Saturday

V-TRAIN Kereta Api Yang MESTI DiNAIKI bila Ke KOREA - Yeongju

Telefon hotel, pagi - pagi dah menjerit - jerit minta diangkat. "Morning Call" daripada Sarah ( Thank you soo much Sarah, love you) supaya Bella bangun awal dan cepat bersiap untuk aktiviti yang panjang hari ini. Paling menarik hari ini Bella akan menaiki V-Train yang sangat terkenal di Korea bermula di Yeongju Station dan berakhir di Bucheon Station. V-TRAIN KERETA API YANG MESTI DINAIKI BILA KE KOREA daerah YEONGJU. Mesti naik tahu?? MESTI.

KERETAAPI UNIK

Dari Hotel Andong, kami bergerak menggunakan bas VVIP kami untuk ke Yeongju Station. Sini station nya. Bas kami berhenti agak jauh dari pintu masuk Yeongju Station kerana tiada tempat letak bas berdekatan. Tengoklah, sekitar Yeongju Station ini turut penuh dengan bunga - bunga Sakura. Separuh dari MEDIA dah berjalan perlahan dan menuju ke Pohon Sakura. Tidak boleh "move on"lagi tu. Bella pun sama. Pokok bunga sakura ini, tidak puas memandang.

keretaapi canggih

Inilah rekabentuk Yeongju Station. Nampak besar. Sebenarnya tidaklah besar mana. Cuma dalamnya terdapat banyak bahagian dan kemudahan asas seperti tandas dan kedai serbaneka. Nape ia dipanggil V-Train ya? Sebenarnya V adalah mewakili "Valley" yang bermaksud, Lembah. Ia bersesuaian dengan pergerakkan kereta api ini yang akan melalui pergunungan di daerah Gangwon - do dan Gyeongsangbuk - do. Selain dipanggil V-Train, Ia juga mendapat jolokan nama "Baby Baekho" iaitu harimau putih.


Pakaian Bella hari ini. "Outfit Of The Day" sebabnya, cuaca sangat sejuk. Tiga lapis tu. Baju nipis yang panjang, baju lengan panjang dan jaket. Jom kita masuk.. Bella tak sabar nak merasai dan menikmati keseronokkan menaiki V-Train.

kereta api unik, bercuti ke korea

Landasan kereta api dimana - mana pun sama. Tapi, Bella bukan naik kereta api ini. Bella akan menaiki kereta api yang melalui keindahan kampung, lembah dan pergunungan di Korea untuk menikmati pemandangan sekitarnya. Kebanyakkan penumpang yang menaiki V - Train ini hanya untuk menikmati pemandangan yang amat cantik dan mengagumkan disepanjang perjalanan.

Tempat menarik di Korea

Taraaaa.... inilah kereta api V-Train yang Bella naik untuk menikmati pemandangan yang hebat dan memukau dari Yeongju Station ke Bucheon Station. Bagi menikmati pemandangan memukau melalui tingkap V-Train ini, KTO telah menempah tiket ini 2 bulan lebih awal. Jadi, korang bayangkan macam mana hangatnya tarikan V - Train ini. 

TEMPAT UNIK DI KOREA

Bila Bella menjejak saja kaki ke dalam V-Train ini, Hati Bella terus menjerit waaahhh.. cantiknya. Sangat klassik dan unik. Tengok kipas tu, takda aircond ok. Guna kipas saja. Kerusi pun berwarna warni. Ia adalah inspirasi dari tahun 70s dan 80s. Kereta api ini akan berjalan dengan kelajuaan sederhana. Tidak laju sangat dan tidak perlahan sangat. Setiap tiket akan ditulis dan diberi nombor tempat duduk. Beruntunglah jika dapat kerusi yang menghadap tingkat tu, puas hati. Dapat melihat pemandangan luar dengan jelas sekali. Boleh lah rasa angin luar yang menyapa lembut juga.


Ini adalah perhentiaan Kereta api "Cheoram Station" akan menurunkan penumpang dan mengambil penumpang lain yang terdiri daripada penduduk setempat. Ramai juga yang menaiki V-Train disini. Di perhentian ini juga terdapat kemudahan tandas. Pemandangannya pula, amat-amat memukau.


Cantikkan??? Di Perhentiaan ini juga, terdapat kawasan perumahan penduduk setempat dan terdapat kemudahan tandas dan taman yang dihiasi seolah - olah mahu menyambut "Christmas". Cuaca sangat tenang dan segar. Seronok sangat. Didalam V-Train tiada kemudahan tandas, jadi korang kenalah menggunakan kemudahan tandas disini sebelum menaiki V-Train.


Sepanjang perjalanan pemandangan macam ini, akan biasa kita lihat di kiri dan kanan kereta api. Selain daripada kita merasai seolah - olah berada didalam zaman 70s dengan dekorasi dan stail retro didalam hiasan dalaman kereta api, Krew kereta api V-Train ini turut memakai pakaian seragam pekerja zaman 70s. Dekorasi yang dikasikan retro dan mengembalikan zaman 1970s adalah dari segi penggunaan "charcoal stone" dan "incandescent lamp" yang biasanya digunakan pada zaman 1970s. 



Perhentiaan kedua di "Seungbu Station". Masa ini semua orang berpusu-pusu keluar. Pemandangan yang memukau!! Sangat memukau. Disisi kanan Kereta api terdapat sebatang sungai yang mengalir yang Bella boleh tengok dengan lebih dekat lagi. Nasib musim sejuk. Kalau tidak !!! Pasti Bella cuba mencecah kaki Bella ke sungai yang mengalir tenang tu. Bella nak rasa juga mandi di sungai Korea macam mana. Nak sangat !! 



Disisi kiri pula, terdapat pasar kecil yang menjual hasil tanaman penduduk tempatan. Bagi Bella, kesemuanya kelihatan amat pelik dan ganjil. Apa ni?? Apa ni?? Korang jangan risau, kesemuanya adalah sayur yang diolah untuk menjadikannya pelbagai warna dan rasa. Tapi, Bella tak berseleralah hendak cuba dan rasa. Tak berani. 



Sampailah kawan Bella Hani ni, Beli dan belanja semua rasa. Bella macam apa ni?? Tapi cuba jugalah. Memang sedapppp!! Diberi sekali dengan sup untuk direndam. Masa ni pun, perut dah mula menyanyi rap! Jadi bila masuk mulut dan ke perut, perrghhh sedapnya!! 


Perhentiaan yang ketiga ini, paling Bella suka. SubahanaALLAH, sangat cantik. Bella macam tengok sebuah lukisan alam yang amat memukau pandangan sesiapa  saja yang memandang. Dihujung sana terdapat sebuah rumah warga tempatan yang sangat comel. Rumah yang terdapat kincir air dihadapan rumahnya!! waaahh.. kalau rumahnya ditukar menjadi sebuah resort, Bella pasti mesti akan jadi tarikan utama disini. Teringinnya hendak sampai ke sini masa musim panas.. mesti cantik!!! 


Yangwon Station juga ada gerai kecil - kecil yang menjual hasil warga tempatan. Jual makanan kebanyakkannya. Ada juga ruangan berehat yang bersih dan berhias cantik. Bolehlah beli makanan dan lepak disini.


Perhentiaan terakhir adalah Buncheon Station. Di Bucheon Station, Bella berhenti agak lama, sebelum menaiki V-train kembali untuk ke tempat permulaan kami naik tadi.


Di kawasan Bucheon Station Bella mengambil peluang berjalan - jalan dan melihat apa yang menarik disini.


Terdapat aktiviti arang batu besar - besaran disini. V-Train daripada Korail.Ia adalah keretapi istimewa yang dicipta untuk mendaki gunung dan ganang. V-Train adalah melalui perjalanan dari Down Baekdudaegan, Ia adalah kawasan pergunungan Korean yang panjang, dari Baekdusan di Utara dan Jirisan di Selatan.


Setiap tempat yang Bella lalu masa datang tadi, Bella lalui sekali lagi. Bella sempat singgah dipasar lagi. V-Train bergerak sejauh 185km dan Kereta api ini akan mengambil masa 1jam 30minit untuk membuat pusingan penuh dan dapat dinaiki 3 kali sehari.

 
Apa yang paling seronok dan menarik, Korang boleh menyaksikan pemandangan yang sangat cantik didalam bilik yang selesa. Semasa melalui Bucheon Station ke SeokpaStation, Keretaapi ini akan sengaja dilambatkan bila sampai di Bonghwa, Bagi pelancong menikmati kecantikan Valley of Bonghwa, Gyeongsangbuk-do.Korang mesti naik V-Train jika ke Yeongju. Mesti. Sangat mengujakan dan mesti masukkan dalam senarai tempat mesti lawati.

http://www.letskorail.com/ebizbf/EbizBfAboutV_Train.do

Mungkin ada diantara korang yang ingin pergi sendiri dan menempah tiket dari Malaysia sahaja. Bella cadangkan korang meman dari website Jadi, jadual diatas menunjukkan masa dan harga. Korang kalau hendak pergi ke lama ini, Korang klik sambar diatas. 

Train Stops : Yeongju-Bucheon-Yangwon-Seungbu-cheoram

Bagi maklumat lanjut www.visitkorea.com  dan bagi menempah dan mendapatkan penjimatan pergilah ke www.airasia.com

Semoga Bermanfaat.

1 comment:

  1. cantiknya pemandangan...teringin nak ke korea suatu hari nanti

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari