AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Saturday

Menu MESTI cuba di Restoran Mohammad Chow

Bella hendak memperkenalkan kepada semua Restoran yang namanya tidak asing lagi. Iaitu Restoran Mohammad Chow. Restoran Chinese Muslim Kitchen.Nama pun Chinese Muslim Kitchen kan. Jadi, Restoran ini memperkenalkan kebanyakkan menu yang berasaskan resepi dan masakkan ala - ala chinese. Makanan Chinese kan selalunya terkenal dengan masakkan yang kurang berminyak dan lebih menjuruskan lebih kearah kesihatan. Rempah ratus yang digunakan adalah rahsia bagi setiap hidangan. Jadi, Bella mahu mencadangkan, Menu yang Bella sudah cuba. Menu MESTI cuba di Restoran Mohammad Chow. Mesti Cuba!!

restoran chinese muslim


Mohammad Chow Restaurant
Address  3-1, Jalan PJU 8/5H Damansara Perdana Business Center 47820 PJ
Sebelum hendak cuba dan mencuba menu yang mesti dicuba disini, berapa banyak cuba daa.. Korang mestilah kenal tempat ini dulukan. Kang salah Restoran pula. Di atas itu Bella dah bagi gambar Restoran Mohammad Chow dan alamatnya sekali. Tiada rahsia sudah. Sila gunakan applikasi Waze untuk cari ok. Mesti jumpa dan tidak sesat.Kalu sesat juga, Sila ajak dan belanja Bella la. Mesti dan pasti korang akan sampai.Ahaks.

makanan chinese muslim

Jemput masuk!! waaahh!!! Mohammad Chow Restaurant  masuk jalan-jalan cari makan lah!! Ini yang buatkan Bella lagi semangat hendak makan disini.Mesti sedap Restoran Mohammad chow ni. Kalau tidak mesti Jalan - Jalan Cari Makan tak datang kan? Ruang makanan yang sederhana besar, dan korang boleh memilih sama ada mahu makan di bahagian dalam, ataupun luar. Bella memilih untuk makan dibahagian dalam. Bella rasa, ruangan agak terhad. Jadi korang silalah hubungi buat tempahan dulu sebelum datang tau.

makanan halal chinese, chinese food

Bila buka saja menu, tuu dia... Beratus - ratus pilihan makanan yang ada dalam buku menu ini. Bella macam adeh.. nak order apa ni? Disinilah Bella tampilkan diri untuk membantu korang memilih hidangan dan masakan Chinese Muslim yang tersedap disini dan Menu Mesti Cuba di Restoran Mohammad Chow bila sampai disini. Jika Bella tak tunjukkan apa yang terbaik disini, Mesti korang pening punya, sebab semuanya sedap - sedap sangat..


resepi masakkan ayam
CHICKEN BUTTERMILK SAUCE. Harganya rm32. Bella jatuh hati dengan menu ini. Ayam yang digoreng ranggup dan disalut dengan sos mentega yang lemak berkrim. Bella suka sangat sangat. Masa makan chicken buttermilk ni, semua menjeling sebab Bella makan paling banyak. Jika ikut sedap tekak Bella, Memang sangat sedap. Bella suka. Menu ini korang boleh order dalam Set ramadhan yang baru diperkenalkan.

Set ramadhan Buat 3-4 orang makan Rm98.00

Chicken butter milk sos
Fish fillet nyoya
Sotong salted egg
Chip choy soup

resepi udang sedap 

Menu ini juga kegemaran Bella. Udang. Sekali gigit, ranggup diluar dan sangat juicy didalam. Rasa udang yang segar. Nama menu ini adalah prawn butterfloss rm35. Dihidangkan dalam mangkuk yang sangat comel. Terdapat juga dalam set Ramadhan.

Set Ramadhan Buat 4.6orang Rm198.00

Rendang itik @ hk roasted duck
Prawn butter floss
Fish fillet ginger
Tomyam seafood
Brocolli mushroom oyster sos

itik masak rendang 


Itik masak rendang. Bella tidak makan itik. Jadi, Bella tidak cuba. Bella cuba bagitahu bagi pengemar itik, Masakkan itik ada dimasak dan dihidangkan disini ok. Itik kan susah nak dapat. Bella jarang jumpa restoran yang masak itik. Jadi, Berita baik buat pengemar itik, Korang boleh menikmati masakan itik di Restaurant Mohammad chow. Korang boleh juga pesan dalam SET RAMADHAN.

Set Ramadhan Buat 6-8 orang  RM 298.00 
Siakap ala thai steam
Rendang itik @ hk roasted duck
Chicken ying yong
Hot plate tofo
Sotong salted egg
Prawn butter milk sos
Tomyam seafood

kerapu, masakkan chinese, 

Kerapu Ala Thai Fried harga mengikut rm5.00 setiap 100 gram. Ikan ini digoreng garing dan dicurahkan dengan kuah ala Thai. Tidak terlalu pedas. Just nice bak kat omputih. Bella suka. Ikan Kerapu ini, walaupun telah digaul didalam kuah ala Thai, Keranggupan ikan tetap terpelihara. Sedap. Boleh juga di pesan dalam Set Ramadhan.

