RESEPI PIZZA TERSEDAP DOMINO'S

Di Musim perayaan ini, Domino's Pizza mempunyai berbagai tawaran hebat  secara berterusan dalam memberi penghargaan kepada pelanggan. ...

Di Musim perayaan ini, Domino's Pizza mempunyai berbagai tawaran hebat secara berterusan dalam memberi penghargaan kepada pelanggan. Jom Bella Kongsikan Resepi Pizza TERSEDAP Domino's. Bella kongsikan juga apa yang korang patut cuba dan rasa bila memesan Pizza Di Dominos. Mungkin bagi korang sukar untuk memilih, Jadi.. Bella kongsikan dengan korang ok..

pizza terbaik, resepi pizza



Sebelum itu, Bella hendak kongsikan promosi yang sedang berlangsung pada bulan Ramadhan ini.Bila korang memesan Domino's Pizza dari 6pm - 11pm, Korang boleh berjimat dari rm3 - rm15 bila korang membeli 2 pizza samaada sederhana, Besar ataupun XTra Besar. Paling terbaik, Bila korang memesan melalui online, korang akan menerima minuman percuma. Tropicana Frutz. Percuma tau!!



Tengok!! Banyak air Tropicana  Frutz yang Bella dapat. Selain daripada itu, Dominos juga menawarkan diskaun sebanyak 50% botol besar 1.5l lipton  Ice Lemon Tea untuk setiap pembelian 2 set Pizza bermula dari 10.30am sehingga 6.00pm. Sekarang Domino's membuat promosi Raya Kaw - kaw!! Bersempena Hari Raya. Korang boleh Check it out di www.dominos.com.my

PIZZA SPICY SAMBAL

resepi pizza

SAMBAL SPICY. Ia adalah gabungan daripada cincangan Daging  ayam, Ikan bilis, Cili merah, Cili hijau dan Bawang.Bella pada mulanya tertarik pada Domino's ini kerana mahu mencuba pizza inilah. Bella panggil Pizza ikan bilis. Ikan bilis merata - rata kan. Bella rasa inilah Pizza paling unik dan lain dari yang lain. Pizza yang kemelayuaan sangat.

 PIZZA CLASSIFIED CHICKEN

PIZZA TERBAIK

CLASSIFIED CHICKEN PIZZA adalah pizza yang hanya menggabungkan 3 bahan sahaja. Hanya 3 bahan sahaja!! Tapi rasanya ummphh!! Bella paling suka! Sangat suka. Hanya ayam cincang, bawang dan cendawan. Korang makan CLASSIFIED CHICKEN PIZZA pilih "base" nya CHEESE BURST CRUST. Korang akan rasa, Pizza korang penuh berkeju, garing dan penuh rasa. Yummy!!

PIZZA SAMBAL SURF & TURF 

resepi pizza, sedapnya pizza

SAMBAL SURF & TURF adalah pizza yang diadun bersama udang segar yang siap sedia telah dikupas dan diperap didalam rempah ratus yang terpilih. Dicampurkan juga bersama dengan ayam cincang, nenas yang sangat lemak berkrim dan "juicy". Menambah kesedapan dan keenakkan rasa pizza SAMBAL SURF & TURF ini, Cili hijau turut ditaburkan. Apa yang paling istimewa, Sambal "authentic" ciptaan istimewa dari Dominos turut menyaluti PIZZA SAMBAL SURF & TURF ini.

PIZZA CHICKEN CONFIDENTIAL


PIZZA CHICKEN CONFIDENTIAL adalah gabungan sempurna  dihasilkan daripada bawang, ceri tomato, nenas segar, daging ayam, daging ayam cincang, ayam pangang, dan Sos Istimewa rahsia daripada Dominos.

PIZZA ULTIMATE CHICKEN


ULTIMATE CHICKEN PIZZA. Pizza yang penuh dengan isi ayam pangang yang lazat, Hirisan ayam, Hirisan nenas yang segar, Cendawan yang segar dan sos terpilih.

STARTED BOX AWESOME FOURSOME

STARTED BOX AWESOME FOURSOME. Ia adalah set lengkap yang terdiri daripada "Crazy Chicken Crunchies" Iaitu ayam yang di goreng ranggup berperisa tomyam & Original. Bawang goreng berkeju dan peha ayam bakar. Korang kena makan panas - panas, barulah korang akan rasa keenakkan sebenar. Bila dan sejuk, tepungnya akan keras sedikit. Kurang ummphh nya.


Jadi jangan lupa, kita raikan kemenangan bersama Domino's. Biasanya setiap kali musim perayaan Domino's akan membuat promosi hebat lebih - lebih lagi beliaan melalui talian.


Bagi Bella, Domino's memang Pizza yang lazat daripada Pizza lain.Bella suka dengan bahan - bahan yang ditaburi diatasnya. Banyak. Tidak kedekut langsung. Keju pada lapisan keraknya. Perrgghhh memang amat menyelerakan. Lagi-lagi bila korang makan masa panas. Memang terbaik. Check it out Video Bella makan macam ada saka di bawah.




Korang jangan lupa ke laman sosial Domino's untuk mengetahui promosi - promosi terbaru dan penjimatan hebat yang Domino's tawarkan. Untung berganda-ganda tau :-

FB : https://www.facebook.com/Dominos/ 
IG : https://www.instagram.com/dominos/
Website : www.dominos.com

You Might Also Like

4 ulasan

  1. wow! tengah-tengah lapar ni lah duk tayang pizzaaa

    ReplyDelete
  2. Segera siap2 gi terjah Domino's Pizza. Walhal baru lepas makan that day. Hahaha

    ReplyDelete
  3. hi selamat hari raya.. done follow u, follow me back ;)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.