Althea Korea Turn 1 DiRaikan oleh semua wanita

Althea Korea !! Happy Birthday !! Sekarang ini Bella tengah sibuk membuat persiapan untuk menyambut Birthday Althea Korea !!  Althea Korea ...

Althea Korea!! Happy Birthday!! Sekarang ini Bella tengah sibuk membuat persiapan untuk menyambut Birthday Althea Korea!! Althea Korea Turn 1 DiRaikan oleh semua wanita Termasuklah Bella. Siapa Althea Korea ini sampai semua orang pun kena sambut dan meraikan Hari Jadi dia kan? Lebih kepada hari ulang tahun penghasilannya Bella rasa. Althe Korea sebenarnya adalah satu laman Shopping Online yang membolehkan semua wanita membeli barangan kecantikkan yang originally datangnya daripada korea. Betul memang dia Shipping daripada KOREA!

barangan kecantikkan korea


Sebenarnya Bella punya Sekotak penuh barangan kecantikkan. Bella beli di Althea Korea. Sebab dari Korea, Jadi korang bagilah masa untuk barangan ini sampai kepada korang. Bella punya lebih kurang sampai dalam masa seminggu. Kira oklah. Tidaklah Bella "urgent" sangat nak cepat.


althea korea 

Korang tidak perlu risau mengenai barang korang rosak bila sampai kesini sebab jauh datang daripada Korea kan? Kesemua barangan kecantikkan, sama ada yang didalam kotak, dalam plastik ataupun dalam tiub semuanya dibalut kemas, cantik dan teliti. Masa Bella buka kotak ini, semua barangan sangat elok tersusun. Sedikit kemik pun tidak kelihatan.

Apa yang paling seronok membeli belah di www.althea.kr ini, Kebanyakkan barangan kecantikkan disini dijual dengan harga yang murah! Bila korang berbelanja lebih daripada rm150.00 tiada kos penghantaran dikenakan.Huh!! Memang Bella Shopping sakan di Website ni. Banyak potongan harga pula tu. Bolehlah berjimat sambil tetap cantik.

 

Apa yang lebih istimewa, bulan ini adalah "Shoutout" untuk Hari jadi Althe Korea. Bella pun tidak melepaskan peluang untuk menyambut Hari Ulang tahun Althea Korea ini. SYOK SANGAT!!! Hari Ulang tahun Althea Korea kan? Selalunya dan sepatutnya, Kalau hari ulang tahun Sesiapa, kitalah patut bagi hadiah. Bukan yang diraikan kena bagi hadiah. Ini terbalik! ALTHEA KOREA plak yang bagi hadiah kat Bella. Fuh!!! Terbaik! Althea Korea mahukan Bella sama-sama merasai kegembiraan menyambut hari ulang tahun.

 

Tengok!!! Waaaa... Macam-macam Bella dapat. Pink lagi. Bella sekali lagi mengucapkan Happy birthday Althea Korea. #Altheaturn1 congratulation!! Korang semua apa tunggu lagi!! Jom lah membeli belah di www.althea.kr sambil menang hadiah!! Korang nak tengok apa yang Bella beli? Sini Bella kongsikan ok.


Losen tangan. Percaya tak? Bella beli sebab "packaging" nya terlalu cute. Betul. Cute sangat. Tapi, tidak sia - sia. Bukan saja cute, wangi teramat sangat, tangan lembut. Murah juga. Bella pakai sikit - sikit saja. Sebab sayanglah kalau cepat habis.

althea korea

Eyeliner adalah barang mekap Bella yang Bella rasa paling penting. Jadi Bella memang banyak stok eyeliner. Senang, habis ada penganti. Bella puas hati bila menggunakan eyeliner ini. Testurnya amat lembut. Sampaikan bila Bella pakai pertama kali, terus patah. Bella raut kali kedua baru ok. Ia adalah jenis waterproof . Jadi, untuk mencucinya sedikit payah. Tapi pakai eyeliner ini, memang best. Puas hati.

bibir cantik

Ini adalah Lip Balm. Bella beli pun sebab bentuk lip balm ini sangat unik. Kebanyakkan pelembab bibir panjang kan? Tapi yang ini macam emas pula. Jatuh hati dengan bentuknya juga. Bila Bella pakai, memang terasa bahan natural lip balm dari Skin Food ini. Tiada bau langsung. Hanya rasa bibir yang sentiasa lembab.

kecantikkan hidung



Ini pula set penjagaan hidung.Korang hendak tahu lebih lanjut, Korang klik sahaja video yang Bella buat ini, khas untuk menunjukkan cara pakai barang kecantikkan ini. Sebab, cara penggunaannya semua dalam bahasa Korea. Jadi, bagi memudahkan korang, Bella buat video ini.

Haa.. macam mana? Seronok kan.. berbelanja di AltheaKorea. Banyak barang kecantikkan yang tiada di Malaysia ada di Althea Korea. Cubalah beli sekali. Pasti puas hati. Semoga bermanfaat.Apa tunggu lagi, jomlah kita terjah semua website, Ingtagram dan FaceBook ALTHEA KOREA!! Banyak sangat hadiah untuk dimenangi. 

WEBSITE :- https://my.althea.kr/ 
INSTAGRAM :- https://www.instagram.com/altheakorea/ 
FACEBOOK :- https://www.instagram.com/altheakorea/ 
YOUTUBE :- https://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV

You Might Also Like

3 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.