan parut ke, korang bolehlah menyapukan sedikit dan hari-hari penghilang kesan hitam diwajah ni. Baunya pun wangi. Warnanya hijau cerah.


Cara penggunaannya senang sangat. Lepas korang selesai langkah 1 dan langkah 2 dalam mencerahkan wajah, sekarang langkah ketiga hanya letakkan sedikit gel Dark Spot Corrector di jerawat, atau parut, atau bintik hitam. Ini bagi memastikan muka korang cerah sempurna tanpa sebarang cela. Lengkap sudah 3 langkah mudah mencerahkan wajah dengan Nanowhite Fresh. Memang mudah dan senang sangat kan? Jadi, apa kata korang dapatkan di seluruh pasaraya berdekatan dengan korang, termasuklah Guardian dan Watson. Amat mudah didapati.Jangan senanglah nak beli bila abis nanti kan.

 

Paling seronok, Bella bukan saja boleh cantik dan cerah. Bella juga boleh menyertai peraduaan yang diadakan oleh Guardian Nanowhite Raya Contest. Cara hendak menang pun sangat senang!! Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yang paling kretif. Apa yang paling penting, resit pembeliaan korang kena simpan baik - baik ya, Supaya senang masa menuntut hadiah nanti. Senang sangat hendak menang kan??

Apa lagi yang ditunggu - tunggu jom lah kita cantik bersama-sama sambil menang hadiah.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari