10 HIDANGAN ENAK di ZENDE SERI PACIFIC

Korang.. Jom kita cerita pasal makanan lagi. Kali ini Bella ke Seri Pacific Hotel sekali lagi. Entry yang lepas Bella ada cerita mengenai ...

Korang.. Jom kita cerita pasal makanan lagi. Kali ini Bella ke Seri Pacific Hotel sekali lagi. Entry yang lepas Bella ada cerita mengenai Seri Pacific Hotel adalah :-


Kali ini di Restoran yang sama dengan Festival Makanan Indonesia, cuma makanan yang dihidangkan sedikit berbeza. Apa yang bezanya? Ada juga yang bertanya kenapa ada beza Harga diantara Buffet Ramadhan Sajian Nostalgia Di Pacific Ballroom dengan Buffet di Restoran Zende. Jadi inilah masanya korang "check it out" apa yang berbeza. Bella juga hendak tekankan pada korang 10 HIDANGAN ENAK di ZENDE SERI PACIFIC yang bertemakan A TRULY MALAYSIAN FEAST.

makanan paling lazat di hotel pacific 

Memasuki ruangan Restoran Zende Seri Pacific hotel memang tidak mengecewakan. Tersusun kemas dan cantik. Bella rasa suasananya lebih kepada suasana yang romantis. Bella masuk dengan perasaan terpegun sebab Restoran Zende terlihat kemas, bersih dan pekerja yang rajin berlegar-legar di kawasan ini. 

makan di restoran zende 

Kenapa Bella cakap pekerjanya rajin??? Iya, pekerja yang angkut pinggan mangkuk kotor dari atas meja kita tu, Tidak sempat habis makan pun dia dah datang menunggu pinggan kotor. Kalau pekerjanya tidak buat macam ini dan lebih kepada tidak kisah, Mesti kami akan makan dalam keadaan tidak selesa. Bella rasa meja kami sentiasa penuh dengan makanan. Itu sebablah pekerja yang peka dan rajin perlu ada bagi memastikan keselesaan pelanggan. 

hotel seri pacific 

Jangan tidak tahu, Chefnya pun baik- baik dan comel- comel. Pandai dorang masak. Jarang sangat hendak tengok Chef perempuan kan? Chef sini asyik tanya saja,

"Macamnane? Ok tak makanan kat sini? "
"Puan, ok tak? Selasa tak disini?" 
"Puan, ada apa-apa dapat dibantu?"

Hehehe... So far disini sangat ok. Selesa. Makanan sedap. Staff baik.Jom Bella senaraikan dan tekanan kan, Kenapa korang kena datang makan disini. Kenapa korang kena BERBUKA PUASA disini. Inilah 10 HIDANGAN ENAK DI ZENDE SERI PACIFIC. (List ini disusun bukan mengikut apa yang paling sedap. Ikut apa yang Bella makan terlebih dahulu) A TRULY MALAYSIAN FEAST.

1. PEMBUKA SELERA

cucur bilis enak, cucur sayur paling sedap 

Terdapat berbagai pembuka selera disini. Ada cempedak goreng, cucur sayur, goreng pisang, cucur bilis dan keropok lekur. Bella cuba sempat rasa dan makan, Cempedak goreng, Cucur Bilis dan Cucur Bawang. Ternyata tidak mengecewakan. Semua memuji cucur bawang dan cucur bilis sangat sedap. HB Bella pula suka sangat dengan Cempedak goreng. Boleh dikatakan semuanya enak - enak belaka.Mana tahu ada diantara korang yang pembuka seleranya adalah makanan bergoreng seperti ini. Memang puas hatilah kalau datang sini dan merasa sendiri pembuka selera ini. Ada juga yang lebih sukakan makan di pengakhirannya. Maknanya makan yang akhir sekali. Terpulang. Bella makan sebagai Pembuka Selera pada hari itu. Rasa manis - manis masin giteww.

2. KEAW TEOW GORENG

keaw teow goreng enak, resepi 

Bella kalau makan nasi terus mesti kenyang dan makanan lain dah tidak mampu hendak makan dan telan lagi. Jadi, Kena cubalah dulu Keaw Teow atau Mee Goreng terlebih dahulu. Sekurang - kurangnya merasalah Restoran Zende ini punya makanan goreng seperti keaw teow dan mee goreng ni. Keaw teow gorengnya amat sedap. Tak rugi Bella datang berbuka disini. Ramai yang sanggup tidak makan nasi tetapi mahu menambah Keaw Teow goreng ini sekali lagi. Nampak tak dia punya sedap tu.

3.SUP GEARBOX 

sup gearbox sedap 

sup paling enak 

resepi sup gearbox 

Sup Gearbox juga Bella tekankan supaya korang rasa. Sedap ya ampun! Bella sukakan rasanya yang pekat dan langsung tidak hanyir. Bella makan bersama cili potong. Cili potong yang disediakan untuk makan bersama Keaw Teow goreng tu. Hirup kuahnya panas - panas bersama dengan sum sum. Perrghh... Terangkat abis. Korang mesti cuba.

4. KETAM MASAK LEMAK CILI API

buffet ramadhan 

Alang - alang dah makan nasi tu kan, makan dengan Sup Gearbox. Ambil sekali dengan Ketam Masak Lemak Cili Api ni. Bella sukakan rasa Ketamnya yang segar dan manis. Cuma kuahnya kurang "kick" bagi Bella sebab kurang rasa pedasnya. Bella suka pedas. Bagi yang tak tahan pedas, Sinilah tempatnya.. Makan banyak2x sebab Masak Lemak Cili Api ini kurang pedas.

5.LAKSA JOHOR 

laksa terbaik 

Bella masa taip entry ini hendak cerita pada korang mengenai 10 HIDANGAN ENAK DI ZENDE SERI PACIFIC bila sampai bahagian LAKSA ini, 10 kali telan air liur. Bella memang suka eh Suka Sangattt!!! Sangat suka!! Laksa disini memang sangat menepati anak tekak Bella. Tapi, korang jangan salah anggap pula. Laksa Bella ada limau saja, takkan la sedap sangat? Sebenarnya korang boleh saja letak timun, bawang, nenas dll yang korang suka la. Restoran Zende memang ada sediakan semua itu. Cuma Bella memang suka laksa seringkas ini. Secukup rasa.

6.SUSHI

 

Alamak ada SUSHI juga. Sushi adalah hidangan yang jarang - jarang dihidangkan bila adanya Buffet Ramadhan. Tapi, di Restaurant Zende Seri Pacific ada! Terbaik!! Bella paling suka, Sushi yang atasnya serunding. Sedap sungguh! Bella rasa, tiada Sushi seumpamanya. Sushi ini paling lain dari yang lain. Memang rasa hendak datang sini lagi sebab Sushi Serunding tu jer. 

7. ROJAK BUAH

 

ROJAK BUAH tidak kurang enak nya. Apa yang lebih istimewa korang boleh memilih untuk meletakkan buah apa yang korang mahukan. Korang hendak letak apa yang lebih. Jika tidak silap Bella ada 7 jenis buah yang korang boleh campurkan. Ada Betik, Manga, Sengkuang, Timun, Nenas,  dan Jambu. Bella lebihkan Jambu batu, pelam dan Sengkuang. Memang terbaiklah rasanya. Lagipun buah yang Bella pilih, memang buah kegemaran Bella.

8.SERAWA DURIAN

 

Serawa Durian adalah yang paling dipuji - puji oleh semua orang hari itu. Paling tak menahan, Semu orang yang makan dan merasai Serawa Durian ini mesti akan ulang makan sekurang - kurangnya dua kali!! Haaa nampak tak?? Punyalah sedap Serawa Durian di Restoran Zende ini. Ada juga yang makan sehingga 4x !! Fuhh!!! Memang marvellous!! Rasa durian tu pekat dan likat. Tidak terlalu manis, cukup rasa. Pulut pun lembut saja. Mesti sini, Mesti cuba Serawa Durian.

9. PENCUCI MULUT

 

Teka kek comel diatas perisa apa?? Bella fikirkan durian ataupun keju. Rupanya perisa Mangga. Waah!! Lain dari yang lain. Pencuci mulut disini juga banyak jenis dan comel-comel semuanya. Ada versi moden dan juga tradisional. 

 

Amat gebu dan menyelerakan. Katanya Kek lobak. Bella tidak berupaya dah untuk mencuba. Sangat kenyang. Jadi korang sila datang sendiri dan rasa lah yer. 

 

Pencuci mulut versi Tradisional. Ini kuih lapis namanya. Macam- macam jenis dilapiskan.Nampak sedap sangat kan? Bella mampu kongsikan gambar sahaja. Rasanya maaf. Bella tidak tahu. Bella hanya mampu menelan beberapa ketul kek coklat dan keju dan mangga diatas. Gambar pencuci mulut yang lain, Korang boleh tengok dalam video yang Bella kongsikan dibawah ya.

10. BUAH - BUAHAN 

 

Segar segar Buah - Buahan nya. Bella terus ambil sepinggan Buah Nangka. Memang teringin sangat tengok masa sebelum Waktu Berbuka tu. Bila dah berbuka, Teruja Bella kutip semua buah nangka. Ada juga yang kutip semua buah langsat. Memang Buah- buahan ini mana2x pun ada. Tapi, untuk kesihatan perut korang, Silalah makan buah. Bagi cuci perut korang yang penuh tu.



Meriah tak tengok semua makanan diatas?? Bawah ini Bella bagi detail ya:- 

A TRULY MALAYSIAN FEAST
ZENDE RESTAURANT

DIBUKA : Setiap Hari Isnin hingga Khamis
TARIKH : 8 june sehingga 4 July 2016
WAKTU : 6.30 pm - 10.30 pm
Harga : Rm98 nett bagi dewasa
Rm49 nett bagi Kanak2x (5 hingga 12 tahun)

Sahur turut disediakan dari 1.00 am - 5.00 am

Alamat : 
SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR 
Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel : 03-4042 5555 
Email : resv@seripacific.com
Website : www.seripacifichotel.com
Facebook : facebook.com/seripacificofficial 

You Might Also Like

1 ulasan

  1. uishh..tertengok pulak hidangan makanan ni waktu puasa ni...

    arghhh..nampak sedap! hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.