Sunday

GYEONGJU SAKURA MARATHON YANG UNIK!!

Gyeongju Cherry Blossom Marathon in English atau Gyeongju Sakura Marathon bila diterjemahkan. Bella berkesempatan melihat sendiri bagaimana Gyeongju Sakura Marathon yang unik ini dijalankan. Apa yang uniknya?? GYEONGJU SAKURA MARATHON YANG UNIK!! Kerana ia hanya berlaku semasa musim kemuncak bunga sakura mekar mewangi. Kiranya Gyeongju Sakura Marathon ia akan dijalankan hanya pada musim bunga sakura dan hanya terdapat di Korea. Unik !!

gyeongju cherry blossom

Gyeongju Sakura Marathon ini turut menarik ramai pelancong dari serata dunia untuk menyertainya. Tahun ini, dikatakan lebih 15 ribu peserta mendaftar dan 1ribu lagi menarik diri. Sekumpulan kecil perlari Malaysia mengambil bahagian. Tahniah!! Pelari boleh memilih untuk membuat larian penuh iaitu 10km ataupun separuh 5km. Ia bermula di Taman Ekspo Dunia Kebudayaan Gyeongju. Dikatakan marathon ini disertai oleh kebanyakan negara iaitu sebanyak 39 negara.

tempat menarik di Korea

Bella ceritakanlah sikit ya mengenai Gyeongju. Gyeongju adalah sebuah bandar yang masih mengekalkan sejarah dan tradisi nenek moyang mereka. Di bandar Gyeongju, Tradisi lama memang dipertahankan. Ia juga menjadi menyimpan banyak khazanah peninggalan sejarah lama dan juga menjadi tapak Warisan Dunia UNESCO. Ini menjadikan Bandar Gyeongju seakan - akan sebuah muzium terbuka yang penuh dengan berbagai perkara untuk kita pelajari, lihat dan nikmati.

Terfikir atau tidak? Kenapa marathon ini dipilih untuk dijalankan pada musim bunga sakura? Bagi pendapat Bella,Ia mungkin disebabkan oleh Bunga Sakura itu sendiri sudah menjadi tarikan ramai pelancong. Jadi, semasa peserta sedang berlari, meraka juga boleh menikmati pemandangan yang indah dengan kecantikkan bunga - bunga sakura yang berwarna warni dan menawan pemandangan.Ditambah pula, ia adalah musim kegemaran bagi orang ramai kerana suhunya yang sejuk.


Menarik dan unik kan? Pelari dapat menyihatkan badan, disamping melihat dan menikmati pemandangan indah diantara pepohon Sakura yang sedang mekar. Ia adalah perlumbaan yang indah dan menyenangkan. Jika korang berminat untuk menyertainya, ia akan diakan setiap tahun dan pada tahun ini ia dijalankan pada hari Sabtu.9 April. Macam tahun ini, Maklumat tempat adalah seperti dibawah :-

Place: In front of Bodeok-dong Community Service Center
593, Gyeonggam-ro, Gyeongju-si, Gyeongsanbuk-do, Korea [경상북도 경주시 경감로 593 (천군동, 보덕동 주민센터) 앞]
Gathering place: Cheongun rest area, Cheongun-dong, Gyeongju-si, Gyeongsangbuk-do, Korea [경상북도 경주시 천군동 천군휴게소]


gyeonju sakura marathon

Bila korang menyertai Gyeongju Sakura Marathon, korang juga boleh melihat juga bandar kebudayaan yang mengagumkan. Suhunya juga berbeza tetapi dalam keadaan yang menyenangkan. Laluan bagi pelari adalah sekitar Tasik Bomun yang keluasannya menjangkau 165juta kaki persegi. Jikalau korang hendak menyertai Gyeongju Sakura Marathon ini, Bella cadangkan korang pergi ke Website Visitkorea.com.my  Terbaik!!! Sebab, Macam marathon tahun ini, Bagi sesiapa yang berminat untuk daftar melalui agent meraka, yuran pendaftaran untuk menyertai Marathon ini, akan dikurangkan sebanyak 50% !!! waaahhh banyak tu.

Gyeongju sakura marathon

Sebelum perlumbaan berlangsung, kita juga akan dapat melihat perbarisan budaya Korea. Penyokong juga sangat bersemangat disepanjang perlumbaan laluan dan bersorak. Ada juga penduduk tempatan yang memberi air dan roti percuma kepada peserta. Bella juga dapat lihat sekitar perayaan ini berlangsung, ada bercara pertunjukkan diadakan sebelum dan selepas perlumbaan.Jika korang rajin berjalan sekitar kawasan ini, Ada banyak juga booth yang dibuka dan akan jumpa berbagai jenis makanan yang dijual. 

marathon korea

Siap boleh rasa lagi jangan tidak tahu, ada syarat tau untuk layak seterusnya melayakkan korang untuk memasuki larian marathon in. Syaratnya:

  • Bagi melakukan larian penuh, Hendaklah sihat tubuh badan bagi lelaki dan perempuan. Melebihi 18 tahun dan setuju dengan syarat yang telah ditetapkan.
  • Bagi 10km, 5km, dan lain-lain,Hendaklah sihat tubuh badan bagi lelaki dan perempuan. Melebihi 18 tahun dan setuju dengan syarat yang telah ditetapkan. 
Dengan Kerjasama AirAsia :-
KL ke Busan: 4x seminggu
KL ke Seoul: 2x sehari

AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.

AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan??


tips bercuti ke korea

Korea Tourism Organization turut bersama - sama menjayakan program ini.Jadi,dapatlah Bella menghadirkan diri dalam acara yang gilang gemilang ini. Untuk maklumat lanjut, Bolehlah ke :-





korea, gyeongju


Korang juga boleh baca, tempat - tempat lain di Korea yang Bella dah pergi sewaktu Bercuti Di Korea di bawah MEDIA FAM TRIP. Harap bermanfaat.

2 comments:

  1. wahh seronok gak dapat tgk diorang nye aktiviti.. bestnya.. nak jugak jejak kat sna..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari