3 Langkah Mudah Mencerahkan Wajah

Kecerahan kulit wajah , amat sinonim dengan kecantikkan kulit wajah bagi wanita. Kebanyakkan wanita yang berkulit cerah, akan kelihatan c...

Kecerahan kulit wajah, amat sinonim dengan kecantikkan kulit wajah bagi wanita. Kebanyakkan wanita yang berkulit cerah, akan kelihatan cantik dan dicemburi wanita lain. Sebab itulah wujudnya berbagai-bagai jenis perlindungan kulit wajah daripada cahaya matahari yang memberi kesan menggelapkan kulit dan membuatkan tona kulit tidak sekata. Semua wanita akan mengimpikan kulit yang putih dan cerah sempurna.Betulkan? Bila wajah kita putih dan cerah sempurna, Barulah semua mata-mata yang memandang akan terpegun dan berkata "Cantiknya Awaaak." Sebab itulah hari ini Bella hendak berkongsi dengan semua rangkaiaan produk terbaru yang Bella guna iaitu Nanowhite Fresh.Hanya 3 LANGKAH MUDAH MENCERAHKAN WAJAH dengan NANOWHITE FRESH. 3 langkah sahaja. Senang kan?

nano white fresh

Tengoklah bungkusan yang membaluti Produk Nanowhite Fresh ini. Comel sungguh. Masa Bella tengok dan nak beli Nanowhite Fresh ini, Bella terus menjerit. "Comelnya!!" tapi, dalam hati saja, sebab masa itu sekeliling Bella, Penuh dengan orang. Nanowhite Fresh ini datang dalam 5 jenis produk pencerahan kulit wajah. Iaitu NANOWHITE FRESH FOAM CLEANSER, Nanowhite Fresh Anti Dullness Scrub, NANOWHITE FRESH MIRACLE MIST, Nanowhite Fresh Mattifying Moisturiser dan NANOWHITE FRESH DARK SPOT CORRECTOR. Lengkapkan? Nanowhite Fresh ini dihasilkan teristimewa buat mereka yang kulitnya berminyak. Bila kulit muka kita berminyak, Banyaklah masalah yang akan timbul dimuka terutama jerawat. Memang sesuailah Bella pakai, sebab kulit muka Bella memang berminyak. Jadi, hanya 3 sahaja yang Bella guna untuk mencerahkan wajah.


1. Pembersih Muka Nanowhite Fresh (Foam Cleanser) RM15.90

nanowhite fresh, pencuci muka terbaik

Bella memilih untuk menggunakan pembersih muka dari Nanowhite Fresh yang didalamnya telah diadun dengan TeaTree Oil, Sea Algae dan Diperkaya dengan Vitamin C. Sebenarnya banyak lagi bahan - bahan yang digunakan dalam menghasilkan Nanowhite Fresh Foam Cleanser. Tapi 3 bahan ini paling utama dalam memperbaiki kulit wajah kita.Bahan - bahan utama ini, akan meresap jauh kedalam kulit, semasa kita membersihkan wajah. Ia akan meresap jauh kedalam untuk membersihkan dan mengawal lebihan minyak dikulit wajah. Macmtulah yang Bella dapat tahu bila Bella baca. Nanti hasilnya kulit wajah kita akan merasa lebih segar, berseri dan cerah sempurna. Tanpa kulit yang berminyak. Waaaah!  Mesti cuba ni. 

cantik, ayu, tips cantik, flawless

Jom Bella tunjukkan cara menggunakan pembersih muka Nanowhite Fresh senang saja.
  1. Basahkan muka.
  2. Letakkan sedikit di telapak tangan.
  3. Gosok tangan anda sehingga berbuih.
  4. Sapukan buih - buih ditangan korang ke kulit wajah.Gosok perlahan-lahan.
  5. Gosok dalam 2min.
  6. Cucikan dengan air yang bersih.
  7. Lap menggunakan kain wajah korang sehingga kering.
  8. Siap!!
Senang sangat kan? Tapi korang kena elakkan pembersih muka ini dari masuk kedalam mata korang tau. Pedih. Masa Bella pakai Pembersih muka ini, Nanowhite Fresh Foam Cleanser ini ada rasa macam berangin.Bila Bella lap sahaja muka Bella selepas dicuci memang rasa segar dan lebih bersih. Muka rasa lembab, tapi tidak berminyak. Lepas sahaja cuci muka, kita teruskan dengan langkah yang kedua untuk mencerahkan wajah menggunakan Nanowhite Fresh.



2. Miracle Mist Nanowhite Fresh RM20.50


nanowhite fresh, pelembab muka, kecantikkan muka

Miracle mist Nanowhite Fresh 9 apa tu? Sebelum beli mestilah kita ambil tahu kan, Mengenai produk itu serba sedikit. Rupanya No. 9 mewakili 9 kebaikan dalam satu botol kecil ini.Paling penting Ia tidak dicampurkan dengan sebarang pewarna, Tidak menggandungi minyak mineral dan tidak mengunakan derivatif haiwan.Waaahh... Banyaknya kelebihan Miracle mist Nanowhite Fresh 9 ini. Daripada 9 kebaikan ini Bella memang nak sangat Miracle Mist ini membantu kulit muka Bella yang berminyak ini. Bagi kulit muka halus, cerah sempurna dan sentiasa kelihatan segar. Kena gunakan hari- hari ni. 


Lepas kita dah cuci dan bersihkan muka kita menggunakan Pembersih muka Nanowhite Fresh. Langkah kedua adalah menggunakan Miracle Mist Nanowhite Fresh.Cara nak pakainya sangat senang.Pejam mata dan sembur terus kemuka. Korang boleh gunakan ia selepas menbersihkan muka.

Korang juga boleh menggunakan Miracle Mist ini bila-bila masa untuk menyegarkan muka. Bella gunakan selepas mandi. Bila dah pakai mekap, Bella sembur lagi supaya muka nampak segar dan mekap Bella lebih tahan lama. Kadang-kala Bella macam semangat sangat nak menggunakan Miracle Mist ini dan terlebih sembur, terasa panas dimuka. Tapi sekejap saja.Jadi, korang semburlah mengikut keperluaan ya.


3.Dark Spot Corrector Nanowhite Fresh RM18.50

kecantikkan wajah, ketulusan kulit, nanowhite fresh

Dark Spot Corrector Nanowhite Fresh juga Bella harus guna untuk mengurangkan bintik hitam, mengurangkan jerawat dan mengurangkan minyak yang berlebihan diwajah. Bella memang ada bintik - bintik hitam yang kurang kelihatan, tapi Bell hendak hilangkan. Rasa tidak seronok la pula kan, wajah dah cerah. Tapi ada bintik hitam. Mungkin menggunakan Dark Spot Corrector Nanowhite bintik - bintik hitam diwajah Bella akan hilang. Maknanya, kalau korang ada kesan jerawat ke, jelagat ke, kesan parut ke, korang bolehlah menyapukan sedikit dan hari-hari penghilang kesan hitam diwajah ni. Baunya pun wangi. Warnanya hijau cerah.


Cara penggunaannya senang sangat. Lepas korang selesai langkah 1 dan langkah 2 dalam mencerahkan wajah, sekarang langkah ketiga hanya letakkan sedikit gel Dark Spot Corrector di jerawat, atau parut, atau bintik hitam. Ini bagi memastikan muka korang cerah sempurna tanpa sebarang cela. Lengkap sudah 3 langkah mudah mencerahkan wajah dengan Nanowhite Fresh. Memang mudah dan senang sangat kan? Jadi, apa kata korang dapatkan di seluruh pasaraya berdekatan dengan korang, termasuklah Guardian dan Watson. Amat mudah didapati.Jangan senanglah nak beli bila abis nanti kan.

 

Paling seronok, Bella bukan saja boleh cantik dan cerah. Bella juga boleh menyertai peraduaan yang diadakan oleh Guardian Nanowhite Raya Contest. Cara hendak menang pun sangat senang!! Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yang paling kretif. Apa yang paling penting, resit pembeliaan korang kena simpan baik - baik ya, Supaya senang masa menuntut hadiah nanti. Senang sangat hendak menang kan??

Apa lagi yang ditunggu - tunggu jom lah kita cantik bersama-sama sambil menang hadiah.

You Might Also Like

14 ulasan

  1. Lelaki boleh pakai juga kan? Nak cuba lah nanti.

    ReplyDelete
  2. Tak mahal mana pun produk ni..... ok laa, mampu beli

    ReplyDelete
  3. Fuyooo makin comel dik bella kita hehhee..guna nanowhite fresh fresh rupanya..

    ReplyDelete
  4. alaaa..dah serasi dengan produk lain...kalau tak, mau gak try hat ni..hihi

    ReplyDelete
  5. Comel kak bel pas guna nanowhite..kite pun pakai gk..best..

    ReplyDelete
  6. Saya dan isteri antara pengguna tegar nano white nie.. memang best sangat2

    ReplyDelete
  7. Sy pakai spray tu..agak pedih sikit..kenapa ye...aqua night cream pun rasa mcm panas.. Kenapa ye..?

    ReplyDelete
  8. Harga x mahal sgt kat mana nk dptkan produk ni

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.