Tuesday

Konsert Akim & The Majistret

Girang rasa hati, dapat pelawaan daripada Abg Ben Ashaari untuk join Konsert Akim & The Majistret bersama - sama dengan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. Jom Bella bawa korang ke Konsert Patriot Akim & The Majistret bersama Yeos!!

AKIM & tHE MAJISTRET

Konsert hari itu percuma saja. Malangnya dah lepas yer.. Boleh dikatakan, Akim pusing satu Malaysia untuk promosikan album beliau dan Yeos! Bella pergi yang di Stadium Shah Alam.

CANTIK, GAYA MUSLIMAH

Pada hari itu juga, Akim & The Majistret mempromosikan Album terbaru diorang. Bella tak beli sebab harap Bella dapat cabutan bertuah. Hehehe. Bella datang sebagai media dan di jemput khas, tapi rasa langsung tak special. Ini yang lambat review ni. Sepatutnya bagilah album satu percuma ke, ini dapat air kotak je. Sekotak yang rm 1.20 tu. Marketing out dah kat sini. Sepatutnya bagi banyak lagi barangan Yeos supaya kami sebagai Blogger dapat promosikan produk Yeos di Media sosial. Kami selalu buat live update tau. Tapi, korang bagi setakat sekotak je. Memang tidak la jawabnya.Sekadar teguran kecil buat team marketing Yeos. Kadang-kadang modal yang kecil boleh bagi impak yang besar juga. 


Konsert bermula seawal jam 8.30 malam. Tapi kami telah berada di sana seawal jam 6.00 ptg. Haruslah kerana kami Blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari memang telah didisplinkan supaya berada awal dan tepat pada masanya supaya tidak menyusahkan mana-mana pihak KECUALI ada hal yang tidak dapat dielakkan. Terpaksa la kan... hendak buat macam mana..  Kami dijanjikan dengan VIP seat!! Fuhh gempak je dengar. Yeos kot. Haruslah percaya. Mana tahu dapat pepeluk Akim! Eh haram..  selfie atau tengok dengan tersangat dekat pun jadilah kan??

    AKIM & the majistret

Rupanya TIDAKkkk!! kami hanya diberi masuk ke dalam kandang khas yang bukannya hanya kami didalamnya tapi boleh dikatakan semua peminat boleh masuk dengan hanya membeli barangan YEOS dengan min RM10!! Huh!! Maknanya seat VVIP kami ni rm10 la?? OMG!!! Takpelah lagipun Bella sangat teruja nk bersua dengan Akim.

     

Persembahan dimulakan dengan artis jemputan Precious. Nama yang sangat asing tapi mungkin chinese sudah mengenali mereka. Seksi woo... Dorg ni buat persembahan ala - ala K POP. Terhibur juga la. Lagi lagi budak lelaki la.. Remaja lelaki lebihnya. Asyik jerit I love You.. I love You je... nasib korang la. Macam dia ambik perhatian siapa yang sebut I Love You tu. Penat korang jerit je.Persembahan seterusnya dari Alinda Masya ALLAH suaranya! Punyalah lunak merdu. Menusuk dalam jiwa. Bergema-gema satu alam. Seriously sedap! Korang pernah dengar x lagu hindi yang macm koch koch hota Hai tu.. Mohabattien.. kan suara dorang lunak giler. Sama lah ni Bella dengar live. Sekali dia AAAAAAAAAAaaaaaaaaaaAaaAaaaAaaaaAAAA.... meremang! Seriously.

konsert percuma

Sampailah ke saat yang ditunggu - tunggu. Kemunculan Akim & The Majistret. Semua orang pun screemmm!!! Menjerit bagai kena rasuk. Terus Akim & The Majistret nyanyikan satu lagu yang tidak berapa selalu berkumandang ya. Tajuknya pun Bella tak ingat. Hampanya. Bella mahu lagu yang pupolar itu. Bella pun turut sama teruja, tengok dari bawah hemsemnya Akim.. Machonya, Jambunya Cutenya!!! Sampai HB kata last ok kita pergi tengok Akim. Hahhaaha.


Baru nyanyi satu lagu hujan la plak.. lebat plak tu. Lepas tu boleh plak la Si Akim ni bercakap-cakap benda yang kami tidak mahu tahu pun. Mengenai ahli kumpulan diorang. Disitu dah abis banyak masa dah dibazirkan.Bella asyik jerit, nyanyi!! nyanyi cepat!!!  Mungkin cari tenaga balik kot. Nasib Akim ni pandai ambik hati kami dengan basah bersama - sama. Tapi,awak nyanyi la dulu lagu-lagu yang menjadi kegilaan semua peminat awak.Bella takut demam ni.



Akhirnya sampai masa ditunggu-tunggu Akim menyanyikan Lagu MEWANGI dan POTRET. Waaaa Bella puji Akim sebab suara dia sangat unik dan lagu dia, Hanya dia seorang saja yang boleh bawa lagu itu dengan unik dan sedap sekali. Bella pun ikut Akim nyanyi sesama. Eh!! bukan Bella jer.. boleh dikatakan, semua ikut nyanyi.


Lepas dengar Lagu kegilaan Bella tu, Bella pun gerak la pulang. HB la lapar la bagai. Jadi terkuburlah harapan Bella nak bersalam - salaman dan ber Selfie dengan Akim & The Majistiret. Itulah peminat. Tengok dari jauh dengan mata kepala sendiri pun jadilah.. Harap lepas ni Akim & The majistret panggil la Bella. Bella sanggup buat satu post hanya untuk Akim & The Majistret sahaja. ok? Nice to meet you Akim..even you didnt notice me. Muahciked.

Sunday

Tomyam Sedap Hanya di Restoran Rumah Thai

Restoran Rumah Thai tidak asing lagi bagi peminat masakkan Thai. Masakkan Thai amat digemari kerana bersesuaian dan bertepatan dengan tekak dan citarasa rakyat Malaysia. Rasa masakkan yang mempunyai rasa pedas, masam dan manis adalah gabungan yang istimewa dan menjadi kegemaran semua.Siapa yang tidak kecur air liur bila melihat adunan rasa ini?? Bella seminggu sekali mesti akan cari tomyam. Sakit perut pun takpe. Janji dapat menghirup kesedapan tomyam ini. Apa lagi haruslah Bella cadangkan pada korang TOMYAM SEDAP HANYA DI RESTORAN RUMAH THAI.



     tomyam songkla

Waaaahhhh... tengoklah Tomyam pilihan Bella ni, Tomyam Songkhla nama diberi. Tomyam ini gabungan ikan, ketam, udang, ayam dan macam-macam lagi. Tomyam ini rasanya manis dan tidak terlalu pedas. Ini kerana kemanisan seafood ini telah meresap dalam kuah Tomyam ini. Jadi, kalau kepedasan yang korang mahukan.. bukan tomyam ini. Bella pilih tomyam ini sebab didalamnya penuh dengan bahan-bahan kesukaan Bella. Boleh hirup juga. Tidak la pedih sangat perut kan? Jadi mudah nak rasa semua kesedapan ikan, ketam, udang pilih saja tom yam ini. Satu hidangan lengkap. Semua ada. Jimat.

     restoran rumah thai

Ketam bersalut telur masin. Sedappnya. Rumah Thai ini, bukan saja kesedapan tomyamnya diingati. Ketamnya pun mengamit kita untuk datang kembali. Ketam bersalut telur masin ini, sangat disukai oleh HB. Bella order 2 Ekor sahaja kemudian akan dipotong kepada 4 Bahagian. Satu bahagian Bella makan, 3 bahagian lagi abis!! HB makan. Ketam ini, rasanya amat unik dengan gabungan kemanisan isi ketam dan kemasinan telur asin itu. Citarasa berbeza - beza bagi setiap orang. Bagi Bella Ketam bersalut telur masin ini, amat menyelerakan. Makan nasi putih dan Ketam bersalut telur masin ni pun dah cukup lengkap.

       Restoran Rumah Thai

Pilihan Bella seterusnya ialah ikan siakap masak stim. Lazatnya. Gabungan rempah ratus dan bahan - bahan semulajadi yang kemudiaannya dikukus bersama ikan siakap yang segar. Ikan siakap masak stim memang selalu menjadi pilihan Bella kalau ke Kedai atau restoran masakkan panas. Restoran Rumah Thai juga menyediakan menu hebat ini. Rasa kesegaran dan kemanisan ikan itu masih terasa - rasa sampai skrg.Ikan siakap masak stim di Rumah Thai ini, rasanya lebih kepada rasa semulajadi bahan-bahan yang dikukus bersama. Maknanya tidaklah pedas, masin atau masam. Neutral saja. Jadi pandai-pandai la korang kalau nak pedas, pecahkan atau lenyekkan cili didalamnya. Jika mahukan lebih masam, perahlah asam limau diatasnya. Mesti lagi terangkat.

       

Korang pernah makan ayam pandan? Mula-mula ingatkan ayam yang dimasak dan digaul dengan daun pandan. Rupanya adunan ayam yang dibaluti dengan daun pandan. Bella suka ratah. sedapnya!!! Bagi sesiapa yang tidak pernah mencuba menu ayam pandan ini, bolehlah mencuba di Restoran Rumah Thai. Ayam Pandan ini, dihidangkan bersama - sama sos thai.

     

Sedap kan? Tapi dimana Restoran Rumah Thai ini yer??

Sila ambil perhatiaan , yang Restoran Rumah Thai telah berpindah dari Taman Melati ke lokasi baru:

B-4, G-2, Gaya@Melawati, Lorong Selangor, Pusat Bandar      Melawati Kuala Lumpur.

Google maps, type A.M BISTRO,Kedai  sebelah ambistro jerr.. Blkg Malaysian institutes of Arts 013366203

Maklumat lanjut, Boleh lah korang ke 
Facebook :- Restoran Rumah Thai 
Website    :- http://www.restoranrumahthai.com/ 
Hubungi   :-  call/sms/WA : ema 0182782460 / Saiful 0166489155 / restoran DL 0341628207.


OK... selamat menjamu selera semua...
   

Tuesday

Melancong Bersama Az Zuha Group Travel & Tour

TRAVEL

Siapa suka pergi melancong?? Hari ini Bella nak ajak korang melancong Bersama AzZuha Group TRavel & Tour. Az Zuha Group telah ditubuhkan pada 11 Januari 2012 atas nama AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD. Pada tahun yang sama syarikat ini telah beroperasi sepenuhnya selepas didaftarkan dan mendapat lesen KPL/LN (6839) daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. Syarikat ini juga telah didaftarkan sebagai ahli Bumitra Malaysia (BM525) & Malaysia Association Travel & Tour Agency (MATTA).


bajet melancong


Ibu pejabat syarikat ini terletak di Bangi-Kajang, Selangor dan mempunyai cawangan di Kedah dan di Selangor. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan perlancongan untuk dalam dan luar negara. Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan lain seperti menempah tiket kapal terbang, pakej Haji dan Umrah.

pakej murah


Az Zuha buat masa sekarang banyak mempromosikan pakej haji dan umrah. Buat masa sekarang promosi hangat Haji dan Umrah bersama ust. Don dan Ust. Nushi.

pakej umrah dan haji murah

Berbagai lagi pakej yang telah ditawarkan. Untuk maklumat lanjut dan pakej terkini, layari :

http://www.azzuhatravel.com
https://www.facebook.com/jomumrahazzuha
https://www.facebook.com/AzzuhaTravel

atau hubungi :

Ibu Pejabat:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
5-3, Jalan Seri Putra 1/1, Bandar Seri Putra
43000 Kajang-Bangi, Selangor Darul Ehsan
Email: azzuhakl@gmail.com

Cawangan Kedah:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
No. 13322-A, Jalan Serai Wangi 13/6, Taman Serai Wangi 2
09400 Padang Serai, Kedah Darul Aman
Email: az_zuha@yahoo.com

Cawangan Selangor:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
11-12-1A, Jalan Pahat J/15J, Seksyen 15
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Kek Coklat Lembab

Korang!!! pernah makan kek x?? sape tidak pernah makan memang menipu. Paling kurang pun mesti orang pernah makan kek span. Kan... Kek yang paling Bella suka adalah KEK COKLAT LEMBAB. Lembab disini bukan bermaksud lampi atau slow. Lembab disini maksudnya sangat moist, berkrim lagi yummy!! Rugi betul sape yang x pernah rasa.

                                     
kek coklat sedap

Inilah chocolate moist atau dipanggil kek coklat lembab. Sila lap air liur korang yang menjejes tu yer...dan sila jangan minta sikit kat Bella. Beli sendiri. Hahaha. Kek Coklat Lembab ni adalah hasil kerja tangan Nina Mirza. Kek yang betul-betul lembut dan langsung x rasa melekat-lekat kat lelangit. Maknanya tidak terlalu lembik. Sedang2x elok sangat.

kek coklat terbaik

Kek Coklat Lembab ini juga tidak terlalu manis. Bella bawa kek ini pergi berkelah, walaupun order size yang kecil boleh makan banyak kali tau.Kek kan dibuat dari tepung, cepat kenyang la. Kalau korang nak menikmati kek ini, silalah makan time lapar. Kalau dah kenyang makan apa pun x sedap. Segala detailnya semua ada dikotak. Sape nak rasa kelembapan kek coklat ni, boleh terus hubungi Nina Mirza.

 
durian crepe murah

Nina Mirza juga menjual biskut-biskut raya, segala jenis kek dan DURIAN CREPE!!! aaarrrrggghh sedapnya durian crepe dia. Bella upload gambar ni pun dah teringin. Terasa-rasa kat tekak. Korang nak rasa durian crepe ni kenalah tanya dulu, sebab buat masa sekarang bukan musim durian. Jadi, tidak boleh la dapat durian yang segar dan sedap. Nina Mirza tidak menggunakan durian yang sejuk beku kerana amat mementingkan kualiti makanan yang dihasikkan olehnya.

                            


Perkenalkan... inilah kak Nina Mirza.. untuk hubungi beliau boleh lah ke :- 
   
Facebook album koleksi   : NINA MIRZA

Instagram                          : NINA MIRZA

Blog                                 : www.ninamirza.blogspot.com

Hubungi                           :  019 - 3406454


Selamat mencuba Kek Coklat yang lazat ni ya

Gambar Dan Video Tercantik KAIO STUDIO

Bella hari ini nak berkongsi dengan korang mengenai service Photographer dan Videographer yang Terbaik dan Tercantik. Maknanya korang tidak akan kecewa kerana korang akan dapat, Gambar Dan Video Tercantik hanya di KAIO STUDIO.

       gambar cantik
 
Sedikit info Bella nak kongsikan disini mengenai Kaoi Studio.Kaio Studio yang dikelolakan oleh Anwar Abdullah, mendapat Lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan.Anwar Abdullah atau nama penuh Khairul Anwar Abdullah, lebih dikenali dengan nama Kaio di kalangan rakan-rakannya. Kaio Mula karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Di mana Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kaio juga pernah pernah ke kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang. 

videographer pakar

Kaio juga merupakan blogger yang bermula pada tahun 2009 secara suka-suka dan mula aktif pada tahun 2011. Kaio mudah dikenali kerana banyak melibatkan diri kerjasama bersama Harian Islam, Oh Media!, I luv tour dan baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari. Video  yang sangat kretif hasil dari Kaio di family day Kelab Blogger Ben Ashaari bolehlah lihat di  https://youtu.be/3bvuGvCigoM

tangkap gambar kawen

Minat dalam bidang photography dan videography telah membuatkan Kaio terjun ke dalam bidang kreatif ini bermula tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio.Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan.

video kahwin cantik

kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara sepeti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi. 

KAIO STUDIO

Selain dari negara eropah dan timur tengah, Anwar Abdullah juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. Selain dari itu Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’

TANGKAP GAMBAR CANTIK DAN MURAH

Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Anwar Abdullah yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand. 

(link video Discover Thainess 2015 Teaser https://youtu.be/XhuuKojy0mY

Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza

GAMBAR TERBAIK

Pencapaian Kaio Studio
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini

(Anuar Zain in Paris https://youtu.be/NfEJLZ1Z4Ik )
(Lumiere Fashion Show VIP https://youtu.be/LxMAQct-Nkk )
(Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt https://youtu.be/4_Nj70fp1o8 )

Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain. Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio

Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki, pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP. Selain daripada itu Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini.

 JURUGAMBAR MURAH, JURUGAMBAR PERKAHWINAN

Bagi sesiapa yang mahukan maklumat lanjut, boleh la ke :-

Website          : www.kaiostudio.com
Instagram      : www.instagram.com/kaiostudio
Youtube          : www.youtube.com/kaiostudiotv
Twitter           ; www.twiiter.com/kaiostudio

Kalau nak follow Anwar Abdullah dan kaio secara personal, Boleh juga follow :-

Blog               : www.kaio.my
Instagram       : www.instagram.com/kaio_my

JURUGAMBAR PAKAR MURAH

Bagi pendapat Bella yang telah melihat sendiri hasil kretif KAIO STUDIO, memang amat mempersonakan. Video dan gambar yang dihasilkan amat mencuri hati dan memberi impak yang mendalam dalam hati. Bagi Bella, tidak apa untuk berhabis sedikit untuk mendapatkan hasil yang amat memuaskan hati dari murah, tapi menyakitkan hati. Jadi bagi sesiapa yang mahu dapatkan khidmat KAIO STUDIO jangan teragak-agak. Teruskan. Pasti korang puas hati dan senyum sendiri melihat hasil yang kretif dan halus ini. KAIO, memang terbaik!

Qurta Cantik Amar Bahrin

Qurta atau Kurta? Terpulang pada korang macam mana untuk menyebutnya atau mengejanya. Apa yang pasti, Bella nak kenalkan pada korang Qurta Cantik Amar Bahrin yang sangat WoW!!!

QURTA ANTA

Qurta ini diberi nama Amjifa sempena dengan gabungan nama dua orang pengasasnya iaitu Amar Bahrin sendiri dan Jimbu nama manja rakan perkongsiaannya. Nama sebenarnya Jimbu adalah Iquan Afiq. Kira comel sangat dah la nama tu kan? Amjifa Excusive. Siapa Jimbu? Auuwww.. glamour plak dia  nanti. Mesti Jimbu kata lain bagi Jambu kan? Mamat2x cute.. Gambar dibawah adalah Jimbu.

AMJIFA AMAR BAHRIN

Qurta Anta ini, boleh didapati dalam 5 warna iaitu orange, light purple, biru, hijau dan kuning. Bella suka semua!! Korang x tengok live lagi. Amar Bahrin ni. Kalau dia yang jual baju ni, mau je Bella borong semua. Senyumannya fuhh!! menusuk kalbu. Eh.. berbalik pada cite Amjifa Qurta Anta ya.. QURTA ANTA BASIC ini boleh di dapatkan dengan harga hanya RM139.00 free Postage.

QURTA CANTIK

Buat masa sekarang, Amjifa Exclusive hanya mengeluarkan Qurta Anta Basic sahaja. Sebenarnya permulaaan perniagaan Amar Bahrin ini bermula pada raya baru-baru ini. Amjifa telah mencuba pasaran dengan memasarkan Jubah Slim Fit terlebih dahulu. Tidak disangka- sangka Jubah ini mendapat permintaan yang  tinggi, dan amat menggalakkan. Melihat perkembangan itu, Amjifa amat yakin untuk mengeluarkan dan memperbanyakkan lagi koleksi Amjifa dan terhasillah..Qurta Anta

QURTA COMEL

Bella sebenarnya dah bertemu mata dengan Amar Bahrin ni, dan tengok sendiri kualiti dan keselesaan Qurta Anta ni. Haruslah Bella promote hanya yang terbaik untuk korang semua. Bukan dan tidak sama sekali sebab ke CUTE tan Amar Bahrin ni yer. Ditegaskan bukan sebab itu. Tapi, Qurta Anta Basic ni, memang sangat selesa dan menggunakan Italian Cotton 100%. Italiaan cotton tau. Tidak panas dan amat selesa. Kualiti yang amat dijamin.



AMAR BAHRIN, KURTA ANTA


AMJIFA EXCLUSIVE juga telah menwujudkan fenomena baru dalam fesyen pakaian lelaki dengan menjadikan Qurta Anta ini sangat fashionable dan sesuai digayakan dalam semua majlis. Maknanya, korang pakailah pergi kenduri kawen ke, nampak sesuai dan kacak. Pergi solat jumaat, nampak hemsem. Pergi ke pejabat, nampak kemas. Jadi, korang tidak perlu risau mengenai gaya korang masa pakai Qurta ini sebab memang telah diilhamkan mengikut design terkini dan menarik untuk semua majlis.

QURTA AMAR BAHRIN

Qurta Anta ini juga korang boleh pelbagaikan untuk dijadikan pakaian seragam. Contohnya, untuk Hari raya dan satu family besar semua ahli keluarga pakai Qurta Anta sama warna. Menjadikan majlis perkahwinan korang lagi menarik dan ber style. Sila lah suruh pelayan dan penyambut tetamu memakai Qurta Anta ini. Paling terbaik, cuba suruh budak pengangkat dulang pakai. Settle masalah korang. Semua pakai seragam. Warna menarik, tertarik dan majlis korang akan jadi the BOOM!! hebat.

Baju lelaki murah

Khas buat kaum Adam, korang jangan risau sebab Qurta ini bukan saja stylist dan korang boleh bergaya sakan bila memakainya. Qurta Anta ini juga Wuduk Friendly. Korang nak solat nanti senangla, takdalah lengan baju korang tu basah lencunkan? Buka je zip kat lengan tu. Mudah kan? Masa korang ambil wuduk tu, jam nak letak mana? Jangan risau, baju ni ada poket. Mudah kan?


Korang.. Jom Amar Bahrin ajak kita sama-sama berniaga dengan dia. Jadi agent. Bella? Of course Bella akan turut sertai Amar. Boleh la jumpa selalu.. gitew.. Bagi sesiapa berminat untuk memulakan perniagaan dan berjaya bersama Amar, bolehlah hubungi 016 - 969 6891. Bagi 30 orang yang terpantas sahaja tau.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, Jom serbu dan terjah :-

Facebook Amjifa :- AMJIFA EXCLUSIVE

Instagram Amjifa  :- AMJIFAEXCLUSIVE

Monday

Pengalaman Pertama Bermain Flying Fox

Salam semua... hahaha mesti korang baca hek eleh... Flying Fox pun nak cite kan... hahahaha.. Seram ok. Buat sesiapa yang tidak pernah main flying fox ni, jom Bella bawa korang fly bersama Bella dalam Pengalaman Pertama Bermain FLYING FOX. Terbang ke?

kubung terbang

Tengok, inilah laluan yang Bella nak terbang. Aiyooo... rasa macam tidak berani la. Punyalah panjang laluannya. Tinggi plak tu. Setinggi burung yang terbang. Lalu atas atap lagi. Fuhh!! Bella tak sangka yang Bella dah naik benda ni. Pekerja dekat sini kata Flying Fox ini adalah yang terpanjang. Tidak tahulah fakta ke auta yer.

blogger

Kami berjalan dan menaiki bukit yang tinggi untuk sampai.Ini disebabkan, permulaaan untuk main Flying Fox ini tinggi diatas bukit. Barulah senang kita nak terbang menuruni bukit. Waaa.. berdebarnya.

main flying fox

Flying Fox atau turut dikenali sebagai Kubung Terbang. Haa?? Kubung? ke kerbau? Kalau Bella kancil cute terbang la.Ahaks.Alatan yang diperlukan adalah Tali Statik, Carabinar, Helmet, Full Harness, Figure Of Eight dan peralatan lain. Memula, petugas disini akan pakaikan kita sarung yang meliliti pingang kita yang dipanggil Seat Harness . Sarung ni ada penyangkut yang dipanggil Carabinar yang akan disangkutkan dengan wayar sebagai laluan untuk kita terbang dan bermain Flying Fox.

kaedah flying fox

Memula Bella rasa sangat berani, sebab semua yang turut siap selfie bagai masa naik Flying Fox tu.. Bella pun konon2x nak selfie jugak la. Petugas situ cangkukkan je Bella kat tali tu, pastu tergantung. Bella dah mula gabra. Tangan pun dah basah abis. Rasa macam tidak mampu dan nak pegang Hand phone tu bagi tak jatuh.Huh!! trajik sungguh. Nasib la Blogger Que Achmad sudi jagakan Hand Phone Bella. Kalau tidak, sia2x jatuh la I-phone kitew..sobs..sobs..

    flying fox
 
Time petugas tu kata turun! turun dari kerusi yang memang dah terletak tinggi. Seee..tergantung kot. Masa turun dari kerusi tu terasa macam bunuh diri jerk! Bunuh diri dengan terjun dari tempat yang tingi!! Bella memula turun tu, dah jerit.... arrrghhhhhhhhhhhhhhhhhh....... semua kawan-kawan blogger gelak kuat tengok Bella. Pastu boleh la plak petugas yang jaga tali tu stop kan Bella kat tengah-tengah tu. Takut ooo. Sengal betul la. Huh!!

     flying fox

Masa terjun tu, Bella tipu2x sikit. Bella pejam mata. Hahahha... takut. Tapi syok jugak kan.. Rasa macam terbang. Hahhaha...sampai je kat landasan Flying Fox ni, ada petugas jaga tau. Dia lah yang bantu semua blogger buka kan tali yang mengikat tu. Dia cakap kat Bella, "menggigil dik?"  arrgggh!! Malu! Beberapa orang member pun perasan yang air mata Bella bergenang. Aduss.. nasib tak nangis je, sebab pantas je dah sampai.

Bella cuma nak beri peringatan la yer... Main ni. Seronok-seronok juga. Tapi, jangan lupa keselamatan kena diutamakan. Buat yang pertama kali naik tu,sedikit info keselamatan.
  1. Tanya la kat petugas tu mana satu tali yang nak kena pegang.
  2. Jangan pegang kabel plak ya. 
  3. Janganlah melompat-lompat atau menlonjak-lonjak kat tali tu. 
  4. Jangan lepaskan pegangan tangan pada tali. 
Jangan ambil mudah ya, Tahun  2009 ada pelajar yang mati sebab terjatuh masa main Flying Fox. Kejadiaan itu disebabkan kabel yang membawa budak ni, jatuh dan menghempap beliau. Tahun 2011, berlaku juga kemalangan jiwa kerana menggunakan alatan yang salah. Jadi sila berhati-hati semua.

Sunday

Hari Keluarga Terbaik

Kelab Blogger Ben Ashaari telah mengadakan HARI KELUARGA TERBAIK untuk ahli-ahlinya. Paling terbaik lagi, Keluarga ini telah mendapat tajaan daripada beberapa nama besar seperti COSMODERM, AZZUHA TRAVEL TOURS, KAIO STUDIO dan BUKU PTS. Havoc giler. Bella rasa amat bertuah kerana telah diberi peluang untuk bersama - sama dalam menjayakan family day Kelab Blogger Ben Ashaari ini. Kalau ada lagi, korang ajak Bella lagi tau..


Ok, Percutiaan 3hari 2malam ni memang terbaik dan jadi terbaik dengan kehadiran semua Blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari yang sangat gegila dan sempoi. anyTempat biasa-biasa je, bak masalah dan mencipta berbagai kontroversi tapi disebabkan orang yang datang tu best dan owesome!!! Hari keluarga ini menjadi sangat happening..Adus terus rindu korang semua guys.. 


Bella ngan HB join pertandingan karaoke. Karok lah kau!! hahaha..Suara kami bukan la sedap sangat, dan kami sedar tu. Tapi, kami masuk sebab nak support family day ini supaya lebih seronok dan ramai penyertaannya. Berdebar nak mampus kot. Ini pertama kalinya Bella nyanyi depan semua orang. Arrrggghh.. harap xdalah yang rasa Bella ni tidak sedar diri yer.. Suara x sedap nak nyanyi. hahhaaa. Paling Bella tidak sangka, rupanya banyak bakat terpendam yer.. blogger ni. Suara sedap-sedap rupanya. Tahniah kepada Blogger yang menang. Blogger Que Ahmad, Razzwey dan Ayujean. Sila add dorang di IG. Hahhaa.. artis tu. Owh kalau korang nak dengar suara Bella and HB adalah rakaman 15min di IG. IG Bella (BELLA_IDURA) haahahha.. nak jugak.


Masuk je bilik.. Bella ngan HB berpandangan! hahahah.. nanti Bella cite kenapa. Tapi, haruslah tido, sebab Bella nak main Flying Fox esoknya!! Nanti bella cite dengan lebih detail mengenai Flying Fox. Ni Bella cite sal aktiviti kami yang best giler dulu k.. Mana nak tahu, kot2x korang nak tiru ke jadual kami. Kan? Jadual je tau. Tempat kena g cari tempat yang lagi best. Pepagi harus la sarapan dulu dan kami menari poco-poco! amboi happy semua. Bella ni, poco-poco pun tak reti. Hahhaha... walaupun dan buat banyak kali. Lepastu apa lagi???? Biasalaa.. blogger, kerja selfie 24jam. Yelaaa peminat nak tengok. Hhahaa.. dorang ye.. bukan Bella. Hhahaha..

Selepas habis aktiviti flying fox, kami makan tengah hari dan menukar baju untuk aktiviti sukan. Haaa.. best giler kot. Bella kumpulan biru. Kalah.. tapi yang penting kegembiaraan dan kenangan yang tercipta. Susah nak dapat. Time ni memang boleh tengok la, perangai sebenar semua. Macam budak-budak! hahaha. 

Permainan sukaneka terbahagi kepada dua kategori iaitu permainan darat dan air. Permainan darat yang kitaorang main seperti terompah gergasi, bowling padang, bawa bola dan memancing tin. Memancing tin kami juara tau..Setelah berbagai strategi kami aturkan. Yeahh... Biru Power!!

Paling menghiburkan dan melucukan adalah aktiviti dan permainan air. Kelakar sangat2x. Apapun korang the best. Sporting giler menyebabkan hari keluarga ini menjadi sangat bermakna. Korang semua bersedia untuk digelakkan. Takda lah semua malu-malu. Sebenarnya kalau korang semua nak tahu, kebanyakkan blogger berkerja. Kerja dorang pula, bukan biasa- biasa yer.. kalau dengar pun macam WOw!! hebatnya. Haaa tapi dorang sangat sporting untuk menjayakan semua aktiviti tanpa mengira pangkat dan usia. Tiada terasa apa-apa gap disitu. Rasa macm semua family.Tebaik!!


Permainan air pula yang sangat seronok tu kebanyakkannya melibatkan lelaki. Perempuan buat kalah je kan.. Permainan air seperti gusti atas batang kayu. Sebenarnya Bella tidak tahu nama permainan ni.Bella bantai je. hehehe.. Permainan ini menunjukkan yang fizikal badan tidak membawa kepada kemenangan ya. Perserta kena duduk diatas batang kayu dan geletek pasukan lawan supaya dorang jatuh. Gambar atas sekali tu.

Berbagai aksi lawak la dorg buat. Main juga tarik tali dalam air, dan kena buat satu permainan baru. Ada satu batang paip yang ditebuk kecil, semua ahli kena tutup lubang kecil tu menggunakan anggota badan.Nanti akan ada bola ping pong yang keluar bila air dapat dipenuhkan. Huh.. tu tengok pic. Sampai minum air nak tahan air kuar.. Good Job team. Kita kalah sebab tiada persediaan je. Kalau x, sure juara.



Apa lagi semua dah basah kan.. sambung main lompat - lompat pula la dalam sungai. Setuju, tempat ni jadi best sebab ada sungai.  Hahahaha... lain-lain out! Ada tau video awesome gaya lompatan kami. Boleh tengok di IG la, apa lagi. Follow jangan tak follow. Fikirkan seronok mandi sungai ni, memang tidak mahu naik la. Tapi apa boleh buat, haruslah menunaikan kewajipan.


Makan lagi!! Dinner time! Makan kambing BBQ lagi. Malam ni, jadi malam penyampaian hadiah untuk pemenang karaoke. Lepas tu yang juara tu kena nyanyi sekali lagi. Nasib sedap. Hahahaha.. kalau x sedap, sure dia bagi rasuah pastu menang. Takdalah.. gurau je. Juri bukan dari kalangan kami.



Bella juga dapat hadiah cabutan bertuah, Thank you Blogger DKNA bagi Bella cabutan bertuah Ephyra. Bella juga dapat baju tajaan Azzuha Travel Tours cantikkan bajunya. Malam tu best sangat sebab dapat banyak hadiah! Terima kasih semua. Paling best Cosmoderm!! Jadikan kulit Bella jadi lembut dan gebu. Nyamuk pun dapat dihalang dengan losyen Cosmoderm ni tau.


       

Pagi2x bella dah bangun untuk buat aktiviti jungle trekking!! hahahaha... jungle trekking lah sangat!! sebab ikut jalan bertar. Pastu motor pun boleh lalu. Jadi seronok sebab sepanjang perjalanan.. sibuk ada orang selfie, melfie and wifie ni. hahhaaa... Jungle trekking kami ini, akan menjumpai sungai. Yeeeeaaahhh!! mandi lagi.



Setelah lebih kurang perjalanan kami, sampailah dikawasan sungai kecil yang indah. Ciptaan Allah s.w.t kan.. Pastilah indah. Kawan-kawan Bella yang lain sibuk panjat batu untuk selfie. Bella idok la.. baru nak turun ke sungai nampak pacat! OMG!!!! pacat! nightmare. Bella terus nak patah balik tapi HB kata ok.. mandi sebelah sini xda pacat. Nasib Bella ikut cakap suami, kalau tidak...tak merasa la kesejukkan air sungai di Hulu Langat ni. Setelah lebih kurang 30min, kami haruslah pulang ke resort sebab nak Check out. Tak puas mandi lagi sebenarnya.
    

Ok la..sampailah masanya untuk kita pulang ke rumah.. hehehe.. Bye2x resort yang misteri di Hulu Langat. Terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari untuk hari yang hebat ini. Terima kasih buat semua blogger yang menerima Bella menjadi sebahagian dari sejarah hidup korang. Terima kasih cosmoderm. 

Lepas ni Bella cerita mengenai Flying Fox pula yer... da... da.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari