Makanan Laut WAJIB RASA di RETRO CAFE

Hai semua.. Bella hendak kongsikan dengan korang satu tempat makan yang sangat BEST!! TERBAIK!! dan pastinya SEDAP . Tempat makan ini a...

ikan siakap bakar tersedap

Hai semua.. Bella hendak kongsikan dengan korang satu tempat makan yang sangat BEST!! TERBAIK!! dan pastinya SEDAP. Tempat makan ini adalah sebuah Cafe yang terletak didalam VIVATEL HOTEL. RETRO CAFE namanya. Bella yang pertama kali menjejakkan kaki ke RETRO CAFE ini pun terus jatuh cinta. Tengok sajalah IKAN SIAKAP BAKAR yang terhidang tu.Salah satu makanan laut yang Bella rasa sangat juicy dan Betul - betul terasa kesegarannya itu. Disinilah Makanan Laut yang WAJIB RASA iaitu di RETRO CAFE.

restaurant paling sedap di kuala lumpur 

Apa yang istimewanya mengenai RETRO CAFE ini, Korang boleh tengok Chef disini masak secara "LIVE" dihadapan korang!! Fuh! Maknanya kebersihan dan kesegaran makanan laut yang korang pilih memang tidak boleh disangkalkan lagi. Tidak akan ada kesilapan dalam menu tertukar atau makanan laut korang itu ditukar dengan yang lain. Bella Rasa lebih berbaloi dan teruja, melihat sendiri dan menanti makanan laut pilihan sendiri masak dihadapan mata. Bagi sesiapa yang sangat particular pasal makanan. Sinilah tempat yang patut korang pergi. Salah saja terus complain depan- depan minta buat baru.Haaa... puas hati kan. Tapi, Chef disini pakar dengan apa yang diaorang masak. Mesti korang puas hati punya.

makanan laut terbaik

Mesti korang pun teruja nak lihat Chef disini masak kan? Tapi sebelum itu, Korang kena pilih dulu makanan laut mentah pilihan korang untuk dimasak secara Live depan mata. Korang boleh pilihan sama ada KETAM atau UDANG (segala jenis udang ada) .

vivatel hotel 

Segala jenis makanan laut bercengkerang pun ada. Pilih saja tapi jangan membazir. Sebab disini buffet, tiada limit. Haaa.. Untung kan? Bagi Bella sangat berbaloi - baloi. 

masakkan laut paling sedap 

Bagi yang tidak minat makanan yang susah nak korek isi nya tu macam ketam, udang atau kerang. Jangan risau, ikan pun ada. Bella tidak cuba mana - mana ikan sebab Bella tidak mampu nak makan kenyang sangat dah. Lain kali kalau datang lagi, Bella mesti cuba seekor. Rasa - rasa korang dah tahu dah pilihan hati yang mana satu untuk dimasak? Mesti keliru kan? Semua nampak sedap dan menyelerakan. Korang pilih ikut perut mana yang boleh masuk. Bukan ikut nafsu. Akhirnya bagi tong sampah yang kenyang. Jangan tau.

masakkan laut terbaik 

Inilah hasilnya.Chef disini mencadangkan kami mengasingkan makanan laut yang cepat masak dengan yang lambat masak. Makanan laut yang cepat masak ini, Chef mencadangkan untuk dimasak sambal. Inilah hasilnya. Memang puas hati. Bella tak abis - abis menjilat dan menghisap isi ketam ini sekali dengan sambalnya. Fuh! Memang amat menyelerakan. Tak sia - sia Bella meredah jammed hanya untuk makanan laut ini. Amat puas hati.

kedai makan makananan laut sedap

Ini pula makanan laut yang hanya dibakar kering. Bella lebih suka masak sambal. Rasanya lebih berperisa. Tapi HB suka sangat makan makanan laut yang masak kering ini. Dia mencicahkannya kedalam sos istimewa yang turut disediakan. Korang kena cuba. Sebab masing-masing ada citarasa masing-masing. HB dengan Bella pun suka kan masakkan yang berlainan.

 

Selain daripada makanan laut yang masih mentah dan korang pilih untuk dimasak dan baru korang boleh makan, Korang juga boleh makan makanan yang telah sedia ada. Siap dimasak. Tinggal ceduk dan makan saja. Bella paling suka dengan Deepfried Pandan Fresh Water Prawn. Bella berapa kali tambah sebab masakkan ini menggunakan udang yang besar. Sedap sungguh. 


Sup ketam ini adalah makanan pertama yang menarik selera makan Bella dengan bau ketamnya yang menusuk - nusuk hidung hingga ke perut. Fuhh!! wangi ya amat! Bella terus ambil semangkuk dan cicah dengan roti. Rasanya memang pekat dengan rasa isi ketam. Bila Chef datang dan tanya Bella, Rasanya macam mana? Ok tak? Bella terus cakap. Sangat sedap dan lain dari yang lain. Bella memang sukakannya! Korang kena masukkan dalam senarai makanan wajib cuba. Bagi Bella memang sangat sempurna rasanya.


kari kepala ikan terbaik


Ini adalah satu lagi sudut makanan yang masih lagi berkonsepkan makanan laut tapi berasaskan KARI. Paling tak boleh tahan, Karinya, Ya Ampun.. sedap! Amat menyelerakan! dan kena dengan tekak Bella. Bella memang suka Yee Mee. Bila Bella nampak sudut ini, Bella teruslah ambil semangkuk Yee Mee dan minta Chef ini masukkan kuah kari. Chef ini kata, itu saja???? Rupanya. Korang boleh tambahkan apa saja yang terdapat di ruangan ini, untuk ditambah kedalam Yee  Mee korang. Bella hanya tambahkan cendawan. Tapi rasanya tetap Umpph!! sesangat walaupun kosong. Bella yang dah kenyang pun, Boleh makan Yee Mee kari kosong tu sehingga abis. Sebab kuah kari Cafe Retro ini memang terbaik.

retro cafe

Bila rasa dah tidak mampu hendak melahap lagi, Apa lagi, Kita tutupi juadah dengan pemanis mulut. HB memilih untuk makan aiskrim. Bella pun memilih untuk mencuba kek yang comel dan amat menyelerakan ini. Sungguh tidak diduga. Chef makanan laut juga hebat buat desert. Semua kek yang comel ini gebu dan lembut. Memang banyak sebab kenapa Bella kena datang Retro Cafe ini sekali lagi. Korang boleh tengok dan klik video dibawah untuk melihat kemeriahan makan disini.



Maklumat yang paling penting yang korang kena tahu, Retro Cafe akan menyediakan Buffet Makanan Laut ini hanya pada setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja bermula pada jam 6.00pm sehingga 9.30malam. Retro Cafe juga mengadakan promosi bila korang makan disini seramai 10orang akan dapat 1 tempat percuma buat seorang! Jimatkan? Harga :- RM88 nett dewasa, RM58 nett bagi orang tua 55tahun dan keatas, dan RM48 bagi kanak - kanak bawah 12 tahun.

blogger makanan

Maklumat yang lebih lanjut korang hubungi sahaja :- 03 9205 8888 atau email enquiry@vivatel.com.my bagi mengetahui promosi lain, Sebab banyak promosi selain dari makanan laut ini korang kena rajin layari laman web www.vivatel.com.my dan korang follow www.facebook.com/vivatel. Korang mesti cuba makanan laut wajib rasa ini.Bella dah jatuh cinta dengan Retro Cafe ini. Korang bila lagi? Selamat mencuba.


You Might Also Like

6 ulasan

  1. Ikan tak sempat rasa jugak sbb dah kenyang sgt... waaa ruginya...

    ReplyDelete
  2. Aa ah byk menu ss x sempat nk rasa huhu

    ReplyDelete
  3. pernah mkn kat vivatel ni.. mmg sedap!

    ReplyDelete
  4. wahh jeles tgk menu seafood.. nak jugak try lah nanti..

    www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  5. bella dan food. terus rs nk g mkn jgk..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.