AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Thursday

Buffet Ramadhan Murah Di Laman Kayangan

Kedatangan bulan RAMADHAN yang penuh keberkatan memang dinanti - nantikan oleh senua umat islam, termasuklah Bella. Dalam pada kita mahu menyambut Ramadhan ini,Segi Seri Sdn Bhd telah mengadakan majlis prebiu buffet ramadhan bertempat di Laman Kayangan, Shah Alam. Berkonsepkan hidangan dari Asia Tenggara, tetamu yang hadir berpeluang mencuba dan merasai sendiri kelazatan juadah - juadah Ramadhan dari Negara Asia seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam termasuklah Malaysia. Apa yang paling penting, harga promosi tempahan awal turut ditawarkan. Buffet Ramadhan yang Murah di Laman Kayangan ini bermula hanya dari rm39.90 sah dari tarikh 15/4/2016 sehingga 15/5/2016. Dua hari sahaja. Bella sempat la tempah menggunakan "Early Bird Promotion" ni. Sayang sangat korang kalau korang tak sempat.

 
Masuk - masuk je dalam dewan kayangan ini, dengar suara Jihan Musa. Jihan Musa dan suaminya. Masa ini dorang pengantin baru la yer.. Masa ini "excited" sebab dengar suara Jihan Musa. Tapi, Bella tak dapat nak belanja gambar selfie dan Jihan sebab dia kata " Jap yer.. nak shoot jap." Lepas tu dia balik. Tak sempat. Hmmm.... agak kecewa gak la. Takpe. Lain kali Bella mesti jumpa dia lagi. 

Buffet Murah

Dewan yang cantik dan penuh dengan konsep gerai makanan dari seluruh Asia Tengggara. Kelihatan sangat romantis. Paling kelakar, Bella baru nampak meja Media & Blogger kat gambar ni. Masa datang aritu Bella duduk saja meja yang kosong. Takpelah tetap dapat menikmati makanan yang lazat disini.

buffet ramadhan sedap

Bella baru balik kerja. Memang lapar la. Bella terus menuju ke gerai yang menghidangkan masakan kampung. Gerai ini menyediakan hidangan seperti 3jenis kerabu, keropok, ulam- ulaman, sambal tradisi melayu seperti sambal belacan, tempoyak, budu dan cencalok, Makanan tambahan seperti ikan masin, telur masin dan sambal bilis goreng.


Bella menitis air liur tengok ulam - ulaman ini. Ada pula ikan masin dan telur masin. Telur masin memang satu jenis saja. Tapi, ikan masin. Berbagai jenis. Adeh.. Bella suka semuanya. Tapi mana boleh makan semua dalam satu masa. Abis jadi nasi goreng ikan masin. Pilih seekor yang paling Bella suka. Sedapnya.


Tadi makanan tambahan dan penambah perasa. Maknanya kalau korang tambah ulam - ulaman tu, hidangan korang akan bertambah lazat dan enak. Tapi, makanan asasnya? Korang jangan tidak tahu. Banyak.. terlalu banyak. Bella macam.. arrghhhh hendak mana satu ni?? Semua lazat - lazat dan enak - enak. Bella ambil asam masak pedas,Kari dan sotong. Sedap.


Berkejaran HB pergi ambil kambing panggang ni. Terlalu cepat abis. Sedap. Mana taknya, korang tahu?? Kambing panggang ini disediakan dengan tiga sos istimewa dan memang menjadi tumpuan setiap kali berbuka puasa. Kambing panggang ini, mula - mula masuk dah nampak. Beratur panjang untuk dapatkan kambing bakar ini. Sampai turn HB adalah tulang temulang ini tinggal. HB kata patutlah abis cepat, sedap!! Rugi HB ambil lambat. Tak pe.. Bella dah tempahan awal buat berbuka puasa nanti. Pasti Bella beratur di bahagian Kambing panggang dulu selepas ini. Korang dah tempah?? Jom la kita berbuka sama - sama. Berbaloi - baloi.


Bella dah makan nasi berlaukkan Kari Ikan dengan Bendi, Ikan Masam Asam Pedas, Sotong Sambal, dan Telur Kurma bersulamkan ikan masin dan ulam-ulaman, barulah nampak di bahagian belakang Nasi Bukhara ini. Nasi Bukhara?? Bella tidak pernah makan. Jadi Bella ambillah sepinggan. Sedap rupanya. Sangat sedap. Ini adalah Gerai Santapan Kayangan dari Brunei rupanya. Nasinya ada dua jenis. Nasi Kabuli dan Nasi Bukhari. Ada juga Ayam Masak kunyit dan Daging Rebus Kedayan. Daging Rebus Kedayan, korang mesti cuba.


Bella nampak pula Sayur Betik Muda dengan Ikan Bilis ini, dalam set hidangan Nasi Bukhara ini. Bila nampak Sayur Betik Muda dengan Ikan Bilis ini, Perrggh teringat mak kat kampung. Orang dulu - dulu kan suka masak macam ini. Teringat masa kecil - kecil mak Bella selalu masak macam ini. Makan dengan nasi panas,curah kicap makan pula dengan ikan masin. Korang rasa?? Mahu makan tidak bertambah? Sekali menu ini ada dekat sini. Terkejut Bella. Memang sedap.Bella ratah macam tu saja. Tidak sangka, Sayur Betik Muda dengan Ikan Bilis ini makanan popular di Brunei rupanya.


Ini adalah gerai Thailand. Menyediakan Kerabu Ayam, Kerabu Mangga dan Kerabu Soo Hoon dengan Seafood di gerai ini. Sup Tomyam Special juga ada. Sup Tom Yam Special Bella makan dengan bihun. Jadi Bihun Tomyam yang amat sedap. Bella sebenarnya dah kenyang sangat tapi, bila makan Tom Yam special ini rasa nak bertambah tambah dan tambah lagi. Sayangnya bihun dah nak abis. Disini juga korang boleh rasa Mee Celup Campur. Mee Celup ini dicampurkan dengan Ayam Racik, Daging Hiris, Kacang Tumbuk, Kangkung, Serbuk Cili dan Jeruk cili. Bella cadangkan korang pergi ke gerai Thailand ini secepat mungkin. Laku kerasss... Bella tidak pasti sama ada terlalu sedap, atau chef nya hemcem. Heeehe.


Gerai Indonesia ini terletak di hadapan dewan. Bella pun hampir tidak perasan ada gerai Santapan Kayangan Indonesia ini. Harapannya memang banyak lah makanan dah habis. Di gerai Indonesia ini menyajikan Gado - gado, pecal sayuran, Sup Sapi, Nasi kuning, Opor Ayam, Semur Daging dengan Kentang, Keli Goreng Berlado, Bakso, Soto dan Tauhu sambal. 


Apa yang Bella sempat rasa di gerai santapan kayangan Indonesia adalah Tempe Goreng ini. Itu pun berebut. Nasib sempat. Waaa.. sedapnya. Tempe goreng kalau buat lagi ranggup. Lagi sedap. Bella ratah saja semangkuk. Bila tengok balik Tempe ini, rasa nak jilat screen ipad ini je Kan..


Bila dah yakin peyut comel Bella ni, tak mampu dah nak makan. Jadi kita mengakhiri makan malam hari ini dengan pencuci mulut. Bahagian paling seronok bila makan. Bella suka sebab selalunya pencuci mulut sangat comel dan menarik. Dua - dua puding diatas ini. (rujuk gambar atas) Korang wajib rasa. Sedap wei!! sedap!! masa Bella ambil tu, Bella ambil satu bekas saja. Yalah kan. Takut tak abis. Membazirkan amalan syaitan! Jadi Bella ambil la satu. Sebab sedap, enak dan juicy sangat.. berebut pula dengan HB. Sekarang dah teringin balik. Lepas ini Bella nak makan dua bekas. Yay!!


Kuih muih pun ada dan berbagai jenis. Semua comel - comel dan sedap - sedap. Buah - buahan pun sangat segar. Dorang kupas dan kopek depan korang lagi. Manis sangat. Kiranya semuanya lazat, segar dan tidak menghampakan lidah korang. 


Korang mesti dah telan air liur 10x bila tengok gambar yang sedap ya ampun ini kan? Apa lagi. Korang cepat - cepat tempah melalui : 


Email : info@segiseri.com

Alamat : Laman Kayangan Kompleks Belia & Kebudayaan ( terletak didalam Kompleks) 
                Negeri Selangor Seksyen 7, Shah Alam.  


Harga Rm59.00 bagi dewasa dan Rm35.00 bagi kanak - kanak. 

Bagi Bella, sangat Berbaloi. Korang dapat merasai berbagai hidangan popular dari seluruh Asia Tenggara. Apa lagi korang. Cepat hubungi Laman Kayangan. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

3 comments:

  1. Menarik tawaran harga dia. Boleh nak cuba juga.

    ReplyDelete
  2. Sampai shah alam boleh cuba nanti. Nampak semuanya menarik dan sedap.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.