Cafe Tersedap Di Hartamas - COFFEE SOCIETE

Hai semua.. Salam sayang semua.. Hari ini Bella nak kongsikan dengan korang Pemanis Mulut yang Bella baru makan dan sangat lazat . Dessert...

Hai semua.. Salam sayang semua.. Hari ini Bella nak kongsikan dengan korang Pemanis Mulut yang Bella baru makan dan sangat lazat. Dessert yang sangat sedap ini disediakan hanya di COFFEE SOCIETE. Apa yang sedap tu yer?? Jom Bella tunjukkan pada korang Cafe Tersedap DI HARTAMAS COFFEE SOCIETE. 


Sebelum itu jom Bella tunjukkan lokasi dan kedudukan cafe ini terlebih dahulu. Kafe ini terletak di Publika. Di Blok D4 dan boleh dilihat dari tepi jalan sahaja. Bahagian bawah tu. Bila korang datang dekat, COFFEE SOCIETE ini sangat romantis keadaannya. Dilimpahi lampu neon yang berselerakkan didalamnya. 

     CAFE CANTIK, CAFE MURAH

Cantik kan.. hiasan dalamannya. Sesuai sangat untuk diadakan perbincangan, perjumpaan, relax, lepak- lepak bersama  ataupun membuat aktiviti sendiri seperti bermain facebook atau macam Bella apa lagi, buat blog la.. Tempat yang cantik tenang dan berbau makanan enak lagi. Mestilah seronok bila lepak disini. Kalau haus order saja pelbagai minuman enak yang tersedia. Jika lapar pula, pesan saja dari menu sama ada makanan ringan, berat ataupun hanya pencuci mulut. Jom Bella cadangkan apa yang terbaik dan Bella dan kawan Bella dah makan disini. 

        
RESEPI COFFEE, COFFEE TERBAIK, COFFEE SOCIETE

Secawan Latte (rm10) dan cappuccino (rm10) yang berbentuk cinta khas bagi pengemar kopi. Bella rasa, shoot yang diletakkan didalam cawan ini agak banyak kerana terasa kepahitan kopi tu. Korang kalau tidak sukakan kopi yang kuat dan pekat, janganlah pesan air ini ok. Kang   tak abis membazir saja. Buat pengemar coffee, korang silalah cuba. Terbaik. Likat. Pekat. Semestinya lazat. Macam pantun plak kan..

DESERT, PENCUCI MULUT SEDAP, COFFEE SOCIETE

Jangan terkejut plak di sini juga ada minuman Messy Family !! gempak kan.. Bagi yang tidak berkesempatan untuk Bandar Sunway, Bolehlah ke PUBLIKA, COFFEE SOCIETE.  Seperti biasa, The Pakcik menjadi pilihan Bella. Banyak kali minum pun tak jemu. Gabungan Teh Tarik dan Biskut Lemak pilihan ramai. Korang tau kan.. Messy Family ini air yang ada Picagari tu. Hipster sangat.

Korang klik link Garage 51 Cafe Terbaik Dengan Minuman Mewah disini juga  ada Messy Family.

       coffee societe, kambing enak,

Apa yang amat lembut dan lazat ini ??? Inilah Daging Kambing yang dihidangkan disini. Quick Seared Lamb Shoulder w Wedges w Roasted Carrots w Green Peas (Rm29). Daging Kambing yang dibakar lembut dan didatangi dengan sos black paper yang sangat lazat. Masa Lamb ni sampai, semua berebut - rebut nak makan. Sekelip mata saja habis. Kami Pesan Lamb Shoulder ini dua kali sebab sedap sangat sampai tidak cukup.

