Han Rainforest Resort - Bilik Tidur Review

Salam.. cuti sekolah ni apa perancangan korang?? Mana hendak bawa anak - anak korang bercuti? Apa kata korang cuba bawa anak - anak korang ...

Salam.. cuti sekolah ni apa perancangan korang?? Mana hendak bawa anak - anak korang bercuti? Apa kata korang cuba bawa anak - anak korang mengenali alam?? Buat remaja diluar sana, daripada korang melepak melayari internet apa kata sekali sekala cuba buat aktiviti luar yang tiada dan tanpa gangguan internet. Korang tak rasa ke internet ni satu gangguan? Sebab internet la kita tidur lambat, sebab internet la kita kurang bercakap dan sebab internet la kita suka duduk melepak sambil pegang handphone kan... tapi kebaikannya pula, boleh lah korang baca blog Bella ni kan?? huhhhu.. orait.. jom Bella ceritakan sikit penginapan Bella sewaktu bercuti di Taman Negara bersama Blogger, Kelab Blogger Ben Ashaari. Han Rainforest Resort. Salah satu Penginapan terbaik bila ke Taman Negara klik sini. Han Rainforest Resort Bilik Tidur Review.
taman negara, bercuti di taman negara


Inilah Han Rainforest Resort dibahagian hadapan. Cantik dan kemas kan. Resort ini adalah Resort yang terbesar di Taman Negara. Jadi, korang jangan ragu - ragu untuk datang kesini. Mula - mula masa Bella di katakan akan menginap di Han Rainforest Resort, Bella fikir mesti Resort ini buruk. Ala - ala resort kayu macam tu. Sekalinya haaa... sikit punyalah lawa. Kemas. Cantik. Bersih. Paling penting segala kemudahan ada disini.

resort taman negara,

BILIK TIDUR HAN RAINFOREST RESORT REVIEW

Terdapat berbagai jenis bilik tidur disini. Korang boleh pilih mengikut bajet yang korang inginkan. Bella nak cerita keadaan dan bawa korang pusing - pusing sekitar Han Rainforest Resort dulu ke atau masuk bilik dulu yerk?? Bella rasa sebab kita baru sampai jom kita masuk bilik letak beg dulu la yer.. Tengok cantik ke tidak kamar beradu Bella. Holla !! penat ni. Jom... 


Semua orang berebut - rebut mencari bilik masing - masing. Bella rasa macam seronok sangat masa dapat bilik ini. Yelaaa.. semua penat dan teruja sangat hendak tengok bilik masing - masing. Termasuk la Bella. Hendak mandi... tu je Bella fikir. Berlengas gila !


Inilah bilik Bella. No bertuah sangat. 227. Jom2x jemput masuk. Bella bayangkan Bella akan dapat bilik  kayu. Biasanya dalam hutan atau dalam pulau mesti akan dapat bilik macam tu. Lebih semulajadikan. Bilik yang hanya berkipas dan katil yang kayu tinggi tu. Bella memang dah fikir macam tu dah. Masa hendak buka pintu pun berdebar - debar. Ecceeh.. hahaaa...



Sekali buka pintu bilik, Waaahhhhhh !!! cantiknya !!! standard hotel ok. Bersih. Wangi. Tuala pun banyak. Cuma tiada television la yer. Kalau ada korang tak kuar bilik plak untuk menikmati alam semula jadi dan buat aktiviti luar. Takkan la korang datang Taman Negara tak masuk terokai hutan taman negara tu plak !! rugi wei. 

BILIK AIR HAN RAINFOREST REVIEW




Betul kan??? macam hotel kan? Bilik air pun bersih. Sikit kulat pun tiada. Selesa sangat nak mandi. Ruangan mandi dan membuang diasingkan. Bagi yang tidak bawa sabun, jangan risau. Sabun turut disediakan. Apa yang Bella rasa kekurangan disini, cermin. Cermin bukan main tinggi. Bagi perempuan, cermin la paling penting. Kalau nak letak tinggi, bolehlah tampal cermin yang lebih besar. Jadi seimbang la. Pendapat Bella. 

KEMUDAHAN DALAM BILIK HAN RAINFOREST RESORT


Disudut depan pintu turut disediakan almari kecil dan rak kasut. Sejadah pun ada. Arah kiblat turut ditunjukkan. Ada arahan anak panah diatas bumbung. Mungkin sebab penat kot, Bella boleh snap almari ini separuh saja.ADUSS.. tak dapat nak tunjuk kat korang. Bilik ini dilengkapi dengan kemudahan air panas dan air cond. 

Di setiap sisi bilik, korang nampak kan.. langsir panjang tu ? (refer gambar bilik diatas) Sebenarnya langsir itu menutupi pintu untuk ke luar. Di luar, disediakan kerusi dan meja untuk lepak dan penyidai baju. Mana lah tahu kan, ada yang rajin mencuci. Macam Bella hari itu, kami buat aktiviti air. Jadi, penyangkut diluar bilik amat membantu. 



Terdapat berbagai -bagai jenis bilik dan harga bermula dari serendah rm25 sehingga rm350 mengikut bajet korang.Nanti Bella tunjukkan pula persekitaran dan kemudahan lain yang terdapat di Han Rainforest Resort ini. Bagi korang yang mahu dapatkan maklumat lanjut, bolehlah ke 

Laman web Han Rainforest Resort : http://han-rainforestresort.com

HAN RAINFOREST RESORT

Co No : 673437-T / KPL 4647 Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, Malaysia 27020

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.