Tuesday

Tempat Seminar - AGROFARMSTAY @ SKILL-TECH

Assalamualaikum... 

Korang hari ini Bella hendak cerita pada korang semua dan bagi Bella ini adalah aktiviti terbaik untuk permulaan Tahun ini. Alhamdullilah.. Bella bersama - sama Kelab Blogger Ben Ashaari menyertai satu Bengkel khas untuk blogger belajar dengan lebih mendalam dan terperinci mengenai teknik Fotografi. Sebelum itu jom Bella ceritakan dimana Seminar ini dijalankan. Bagi Bella ini adalah tempat seminar terbaik dan sangat lengkap kemudahan untuk aktiviti korporat. Apa saja yang korang perlukan menjayakan krusus, perjumpaan ataupun seminar, ada disediakan. Jadi, Bella cadangkan Tempat Seminar di AGROFARMSTAY @ SKILL-TECH di Durian Tunggal Melaka.

Tempat seminar

Bengkel Fotografi ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Rasa tak puas sangat menginap dan belajar di AGROFARMSTAY @ SKILL-TECH  . Tempat ini dapat mengeratkan hubungan sesama ahli sebab line internet slow dan jauh dari kesibukkan kota. Perggghh... lupa kejap la kerja yang melambak dan bingit suara Boss memberi arahan. Kenapa Bella kata AGROFARMSTAY @ SKILL-TECH sangat bagus dan perfect untuk diadakan seminar disini? Jom Bella bawa korang tengok apakah kemudahan dan keseronokkan yang ada disini.

tempat kursus

Bengkel Fotografi kami di adakan disini la.Dewan Lily ini dipilih berdasarkan bilangan kami yang ramai dan kami memerlukan microphone dan speaker. Ruangan ini amat selesa. Dewan Lily ini boleh diubah suai mengikut kehendak dan keperluaan korang. Mungkin meja tidak diperlukan, jadi kita boleh keluarkan meja. Dewan Lily ini dapat menempatkan sehingga 80pax.  Jangan tak tahu, dewan ini juga boleh disewa sebagai tempat mengadakan majlis perkahwinan. Klik je link ini untuk mengetahui lebih lanjut.


dewan seminar

Ini Bilik Seminar. Bilik ini dapat memuatkan sekurang - kurangnya 23 orang. Jika ada aktiviti yang ahli pesertanya tidak ramai, bolehlah guna bilik ini. Bilik ini telah dilengkapi dengan white board. Kiranya bilik ini sangat lengkap untuk diadakan apa juga seminar dan kursus. Bilik yang bersih dan selesa. Bella masuk kejap untuk tengok dan ceritakan dekat korang semua. Masuk kejap saja pun dan rasa teruja hendak belajar. Korang kalau berseminar disini jangan tertidur plak yer. Yelah.. selesa sangat. Sampai tertidur.

tempat team building

Bilik Mesyuarat Eksekutif turut disediakan. Bilik mesyuarat Eksekutif ini amat sesuai digunakan bagi perbincangan kurang dari 12 orang. Kalau korang ada seminar disini dan ada jemputan VVIP bolehlah korang minta jemputan itu tunggu di bilik ini juga. Selesa. Mungkin jemputan itu mahu membuat semakan dan persediaan sebelum berucap, jadi bilik ini memang sesuai. Ada meja, ber AirCond  semua. Korang hubungi saja En Bari 012 2118246 dan nyatakan seminar apa, kursus apa, pasti En Bari akan susun bilik - bilik ini mengikut aktiviti yang korang mahukan.

bilik seminar

Semua ruangan nampak terlalu formal kan? Macam mana kalau korang nak berbincang secara santai? Sinilah ruangnya. Ruangan ini sesuai untuk perbincangan dalam bilangan ahli yang sedikit. 4 Orang saja. Ruangan sebelum sampai bilik seminar. Mungkin korang hendak berbincang sesuatu yang rahsia, secara privacy tapi mahukan perbincangan secara santai. Boleh lah bincang di ruangan ini.

tempat belajar terbaik, seminar

Apa?? korang datang 3 bas? Jangan risau. Dewan Terbuka Palma ini dapat memuatkan sehingga  150 orang peserta. Masa Bella pergi Bengkel Fotografi ni, Dewan ini dijadikan tempat kami makan pagi, tengahhari, petang dan malam. Cuma kadang kala ada bau dari kandang dibawa angin ke sini. Kadang kadang saja, bukan selalu. Halal jela. Jadi, kalau korang perlukan perkhidmatan katering turut disediakan. Bagus betul.

tempat hari keluarga

Seminar dan kursus jarang berlangsung sehari saja. Sekurang - kurangnya mesti dua hari satu malam. Terbaiknya AGROFARMSTAY @ SKILL-TECH ini turut menawarkan penginapan mengikut bajet yang korang mahukan. Rumah - rumah kecil yang berwarna - warni ini dipanggil Chalet. Chalet ini amat sesuai bagi menempatkan peserta seminar yang berkaitan dengan cabaran dan jati diri peserta.

penginapan murah di melaka

Setiap satu bilik dapat memuatkan sehingga 10 orang satu bilik. Perggh.. Terbaik. Selain merapatkan hubungan sesama ahli, keberaniaan korang juga akan diuji. Tandas diluar ok.

penginapan murah di melaka

Bella setiap kali datang ke AGROFARMSTAY @ SKILL-TECH mesti akan menginap di sini. Boleh lah korang baca cerita Bella sebelum ini. Bercuti di Agrofarmstay klik je. Bella dah ceritakan mengenai Bilik Riverview sebelum ini.


Ini pula Villa. Villa ini dilengkapi dengan 7 bilik tidur, ruang tamu yang luas dan ruang makan yang luas. Kemasan dalaman yang tinggi dan amat sesuai untuk keluarga yang besar. Kalau datang semua solo, sumbat saja semua dalam satu Villa. Apa salahnya kan?


Kalau korang rasa buat seminar atau kursus disini bosan dan tidak memberangsangkan, korang silap! disini juga terdapat rumah kasut yang dijadikan sebagai bilik karaoke. Punyalah terbaik bilik karaoke ini. Kalau korang stress dengan seminar hari itu, korang lepaskan saja dalam bilik karaoke ini. Puas hati sangat.

kolam renang best

Bukan setakat itu saja. Terdapat juga kolam renang untuk korang berenang ataupun buat kelas renang sebagai tambahan aktiviti seminar. Seronok kan??  Korang klik juga link dibawah bagi mengetahui aktiviti lain di AGROFARMSTAY @ SKILL-TECH Melaka ini :-
Jadi macam mana? Rugi atau tidak buat seminar disini? Mesti korang jawab dalam hati, TAKKKK!! Bella tahu. Jadi apa lagi susunlah jadual dan aktiviti korang untuk kesini. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, boleh lah korang semak di:

Agrofarmstay di FB : Agrofarmstay at Skill-Tech
Agrofarmstay IG : Agrofarmstay
Address : Resort Agrofarmsaty @ Skill-Tech, Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/Machap 76100 Durian Tunggal,Melaka.
Tel : 012 2118246

2 comments:

  1. rasa tenang dan nyaman kan bermalam di sana...

    ReplyDelete
  2. akak...bestlaaa...nak nyanyi lagi dalam bilik kasut tu...

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari