Teknologi Canggih Diperkenalkan SAMSUNG Forum 2016

Samsung Forum 2016 telah dijalankan di Kuala Lumpur Conventience Center telah dihadiri oleh seluruh media daripada Southeast Asia dan Bell...

Samsung Forum 2016 telah dijalankan di Kuala Lumpur Conventience Center telah dihadiri oleh seluruh media daripada Southeast Asia dan Bella turut dijemput untuk menjadi wakil media di Forum ini. Bella sangat teruja melihat Teknologi Canggih yang Diperkenalkan SAMSUNG di Forum 2016 ini. Kecanggihan yang diperkenalkan oleh Samsung bukan hanya terhad kepada smartphone sahaja tetapi turut diaplikasikan pada peralatan rumah untuk memudahkan kerja harian dirumah. Jom Bella tunjuk pada korang semua apa yang canggih itu. Jangan ternganga ya. 

      


GEAR S2 dengan REKABENTUK Terbaru

Apa yang menarik sangat pada Bella adalah jam tangan canggih yang diberi nama GEAR S2. Sebelum ini Gear S2 telah diperkenalkan tetapi pada kali ini Samsung telah menambah dua lagi rekabentuk menawan untuk melengkapkan gaya si pemakai. Memang sty lo dan mengancam abislah kalau korang pakai. 

    samsung, Jam pintar

Smart abis kan?? Bella memang aim la nak kumpul duit beli satu. GEAR S2 ini telah diperbaharu dari segi penggunaan material samaada Gear S2 dibuat menggunakan 18K Rose Gold atau Platinum. Terbaik. Maknanya korang tidak perlu risau jam ini tidak bersesuaian dengan gaya korang. Pakai dengan apa pun korang akan nampak moden dan bergaya. Apa yang paling best lagi korang juga boleh mereka sendiri gaya GEAR S2 yang korang idamkan. Buat masa sekarang ini, Samsung telah bekerjasama dengan pereka terkemuka dari Colombo dan juga pelukis terkenal seperti Keith Haring, Jean-Michael Basquiat, Jeremyville dan Burton Morris. Jatuh cinta sudah Bella bila tengok Gear S2 ini. 

GALAXY TabPro S dengan Rekabentuk Mudah Alih Terbaik

Bella bukan saja Jatuh cinta dengan GEAR S2, kena kumpul duit lebih lagi sebab Bella dah jatuh cinta juga dengan GALAXY TabPro S !!! Rasa nak nangis. Walaupun dah ada Tab dan Notebook tapi tetap hendak yang ini juga, cantik sangat. Fungsi yang sama macam laptop dan Tab tapi rekabentuk nya yang kelihatan sangat canggih dan bergaya buatkan Bella sangat- sangat mahu memilikinya. Tengok ayat pun dah macam orang mabuk cinta. 

      Samsung, Tab terbaik

Smart, Elegent, Sleek sangat cantik !! Warna putih plak tu. Galaxy TabPro S adalah gabungan mantap dan menggunakan World - Class teknologi dan dikuasakan menggunakan Windows 10. Paling terbaik, korang akan dapat pengalaman yang sama seolah - olah menggunakan PC yang besar tapi dalam keadaan penuh gaya dan ringan. Galaxy TabPro S sangat sesuai bagi sesiapa saja dan dalam apa jua keadaan. Sama ada penggunaan dirumah, pejabat ataupun ON - THE - GO.  

Galaxy TabPro S nipis dengan ukuran 6.3mm dan berat hanya 693grm. Ia memang direka bentuk supaya mudah dibawa. Bella dan cuba dah. Keyboard dia memang sangat nipis, kalau korang tidak mahu menggunakan keyboard yang comel tu, korang hanya tinggal cabut saja dan jadikan ia sebagai Tab tapi korang boleh guna Tab ini sehebat aplikasi komputer. Teruja betul Bella nak beli.

SAMSUNG SUHD TV Mempamerkan Kualiti Gambar yang Tiada Tandingan

SUHD TV yang diperkenalkan Samsung kali ini sangat menarik dengan bentuk yang lebih moden dan gambar yang lebih Sharp !! Dengan 10-bit quantum display kita akan dapat melihat gambar yang berkualiti dan se akan - akan hidup. Apa yang paling terbaik, tidak kisah la keadaan pencahayaan bilik korang tu penerimaan gambar kepada korang tetap sangat quality dan cantik.

         

Samsung SUHD TV dilengkapi dengan HDR (min 1,000 nit) untuk membezakan diantara gambar yang gelap dan cerah. Teknologi baru Ultra Black dengan ketara dapat mengurangkan gangguan cahaya terutama gangguan silau. Pada masa yang sama dengan bantuan moth's eye kita dapat melihat lebih baik diwaktu malam. Tengok la gambar TV kat atas tu, Bella saja je tangkap dari tepi supaya korang boleh tengok reka bentuknya yang amat memukau. Sebenarnya banyak sangat lagi teknologi pada SUHD TV ini yang dipertingkatkan. Memang sangat puas hati.

Samsung's First ULTRA HD Blu-Ray Player

Melengkapkan lagi gaya kediaman korang, korang silalah gabungkan SUHD TV korang dengan Ultra HD Blu-ray Player, UBD-K8500 dimana HDR lebih baik dengan 4x resolution dan 64x lebih terperinci dalam mempamerkan dan membezakan warna.

        

Reka bentuk nya juga sangat menarik, ringan dan nipis. Bentuknya curve. Bergaya sungguh.

Samsung Front Load Washer

Samsung juga mengejutkan Bella dengan mencipta Mesin basuh yang mempunyai pintu di bahagian hadapan untuk menambah pakaian ketika pakaian sedang dicuci. Memang sangat - sangat hebat.

      

Sangat membantu. Bella selalu terfikir bila Bella basuh baju rupanya ada lagi kain yang tertinggal. Selalu merunggut, tidak ada ke mesin basuh yang boleh berhenti sekejap buka penutup depan dan tambah pakaiaan. Susah pula hendak menunggu satu pusingan basuhan kain abis lepas itu kena buat lagi satu pusingan kain. Letih tunggu. Bila ada dan terciptanya Mesin basuh ini seolah - olah permintaan Bella dipenuhi. Seronoknya !! 

Mesin basuh ini bukan setakat itu sahaja, ia dapat mencuci dengan bersih dan pantas dalam masa yang singkat. Ia juga dilengkapi dengan Smart Control untuk memudahkan kita mengawal proses basuhan baju kita. Ia boleh dihubungkan sama ada melalui Android ataupun iOS smartphone. Canggihnya!!
    

                               

Banyak sangat benda yang canggih manggih dan buat mulut Bella ternganga. Canggih betul sampai tidak terkejar dan terfikir oleh akal. Bijak betul si pencipta yer. Bagi sesiapa yang mahu mengikuti perkembangan Samsung ini, boleh la melawati :

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.