Wednesday

Mesin Mencuba Nasib

Hai korang.. hari ini Bella nak cerita sesaja je tapi penuh bermakna dan bermotif. Mengenai mesin mencuba nasib. Hahhaaha.. mesti korang teruja kan? Mesin judi kah? Lagi2x zaman GST ni. Mesti korang semua nak tahu kan! 

                                 

Inilah mesinnya ! mesti korang kata.. Apa?? mesin bayar duit parking. Betul. Bella bukan nak menipu, tapi mesin ini memang boleh datang kan "lucky Draw" kat korang. Ceritanya, masa Bella makan kat shopping mall ni, selalulah datang kat pusat membeli belah sebab dekat dengan tempat kerja. Masa hendak bayar itu, memang kurang orang la. Jadi takpe. Bella pun bayar macam biasa. Mesin ini boleh terima duit kertas sehingga rm50 pun. Kami tiada duit kecil dan masukkan note rm20. Lepas bayar kami ambil duit baki dan terus berlalu pergi. Bukan sekali. Tapi banyak kali macam itu.

   

Selalunya memang HB yang bayar, lelaki kan ala2x sempoi je kan. Manalah nak kira duit baki semua. Dijadikan cerita Bella temankan dia bayar duit parking. Bila Bella kira baki yang dikeluarkan, tak cukup rm5. Ok, mungkin bagi sesiapa yang kaya atau berada mesti kata.. alamakk ! rm5 je pun. Rm5 boleh bayar parking lagi 2x yer. 

Kenapa jadi macam itu? sebab, baki lambat keluar. Dia kuarkan rm3 dulu, pastu baru rm2. Sikit2x jadi siapa yang nak cepat tu, main lari je. Pastilah yang pengguna yang belakang dapat rezeki terpijak. Bella pernah korek baki syiling dalam tempat baki tu,penuh duit syiling. Haaaa.. untung kan?? 

Jadi, hanya peringatan sikit la untuk korang. Silalah kira baki lepas mesin parking tu pulangkan baki. Jangan balik rumah pening duit hilang ke mana masa nak buat kira-kira belanjawan bulanan. Sekadar peringatan.

k.. bai.

    

Sunday

KEKAL CANTIK BERSERI dengan ZZ By ZAZA

Bella hari ini sangat baik hati nak kongsikan dengan korang semua TIP dan RAHSIA KEKAL CANTIK BERSERI dan mendapatkan kulit muka yang sihat dan cantik. Bella sebenarnya kurang memberi perhatian pada penjagaan kulit muka ni. Sekadar cuci muka je. Hahaaa... simple je kan? Tapi, baru-baru ni Bella ada terjumpa kawan lama yang kulitnya sangat cantik dan glowing sangat. Bella mula terfikir mengenai bagaimana dia menjaga kulit wajah sehingga kekal cantik berseri dan muda jelita bagaikan Rozita Che Wan?? Arrrghhhh so Jelous!! Jadi dia ajak Bella mencuba ZZ BY ZAZA SKINCARE 4 IN 1.

   

ZZ BY ZAZA ? Tak pernah dengar pun. Bella macam..Beb.. betul ke ni? Kang rosak plak muka aku macam ne? Dia dengan selamber je cakap ko cuba dulu. Ok la. Bella cuba. Sebenarnya Bella dah beli produk ini lama dah. Bella order online je. Tapi, jangan risau. Cepat je sampai. Guna pos laju. Masa dah dapat tu. Bella terus cuba. Tapi, takdalah kongsi dengan korang lagi. Mana tahu produk ni tak elok. Ye la kan.. new brand. Susah sikit nak percaya. Lepas dua minggu Bella gunakannya dan baru sekarang Bella berani cerita dan kongsikan dengan korang betapa bestnya produk ini. Yes!! Jom Bella perkenalkan ZZ BY ZAZA. 



ZZ BY ZAZA set penjagaan muka yang didatangkan dengan 4 produk penjagaan muka. Cukup lengkap.Ini ZZ BY ZAZA FACIAL CLEANSER 40ML.Menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti AQUA, ARGAN STEMCELL, APPLE EXTRACT, FRAGRANCE dan  SODIUM SOAP FROM VEGETABLE OIL. Bahan-bahan yang tiada langsung chemical dan bahan terlarang didalamnya.




ZZ BY ZAZA REFRESHING TONER 40ML. Bahan-bahan yang digunakan adalah WATER LILY, VITAMIN C, VITAMIN E, AQUA, ARGAN EXTRACT. Toner ni warna pink tau. Mesti mewakili warna Lily tu.



Ini pula krim malam. ZZ BY ZAZA REJUVENATING NIGHT CREAM 10G. Bahan yang digunakan, AQUA, ARGAN STEMCELL, GRAPE STEMCELL, PRUNUS AMYGLALUS DULOS (SWEET ALMOND) OIL, EMULSTYING WAX, GLYCERIN, TITANIUM OXIDE, IRON OXIDE, CUCUMBER EXTRACT. Menggunakan bahan - bahan untuk membaiki kulit kusam dan mati.


ZZ BY ZAZA MATTE MOUSSE CREAM 10G pula, digunakan macam bedak asas. Jimat je. Bila dah pakai ni, dia ada kesan glowing kat wajah tau. Korang pakai ni, pastu tepek je bedak. Berseri-seri muka. Menggunakan cmpuran bahan-bahan seperti PARAFFIN WAX, ARGAN STEMCELL, OLEA EUROPASS (OLIVE) OIL, APLLE STEMCELL, ALOE VERA STEMCELL

Mesti korang tertanya - tanya kan? Buat kat mana produk ni, siapa pengasanya? Ye la.. sebab Bella pun fikir macam tu. Jadi, Bell pergi saja kat website ZZ BY ZAZA ni. Sebenarnya produk ini, di formulakan oleh pakar kulit dari JEPUN dengan menggunakan nanometer technology. Bahan-bahan yang digunakan adalah semulajadi dan tidak sama sekali menggunakan bahan-bahan terlarang ye.




Produk ini menekankan dan menfokuskan kulit wanita bagi memberi kesan memutihkan kulit, menjadikan kulit sentiasa muda remaja, menghilangkan kedutan dan memjadikan kulit muka lembab semulajadi. Waaa... banyaknya kebaikan produk ni. Korang juga boleh la selidik dan mengetahui mengenai ZZ BY ZAZA ini dengan :-

FB : PRODUK MENJEMPUT JODOH
    
IG : @PRODUKMENJEMPUTJODOH
#ZZBYZAZA 


HOTLINE : 011.2343.8986 


Apa lagi. Jom la kita beli. Jangan takut, produk ini sangat bagus. Bella dah cuba. Oh.. lepas ni, Bella akan tunjukkan kat kat korang macam mana Bella pakai produk ni, dan apa kesannya pada muka Bella? 


Tunggu entry selepas ini ok.. daaa..

Friday

Bercuti Di PULAU SAMOSIR

Horas... Ok..hari ini Bella nak huraikan dari Itinery Di Medan klik je. Hari Pertama. Kita hanya merancangkan. Jadi atau tidak bukan lagi kuasa kita. Hari pertama apa Bella buat yer? Bella ke Medan, tapi bukan tujuan membeli - belah tapi lebih kepada melihat keindahan ciptaannya. Jadi Bella lebih fokus ke PULAU SAMOSIR. Apa Bella buat Bila BERCUTI DI PULAU SAMOSIR.

bercuti ke danau toba medan

4.00pg    - Gerak ke KLIA
 
Pepagi Bella dah bangun dan gerak ke KLIA 2. Masya ALLAH.. sejuk gilerrr!! KLIA 2 ni. HB biru muka tahan sejuk. Jadi, lebih baik pakai pakaian yang sesuai la yer, kalau travel pepagi buto tu. Biasalah kalau korang dah biasa beli tiket promo Air Asia ini, masa memang agak tak cantik yer. Terlalu awal la, terlalu cepat la dan flight nak naik tu parking punyalah jauh. Jadi kena la bangun seawal mungkin yer.. lambat. Babai.


7.40pg    - Insha ALLAH sampai

Alhamdullilah.. Bella sampai dengan selamatnya. Terus cari-cari supir. Alhamdullilah juga, ada menunggu. Sedikit peringatan yer, supir medan ni banyak yang dah buat taik. Jadi, untuk kebaikan korang silalah dapatkan ni whats app supir korang tu. Lepas itu, sebulan sebelum nak gerak ke Medan whats app supir ingatkan. Seminggu lagi nak pergi whats app lagi. Tiga hari lagi nak pergi ingatkan lagi. Sehari nak pergi ingatkan lagi. Sebelum naik flight tu, bagitahu lagi. Macam Bella kan, deal sendiri. Apa pun kita tidak bayar kat dorang kan? Hitam putih pun takda. Jadi cara macam ini jelah kita kena gunakan. Booking base on trust je ni.

kedai makan sedap di Medan

8.00pg    - Sarapan di medan (macm teringin makn special bihun sup ayam kg) Tp x mkn pun.
Supir Ridu terus tanya kat Bella. 'Mau ke mana?" Bella terus la bagitahu perancangan Bella dan Bella kata nak terus ke PULAU SAMOSIR. Jadi di setuju. Sebelum tu, Bella nak sarap dulu. Lapar.. Dia pun berhenti la kat warung buruk ni. Bella cakap kat HB. Ok ke? HB yang memang tidak setuju ke sini, cakap "Mana tau.. haaa nak g Medan sangat kan??" huh. Ada ke jawab macam tu. Bella kata kat Ridu. "Ridu, ngakk ada cafe?" speaking ala2x Indon giteww.. " Ngakk ada,sini amangnya gini aja.Cuba duluaan ya." Ok la.. daripada pengsan lapar, baik makan je.
makanan sedap di danau toba

Bella makan Lontong. Arrgghhhh sedapnya!! Bella rasa LONTONG SAYUR ni adalah lontong paling sedap yang Bella pernah makan. Aduii.. masa ini pun tertelan telan air liur lagi. Korang tau, lontong ni tidak sama rasanya dengan lontong kat Malaysia nie. Lontong ni, lebih kepada rasa rempah tau. Eh, bukan rasa ulam. Rasa daun cekur. Bella memang sukakan rasa daun cekur ni. Mak Bella kalau buat kerabu ditambah daun cekur ni, memang Bella ratah macam tu je.Ketagih. Bella siap tanam sebab suka sangat rasanya. Paling terbaik, LONTONG ni ditambah juga dengan sambal tempe yang Fuhh!! ranggup dan terangkat abis. Seriously. Bella amat2x rindu kan Lontong ni. Sedapnya!
nasi lemak sedap

HB pula makan campur. Ini je lauk yang tinggal. Kedai pun dah nak tutup. Nasi yang se simple ni pun sedap.. HB siap makan sambil mengangukkan kepala sebab sedap. Hehehe. Tula... tadi berlagak sangat kan..hahaha..
Kami terus bergerak Ke Pulau Samosir. Perjalanan memang mengambil masa yang lama. Perjalanan pun kurang pemandangan yang mengasikkan. Melalui hutan tebal dan hanya sekali sekala melalui perkampungan. Kadang-kadang kereta kita je melalui jalan tu. Sedikit perasaan seram tu memang ada.

Kedai Burung puyuh

10.00pg  - Singgah di Permantang Siantar makan burung puyuh (try juga sambal hijau)
Bella bagitahu kat supir yang Bella nak singgah Rumah Makan nak rasa burung puyuh yang terkenal tu. Rugilah, datang jauh-jauh tadi tak cuba makan burung puyuh yang disebut-sebut orang tu. HB kata "tak yah la..tak kan tak kenyang lagi". Masalahnya balik nanti dah tak lalu sini. Pergi je lalu. Daripada teringat-ingat bila balik Malaysia nanti, baik singgah. 

bercuti ke medan

Rumah Makan Permantang Siantar yang supir pilih adalah RM Beringin Indah 2. Sekali hantar segala jenis lauk pauk dihidangkan atas meja. Banyak sungguh. Makanan yang Bella order pun banyak. Bella siap kata boleh tak tolong ambik balik semua ni. Susah nak makan. Bella order yang orang review kata sedap yang amat je la. 

RM permantang siantar

Bella memang dah siap senaraikan apa yang patut order. Malangnya Bella tak rasa burung puyuh kat sini sedap sangat pun. Burung puyuh goreng sendiri lagi sedap kot. Burung puyuh kat sini besar-besar yer. Order dah la banyak. Pastu tak abis. Supir siap suruh bungkus. Tak mau la. Bila nak makan. Hurrrmm.. sedihnya. Kenapakah tidak sedap seperti yang ditulis. Bella siap cakap kat supir Bella nak RM lain. Macam yang blogger lain review. Dia kata sama saja. Malas la tu. Redha je la.
bercuti ke medan

Perjalanan yang jauh diteruskan lagi sehingga kelihatan tasik yang membiru. Bella memang nak terokai Pulau Samosir jadi Bella menginap di seberang tasik. Lepas melalui jalan yang berliku dan menempuh berbagai onak dan duri, kena naik feri pula. Adui. Feri ni busuk. Bau enjin kete. huhu.

bercuti di danau toba

Bella dah duduk bahagian atas bot sebab bau enjin kuat sangat. Tetiba dengar orang ramai bising-bising. Bella pun jenguk la ke tingkap. Rupanya,ada budak - budak yang berbogel dan berenang didalam tasik danau toba semata - mata nak minta derma. Bella ada terbaca pasal ni, jadi Bella memang dan sediakan duit untuk dibaling. HB seronok dia baling duit tu. 

kecantikkan danau toba

Berbagai-bagai tanggapan orang yang pergi ke danau toba dan melahirkan pandangan masing-masing mengenai derma cara begini. Bagi Bella pula, ini adalah keindahan budaya dorang. Maknanya ini adalah kecantikkan dan keseniaan yang dicipta oleh kanak-kanak batak disini untuk mengigatkan kita mengenai Danau Toba. Sekurang-kurangnya dorang ada idea untuk meletakkan Danau Toba lain dari yang lain. Unik. Kanak-kanak yang berenang ni kecil-kecil lagi dan sangat berani. 

bercuti di danau toba

Bila Feri ni nak bergerak, cepat-cepat semua kanak-kanak ini naik dan nyanyi pula lagu kebangsaan dorang atas ni. Sedap juga. Lepas habis je nyanyi tu, dorang minta la derma. Paling best lagi pasal dorg, dihantarnya budak paling cute untuk minta sumbangan tu. Pandai sangat. Perjalanan yang rengsa dan berlengas tadi, sedikit terhibur dan hilang tengok gelagat budak-budak batak ni. Haa Bella nak tahu sangat masa ni, budak-budak ni minta cara baik kan.. Yang dok bising kata x elok derma dengan cara baling duit tu derma berapa ribu? Jangan jadi tin kosong dah la. Bising dan bunyi je kuat. Tapi, apa pun tarakkk...

4.00ptg   - Check in

Akhirnya sampai juga Bella di Bagus Bay Homestay yang telah di aturkan oleh Supir. Bella dah review pasal penginapan ni.Penginapan Murah Di Danau Toba klik sini.


5.00ptg   - Round naik motor sekitar Danau Toba.

Memang kalau ikut jadual pun Bella nak round - round naik motor. Tapi, ada sedikit salah faham disini sebab Bella dan HB macam dengar Supir tu kata bersiap la. Nak bawa pusing-pusing Danau Toba. Jadi, kami pun mandi cepat-cepat dan turun. Tapi, Ridu takda. Jadi kami pun tunggu laaa.. Lepas 30min tunggu, Bella rasa macam ada yang tak kena je. Call x angkat. Jadi kami ambik keputusan untuk sewa motor dan cari Ridu. Supir kami tulah. Hangin je satu badan.

bercuti di danau toba, danau toba,

Kami pun pusing-pusing Danau Toba tanpa tujuan. Keindahan Danau Toba sangat memukau.Lupa jap pasal supir yang malas tu. Memang sungguh indah. Mendamaikan jiwa. Banyak sangat saat -saat indah yang tidak dapat dirakamkan oleh kamera dan sukar Bella nak ceritakan kat korang. Sangat indah. Macam kembali ke zaman tanpa teknologi. Alam sangat terjaga.


8.00mlm - Makan Malam Maggi Saja. Yummy!

Kami memang hanya makan maggi sahaja. Kedai ni tidak halal. Minta air panas je. Baik pula tu bagi Free. Sambil makan maggi sambil tengok tariaan suku kaum batak. Nampak senang je. Sekali dia tarik Bella ajak menari sama, mampus x jadi. Hahhaa. Pelancong europah pun banyak. Siap ada yang menetap kat sini. Dorang suka bebenor duduk kat Pulau Samosir ni. 

Habis je tengok dorang menari plus gangguan dari Anjing.Bella naik je la bilik. Sebelum sawan bila anjing tu datang dekat. Trauma. 

Nanti sambung Day 2 pula.

End.

Thursday

Resepi Salad Yoghurt dengan Kiwi Zespri Hijau

Salam sayang semua. Sebelum ini, Bella dah ceritakan khasiat dan Kebaikan Kiwi kan? Sekarang jom Bella kongsikan beberapa resepi yang menggunakan kiwi. Mesti boring kan? Hari- hari nak makan Kiwi dengan cara yang sama. Jom Bella tunjukkan.

Resepi Zespri Kiwifruit Juice
Resepi Ribena Kiwi Chumel 

Tapi sekarang Bella kongsikan dulu, Resepi Salad Yoghurt dengan Kiwi Zespri Hijau untuk 2 orang.

Bahan - Bahannya 
2 biji Kiwi Zespri hijau saiz medium
1 biji timun kecil

Bahan - Bahan Yoghurt

50g yoghurt dressing
1 sudu kecil mayonise
1 sudu kecil Jus lemon
Gula atau madu mengikut kesukaan

Cara - Caranya

1.Potong buah kiwi kecil-kecil
2.Gaul bahan-bahan Yoghurt 
3.Curahkan Yoghurt diatas buah kiwi


Resepi yang Bella buat :- 

Boleh ikut kalau nak rasa sangat macam mana rasa kiwi digaul dengan yougurt, versi malas. Huaarggh.. huarrghh..

      



1. Sebiji kiwi
2. yoghurt yang dah siap

Cara- caranya 

Gaul jerk!!   Siap!! 


     resepi kiwi dan yoghurt

Selamat mencuba :)

   

Tuesday

Majlis Penyerahan Cek AIRASIA Kepada MAKNA #AirAsiaMakna

Bella berbesr hati kerana dapat bersama-sama memberi sokongan dalam kempem kutipan sumbangan kepada Majlis Kanser Negara (MAKNA). Sehubungan dengan itu, AirAsia telah mengadakan satu majlis penyerahan cek kepada MAKNA #AIRASIAMAKNA hasil dari kutipan sumbangan dari orang ramai yang telah menderma secara tidak lansung dengan hanya membeli AirAsia T-Shirt.

AIRASIA

Baguskan korang derma pun korang tak perasan sebab dapat T-Shirt yang cantik.Kutipan ini telah berjalan beberapa bulan lagi bermula sejak bulan Jun lagi. Kutipan yang berbentuk pembeliaan T-Shirt exclusive AirAsia. Baju-T edisi terhad ini, direka oleh AirAsia Allstars (kakitangan AirAsia) dijual pada RM30 sehelai di 23 lokasi di serata Malaysia, serta laman membeli-belah MAKNA   

MAJLIS AIR ASIA

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Menurut statistik yang dikeluarkan, 1 dari 4 rakyat Malaysia terjejas akibat kanser. Kami di AirAsia ingin memainkan peranan dalam mendidik masyarakat awam mengenai pencegahan awal begitu juga dalam memberi semula kepada komuniti yang menerima perkhidmatan kami. Di setiap lokasi jualan #AirAsiaMAKNA, MAKNA turut berada di sana bagi memberi informasi dan panduan kepada masyarakat awam, mendorong mereka untuk mengetahui mengenai kanser dan membantu mereka yang memerlukan. Tambahan dari itu, kami juga menggunakan kekuatan laman media sosial kami untuk menyebarkan informasi mudah mengenai kanser. Ini telah menerima sambutan positif dari masyarakat tempatan”.

“MAKNA telah berjaya melakukan pelbagai aktiviti yang bagus dalam membantu pesakit kanser di negara sepanjang dua dekad ini, dan kami berharap dana yang terkumpul menerusi kempen #AirAsiaMAKNA dapat membantu mereka untuk meneruskan usaha mereka" tambah beliau.

MAKNA

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad turut menyerahkan dana terkumpul menerusi kempen ini kepada Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA di majlis penyerahan cek hari ini di Fahrenheit 88, penaja lokasi acara ini.

Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA berkata “Kempen ini bukan sahaja untuk mengumpul dana, tetapi juga memberi kesedaran. Ini membolehkan MAKNA bertemu lebih ramai orang dan menyebarkan informasi yang diperlukan yang juga penting. Lebih banyak kita berbicara mengenai kanser, lebih ramai akan memahami dan mengambil tindakan dalam menjaga kesihatan mereka. Dengan kempen ini, AirAsia bukan sahaja menunjukkan kesedaran sosial, tetapi juga terus dengan semangat serba boleh dan inovatif. MAKNA berbesar hati menerima penyertaan AirAsia dalam misi ini."



Selebriti tempatan juga turut hadir menyokong kempen #AirAsiaMAKNA serta bertemu pesakit kanser, bekas pengidap kanser dan keluarga mereka yang telah bermanfaat dari inisiatif-inisiatif MAKNA.Sebagai sebahagian dari kempen #AirAsiaMAKNA, syarikat penerbangan tersebut menganjurkan peraduan Instagram di mana orang ramai yang telah mendapatkan baju T boleh memuat naik gambar kreatif memakai baju T rekaan krew penerbangan dan juruterbang, dan hashtag #AirAsiaMAKNA dan boleh memenangi sepasang tiket penerbangan ke  Maldives atau Sapporo!

Peraduan ini telah menyaksikan lebih dari 750 penyertaan dan dua pemenang bertuah dipilih oleh Aireen Omar dan diumumkan semasa majlis hari ini juga. Pemenang-pemenang adalah @shaarin dan @suzanekassim, dan mereka akan dihubungi oleh syarikat penebangan tersebut untuk menebus hadiah
penerbangan mereka. Sepanjang kempen ini  AirAsia juga telah berkongsi fakta pantas mengenai kanser di laman media sosial bagi meningkatkan kesedaran terhadap kanser.


Ini diantara artis - artis yang sama-sama memberi sedikit sumbangan untuk pertubahan MAKNA. MAKNA ditubuhkan dengan tujuan  mengerakkan sumber- sumber dalam memberi perkhidmatan menyembuh, mencegah dan membantu pesakit kanser, keluarga mereka, kumpulan berisiko tinggi, serta  masyarakat awam di Malaysia dan rantau ini.  Adalah menjadi misi organisasi ini untuk melawan kanser dan mengurangkan kesakitan berkaitan, dan kesengsaraan yang dilalui oleh pesakit kanser.


AirAsia komited membawa perubahan terhadap perkara ini,  dan telah turut berkerjasama dengan Media Prima Berhad bagi menyokong kempen Travelling Beruang; yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai kanser di kalangan kanak-kanak di .Malaysia. ‘Travelling Beruang’ menjelajah ke seluruh dunia menjadi mata dan telinga bagi kanak-kanak yang mengidap kanser yang tidak boleh melancong. Patung beruang comel 'Travelling Beruang' ini tersedia untuk pembelian dalam penerbangan AirAsia untuk hanya RM 65 sahaja. Hasil jualan juga akan akan disalurkan kepada MAKNA, dan kempen ini telah mendapat sokongan memberangsangkan dari orang ramai dengan hashtag #travellingberuang di sosial media.
Ikuti perkembangan terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) serta ketahui lebih lanjut fakta pantas mengenai kanser.

Monday

KARI KEPALA IKAN PALING SEDAP - RESTORAN KAMPUNG PANDAN

KORANGGGG.... Bella nak kongsikan dengan korang hari ini tempat makan Bella dengan kawan-kawan hujung minggu hari tu. Massya ALLAH... sedap Alhamdullillah. Seriously sampai ke hari ini kesedapannya terasa-rasa ditekak. Bella tidak pernah makan Kari Kepala Ikan ni. Sebabnya Bella tak suka makan mamak. Bila Bella kawin dengan pencinta kedai or restoran mamak ni, haruslah belajar. Takkan lah nak tengok je HB makan kan? Sekarang ni, Bella belajar pula makan Kari Kepala Ikan dan Bella nak bagitahu kat korang, inilah Kari Kepala Ikan Paling Sedap dan  buatkan Bella ketagih nak makan Kari Kepala Ikan ni selalu. Aiyakk! pengsan. hahhaa. Korang boleh nikmatinya di Restoran Kampung Pandan.

kari kepala ikan paling terbaik

Sinilah tempatnya. Terletak di Jalan Yap Kwan Seng. Dekat belakang banggunan AmBank tu jer. Memang lokasi yang sangat strategik.Cuma parking kena pandai-pandai la yer. 

kedai mamak terbaik

Restoran ni, tak pernah kosong dari pelanggan ye. Penuh memanjang. Restoran ini selesa tau. Masa Bella datang tu, semua meja penuh. Macam-macam aktiviti dorang lakukan disini. Memang restoran ni bising, tapi tidak la terlalu bising sampai tak boleh berbincang sesama sendiri. Tak bingit la macam tu. Amat selesa.


Masa Bella makan tu, ada buskers lagi. Sedap dorang nyanyi. Sesedap makanan yang kitaorang makan. Memang amat terhibur. Sementara tunggu ikan siap dimasak, Bella layan dulu lagu2x dorang yang mengasyikkan ni. Korang perasan tak?? kat belakang buskers tu penuh dengan gerai2x kecil yang menjual berbagai makanan. Haaa.. jangan tak tahu. Boleh dikatakan semua jenis makanan pun ada. Bella datang sebab ikan kan.. jadi memang tertunggu-tunggu dan hanya menanti kari kepala ikan la.. hehehe. Tak sabar..

kari kepala ikan sedap

Tengah asyik melayan buskers, ikan pun sampai. Bella ambil kesempatan ambil gambar ikan merah ni, sebelum dicurah dan dilimpahi denga kuah kari. Bella rasa ikan merah ni, direbus dulu. Ikan ini saiz besar dan menggunakan Ikan Merah.Disini dorang jual berbagai saiz. Masa ini pun Bella dah geram je nak cubit isi ikan merah ni.

MAKANAN SEDAP, MAKANAN TERBAIK, JJCM

Tarraaa... ini lah Kari Kepala Ikan Merah yang Tersedap. Sedap sangat korang. Korang kalau nak makan kat Restoran Kampung Pandan ni, datang berdua je. Jangan risau. Kari Kepala ikan ni, terdapat dalam tiga saiz. Ada saiz kecil, sederhana, dan besar. Harga pula bermula dari rm65 sehingga la rm90 tidak termasuk GST. Ok la tu. Puas hati giler makan. Terdapat dua jenis inkan yang selalu buat Kari Kepala Ikan Terhebat ni. Ikan jenahak dan Merah, Tapi, Ikan Merah paling banyak jualannnya. Bella pun makan ikan merah aritu.

kedai mamak sedap

Masa ikan ni sampai, tengok ikan ni besarnya!! habis ke? Sedap giler kot. Takkanlah tak abis kan? Licin.


Bella yang kononnya tadi tak makan mamak kan? Makan hingga menjilat jari!! Korang cepat-cepat ke sini.

Sini maklumat lanjut bagi memudahkan korang tahu lebih detail mengenai Restoran Kampung Pandan

Waktu   : Dibuka 24jam 

Alamat : Restoran Kampong Pandan, No 2, Lorong Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

FaceBook :  https://www.facebook.com/karikepalaikan.yks

Instagram : @KARIKEPALAIKAN_YKS

Sebarang Majlis untuk tempahan boleh hubungi : 018 -325 2554 | 03 -2161 2525

Sunday

Penginapan Bajet Di BERASTAGI

Last entry, Bella dah kongsikan Penginapan Murah Di Danau Toba Medan sekarang Bella nak kongsikan pula Penginapan Bajet Di Berastagi. Korang kalau pergi Medan tidak pergi Berastagi memang rugi la. Berastagi sejuk. Penginapan Bella di BERASTAGI juga diaturkan oleh Supir Bella. Bella sebetulnya dah suruh supir ini upgrade ke hotel. Bolehlah dia kata dia tidak tempah pun. Terpaksalah Bella bermalam di Apartment Rose.

penginapan berastagi bajet

Inilah tempat penginapan satu malam Bella di Berastagi. Apartment Rose. Hilang mood tau berangan-angan nak tido hotel di Berastagi yang sejuk ni. Tido kat apartment plak. HB kata ok la ni, nak tido saja. Bella tengok sekeliling ok la. Bilik pun depan jalan je. 

BERASTAGI

Cantik gak kan? Nasib dapat bahagian bawah ini. Tidak la kena panjat tangga ke apa. Penting sebab ada yang review kata Rose Apartment ni seram. Mungkin Bella tido mati jadi tidak sedar apa yang berlaku. Hahaaa.. tapi alhamdullilah, semuanya dipermudahkan. Ini bahagian luar.

bilik di berastagi

Ini biliknya. Bella dah muncung dah, Kecewa. Bella nak hotel kan. HB tak abis-abis kata, ok la ni. Ok.. nak tido je kan? Memanglah tapi time book semua kata ok. Bella nak bayar harga upgrade ke bilik hotel. Selamba je supir ni kata dia tak booking pun. Hish.. nasib jauh. Kalau tak, aku cari je supir lain. Nasib HB tenangkan dan Paling terbaik, tilamnya humang aii!! punyalah empuk dan tebal. Masa baring tu melantun-lantun badan. 


Ada lah... TV kecil ni. Tapi kami tak buka pun. Penat sangat tau. Makan pastu tidur. Apa pun tak sempat.

Berastagi

Nampak tak pengawas tengah sport check bilik tu. Hahaaha.. dia nak baring. Bella kata nanti dulu, nak review kan.. biasa la Blogger memang macam tu. Kebesaran bilik ni cukup la untuk dua orang. Kalau lah korang ada anak katil ni memang tak sesuai tau. Buatnya bayi tu tido lasak, jatuh memang tinggi la. Jadi sila cari bilik lain.

Kitaorang sampai sini je, supir tu macam tergesa - gesa nak balik tau. Supir dekat Medan ni, tak sama langsung dengan Supir Bandung. Supir Bandung, bila kita makan je dorang nak join kan? Supir kat Medan ni, ajak makan dorang lari tau. Sungguh-sungguh Supir Ridu ni tak nak join makan. Jadi kitaorang bungkus je la. Lepas tu kami makan la dalam bilik. Nampak tak kerusi yang banyak-banyak tu, sangat membantu. Ridu pun pinjamkan pinggan dan sudu semua dekat penyambut tetamu tu.Bilik ni takda kipas atau aircond tau. Sejuk nan Mam.. jadi tidak perlukan semua itu.


Pagi-pagi buta Bella dah bangun pagi sebab konon-konon nak tangkap gambar cecantik la. Tapi Bella tak berani nak pergi jejauh. Jadi tak banyak sangat la gambar Bella dapat tangkap. Masuk bilik dan terus mandi. Malangnya air panas takda. Yer.. takda.

Korang tau tak, punya lah sejuk giler pagi kat sini. Masa mandi tu rasa mandi dengan ais. Sejuk!!! Pengalaman sungguh. Masa jirus air ke tubuh tu, kebas satu badan. Terpaksa kan diri jugalah. Dari tak mandi kan? HB mandi menjerit-jerit. Hahahaha.. Bila Bella fikir balik, macam kenangan manis plak. Kalau bukan sebab peristiwa tak da air panas tu, mesti Bella dah lupa tempat ni.

Lepas ni, Bella kongsikan aktiviti Bella sepanjang Ke Medan ok?? daaa...

Bagi Melihat semua Tips dan link mengenai Medan, Boleh terus klik Medan

Thursday

Makanan Sedap dihantar oleh Foodpanda

Hari ini Bella nak perkenalkan perkhidmatan Foodpanda. Korang tahu atau tidak apa itu Foodpanda?Foodpanda adalah pesanan dalam talian yang telah beroperasi dalam 40 negara diseluruh dunia. Perkhidmatan ini akan membantu kita memesan makanan daripada restaurant hanya melalui aplikasi telefon dan website. Foodpanda telah berkerjasama dengan lebih 58000 restaurant diseluruh dunia.

      
Fierce Curry House, Bangsar juga termasuk didalam senarai restaurant yang semua orang boleh membeli secara dalam talian. Bella telah dijemput kesini melalui Kelab Blogger Ben Ashaari untuk merasa sendiri kesedapan makanan citarasa India disini.Fierce Curry House sangat terkenal dengan kualiti masakan yang bercirikan briyani. Fierce Curry House telah diiktiraf oleh Timeout KL, dan telah terpilih sebagai kari terbaik sejak 2012 sehingga 2014 dan juga turut tersenarai pada tahun 2015.


Sidney Ng turut hadir mewakili Food Panda dan memberi sepatah dua kata mengenai perkembangan pesat Food Panda di Negara ini walaupun baru berada di pasaran Malaysia selama 3 tahun.


Pengasas Fierce Curry House, Mr Herukh Jethwani turut memberikan sedikit ucapan dan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah pembukaan Fierce Curry House. Beliau turut menekan menu menarik yang terdapat di Fierce Curry House dari serendah - rendah harga, sehingga semahal - mahal harga iaitu lobster.

Selepas itu, semua tetamu dihidangkan dengan berayani yang sedap tu. Malangya Bella tidak dapat merasai kesedapan Beriyani Fierce Curry House ini kerana Bella sesat. Pada mulanya tempatnya adalah di Fiercer Curry House Publika. Situ Bella tahulah kat mana. Bila tukar tempat saja, Blur dan sesat. Jadi Bella tidak dapat nak ceritakan kat. korang apa beza kari disini dengan tempat lain. Sedih.
                               
                                 
     
Nasib baik lah Food Panda belanja Bella tengok wayang lepas tu. Best.Hilanglah sikit kekecewaan di hati tak dapat rasa kari terbaik di KL ni kan.Harap ada rezeki Bella makan disini.Aaminn,,

Wednesday

Penginapan Murah Di DANAU TOBA, MEDAN

Horas2x
Assalamualaikum..

Hari ini Bella nak kongsikan dengan korang Penginapan Bajet dan Murah Bella selama berada di DANAU TOBA, Indonesia.

Tips :- 

  • Pemilihan penginapan hendaklah mengikut jadual yang kita tetapkan. Seeloknya berdekatan dengan tempat makanan halal. Bagi Bella makan paling penting. heheheh.
  • Mestilah mengikut bajet. Kalau korang memang nak rehat saja atau mengimpikan penginapan gaya hidup mewah sementara di negara orang boleh la cara hotel ala2x istana ya.
  • Bersih. Bagi Bella tak kisahlah hotel yang murah tapi bersih paling penting.
  • Berdekatan dengan tempat kunjungan utama.
Kalau korang mengikuti perjalanan Bella ke Medan ini, Korang boleh tengok Itinery atau Jadual Perjalanan Ke Medan klik sini. Bella dari airport terus ke Danau Toba sebab nak habiskan banyak masa di Danau Toba. Danau Toba kan cantik dan tenang. Bella dah survey abis dah penginapan disini. Ramai yang cadangkan Danau Toba international cottage. Tapi, jangan salah faham. Danau Toba International Cottage tu tidak menyeberangi Danau Toba tu.Jadi Bella ikut lah kata supir Bella tu. Kami menginap di Bagus Bay.

     Penginapan Bajet di Danau toba

Sebenarnya Bagus Bay ini pun diantara penginapan yang memang Bella dah senarai pendek kan nak duduk. Cuma macam tak pasti sangat, Sebab banyak juga review kata tidak ok. Jadi 50 - 50 macam tu kan. Bila supir tu kata dia cadangkan Bagus Bay ni, jadi Bella setuju je la. 

  
danau toba



Bella diberi bilik dibahagian atas. Kebaikannya tak da la binatang yang tidak sepatutnya tetiba muncul depan pintu. Nyamuk pun tiada. Cuma masa tu kesihatan Bella tidak mengizinkan. Bella demam. Batuk teruk sangat. Bilik kat bahagian atas ni sangat sejuk!! walaupun tiada la salji, tapi sejuk ya amat.


penginapan di danau toba



Tarraaaa.... inilah bilik Bella. Sebijik macam dalam gambar yang TripAdvisor promosikan tu. Alhamdullilah. Cantik juga. HB kata, ok la ni. Tapi.... tapi... ni guest house. Bukan hotel. Tilam tidak seempuk yang diharapkan la yer.Nasib ada tuala. Keluasan bilik sederhana. Cukuplah untuk kami berdua. Air panas, sangat terhad. Dia pakai gas tau. Air panas tidak boleh di control langsung. Kadang-kadang terlalu panas. Kadang-kadang langsung tidak panas. Huh! bolehlah.. percutiaan bajet kan..

bajet ke Medan

Ini pula cafe Bagus Bay ni. Terbaik sebab bersih dan cantik. Hiasan dalaman cafe ni memang ala-ala batak. Cafe ini juga menawarkan wifi. Kuat ok. Kadang-kadang sampai ke bilik wifinya. Jangan tanya Bella cafe sini sedap ke tidak sebab Bella tidak makan apa-apa pun. Cafe ni tidak halal. Bella hanya minta air panas untuk masak maggi saja.


bagus bay




Apa yang terbaik?? hanya di Bagus Bay ini membuat persembahan Dan tarian Batak pada malam sabtu. Tempat lain takda tau. Bella siap kena tarik menari lagi. Nampak tak yang mane satu Bella? Nampak dorang menari kan, macam senang. Ditariknya Bella menari sama, OMG!!! macam mana ni?? macam mana ni??? arrrggghh belasah saja lah... hahahhaha. tapi sangat - sangat menghiburkan. 







Petang-petang boleh juga ke Tasik Danau Toba yang terletak hanya 10meter dari bilik kami. Belakang rumah je. hehehe. Kebanyakkan penginapan di Danau Toba ini, memang dibina sangat berhampiran dengan tasik ini. Tarikan pelancong kan.. jadi haruslah dibina berdekatan. Dibahagian depan Bagus Bay Homestay ini, ada kedai runcit kecil yang menjual kegunaan asas. Ok la. Kot2x terlupa nak bawa sabun ke, ubat gigi ke, boleh la beli kat situ. Wifi pun disediakan disini.





HB Bella belikan ubat batuk kat kedai runcit ni. Sebab dah terpaksa sangat Bella makan jugakla.. Pastu dah takut nak makan, sebab bila baca kandungan ada dadah. Banyak plak tu. Terus Bella buang. Biar sakit, x mau ketagih dadah. Minta dijauhkan... Kedai runcit ni juga ada membuat sewaan motorsikal. Sangat membantu.

Banyak gak la kebaikannya kan?? Jom Bella bagitahu apa yang buruknya pula :-

  1. Bagus Bay Homestay ini membenarkan pelanggannya bawa masuk anjing. Arrghhh!!.. kalau selalunya kita makan kucing datang kan? ini anjing datang. Nasib perasan awal. Besar giler plak tu.
  2. Anjing yang besar-besar giler punya bersepah-sepah sekeliling kawasan ini, tapi Bella tengok pelancong mat salleh selamber jer. Jalan kaki. Bella menggigil nak jalan.
  3. Kawasan nak ke Tasik Danau Toba tu agak semak.
  4. Makanan yang dijual di Cafe tidak halal.
Jadi kena pertimbangkanlah ya, kalau nak menginap disini. Bella rasa kebanyakkan tempat penginapan disini ada anjing dan tidak halal. jadi, sila bawa la bekalan secukupnya. Jom Bella ceritakan pula penginapan di Berastagi.

Boleh tengok disini juga  Tips Penting Bercuti Ke Medan , Penginapan Bajet Di Berastagi 

Semua entry mengenai Medan, boleh klik sini Medan

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari