Sunday

HANTU SERAM BERKELIARAN DI SUNWAY LAGOON


face your fear, ketakutan malam hari

Korang semua percaya kan? Dalam dunia ini wujud satu lagi alam iaitu alam ghaib. Arrrghhh!! Bella nak cerita pun meremang bulu tengkuk! Berbekalkan kepercayaan itulah, Sunway Lagoon mencipta Malam ketakutan. AT NIGHTS OF FRIGHT 4. Ini kerana, mereka percaya. Semua orang mesti ada sesuatu yang dapat menakutkan kita. Alamak!! Bella takutkan banyak benda ni. Tapi takpe. Malam ini Bella cuba menghadapi ketakutan depan mata. Hah?? Depan mata sendiri?? "Face Your Fear" Bella memang cepat seram dengan sesuatu yang buruk ataupun pelik ini dan seorang yang agak penakut. Bella sengaja mencabar diri sendiri menghadapi ketakutan yang dikhabarkan HANTU SERAM BERKELIARAN DI SUNWAY LAGOON malam ini.Rasa hendak patah balik tidur bawah selimut plak. Bella pura - pura berani sebenarnya. Malam ini Bella ditemani Tiga jejaka. Sengaja. Bagi Bella jadi kuat!

seronoknya sunway lagoon, Bercuti di sunway lagoon

Acara dimulakan dengan majlis perasmiaan dan ucapan pembukaan. Lama juga tunggu. Buat hati semakin berdebar2x. Tidak tahu apa agenda yang menyebabkan majlis ini bermula agak lewat. Tapi, Tidak mengapa sebab Bella lebih teruja untuk menanti hantu apa yang bakal keluar ni?? Bella suka sangat dengan MC majlis malam ini. Dengar suara dia pun Bella dah takut. Sebab MC malam ini buat suara hantu. Fuhh!! Menjadi pula tu.


Pengacara memanggil  Mrs Sean Choo (General Manager Of Sunway Lagoon) Calvin Ho, (Senior Senior General Manager Of Sunway Theme Parks dan Lynton V. Harris (Chairman and Global Creative Director of The Sudden Impact! Entertainment Company ) bagi melancarkan Festival Hantu yang sebenar paling besar di Malaysia. Masa Bunga api meletup, Zombie pun keluar. Ramai sangat! Penuh depan pentas tu. Nasib Bella duduk belakang. Seram. Bila Acara telah dirasmikan, Hantu dan Zombie - Zombie tadi pun hilang. Nasib baik!


Bila Nights Of Fright 4 telah dilancarkan, Apa lagi Jom la mula!! Alamak! Bella seram nih!! HB kata tidak apalah. Bella hanya hendak ingatkan korang. Lagi - lagi yang lelaki. Bella faham, Korang tidak takut, takdahal, Apa barang takut, Tapi korang tolonglah Set kat minda korang tu untuk hayati. Korang hayati seolah - olah mereka ini menyeramkan. Ha barulah boleh bergembira. Tiru Bella. Semua tempat Bella jerit.


Sebelum masuk kami dapat bekalan darah. Mana tahu, kena kokak dengan hantu. Habis darah plak. Muka Bella jer cuak abis. Seram. Takut pengsan. Hahaha.over.



Bella ingatkan semua hantu itu dah hilang. Rupanya dorang bertaburan dalam Sunway ni. Memang seram. Korang pegang tangan kawan korang tu kena tengok sikit. Takut salah pegang. Memang banyak sangat hantu. Kami terus berlari ke rumah hantu yang disediakan.

sunway lagoon malaysia



Ini adalah rumah hantu pertama yang kami beratur untuk masuk. Suasananya dah cukup seram. Rumah hantu ini dipenuhi dengan hantu budak sekolah dan cikgu yang sangat garang. Permulaannya ada budak comel yang akan bawa kita kedalam kelas tu. Sekali cikgunya menjerit kata kami lambat! Ada denda! Arrrghhhh korang kena masauk rumah ini. Merasai sendiri ketakutan dimarah dengan hantu cikgu. Fuhh!! Seram. Bella pejam mata. Main tipu sikit.




Rumah hantu inilah yang di panggil Night Of Fright 4.Korang kena pakai spek macam 3D tu. Tapi, Bella yang rabun ini tidak nampak apa - apa. Sayangnya. Dalam inilah macam - macam hantu duduk. Ini menggunakan hantu yang bercahaya UV3D.  Sunway Lagoon memperkenalkan 8 rumah hantu dengan 6 zon menakutkan dan 11 permainan yang beroperasi didalam gelap. Bermain dalam gelap. Berani?


Apa lagi. Cepat - cepat beli tiket Nights Of Fright 4. Jom Bella kongsikan maklumat lengkap. :-

Masa                :- Ia bermula dari 7.30 malam sehingga 11.30 malam.
Hari                  :- Ia boleh dirasai setiap malam dari hari Jumaat sehinggalah Ahad.
Tarih                :- Sehinga 31 oktober sahaja.
Harga tiket        :- Rm58 Harga biasa dan Rm50 Harga pelajar.

Korang boleh semak di www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia atau hubungi 30 5639 000

Selamat bergembira.

3 comments:

  1. seram nya..heheh, sy takut hantu xmaula tgk hantu

    ReplyDelete
  2. Penat lah gi sana . Penat dengar orang jerit. Hahaha

    ReplyDelete
  3. dia pun jerit sekali afiq tu. eleh.. pnt dgr konon. hahahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari