Thursday

7 makanan Yang SEDAP Yang Mesti Cuba di Hotel Bangi

Baru - baru ini Bella berkesempatan mencuba juadah berbuka yang disediakan oleh Hotel Bangi Putrajaya. Hotel ini memang mengadakan Buffet Ramadhan tiap - tiap tahun. Cuma tahun ini Bella berkesempatan menikmati buffet juadah berbuka puasa disini. Jadi, Bella hendak cadangkan 7 makanan yang SEDAP yang MESTI cuba di Hotel Bangi ini.

MAKANAN SEDAP DI HOTEL BANGI 

Hotel Bangi ini terletak sangat berdekatan dengan Bangi Golf Resort. Masa Bella sampai disini, keadaan agak lengang dan lebih "privacy".  Tempat letak kereta yang luas dan selesa. Bila kereta dah diletakkan dengan selamat dan terjaga. Kita hendak makan pun tenang. Ok.. Jom masuk.

PENGINAPAN DI HOTEL BANGI 

Cantiknya susun atur Hotel Bangi Putrajaya ni. Terlihat sangat exclusive dan mewah.Warna cahaya lampunya pula kelihatan amat romantis. Terasa bertuah pula dapat makan disini. Hew.heww.. Bagi Bella yang datang kesini untuk berbuka puasa :-

Kerbersihan  =     Sangat Memuaskan
Pekerja           =   Sangat Memuaskan

makanan sedap di bangi 

Terlihat dihujung sana, meja yang telah ditempah khas buat Bella. Bella pun cadangkan korang untuk membuat tempahan awal sebelum pergi. Mengelakkan dari penuh dan korang tidak dapat kerusi nak makan. 

MAKANAN APA YANG MESTI MAKAN DISINI?? Inilah 7 MAKANAN SEDAP YANG MESTI CUBA DI HOTEL BANGI.

1.NASI CAMPUR

RESTORAN SEDAP DI BANGI 

Nasi campur korang kena makan sebab Hotel Bangi menhidangkan berbagai jenis lauk pauk yang lengkap dengan ikan, udang, sotong, daging dan juga ayam. Bella mampu rasa udang dan sotong saja. Lain - lain Bella tidak mampu sebab kekenyangan. 

2. SAMBAL DAN ULAM - ULAMAN

BUFFET PALING SEDAP 

Paling seronok sebab ada ruangan ulam - ulaman ini. Bella nampak saja ikan bilis tempe tu, Bella terus ambil nasi dan letak ulam - ulaman ini. HB kata, "Nape makan nasi dulu, karang hendak makan benda lain dah tak larat."  Bella tidak tahan terliur punya pasal tengok sambal dan ulam ulaman ini semua. Bella makan nasi dulu. 

sambal hitam paling sedap 

Tengoklah ini. Siapa suka masakkan melayu mesti sukakan sambal yang berbagai jenis ini. Memang memecah rasa. Ada sambal hitam, sambal kering, sambal tempe, kerabu mangga, ikan masin,sambal tempe dan banyak lagi. Paling Bella suka sambal hitam tu. Adik yang ajar makan.

3. MEE SUP

mee sup, sup tulang, sup daging 

Kenapa korang kena rasa MEE SUP disini? Sebab Mee Sup disini ada berbagai jenis. Ada Mee Sup Tulang, Daging, Perut dan juga campuran ketiga - tiganya sekali. Bella ambil gambar ini sebelum makan. Tapi, bila Bella dah ambil dan letak atas meja, Bella terus makan. Lupa nak tangkap gambar tunjuk kat sini macam mana rupa Mee Sup di Hotel Bangi ini. Bella memilih untuk merasai Mee Sup Tulang. Sedap! Bella suka. Bagi Bella sedap dan kena dengan lidah Bella.

4.UBI REBUS

ubi rebus terbaik 

Jangan terkejut ada Ubi Rebus ada disini. Cicah dengan sambal dan juga kelapa. HB yang ambil. Bella macam sibuk tangkap gambar sampai lupa nak ambil kebanyakkan makanan. Ubi Rebus ini memang lembut dan sedap. Bagi orang bandar yang tidak pernah makan ubi rebus, Bolehlah mencubanya disini. 

5. DIMSUM

dimsum di hotel bangi 

Dimsum sangat sinonim dengan makanan tradisi masyarakat cina. Mungkin ada yang mahu mencuba, tapi tidak tahu dimana ada menjual Dimsum ini selain daripada restoran cina. Di Hotel Bangi, korang jangan risau. Makanan Dimsum ini, ada disini. HB Bella yang tidak makan Dimsum itu pun makan berketul - ketul walaupun baru pertama kali cuba. Maknanya sedaplah tu.

6.KEK GULUNG COKLAT

resepi kek gulung, kek gulung coklat 

Biasanya di buffet, lagi - lagi di Hotel, Pencuci Mulut memang banyak dan semuanya nampak amat menyelerakan. Harapkan Bella rasa semuanya dan bagitahu dekat sini sedap atau tidak, Maaf memang tidak dapat. Kenyang sayang.. Sekadar yang mampu saja Bella rasa dan makan. Diantara banyak-banyak yang Bella rasa, kek gulung inilah yang Bella rasa paling tertarik. Bella peminat coklat. Kek gulung ini dipenuhi dengan coklat! Adess. Bagi kurang berminat pada coklat mesti kata muak. Tapi Bella suka. Jadi, Korang mesti datang Hotel Bangi untuk mencuba Kek Gulung Coklat ini.

7. TEH TARIK

restoran teh tarik sedap, teh tarik 

Teh tarik!! Betul, Teh tarik disini sedap betul bagi Bella. Sangat berlemak, Cukup rasa manis, dan wangi. Bukan sangat manis, Tapi cukup rasa. Bella sebenarnya tidak cukup minum secawan, memang hendak lagi. Tapi HB hendak balik cepat. Terpaksalah melepaskan Teh Tarik ini pergi. Takpelah nanti Bella hendak datang lagi.Bella akan terus ambil Teh Tarik ini sebagai pembuka selera Bella. Sedap!!

buffet paling sedap 

Sedap-sedap kan semua disini?? Selain daripada 7 Makanan SEDAP yang MESTI korang Cuba Di Hotel Bangi ada bermacam - macam makanan lagi. Cuma Bella tidak boleh hendak "highlight" kan disini sebab Bella tidak rasa. Sedap ke tidak. Jadi korang kena datang sendiri dan cuba. Hendak tahu lebih, Banyak sangat ke makanan disini atau korang hendak target makanan apa yang korang hendak makan dahulu, Jom tengok video dibawah.



 Dibawah ini pula Bella bagi detail kalau korang hendak pergi makan disini, ataupun bermalam disini.:-

peta ke hotel bangi 

HOTEL BANGI-PUTRAJAYA

Off Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia
Tel: +603 8210 2222
Fax: +603 8210 2888
Email: info@hotelbangi-putrajaya.com
Web: www.hotelbangi-putrajaya.com
Selamat menjamu selera dan mencuba semua.. 

5 comments:

  1. Kek gulung coklat tu nampak sedap.

    ReplyDelete
  2. hm nyesal bukak entry ni siang siang haha

    ReplyDelete
  3. Terasa nak buat tempahan nak makan luar la plak. hehe. sekali sekala kan. :D

    ReplyDelete
  4. mmg nmpk sedap sgt!!! bergetar jiwa ni.. adoi... hahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari