Tempat Terbaik Membuat Kejutan Buat Pasangan-FLORA KAFE

Bella betul-betul teruja bila ada temujanji makan malam dengan kawan-kawan di Flora Kafe . Sangat tidak disangka - sangka, Flora Kafe ini s...

Bella betul-betul teruja bila ada temujanji makan malam dengan kawan-kawan di Flora Kafe. Sangat tidak disangka - sangka, Flora Kafe ini sangat cantik dan mengkagumkan. Paling Bella teruja kerana disini, Korang boleh membuat kejutan kepada pasangan korang. Bella dapat rasakan disini adalah Tempat TERBAIK memberikan KEJUTAN buat pasangan. FLORA KAFE.

TEMPAT MEMBERIKAN KEJUTAN BUAT PASANGAN

anniversary, tempat sambut hari jadi



Bella nak kongsikan dengan korang mengenai tempat yang sweet gile yang boleh bersemut ini. Kenapa Bella kata Tempat ini adalah Tempat Terbaik Membuat Kejutan Buat Pasangan di Flora Kafe? Korang tengoklah dekorasi tempat untuk menyambut hari lahir atau ulang tahun ni.Giler tak comel? Cantik, Cool, Romantis, dan menaikkan rasa cinta gitew. Masa Bella tunjukkan gambar ini di Instagram Bella pun, semua kata cantiknya!! sweetnya!! sukanya tengok!! Korang pun mesti rasa macam tu kan? Minum air pun rasa tawar. Tempat ni manis sangat. Ciaa2x.

tempat comel, makan malam romantis

Ini adalah tempat salah seorang yang meraikan pasangannya disini. Meraikan pasangannya lahir hari ini.Apa punya ayat la. Kiranya menyambut hari jadi awek dia disini lah. Tempat dorang, ditaburi dengan kelopak bunga mawar lagi. Wei.. rasa nak kutip cium je. Cantik sangat. Bella banyak kali lalu lalang tempat dorang nak curi sikit kemanisan cinta dorang tu. Ciaaciaa.


Alo2x sweet nya.. Bella minta izin ok nak ambil gambar semanis kurma dorang ini. Takpe dik. Walaupun tiada limosin bagai, macam ini pun perempuan dah tersentuh tau. Bella tengok pun rasa cemburu sangat. Wei.. apahal laki aku tidak semanis kurma macam ni? Dia semanis gula saja. Ahaks. Cantik kan? Tempat sambutan hari jadi dorang ni.Ok la adik. Akak doakan korang kekal bahagia hingga ke syurga ya. Kalau belum kawin, cepat2x ke jinjang pelamin. Kalau semanis kurma pun kalau cinta monyet tidak kemana tau.

sambutan hari jadi, romantika

Seorang lagi pasangan yang Bella pilih untuk menunjukkan ke manisan dorang ni. Korang perasan tak? Meja dorang ringkas sangat kan? Tapi masih sangat comel. Paling comel, dapat Teddy Bear pink korang... Syok nya malam - malam peluk. Dapat bunga rose lagi. Alahai.. romatika nya. Korang jangan pergi goda plak mamat depan tu. Dah berpunya tu. Mana tahu ada yang nak merasa romatika macam ni juga, pergi goda mamat ini. Jangan tau. Korang pergi saja dengan kawan - kawan perempuan pun ok. Bawa keluarga lagi ok. 


Betul berdua lebih baik, Tapi bila bersama keluarga dan kawan - kawan semua, Kenangan lebih bermakna. Korang jangan risau. Meja panjang pun ada. Sesuai untuk kumpul satu keluarga. Makan dalam suasana yang hangat, comel dan selesa.Mesti memberikan suasana yang baru buat korang dan mengeratkan lagi hubungan sesama islam. Kafe apa yang terbaik sangat ini kan? Jom Bella kongsikan mengenai Flora Kafe pula.

FLORA KAFE

BUFFET SEDAP 

Cantik kan??? Terletak betul- betul di bahagian bawah Ampwalk. Dalam bangunan. Masa Bella menuju ke FLORA KAFE Dari jauh Bella dah nampak kecantikkan Cafe ini. Penuh dengan bunga - bungaan mewah yang kebanyakkannya berwarna unggu. Cantik sangat. Dibahagian atas, sekeliling Cafe dan juga diatas meja. Teruja sangat Bella tengok.

CAFE AMPANG SEDAP, CAFE SEDAP 

Masuk saja dalam FLORA KAFE ini.. Waaah.. Lagilah cantik. Ini bahagian utama. Meja kami ditengah - tengah tu. Flora Kafe ini memang sesuai untuk dibuat tempat perjumpaan keluarga, kawan dan lebih - lebih lagi temujanji bersama pasangan. Paling terbaik perjumpaan bagi meraikan hari istimewa seperti Hari jadi, ulang tahun atau apa saja. Perjumpaan bagi membuat kejutan di hari bersejarah. Bella pun teruja kalau dibawa kesini.

tempat majlis hari jadi, tempat romantik 

Jika korang mahukan suasana yang lebih terbuka, Korang bolehlah pilih untuk makan dibahagian luar. Walaupun di bahagian luar, Privasi korang tetap terjaga sebab ditutupi oleh dekorasi yang cantik. Orang yang lalu lalang pun hanyalah pengunjung Flora Kafe. Bagi Bella, korang duduk bahagian luar atau dalam, ada kelebihan masing - masing. Kalau korang duduk dibahagian luar, lebih lapang dan luas. Duduk dibahagian dalam Kafe, lebih tertutup cuma orang yang makan dalam tu saja akan tengok.

dinner romantic, romantis 

Korang rasa ini tempat apa? Ini ruang makan ok. Tempat dorang letak semua makanan yang ada. Ala2x buffet. Berpinar biji mata Bella. Cantik sesangat. Bella ingatkan pelamin tadi. Cantik kan. Tempat cantik. Makanan macam mana? Sedap ke? Mestilah sedap. Bawah ini Menu yang Bella makan tempoh hari.

MENU FLORA KAFE

cafe sedap di ampang 

Masa Bella datang, Bella makan buffet sempena Bulan Ramadhan. Juadah berbuka puasa yang disediakan juga sedap dan ada berbagai pilihan.Dibawah adalah senarai menu Buffet Ramadan untuk flora kafe ampwalk.Anda cuma perlu membayar RM65+ (normal price) bagi seorang dewasa dan RM35+ bagi kanak-kanak (7-12 thn). Kira ok sangat - sangat lah tu dengan layanan dan makanan yang sedap yang dihidangkan.

PILIHAN PEMBUKA SELERA
1.rojak buah
2.sotong kangkung
3.hidangan 5 jenis sambal colek
4.hidangan 3 jenis kerabu
5.keropok sayur,keropok ikan dan papadom
6.ulam-ulaman

SEAFOOD HOT PLATTER
7.ketam
8.kerang
9.udang
10.mussel

MASAKAN MELAYU

11.nasi putih
12.asam pedas johor ikan kembung
13.ikan keli lada merah
14.ayam lada hijau
15.lala masak serai
16.ikan talapia goreng
17.daging masak kari
18.kacang panjang goreng
19.terung sambal
20.chap chai goreng

 

MEE/MEEHOON/KUEH TIAW
21.mee goreng mamak
22.laksa kuah lemak utara
23.laksa johor

 

PILIHAN BARAT

24.spaghetti aglio-olio
25.chicken chop
26.french fries
27.fresh salad with dressing
28.mix nugget & sausages
29.roti john

NASI BRIANI

30.briani ayam
31.paru sambal
32.sup tulang
33.satay ayam
34.satay daging

 

PEMANIS MULUT

37.puding caramel
38.kuih-muih
39.pulut mangga
40.dadih dan agar-agar manis
41.bubur pulut hitam
42.coklat fountain
43.hirisan buah
44.ais kacang dan ais krim malaysia


PILIHAN AIR

46.nescafe
47.teh tarik
48.air bandung
49.air sarsi
50.air kosong

PILIHAN SNEK

51.roti jala@kari ayam
52.lempeng sambal tumis
53.sukun,keladi,keledek dan pisang goreng
54.karipap goreng

Ini adalah menu yang disediakan oleh Flora Kafe yang disediakan masa Bella datang kesini hari tu. Korang boleh juga menempah menu yang sama untuk apa saja acara. Semuanya sedap - sedap belaka.

Flora Kafe, 
Lot G.08B-1, Ground Floor, The Ampwalk 218,
Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.


Waktu operasi : 10 pagi - 10.30 malam.

Atau hubungi :

03-21618010 / 012 20700166 (Mell)
 

Korang jangan lupa klik video dibawah untuk tengok betapa bahagia dan happy nya Bella dapat makan dan berjumpa kengkawan disini. Semoga bermanfaat.


You Might Also Like

2 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.