Set Ramadhan buat 8-10 Rm398.00 
Kerapu ala thai fried
Ketam nipah
Prawn nestum butter
Sotong nyoya
Tofo claypot
Mix vege garlic
Ying yong garlic
Omellte fu yong

masakkan kailan, mohammad chow 

YING YONG KAILAN RM15. Sayur ini korang jangan lupa cuba tau. Menjadi kegemaran semua yang datang hari itu termasuk Bella. Sayur Kailan ini digoreng garing dan ditaburi bawang. Sedap. Sayur Kailan Ying Yong ini memang lain dari yang lain. Bella rasa disini sahaja ada masakkan Ying Yong Kailan ini. Korang mesti cuba. Terbaik.


masakkan, resepi, sotong, mohammad chow 

SOTONG NYONYA RM32. Ini pun korang kena masukkan dalam list Menu mesti cuba di Restoran Mohammad Chow. Bella, tak berhenti makan. Rasa nak jadi selfish plak nak habiskan je semua. Ratah macam tu saja. Sotong nya langsung tidak liat. Dimasak sempurna. Nampak pedas kan? Tapi sebenarnnya tidak pedas mana pun. Makanan Chinese kan jarang la pedas-pedas ini. Tengok gambar pun rasa macam Arrggghh!! hendak lagi boleh tak??

resepi, masakkan ketam, ketam, restaurant halal, 

Ketam Masak Cili. Tapi, dalam menu adalah Crab Salted Chili dan harganya mengikut gram. Mana-mana tempat pun sama. Disini, Rm5 = 100gram.Bella sempat la berebut dan dapat badannya separuh. Mana hendak puas. Kegemaran Bella NO.1 ketam. Jadi, setakat separuh kecil tidak cukup. Pesan Bella, Kalau hendak makan Ketam, Sila pesan banyak ekor. Bagi puas makan ok. Ketam disini segar. Masa Bella makan tu, Isi ketam kan kena kopak dan gigit. Bila Bella kopak isi ketam tu, masuk plak dalam mulut, memang rasa hendak nangis. Nasib ramai orang. Memang lembut, dan berlemak dan lazat. Mesti cuba.

makan di mohammad chow



Banyak sangat menu yang sedap - sedap disini. Set makanan tengah hari yang memang sedia ada pun korang boleh pesan, Bermula dari 3am sehingga Azan maghrib setiap hari. Air pun banyak dan dipelbagaikan. Chinese Tea pun ada. Haruslah Bella cuba. Rasanya??? Rasa teh lerr...

Selain menu Mesti cuba mengikut skala tekak Bella diatas, Restoran Mohammad Chow turut menghidangkan menu seperti fish fillet sweet sour rm35, sotong salted egg rm35, beef kam heong rm32, soft shell nestum salted egg rm78, loh han zai rm25, Hot plate tofu rm25, yam basket beef kung po rm32, Siakap ala thai (by weight). Paling senang korang klik saja link dibawah untuk tengok semua menu yang ada.
For full menu : https://www.dropbox.com/sh/66kkajtnwn88rzc/AADw-q7ybVau7Tbxg8GAltyba?dl=0

restoran mohammad chow

Sekiranya korang puasa, letih, tak larat hendak memandu, korang boleh saja mengubungi Restoran Mohammad Chow kerana mereka ada Services Penghantaran terus kedepan rumah!!Hanya terdapat di cawangan Damansara Perdana saja tau. Nama services nya Tapoww!!XL yang istimewa buat 8-10 orang. Korang kena order sama sehari sebelum ataupun sebelum kul 6.00pm setiap hari. Minimun untuk order pula adalah 3 tray dan TERHAD 10order sahaja setiap hari bagi memastikan services yang bermutu. Alamat Bella dah bagi diatas, maklumat lain ada dibawah. 

Phone :- 03-773 16383
Mobile :- 010-701 5221
Email:-  mohammadchow@gmail.com
Website     :www.mohammadchow.com
Instagram : mohammadchow
Foursquare : Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen


Kegemaran Bella sangat kebanyakkan makanan disini. Bella berpuas hati dengan layanan staff disini yang baik hati dan makanan yang segar dan dihidangkan panas-panas. Mungkin korang hendak buat majlis berbuka puasa beramai - ramai ataupun katering. Korang boleh hubungi sahaja Restoran Muhammad chow untuk sebarang pertanyaan. Owh, Hidangan dihidangkan mengikut saiz hidangan. Bella order ini semua saiz hidangan besar. Korang boleh memilih sama ada saiz kecil, sederhana, ataupun besar. Harga berbeza- beza.Jadi,boleh juga kesini berdua. 

Selamat menjamu selera.

4 comments:

  1. Boleh nanti bawak family berbuka kat sini... lama tak makan kat luar.. selalu masak kat rumah je..

    ReplyDelete
  2. Seronok makan di sini sebab lauk semua sedap2

    ReplyDelete
  3. Lauk pauk dia mmg kaw2 buat org terliur nak cuba dik bella...sedap yer...

    ReplyDelete
  4. feberet tu udang salut batter ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.