Monday

Bercuti Ke Hatyai

Sawadikap!!! Assalamualaikum...

Bella nak berkongsi dengan korang, percutian bajet Bella dan percutiaan yang paling tiada perancangan ke Hatyai. Bawa Kereta Ke Hatyai lagi.Sebenarnya Bella macam 50 / 50 nak pergi ke tak nak sebab :- 

  • Langsung tak sedia apa pun.
  • Masa dah suntuk
  • Kesihatan tergangu. Demam, selesema dan batuk

Tetiba, HB yang terlebih excited la pula. Mungkin sebab perancangan kami untuk bawa kereta masuk dan boleh la dia singgah kampung dia. Balik kerja terus dia ajak tukar duit. Maknanya memang dia beria - ria lah kan.. Ok la. Lagipun percutiaan ini sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 4 tahun.. Alhamdullilah.... Balik rumah Bella terus kemaskan baju apa yang patut. Dalam hati macam agak teragak - agak juga. Dalam hati takpelah.. pergi jela dan Bella terus tempah hotel thru  agoda.com.

bajet percutiaan ke Hatyai, hatyai,

Bila hotel dah ditempah perasaan nak pergi tu makin berkobar - kobar la. Ambil lah semua benda penting termasuk passport. Saja la periksa tarikh tamat. Sekali tu, OMG!!! sudah tak cukup dalam 6 bulan.. Masya ALLAH !! rasa macam baru je perbaharui. Masa cepat betul. Walaupun banyak dalam blog dah ingatkan, boleh pula terlalu yakin Passport Masih ok.

HB yang sedang tidur sebab nak memandu jauh nantikan.. Bella terus kejutkan dan bagitahu passport kita dah expired !! dia terus tersengih2x seakan2x nak suruh Bella batalkan lah percutiaan ini. Bella faham sangat dengan air muka dia tu. Bella terus bagitahu " Dear, i'm so sorry.Hotel already book" huh!! speaking. Hahaha..Bella tengah marah or terkejut memang akan speaking. Betul atau salah no 2. Hahaa.. HB terus, adus.. huh!! heh!! hurmm!! macam2x bunyi lah kuar. Pastu tidur balik. Bella biarkan aje dia bangun sendiri. Sian juga tengok dia penat. Tunggu dia bangun.. kul 9. Terus bergegas ke UTC Sentul. Cari UTC ini pun dah abis masa 1jam.

         
   
Masuk - masuk tu diaaaa !! panjangnya beraturrr!!! mahu satu hari tunggu ni. Bella buat relax jer. Bila jam dah menunjukkan pukul 11.00 HB dah gelisah takut tak sempat masuk sempadan. HB kata jom la kita buat kat Alor Star. No ! kita dah tunggu berjam kot ! Bella kata cuba minta tolong pegawai tu. Selepas membuat rayuan dan segala bagai muka kesian. Pegawai tu tolonglah bagi no yang awal sikit. Alhamdullilah.. semoga ALLAH s.w.t permudahkan urusan Abang pula yer..

Tepat jam 12 tengah hari, kami bergerak menuju ke Bukit kayu hitam kerana border Bukit Kayu Hitam ditutup paling lewat iaitu jam 12 tengah malam waktu Malaysia. Perjalanan yang jauh kami berhenti rehat di R N R Bukit Gantang untuk minum. Banyak R N R yang ditutup untuk naik taraf. Aiyoo.. Jam 6.39 kami berhenti di Caltex Gurun untuk mendapatkan Insurance kereta masuk ke Thailand. Owh.. tip untuk bawa masuk kereta ke dalam Thailand,Hanya untuk owner / pemilik kereta korang klik je link ni.. Bagaimana Bawa Masuk Kereta Ke Thailand

bercuti di hatyai

Setelah puas melalui onak dan duri, jalan - jalan yang berliku akhirnya kami tiba di V.L Hotel Hatyai. Jauh beb... Bella asyik berdoa dalam hati semoga kami selamat pergi dan balik. Takut sebenarnya. Tapi niat Bella memang nak lihat dan pelajari kehidupan mereka disini. Alhamdullilah kami selamat tiba. Penginapan Di Hatyai. Korang klik link tu untuk tengok dimana tempat penginapan Bella selama di Hatyai. Sampai saja kat Hotel HB terus tidur. Penat kan. Order makanan pun dalam bilik jer.

bercuti di hatyai, percutiaan di hatyai

Pagi - pagi kami dah keluar untuk mencari sarapan. Kami keluar masa tu dalam jam 9.00 pagi macam tu,tapi banyak kedai tidak buka lagi. Kami cari kedai makan sekitar Train. Nampaklah Hotel The Train disini. Maknanya hotel paling dekat dengan kereta api Hatyai adalah The Train Hotel. Bolehlah cuba. Kami tak nampak ada kedai makan jadi kami hanya mengambar gambar saja disini.