Coffee Societe, cafe sedap, cafe terbaik

Peminat spaghetti tidak tahu ini spaghetti apa, memang korang bukan peminat spaghetti la. Spaghetti Carbonara memang dekat semua kedai, restaurant dan cafe western ada kan? Tapi di Coffee Societe ini, Spaghetti Carbonara sangat berbeza kerana Spaghetti ini dicampurkan dengan Chicken Ham, Mushroon dan pamesan cheese. Sos Carbonara nya plak, sangat pekat dan likat. Perrggghh Bella nak  description kan ini pun terliur! Bagi Bella sangat sempurna buat mereka yang sukakan Carbonara cuma nak pedas kena tambah black paper la yer. Standard Carbonara mana ada yang pedas. Spaghetti Carbonara w Chicken Ham, mushroom & Parmesan (rm25).
       aglio alio terbaik, aglio olia murah, coffee societe

Spaghetti Aglio Olio ini sangat istimewa kerana mencampurkan daging lembu Australia. Selalunya menggunakan daging hancur je kan? Ataupun hirisan kecil saja. Tapi, Spaghetti Aglio Olio w Australia Beef Tenderloin (rm33), meletakkan 2 hingga 3 ketul daging lembu Australia ini. Agak puas juga la makan. Daging itu pula dimasak dengan gabungan black paper. Aglio Olio ini pedas. Hot, spicy dan lazat.

      salmon, resepi salmo, coffee societe

Spaghetti Aglio Olio w Smoked Salmon (rm25) ini pun tidak kurang sedapnya. Bella kalau pergi mesti akan order Spaghetti Aglio Olio ini.Pedas!! bagi yang tidak kuat pedas, ataupun tidak boleh makan pedas, sila bagitahu untuk kurangkan cili. Korang tengok la gambar diatas tu, cili dan blackpaper digaul sebati dan banyak. Jadi memang pedas. Air mata dan air hidung serentak turun. Sedap punya pasal, pedas pedas pun abis juga.

coffee societe, coffe tersedap, cafe terbaik, cafe hartamas

Rasa macam menu yang Bella cadangkan tu berat? Mungkin korang datang nak lepak - lepak je kan? Korang boleh la cuba Pancake w Beef Bacon, Fresh Strawberries, Ice Cream dan Maple Syrup (rm18). Selalunya korang makan Pancake ngan madu atau jame atau coklat saja kan. Korang cubalah pancake ini pula. Ada kelainan. Desert tapi kenyang.

     
 
Mungkin juga korang nak makan lebih hari itu, Coffee Societe menyediakan set yang sangat istimewa. Awesome Garage Breakfast rm48. Dalam set ini terdapat Poached Egg, Beef Salami, Jumbo Sausage, Zucchi Fritters, Enokitake Mushroom & Sourdough w Fresh Strawberries on Peanut Butter Spread. Banyak kan?? Nama pun pelik - pelik. Sebab Cafe ini tukar nama. Cuba guna nama melayu. Mesti korang tahu. Apa yang Bella tahu, semuanya sangat lazat!! Korang bayangkan lah banyak ini punya makanan di tambah pula seteko air teh. Ok sangat la buat korang lepak, main internet or bersembang -sembang. Kan?? Mesti cuba korang.. rugi tak cuba.


Bagi yang hendak diet tu, atau korang ajak girlfriend korang lepak, tapi alasan dia diet. Jangan risau Coffee Societe ada menyediakan menu diet !! Korang boleh pilih sama ada Classic Caesar Salad w Bacon (rm18) atau Caesar Salad w Smoked Salmon (rm21). Puas hati sangat sangat kan dengan semua menu disini. Sedap sedap plak tu. Kalau korang tidak tahu nak makan apa dulu, datang la banyak kali. Boleh la rasa semua. Ok jom Bella bagi detail. Mana tahu maklumat Bella bagi ni tak cukup kan.. Boleh la ke :-


Address: Solaris Dutamas, 1, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Instagram : +CoffeeSociété 



Selamat mencuba dan menjamu selera... Macam Bella happy makan disini. Jadi, Bella kongsikan Cafe yang cantik dan sedap ini buat korang cuba. Salam..

You Might Also Like

4 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.