AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Thursday


KETCHUP ?? Apa itu? Kicap ke??  Hehe KetchUp ini membawa maksud korang dapat tangkap tak? Dapat kejar atau tidak kami semua pergi berlari kemana? Buat apa? dapat jelas atau tidak cafe mana kitaorang masuk dan pergi? Macam tulah maksudnya. Can You KetchUp?? apa yang Bella terangkan ni? KetchUp ini lebih kepada Program Menerjah Cafe Terbaik - KetchUp. 



Program ini bermula dari 5 March sehingga 20 March 2016. Program ini melibatkan 36 buah cafes, 36 orang Bloggers dan hari dan 6 kawasan kejiranan. Tentunya bersama Kelab Blogger Ben Ashaari juga.Can You KetchUp?


Korang kalau pergi ke sesebuah cafe apa yang akan korang cari?? Hidangan yang lazat ataupun keunikkan cafe tu? Kalau korang macam Bella, maknanya korang mesti sukakan kelainan yang ada pada cafe itu seperti hidangan yang berbeza dan hiasan cafe yang unik. 

The Ketchup Story adalah perjalanan.Perjalanan mencari Cafe terbaik dan makanan terhebat. Cafe yang dapat memenuhi impian kita yang mahukan hidangan yang sempurna yang dihias dengan cantik diatas pinggan yang comel bersama dengan secangkir teh atau kopi yang diadun sempurna. Cafe yang membuatkan kita selesa bersembang dan duduk berjam - jam lamanya. 


Jika korang adalah salah seorang dari yang akan mengasaskan Café anda sendiri, korang bolehlah mengambil atau mengabungkan idea yang telah KetChup kumpulkan ini kepada Cafe anda. Ketchup juga akan memperlihatkan Pengaruh Sosial di Café korang, dengan menyenaraikan Café korang dalam  laman Web KetchUp dan tentunya Blogger akan merakam setiap saat dan semua hidangan yang penuh berseni itu. Setiap hidangan sempurna seumpama sebuah pengalaman yang baru bagi Bella.Menyertai team KetchUp merupakan memori yang indah sepanjang masa.

Kami berkumpul seawal pagi di Bangsar, kerana tugas kami pada kali ini adalah menerjah dan menrungkai beberapa buah Cafe Terbaik di sekitar Bangsar. Cafe yang terpilih adalah :-

Review Pulp By Papa Palheta Cafe


Pulp By Papa Palheta Cafe adalah cafe pertama yang kami terjah. Cafe ini terletak berdekatan dengan NSTP. Cafe ini juga menghasilkan kopi yang diproses sendiri. Korang boleh dapatkan berbagai jenis kopi, mengikut selera korang disini. Berbagai jenis kopi dihidangkan dalam berbagai cara. Cafe ini dihiasi seolah-olah kita dalam bengkel melakukan uji kaji  menghasilkan kopi terbaik. Lain dari yang lain. Teruja sangat bila dapat lepak dalam cafe ini.


Pulp By Papa Palheta Cafe pada mulanya hanya menghasilkan kopi dan menghidangkan air kopi.  Jadi,Menu makanan masih terhad. Menurut pemilik cafe ini, menu makanan akan ditambah dari masa ke semasa. Bella rasa paling terbaik adalah Avocado Egg Toast. Avocado diatas roti tu, memang terbaik dan sangat-sangat juicy. Memang terasa kesegaran Avocado tu. Selepas merasai keenakkan makanan dan melihat sendiri keunikkan Pulp By Papa Palheta Cafe kami meneruskan perjalanan ke Cafe yang keduai iaitu :-

Review Roost KL Cafe


Roost Cafe adalah cafe yang sangat cantik dengan hiasan dan lukisan yang dihasilkan oleh pemiliknya sendiri. Cafe ini sangat privacy. Amat sesuai bagi mereka yang mahukan keadaan yang senyap dan privacy. Cafe ini juga, amat sesuai untuk korang mengadakan sebarang majlis tertutup. Sangat - sangat cantik dan selesa



Makanan yang dihidangkan sangat simple. Tapi rasanya sedap. Bella jatuh cinta dengan pencuci mulut nya yang lain dari yang lain dan lazat. Memang sangat berbaloi kalau Bella datang balik ke Roost Cafe, hanya untuk Fresh Jersey Milk Panna Cotta. Punyalah sedap. Bergoyang - goyang lagi. Habis lepak dan lawat Roost Cafe, kami bergegas pula ke :-


Review Hanbing Korean Dessert Cafe



Bella menerjah pula ke Hanbing Cafe. Bella baru tahu di Bangsar ada Cafe makanan Korea. Korang mesti cuba makan disini. Boleh rasa kelainan makanan Korea. Tidak pernah sampai ke Korea pun, sekurang - kurangnya dapat makan makanan Korea pun dah puas hati. Sedap rupanya makanan Korea ni.



Semua disini sedap - sedap belaka. Aiskrim yang dihidangkan, menang dari segi decorasi nya. Bila aiskrim ini sampai, semua menjerit sebab terlalu comel. Rasanya pun secomel bentuknya. Bella tidak boleh berhenti makan aiskrim snow disini. Bella pasti akan datang lagi. Serious ni. Bella hendak bawa pula yang tersayang rasa keenakan makanan disini. Cafe apa pula selepas ini? Perut dah nak meletup dah ni. Tapi, untuk bagitahu korang Cafe mana yang terbaik punya pasal, kita teruskan perjalanan kita ke Cafe :-

Review Ashley's By LivingFood Cafe


Ashleys By Living Food adalah menfokuskan penghasilan makanan yang hanya menggunkan bahan semulajadi dan organic. Cafe ini sangat mementingkan rasa semulajadi sesuatu hidangan yang dihasilkan. Korang nak sihat? Datang cafe ini hari- hari. Langsung tiada bahan tambahan.


Comel kan nama Ashley tu? Nama tu adalah sempena nama anak perempuan pemilik kedai ni. Cafe ini bertemakan telur ayam sebagai hiasan. Comel sungguh. Nampak kelainan disitu. Di sini,Bella mencuba tiga jenis makanan. Apa yang Bella paling suka adalah burger daging kambing. Daging kambing yang digunakan adalah kambing organik. Walaupun tidak menambah apa - apa perasa tambahan, rasanya amat enak. Ditabur pula dengan kacang almond, menjadikan rasa burger kambing ini sangat istimewa. Selepas memenuhkan ruang perut dengan Lamb Burger. Kami Bergerak ke Cafe seterusnya iaitu :-


Review Ted Boy Bakery Cafe


Cafe yang amat comel dan wangi dengan bau roti dan kek. Tedboy Cafe sentiasa penuh dan sibuk dengan pengemar roti. Memang patut Cafe ini jadi pilihan, sebab semua roti dan kek lembut dan sedap. Best!!


Bagi Bella,Tiada satu makanan pun di Tedboy Cafe ini tidak sedap. Semuanya sedap dan lazat - lazat. Bella bukan saja - saja cakap tau. Tapi memang betul - betul sedap. SEMUANYA terbaik. Pizza, Spagetti, Roti, air, semuanya la. Sedappp... walaupun dah kenyang, tapi kesemua makanan ini tetap amat lazat ditekak. Sebelum balik pun Bella borong beberapa biji roti untuk kawan - kawan. Bagi dorang pun turut sama merasai kesedapan roti yang dihasilkan oleh Tedboy Cafe. Jom Cafe yang terakhir untuk Can You KethCup? adalah :-



Review OJO Coffee Cafe
 


OJO COFFEE CAFE adalah cafe terakhir Bella untuk OJO Cafe buat masa sekarang hanya menghasilkan air yang berbagai jenis dan korang boleh campurkan dengan apa saja perisa yang korang suka. Bella pilih Ice Blended Coffe Toffee. Bella tambah one shoot expresso. Memang terasa -rasa kopi nya. Tidak terlalu manis. Just nice



Apa yang membuatkan Bella kagum mengenai OJO Coffee Cafe ini, dengan decorasi Cafe nya. Bella bila tengok keadaan Cafe yang super cool ini, Bella pun rasa nak lepak sama. Susunan kerusinya seolah - olah kita berada didalam perpustakaan. Cool habis. Korang yang hendak belajar ataupun ada kerja - kerja yang documentation boleh la lepak tempat yang awesome ini. Mana tahu dapat banyak idea.


Selesai sudah menerjah keenam - enam Cafe yang terbaik di Sekitar Bangsar. Kesemua Cafe menpunyai keistimewaan tersendiri samaada dari segi hidangan, minuman ataupun kecantikkan Cafe nya. Bella amat gembira dapat menerjah dan berkongsi pengalaman Can You KetchUp? ini dengan korang. Seronok sangat rasa.

Bagi tuan punya Kafe ataupun pengasas cafe, ataupun owner of cafe yang berminat untuk membenarkan kumpulan Kelab Blogger Ben Ashaari besama team KetchUp menerjah cafe anda, sila layari :

IG : @ketchup_my

Korang nak tahu lebih lanjut mengenai aktiviti Bella menerjah Cafe, korang boleh klik video dibawah.