hadyai,, hatyai, bercuti di hatyai

Kami mencari - cari kedai yang halal sehingga bertemu dengan sebuah kedai makan yang penuh dengan orang melayu dari Malaysia. Kedai orang Kelantan kot. Bella masuk kedai tu dan senyum dengan semua orang yang ada disitu. Sedih jer.. semua tak balas. Sombongnya orang - orang Malaysia dekat kedai tu, baru sampai Hatyai je pun. Bukan Paris ke, London ke. Tapi kalau sampai pun tak perlu la sombong. Whatever la makcik. HB yang pesan nasi kerabu ni. Kemain sedap nasi ni. Bella nak pergi ambik dah habis.

hatyai

Bella tak abis- abis order teh ais dari mula Bella sampai. Sebab, Bella minum teh ais kat Boat Noodle tu punyalah sedap. Boat Noodle kan asal dari Thailand, masa Bella pergi Phuket aritu semua Teh Ais sangat sedap. Tapi, dekat sini warna dah sama. Rasa tak sedap langsung! sampai HB kata dah la.. order la air lain. Perut dah kenyang apa lagi. Jom ke next station.

icedome, hatyai

HATYAI ICE DOME. Adalah tempat yang amat menarik disini. Bagi sesiapa yang tak pernah masuk mana - mana rumah salji di Malaysia, boleh lah cuba di Hatyai. Bella tak pernah cuba mana - mana rumah salji di Malaysia. Jadi Bella tak boleh nak bandingkan mana lagi terbaik. Nanti Bella ceritakan dengan lengkap mengenai HATYAI ICE DOME ini ok. Bella nak ceritakan dulu TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI HATYAI yang Bella pergi dalam satu hari pada hari kedua


Kami keluar dari ICE DOME dan terjumpa taman ini. Sebenanya kalau korang memandu sendiri ke Hatyai kena ingat,Ice Dome ini dalam taman. Dari luar memang tak nampak apa - apa signboard Ice Dome. Melilau - lilau kami cari. Nasib HB punya pandai kata dalam ni la kot. Sekali masuk2x betul. Tu yang jumpa taman ni.Korang klik je link ni ok.. ICE DOME


Seterusnya kami ke Pantai Songkla. Orang kata kalau tak pergi pantai ini, macam tak sampai Hatyai. Pergi mana - mana mestilah cari tempat paling tumpuan dan orang semua akan pergi. Yela, karang orang beria - ria cerita kita nganga je tak tau. Nanti dorang kata eh!! ko tak pergi ke??? Rugilah.. ruginya. Sakit hati kan?? Jadi lebih baik pergi la jawabnya.

hatyai

Petang tu kami pergi PASAR TERAPUNG HATYAI. Siapa yang pergi Hatyai sila tulis tempat ini sebagai tempat wajib yang korang patut singgah. Sangat unik.

makanan hatyai


Malamnya kami ke PASAR MALAM HATYAI. Percaya tak, Bella beli pulut mangga je. Lain - lain Bella langsung tak berkenan dan teringin nak beli. Susah la nak bezakan yang Halal dan Non Halal. Barang macam baju semua tu memang susah la nak pilih. Bagi Bella tidak ada apa yang terlalu istimewa di Pasar ni. Sama je macam kedai - kedai tepi jalan tu jual. Atau mungkin, Bella tidak tahu kat mana yang istimewanya disini. Last - last Bella lepak depan hotel je. Makan roti canai pisang. Hahha.

hatyai

Esoknya Bella check out awal sebab nak singgah kampung halaman HB. Sempatlah Bella beli Pulut ayam di Danok. Memang terbaik. Buah - buahan potong pun murah.

Apa yang Bella boleh katakan, percutiaan  di Hatyai agak menarik tapi buat yang pertama kali datang ke Hatyai lebih baik menggunakan perkhidmatan Tuk Tuk atau Teksi untuk melawat tempat - tempat menarik disini. Jika tidak memang sangat buang masa. Ok nanti Bella cerita lebih detail mengenai setiap tempat yang Bella pegi ok.

Baca tau.. Bye..

5 comments:

  1. Bestnyaaaaaaa...terkenang sis ke hatyai dulu...nasi warna purple tu menarik sungguh la pandai korang cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... best sangat! thanks kak ju, bagi tips.

      Delete
  2. salam...nk tanya..ice dome dah beroperasi ka?last time saya pergi, tak beroperasi sbb renovation..then, mudah ka dpt parking di ice dome dan pasar terapung tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah.. beroperasi. Parking di Ice Dome senang. Tapi, di pasar terapung susah. Bella park jauh.

      Delete
  3. untuk pengetahuan semua..ice dome hat yai dah tutup.
    saya pergi 25 mei 2016. tutup buat selama2nya.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari