Cafe Masakkan Korea Yang Sedap Di Hanbing

Korang hendak tak kalau Bella bawa korang semua ke Korea ? Siapa disini yang melancong sebab hendak rasa makanan apa yang masyarakat sana ...

Korang hendak tak kalau Bella bawa korang semua ke Korea? Siapa disini yang melancong sebab hendak rasa makanan apa yang masyarakat sana makan ya? Bella!! Ya! Bella macam tu. Pergi mana-mana Bella akan mencari makanan sedap disana.Jadi, Jom Bella kongsikan tempat makan dan masakkan Korea yang sedap. Betul.Paling "RARE" restoran ini menyediakan BINGSU DURIAN PALING SEDAP DI HANBING BANGSAR. Sangat sedap. Cafe Masakkan Korea Yang Sedap Di Hanbing.

korean desert cafe 

Inilah Cafe Hanbing yang terletak Di Bangsar. Dekat saja. Korang tidak perlu beli tiket kapal terabang tapi, korang tetap akan dapat merasai kebanyakkan masakkan Korea disini. Korang kan Obses sangat dengan semua benda yang berkaitan dengan Korea. Ini mesti lepas tengok Running Man Kan? Bella je tak mengikuti cerita ini. Cuma Bella tahu sebab semua orang sibuk bercerita. Hanbing Korean Dessert Cafe ini terletak ditepi jalan saja. Akhir nanti Bella kongsikan alamat k.

TABLE COOKED TOPOKKI AYAM

tomyam korea, masakkan sedap korea

TABLE COOKED TOPOKKI adalah sebab kenapa Bella kena ulang datang kesini. Bella jatuh cinta dengan rasanya. Dia macam rasa pedas, tapi bukan macam cili api. Pedas bukan macam wasabi. Pedas macam sedap. Sukar Bella hendak gambarkan. Ia didatangi dalam 3 Jenis iaitu Ayam, Daging dan Seafood. Atas ini adalah perasa gabugan rasa ayam.TABLE COOKED TOPOKKI RM34.80 SAHAJA.Ini adalah harga ala-carte ya.Kalau korang tambah yang lain harga jadi lain la yer.

TABLE COOKED TOPOKKI SEAFOOD

hanbing, restoran korea, cafe korea 

Ini TABLE COOKED TOPOKKI SEAFOOD. Seafood yang diletakkan adalah seperti korang nampak diatas la yer. Ada Topokki, fish cake, udang, sayur, telur sebiji dan lain-lain. Table Cooked Topokki ini didatangi juga dalam beberapa set mengikut pilihan korang. Macam bella, datang berdua saja. Jadi Bella tidak mahu ambil banyak-banyak.

TABLE COOKED TOPOKKI DAGING

hanbing, menu korea

Table Cooked Topokki Daging ini diletakkan beberapa ketul daging. Daging ini dihias cantik kan. Masa masak nanti, korang kena buka gulungan daging tu tau. Nanti tidak masak pula. Table Cooked Topokki ini sebenarnya akan diletakkan sambal yang merah tu siap - siap (seperti gambar table cooked Topokki pertama) Jadi, Korang bolehlah memilih sama ada mahu meletakkannya siap - siap atau korang mahu tentukan sendiri berapa banyak sambal yang korang mahu letakkan di dalam Table Cooked Topokki korang. Bagi Bella, letak siap-siap pun tidak mengapa. Tidaklah pedas sangat. Tapi, bagi tak tahan pedas tu,Bolehlah request untuk asing kan.

hanbing, mee korea

Inilah Table Cooked Topokki yang telah siap!! ARgggghhh sedapnya.Bella memang tidak boleh tengok Table Cooked Topokki ni. Mesti teringin. Bagi Bella, Rasa Table Cooked Topokki ini adalah lebih kurang sama saja, sama ada ayam, daging atau makanan laut. Ikut apa yang korang gemari lah yer. Table Cooked Topokki ini, korang kena masak sendiri tau disini. Tapi, jangan risau. Pekerja yang baik-baik akan bantu korang yang pertama kali datang ke sini. Korang tanya saja. Kalau tidak ramai pelanggan ariitu, dorang masakkan untuk korang.Bella bagitahu sikit la yer. Caranya :-
  1. Hidupkan api
  2. Korang letakkan Sambal jika belum diletakkan.
  3. Masukkan air dan kacau sehingga menggelegak. ]
  4. Siap!!
Senang sangat kan? Kalau korang ambil set yang sekali nasi tu, korang kena tinggalkan kuahnya sikit untuk gaulkan dengan nasi itu pula. Sedia untuk dimakan.Korang mesti puas hati punya.
Tengok video dibawah Bella bila Bella datang ke HanBing.


Korang harus menekan dan menonton video ini untuk melihat apa yang Bella paling suka jika ke sini.

hanbing.my, hanbing malaysia,

Paling "Best" Bersempena dengan Ramadhan ini, Hanbing mengadakan promosi Table Cooked Topokki dengan membuat set buat 4 orang. Memang berbaloi - baloi sebab banyak yang korang akan dapat. .
  hanbing, korea dessert cafe, cafe korea 
Paling korang kena cuba smoothie Kurma. Sedap sangat. Aritu Bella pergi tidak boleh nak order. Sebab Kurma Smoothie khas untuk set promosi ini sahaja. Punyalah sedap Smoothie Kurma ini, sampai HB belajar cara nak hendak buat resepi ice blended kurma ni. Sedap sehingga berebut. Selain daripada Table Cooked Topokki, Korang kena Cuba BINGSU. Bingsu ini seakan - akan macam ABC tapi lagi sedap 3x. Itu bagi rasa lidah dan pendapat Bella la. Memang sedap!! Ada beberapa jenis Bingsu. Di bawah Bella huraikan satu per satu ya.

kimchi korea, kimchi, hanbing cafe 

Selain daripada air kurma yang sedap, Set untuk bulan Ramadhan ini juga, didatangkan bersama - sama dengan chip yang boleh makananya bersama - sama dengan kimchi. Lain  dari lain ka? Selalunya "chip" macam ini kita makan dengan sos kan? Apa kata kali ini cuba ubah selera dengan memakannya bersama- sama kkimchi.

MUSANG KING DURIAN BINGSU


hanbing, durian, resepi durian

Bella dah pernah rasa. Bila Bella letak gambar ni. Adeehhhh!! terus telan air liur 10x. Fuhh!!! sedapnya!!! Bagi peminat durian, korang memang tidak akan kecewa bila memesan aiskrim durian ini adalah MUSANG KING BINGSU DURIAN. Aisnya sangat lembut dan halus. Terasa bagaikan debu - debu ais bertaburan dalam mulut korang. Asyikk..

bingsu durian musang king, snow ice durian, aiskrim  durian 

Nampak tak yang macam tercacak - cacak macam duri tu? Haa.. itulah Durian Musang king nya. Penuh dan kaya dengan rasa durian. Sedap sangat!! Siapa dah pernah rasa, mesti akan selalu teringat dan terkenang kesedapan Durian Musang King Bingsu.


 

Disebabkan Bingsu Durian Musang King ini, Hanbing Korean Dessert Cafe ini pernah menjadi viral dan mendapat kunjungan yang luar biasa dari pelanggan. 

 

Orang ramai tidak berhenti - henti datang untuk merasai Bingsu Musang King Durian ini. Korang dah rasa sekali mesti datang berkali - kali. Amat - amat sedap dan mengasyikkan rasanya. Selain daripada Bingsu Durian Musang King, Terdapat banyak lagi Bingsu yang berlainan rasa dengan citarasa yang berbeza. Korang teliti satu - satu yang mana perasa yang paling korang gemari. Tengoklah video dibawah bila kami merasai Bingsu Durian Musang King ini sendiri.



Sedapnya ok. Gaya kami bukan dibuat - buat ya. Memang "Neutral" semulajadi macam itu. Mungkin ada yang kurang mengemari rasa durian. Korang bolehlah merasai Bingsu selain Durian. Banyak lagi perasa lain yang tidak kurang hebatnya
BINGSU OREO 

aiskrim sedap oreao 


Aiskrim Oreo ini ataupun Bingsu Oreo ini, sangat comel. Bila Bingsu Oreo ini sampai, semua menjerit sebab terlalu comel.  Bingsu ini juga dipanggil Snow Ice Oreo.  Disaluti dengan Oreo hancur dan juga ditaburi dengan coklat chip. Aiskrim lembut didalamnya lebih kepada perisa vanila. Nampak tak kepala Aiskrim Oreo yang comel tu? Itu pun berperisa vanila. Hmmm sedap. Bila korang makan, Bingsu uang lembut ini akan mencair dalam mulut Korang dan  Oreo ini akan bertaburan dalam mulut korang. Perrgghh!! Peminat Oreo.. Jangan lepaskan peluang untuk cuba. 

BINGSU BLUBBERY CHEESE CAKE

 

BINGSU BLUBBERY CHEESE CAKE ini tidak kurang hebatnya.Dicurahi dengan sirap berperisa Blubbery, dan ditaburi dengan Blubbery dan juga potongan kecil kek keju.Bila korang masukkan saja kedalam mulut,sekaligus kek keju itu akan mencair. Bagi Bella, Bingsu ini mempunyai rasa yang cukup sempurna. Masam, manis dan keju. Semuanya "Just nice".

 BINGSU MANGGA

mangga, aiskrim mangga, resepi mangga

Manggo!! Mangga!! Ice Snow Mangga!! Bingsu Mangga. Nama yang sama saja untuk merasai kesedapan aiskrim Mangga sebenar. Apa yang terbaik mengenai Bingsu ini, Mangga yang ditempek tu, Sangat segar dan manis. Potongan buah mangga ini pula tebal. Bila gigit tu, terasa kemanisan dan kesegaran buah tu. "Juicy" sangat. Arrrghhh... sedapnya.

KOREAN CHICKEN SALAD, HONEY AND SPICY

korean snack, 

Nampak tak?? Ada Topokki dan Ayam. Ayam pula ada berbagai perasa dan rasa. Ada Korean Chicken Salad, Korean Honey Chicken dan Korean Spicy Chicken. Semuanya amat enak dengan kombinasi rasa yang berbeza. Bella jadi teringin nak makan lagi bila tengok gambar ini. Betul2x teringin. Adeh. Kena pergi sekali lagi ni.
BIBIMBAP (BEEF)

korea, Makanan korea 

Korang kenal tak makanan dalam mangkuk ini? Namanya Bibimbap ada daging dan juga ayam. Dalam satu mangkuk ini penuh dengan campuran sayur - sayuran. Bella, pergi Korea makan Bibimbap ini banyak kali. Kurus ok. Jadi, bagi yang hendak diet boleh makan selalu. Bagi yang hendak tahu apa rasa Bibimbap yang selalu orang Korea sebut - sebut dalam drama tu, Bolehlah cuba di Hambing.

KIMCHI FRIED RICE - CHEESE BASE

 

 

Kimchi Fried Rice Cheese Base ini memang menyelerakan. Nasi goreng yang disaluti Kimchi, Maknanya rasa nasi goreng itu ala - ala Kimchi tau.Tidak la pedas sangat. Apa yang menyebabkan Kimchi Fried Rice Cheese Base ini istimewa adalah keju dibawahnya!! Perrgghh meleleh - leleh ketika makan panas. Rasa keju nya melampau sedap. Tidak disangka rupanya keju ini sedap dimakan bersama dengan nasi. Serasi plak tu. 

Banyak lagi sebenarnya menu yang lazat - lazat dan sedap - sedap yang ada di Hanbing. Tapi, Bella cuma mampu makan dan rasa yang diatas ini saja dan kesemua menu diatas ini memang kena dengan tekak dan selera Bella. Maklumat lanjut korang bolehlah lihat dibawah :-

Hanbing Korean Dessert Cafe
Alamat:
33 Jalan Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi:
Isnin-Khamis: 12:00-00:00
Jumaat-Sabtu: 12:00-01:00
Ahad: 12:00-00:00

Website : hanbing.my
Instagram : @hanbingmy

Facebook : Hanbing Korean Dessert Cafe
Instagram : hanbingmy

You Might Also Like

2 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.