Sunday

Apa Ada Di Kidzania?

Hai semua, hari ni, Bella rasa best sangat sebab kita di ajak oleh blogger Yaya Natsumi untuk join dia ke KidZania KL. Namanya pun KidZania kan? Dunia kanak-kanak. Jadi memang untuk kanak-kanak saja la. Tapi pada hari ini sahaja,ia terbuka untuk orang dewasa. Boleh main apa saja. Yelah.. perkerjaan yang ada dalam KidZania ni kan adalah pekerjaan orang dewasa.Tapi masih samar-samar.. Apa Ada Di KIDZANIA?
        seronoknya KidZania
Tema pada hari itu, adalah  back to kidz #back2kidz. Kembali ke zaman kanak-kanak.Jadi Bella pakai la baju tema ala2x pegawas ala konon. Hhahaahah... HB pulak jadi cikgu. Cute x cikgu?hahahhaa. Jom kita berfoya-foya. Seronok sangat rasa.

Kidzania KL

Masa nak masuk ni, perlulah dapatkan jam macam bella pakai ni dulu. Penting tau.Jam ni, macam identity kita. Masuk mana2x bahagian dalam KidZania ni, dorang akan scan jam ni. Kalau korang xda jam ni x leh korang nak beronok2x dalam ni. Masa Bella haritu just daftar je, then dapat la jam ni. Kalau korang kena bayar la yer sayang2x semua.


Masuk-masuk je dalam KidZania ni, Bella sangat terkejut sebab CANTIK!! ya. Sangat CANTIK dan Happening. Terasa seperti di USS Singapore plak.Tapi, ini dalam bangunan. Cantik, besar, luar dan macam dalam dunia yang lain. Terus mood kekanak tu muncul. Bella dijemput masuk waktu petang, jadi x dapat nak cover semua tempat. Tempat ni, besar sangat. Boleh dikatakan semua pekerjaan ada dalam ni.

Apa Ada Di KidZania

Bella juga diberi duit permulaan sebagai modal. Ok time ni Bella ngan HB dah pening tau. Alamak. Mana cukup nak main semua benda kat sini dengan hanya berbekal kan RM50. Disini kami dah pening x tau nak buat apa. Hahhahaa... walaupun pekerja disitu ada cuba menerangkan kepada kami. Bella still blurrrr... alamak. Acane ni??


Menurut pekerja tu, kami perlu mencari duit jika mahu tambahkan duit kami itu. Kena tengok dipintu masuk sama ada ( + )atau (- ). Jika  ( + ) maknanya bila kita main, kita akan dapat duit. ( - ) kita kena bagi duit.Bayar. Kami pun pulun la cari duit.cari duit a.k.a gaji. Yela kononnya nak main semua benda yang ada disini. Gambar kat atas tu, Bella dapat gaji. Jadi penari. Kat sinilah banyak masa diabiskan.


Abis je aktiviti menjadi penari, Bella belajar buat coklat pula. Nampak tak coklat kat tepi tu? Arrgggghhh sedapnya. Dia berpusing-pusing. Bella ingat kena bancuh coklat baru. Rupanya tak, Bella di ajar cara mengacukan coklat saja. Ada Cara juga tau.


Cutenya baju pembuat coklat ni. Paling best kat sini, kita boleh mengayakan apa saja kerjaya yang kita mahukan. Patutlah bawa anak - anak kesini. Pendedahan awal tentang apa itu kerjaya. Sebagai pembuat coklat ni, kami diajar cara meletakkan coklat dalam acuaannya dan bekukannya. Tapi, kami x leh makan coklat yang kami buat tu, kami diberi coklat yang baru. Yummy!! Mesti bawa anak anda kesini tau.


Menjadi Pilot adalah kerjaya yang paling Bella nak cuba. Masuk dalam cabin yang real, cuma kita memandu kapal terbang yang xda fungsi. Hanya cadangan Bella, adalah lebih elok jika pihak KidZania buat seolah-olah kita atau anak - anak membawa kapal terbang yang sebenar. Macam game tu. Set la masa kejap je. Jika takut kanak-kanak ini abis banyak masa didalamnya.Ini langsung x leh kawal. Sesuai untuk bergambar je. Tapi real la semua tanya bila Bella g ambil lesen kapal terbang. Hahhaha.

KidZania KL

Menjadi seorang pelukis bukanlah cita-cita Bella, cuma minat melukis tu adalah. Disini kita bukan kena melukis pun, tapi mewarna. Terbaik,sebab lukisan boleh bawa balik. Kalau anak korang melukis, pastu korang boleh la tampal dan frame kan letak dalam bilik dorang. Kenangan tu.

    

Bella menyambung pengembaraan Bella disini sebagai engineer computer pula. Kat sini seriously best!! Korang patut ajak anak korang ke bahagian ini untuk lihat kecekapan mindanya. Cite lebih2x x surprise la kan. Terbaik kat sini, dapat gaji ngan sijil sekali. Boleh la bagi anak kita semangat. Macam penghargaan gitew kan?
   

Puas la kan... terkinja-kinja dalam ni,penat dan lapar la. Nasib la ada cafe dalam ni. Kami di belanja makan oleh KidZania. Sedapnya.Sedap ayam goreng disini tau. Terima kasih KidZania. Masa balik ni, baru kami perasan.. duit kami banyak sangat lagi. Nak main lagi dah nak tutup, harap sangat KidZania panggil Bella datang lagi.. Best!!

Sebab Bella rasa kurangnya pengetahuaan Bella pasal KidZania ni, yang menyebabkan Bella banyak duit lebih tapi x banyak main. Jadi Bella nak kongsikan beberapa tips untuk korang semua, Ibu2x, Ayah2x, Emak2x, Mummy, ataupun Daddy. Tips: 

  1. Macam Bella, banyak abis masa nak cari duit. Hmmm.. cari semua yang (+) kat pintu. Padahal x minat pun nak main. Buang masa. 
  2. Guna je duit modal tu, jangan takut.
  3. Ada persembahan dari budak-budak di KidZania. Persembahan teater. Pergilah tengok. Sangat menarik.
  4. Tak semua permainan kena bayar. Ada yang kita akan dapat duit. Maknanya duit abis, barulah kita cari duit. Cari saja (+) dipintu.
  5. Bila dapat duit tu, jangan blur macam Bella. Tanya ngan anak anda apa yang dia nak jadi? Contoh Pilot. Bawa ke tempat Pilot tu dulu. Beratur. Xpe. Jangan takut duit tu habis. Enjoy dulu.

         
   
Tabik Spring dari Bella buat KidZania.Silalah datang ke KidZania. Sangat best. Pengalaman Baru Mesti anak - anak anda teruja. Bella yang dah besar ni pun sangat teruja tau. Untuk maklumat lanjut bolehlah ke :

IG                   : KIDZANIAKL

WEBSITE      : www.kidzania.com.my

FACEBOOK  : KidZania Kuala Lumpur

ALAMAT       : Curve NX, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia.

ZOO Negara, Seronok Ker?

Arrghhh ngantuknya... Pepagi dah bangun. Sekarang ngah nak story mory kat korang pun ngantuk. Kul 3 pagi kot. Owh... Bella bukan nak ceritakan pasal kengantukkan Bella ni, tapi Bella nak story pasal ZOO Negara. Hmmm... ZOO Negara?? Best Ker?

      

Nampak x artikel diatas? Bella datang kesini untuk program Blogger Day at Zoo Negara. Mestilah best!! Tahniah kepada Blogger Farah yang berjaya membawa nama Kelab Blogger Ben Ashaari ke Zoo ni. Masuk surat khabar tu. Kami kesini juga untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahiran panda.

     

Kamilah wakil Kelab Blogger Ben Ashaari tu. Ramaikan? Ini pun ramai lagi tak join tau. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Bella kumpulan Tiger. Garang gitew. Hahahaha...

     

Jom kita masuk!! yeahhh!!! Bella excited sangat. Bella dengar ZOO Negara ni makin cantik. Bella excited sangat nak tengok panda. Adakah cute boleh dipeluk2x macam teddy bear dirumah?? arrghhh x sabarnya!!. 


Kami berhenti di pit stop pertama iaitu Butterfly Garden. Ladang rama-rama. Keliru jap. Pesal ladang rama-rama tapi depan nya ada kala jengking. Rupanya sebelum masuk dan bertemu dengan rerama kita akan jumpa dengan serangga-serangga yang menggelikan ini. Yela.. kan rama-rama juga dalam kumpulan serangga walaupun dia cantik.


Masuk-masuk je dalam ladang rama-rama ni, boleh dikatakan luas dan cantik ya. Banyak rama-rama berterbangan tetapi sukar sangat untuk ditangkap ataupun mengharapkan rama-rama ni, singgah kat tangan kita. Alaaaa feeling2x princess kan.. Semua rama-rama cantik. Tapi rerama paling cantik ada satu je. Cantik betul!!!


Taraaaaa!!!! haaa cantik kan rerama ni.Rasa nak bawa balik rumah tak??? hahahhhaha... Kalau korang nak feeling2x jadi rama-rama boleh korang datang sini dan tangkap gambar disini. Kami meneruskan lawatan kami ke kumpulan monyet dan burung-burung. Burung Bella nampak ada 2 jenis sahaja. 


Pada bahagian ini kita dapat memperkenalkan anak-anak kita dengan kumpulan monyet. Bukan untuk anak-anak saja la. Pengetahuaan untuk kita juga. Di dalam sangkar yang telah diasingkan ada Black and white Ruffed Lemur yang hanya makan buah dan sayur. Badannya berwarna hitam dan putih. Siamang pun ada.. Jadi korang kalau kawan kutuk kata "Siamang betul la!!" maknanya dia kata korang macam monyet! huh!! keji betul.


Pernah dengar tak? Ungka tangan putih? kat sini korang boleh jumpa tau. Ungka Tangan Putih tinggal di bahagian teratas kanopi di hutan dan merupakan haiwan akrobatik yang paling hebat dikalangan yang lain. Monyet yang dalam pic ni, dia macam ada beguk kat leher. Sebenarnya dia bukanlah cacat, tapi beguk tu tempat simpanan makanan dia. Masa kami datang tengok monyet-monyet ini dalam sangkar, punyalah dorang bising. Happy kot. Hehhehe.


Perkenalkan, ini Enggang Buluh. Ini mengeluarkan bunyi yang nyaring lebih-lebih lagi sewaktu mencari makanan.Enggang ini bukan saja terdapat di Malaysia tau, di Brunei, Thailand dan Myanmar pun ada. Selain daripada Enggang Buluh ni, Bella juga tengok Enggang Badak. Enggang Badak inilah yang dijadikan simbol di Sarawak sebagai Bumi Kenyalang. Selain itu, ada juga Enggang Papan, Enggang Bulu dan Enggang Berkedut disini. Bella nak cite satu persatu takut korang bosan plak kan? Datang tengok sendiri je la yer.. Jom kita g tengok Show pulak...


Pertunjukkan haiwan bijak ni, memang mengagumkan. Jikakalau korang ke ZOO Negara tapi tak tunggu pertunjukkan ni, memang rugi. Ya. Rugi. Panas-panas pun tunggu tau. Permulaan dimulakan dengan kawanan burung yang dilepaskan dari bahagian kiri pentas dan burung-burung tu terbang bersama-sama ke bahagian kanan pentas. Cutenya!! macamne burung tu pandai je terbang sesama? WOW!!! Lepas tu, korang cuba tengok gambar diatas. Keluar lah dua pelatih yang kacak ni, bawa burung masing2x. Opsss burung kakak tua yang bijak ye.. jangan kuning.Hahhaa.Burung ni, bijak sangat. Berlumba masukkan bola dalam jaring. COCO dan Riski kot nama burung ni. Bella sokong dan ingat COCO. Laju tau COCO. 

haiwan zoo negara

Selepas itu kuar la burung-burung ni selepas dipanggil. Sangat bijak. Bila pengacara tu kata ok..boleh masuk sangkar balik.. semua berjalan sambil melompat-lompat masuk ke sangkar mereka. Bijak!! Tapi bukan burung ni sahaja. Banyak lagi jenis2x burung yang dikeluarkan dan sangat mengikut arahan. 

Best ke zoo negara

Paling terbaik bila singa laut dan anjing laut buat persembahan. Fulamak!! macam kat TV. Pandai sangat anjing dan singa laut tu main bola dan menangkap gegelung masuk ke leher. Paling best tengok dorang tepuk tangan. Aduii.... comel nya!! Ada jual kat kedai x? Ingat nak beli bela seekor la. Paling2x Bella suka, binatang ni.. binatang yer... sangat pandai jaga kebersihan. Dorang nampak sampah dalam kolam ni, dorang gigit kutip tau. Korang kalau pergi pantai ke laut ke sungai ke korang buang sampah merata-rata kan? Jangan tau. Kebersihan itu tuntutan agama kita. Show diakhiri dengan bergambar kenang-kenangan. 



Kami berhenti rehat dulu untuk makan. Argggghhh.... seriuosly lapar sangat.Nasib Food Panda sponsor ayam goreng dan Burger. Sebenarnya Bella ada masak pasta pagi tu tapi malu nak makan. Boleh x macam tu? Abis basi. Sedih je. Masa makan ni, ada cabutan bertuah! Bella dapat no 2 tau. Alhamdullilah.. rezeki. Dapatlah vaoucher percuma masuk ZOO lagi. Hehheheeh... 


Kami meneruskan lawatan ke Muzium Lebah Sedunia. Di sini, baru Bella tahu yang Lebah ada banyak sangat jenisnya! bukan datang dari spesis yang sama. Bella geli la nak tengok lama-lama lebah2x ni, walaupun dorang dan cantik2x frame kan. Rasa macam merayap2x plak kat badan ni. Paling teruja disini, Bella di beri rasa madu yang telah siap di proses dan dimasukkan dalam tiub kecil. Manis dan lazat rasanya. Kemudian Bella diberi rasa pula madu yang originally datang dari sangkarnya yang telah dikorek. Rasanya sedikit MASAM ok... ne ada manis. Maknanya semua madu dipasaran xda yang original la. Semuanya telah diproses! ooooo baru bella tau.

badak

Ini lah masa yang ditunggu-tunggu.Paling best kat ZOO Negara ni, korang pergi bahagian mana pun lah!! mesti akan terjumpa binatang2x yang membuatkan korang akan berkata WAAAAHHHH!! Bella tengok badak ni pun heran. Besarnya2x.Hahaha. Apa lagi budak2x kan? Kami meneruskan perjalanan lawatan kami ke rumah Panda pulak. Kenapa Bella panggil rumah bukan sangkar?? haaaa tunggu. Nanti Bella buat next post sebab banyak sangat gambar yang comel dan cerita yang nak diceritakan. Juga ada lagi next post. Jadi tungguu....

Zoo negara

Korang rasa Seronok tak datang ZOO Negara ni? Tengok Blogger Nadia tu cukup la yer.. Betapa SERONOK nya dia. Nasib due lambat lagi. Aktif betul.Bella nak bagi penghargaan kat ZOO Negara, Kelab Blogger Ben Ashaari, Cosmorderm, Food Panda, Staff2x ZOO Negara terutama JU dan Blogger Farah Waheda, sudi ajak Bella kesini. Korang semua datang la lawat kawan-kawan korang kat sini. Eh.. binatang2x kat sini. Banyak yang dapat kita belajar dan seronok sangat. Ok.. tunggu next post Bella ya.

Owh lupa plak. Alamat  :  

Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

For enquiries, please call : +603-4108 3422/7/8 Fax : +603-4107 5375

Website :          http://www.zoonegaramalaysia.my/contact.html    Beli Online disini.

Facebook :        Zoo Negara 

Instagram :        @ZOONEGARAONLINETICKET


Bye2x. Harap bermanfaat.

P/s : boleh juga tengok disini 


Kawasan yang menjadi kegilaan Bella di Zoo Negara dan 

Cara Mudah Serikan Kulit Wajah - ESTOFA GLOW

Korang dah tau kan? Rahsia mencantikkan wajah menggunakan ESTOFA GLOW. Satu botol kecil yang mengandungi semua khasiat untuk wajah anda. Baru 3 bulan dipasaran dah meletup- letup. Sambutan diterima amat mengalakkan sehingga terciptanya ESTOFA WASH .Bella adalah pengguna tegar  ESTOFA GLOW dan sekarang mencuba ESTOFA WASH. Kalau terlepas boleh clik link ini.Cantikkan Muka

MENCANTIKKAN WAJAH

ESTOFA GLOW ni sebenarnya pakai nipis je tau, bukan macam dalam gambar diatas yer, over betul. Hahaahaha. Korang pakai nipis je. Jimat la sikit. Pastu biarkan selama 3 - 5 minit atau sampai kering. Bella pakai je sampai nak kena solat ke atau HB bangun. Hahahaa takut pengsan tengok. Lepas tu sila lah basuh dengan air. Kalau korang rasa muka korang tu bersih, jilat jer. Hahahahhaa.. Selepas basuh tu lap kering-kering dan tengok kat cermin yer.  Cantik tak KAK TON?? hehee...

        
 
ESTOFA GLOW, bukan untuk perempuan saja tau. Lelaki pun boleh. HB happy dia pakai. Sepatutnya pakai macam ni lah. nipis2x je.Banyak sesangat kebaikan menggunakan produk ini secara berterusan. Selain berkesan untuk meremajakan kulit muka,menegangkan dan melembabkan kulit muka,produk ini juga berkesan untuk menyerikan kulit kita sepantas tiga minit sahaja. HB pakai licin sangat jadi kulit muka dia.

         CANTIKKAN MUKA

Perkenalkan inilah ESTOFA WASH. Ini adalah size percubaan dan perkenalan untuk ESTOFA WASH. Hanya untuk sesetengah masa, ESTOFA WASH diberi secara percuma dengan setiap pembeliaan ESTOFA GLOW. Kena cecepat la tapi, sebab terhad untuk 5000 pembeli sahaja!!. Dengan penggunaan sekurang-kurangnya seminggu, guna ESTOFA WASH lepas tu, guna ESTOFA GLOW kulit muka yang berminyak akan hilang.. Ok jam Bella tunjukkan cara penggunaannya.


Korang cuci ataupun just lembabkan saja muka korang, bagi muka basah-basah gitew. Ambil beberapa titis sahaja letakkan dijari, dan terus gosokkan di muka. Macam Bella ni, gosok kat tangan nak tunjukkan kat korang yang ESTOFA WASH dia x berbuih sakan ya, sebab bahan semulajadi kan. Ini pati. Jadi titiskan sikit sahaja. Tengoklah yang Bella punya tu dah separuh. Best sangat guna.



        

Langkah untuk menjadi cantik dan menghilangkan minyak di wajah adalah dengan menggunakan ESTOFA GLOW. Picit kan sedikit di tangan dan terus sapu nipis. Biarkan selama 3 - 5 minit. 


Masa pakai ESTOFA GLOW ni, muka kita memang nampak menakutkan.. tapi, ok la. Biarlah kan, buruk 3-5 min sahaja. Tapi normally Bella memang akan pakai 1 malam. Tak cuci. Kecuali ada kepentingan. Memula masa Bella pakai, macam xda apa perubahan pun. Puas Bella tilik. Hmmm.. dalam ati dah kata dah, tipu kot. Macam ne nak jual?? Then HB bangun dari tidur terus tegur. Malam tadi pakai apa? nampak putih berseri la. Hah??? ye ke?


Apa lagi.. Happy la rasa hati. Terasa la nak selfie. Huh!! jadi pantun plak. Ok..Siap!! Bella payung satu gambar. Seriously bila pakai ESTOFA GLOW muka kita akan jadi licin dan bedak melekat pun senang je. Pakai sikit2x je. Bella pakai x leh tinggal Eyeliner. Jadi hanya pakai Bedak, Eyeliner, dan lipstik. Rasa perubahannya. Muka pun rasa tegang jer.

Korang dah follow Instagram Bella? @bella_idura. Kat sana Bella ada share testimoni Bella n HB. Berita baiknya bila korang beli ESTOFA GLOW bukan sahaja dapat diskaun daripada harga rm140 dapat rm90, dapat plak percuma ESTOFA WASH dan korang juga boleh masuk segmen yang dianjurkan oleh ESTOFA GLOW.! korang hanya perlu share kulit korang sebelum dan selepas guna ESTOFA GLOW. Hadiahnya amat menarik. Pakej percutian ok. Apa lagi.. cecepat la beli. Korang boleh saja minta Bella beli kan.. sebab Bella happy sangat dengan produk nie, jadi Bella nak jadi agent.  
 
Korang juga boleh beli terus dari ESTOFA GLOW.


Whats App : 019-294 4799

Kalau korang ada apa2x saja persoalan, tinggalkan di ruang komen ya. Apa lagi, 

JADIKANLAH KULIT BERSERI MACAM BELLA!

Saturday

Tempat Menarik Di ZOO Negara - Aquarium

Tempat Menarik Di ZOO NEGARA, tertarik kau memang The BOOM!! boleh dikalatakan semua sudut di ZOO Negara ni sangat menarik. Tapi,tempat yang paling Bella teruja adalah Aquarium!! 


Kami disambut dengan ikan yang sangat besar dan comel!! Arrrghhhh Bella suka ikan. Satu2xnya binatang yang Bella suka. Hhahaha.. masak pastu makan pun sedap. Seriously bahagian ikan-ikan yang comel ni, bukan budak-budak je yang excited. Bella pun teruja!! waaa besarnya.. besar nyaa.. hahhahaha. Penguin pun ada. Comel giler!

zoo negara

Bella bagi 5 bintang untuk River Journey di ZOO Negara ni. Dah la sejuk, ikan comel2x. Bella abis banyak masa disini. Cuba untuk berselfie bersama dengan ikan-ikan yang banyak dan besar-besar ni. Malangnya semua pic x jadi. Sedih. IKan lari sombong tak mau berselfie dengan Bella.Masa dekat Aquarium ni, kalaulah.. kalaulah gambar selfie Bella tu boleh letak kat sini, seriously macam kita didasar laut tapi tudung kita still cantik gitew... Memang x puas la time kat sini. 


Lebih bermakna lagi,bukan ikan besar je ada. Ikan kecil pun ada. Bermakna sangat sebab kita boleh ajar anak kita selain daripada ikan Bawal, Kembung, Cencaru, Siakap dll yang selalu kita masak kat rumah tu, ada beribu-ribu jenis ikan lagi yang hidup didasar laut dan sungai. Unik kan?

zoo negara

Ikan yang besar dan macam muka tak puas hati ni, namanya TOMAN. HB yang bagitau. Hahhaha.. HB kata ikan boleh jadi sangat besar sehingga boleh makan seekor babi!! eeeeeyuwwww...  Kisahnya, dulu xda jalan baru a.k.a highway untuk ke Kuala Lumpur. Jadi, HB akan melalui satu jalan lama yang sangat sunyi dan terdapat satu tasik yang besar disitu.Time tu malam.Pemancing yang memancing kat situ tetiba nampak TOMAN yang sangat besar makan seekor babi yang terjatuh dalam tasik!! Maknanya TOMAN tu sangat besar sehingga mampu makan seekor BABI! Seram tak cerita Bella.hahahaha..Jadi korang, jangan main2x dengan ikan TOMAN ye...

Aqurium cantik

Ikan yang kemurungan dan nampak sombong ni, namanya Belida Bintik. Bella tertanya-tanya adakah ikan ini boleh dimakan? Korang nampak je kecik, korang g ZOO Negara tengok.. besar tak besar. Jangan terngaga dah la yer..


Ikan - ikan tadi tu, dalam aquarium kecil. Haaaa yang ni dalam aqurium yang sangat besar. Macam dalam laut kan? Cantiknya. Geram nak g snorkeling dalam tu.Bella nak payung banyak gambar ni.


Cantik kan?? Nampak sombong je ikan ni. Mentang-mentang r Aquarium dia cantik. Jangan tanya Bella apa nama ikan ni. Bella pun tak tau. Hhehehe..


Tengok!! comel kan? Rupanya bukan gegurl je yang suka kat HB Bella, Ikan betina pun suka. Hahhahaa.


OK last pic ikan yang comel dari Bella. Memang menarik la tempat ni.Tapi ada banyak lagi tempat best yang Bella nak g tengok. Jadi, babai ikan comel.. next time kita selfie sesama k... Owh, boleh juga ke link

Apa yang ditunggu lagi?? Jom kita ke ZOO Negara :

Alamat  :  
Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

For enquiries, please call : +603-4108 3422/7/8 Fax : +603-4107 5375
Website :          http://www.zoonegaramalaysia.my/contact.html    Beli Online disini.
Facebook :        Zoo Negara 
Instagram :        @ZOONEGARAONLINETICKET

Cantikkan Muka - Estofa Glow

Korang.. Bella dah temui Rahsia mencantikkan muka yang korang takkan percaya!! nak tau?? sebab korang pembaca Bella yang Bella sayangi, jadi Bella share ok? Janji korang kena baca sampai abis. Jangan scroll lelaju ataupun skip ayat Bella. Tak best la, nanti tips tu x sampai dengan baik kat korang. Sebab semua yang Bella akan share ni penting.. ya Penting! Jom Cantikkan Muka dengan ESTOFA GLOW.

muka cantik

Perkenalkan ESTOFA GLOW dan pengasasnya Ezza. Dia lah Pengasas dan juga menggunakan sendiri produknya. Korang nak tahu x? Buat julung kalinya Ezza menghasilkan juga ESTOFA WASH dan bahan  Asas untuk kedua-dua produk ini adalah COKLAT. Ya.. COKLAT yang sedap tu. Korang mesti kata, ala banyak la produk yang asasnya ada Coklat, apa nak heran.. kan?? Tapi ini lain... serious lain. Sebabnya sangat semulajadi dan selamat untuk dimakan. Yer.. Bella pun dan tengok pengasasnya makan dengan rakusnya.. SEDAP!! dia kata.

Kecantikkan wajah

Haaaa nampak x?? Selalu korang akan dengar jangan bagi dekat kanak-kanak tau. Takut termakan. Tapi dengan ESTOFA GLOW tidak menjadi masalah. Jika betul, produk itu adalah dari bahan semula jadi produk tu mestilah boleh makan, betul tak? Tapi kenapa kebanyakan produk hanya untuk kegunaan luar sahaja? Maknanya xda la semulajadi sangatkan? Tapi, ESTOFA GLOW  lain. Sangat diyakini keberkesanannya, selamat dan 100% jaminan HALAL.
      
 
ESTOFA GLOW ini baru saja dipasaran 3 bulan. Ya, baru 3bulan. Tapi Bella amat percaya dengan keberkesanannya. Tengok sajalah bahan-bahan yang terdapat didalamnya. Amat semulajadi.
Serbuk coklat, madu, aqua,Krimer bukan tenusu, ekstrak garnicia, ekstrak rumpai laut,ekstrak kacang ginjal putih dan ekstrak hoodie.

Menggunakan bahan semulajadi inilah ia banyak membantu dalam merawat dan mencantikkan kulit wajah dan antara kelebihannya adalah :-
  • Membantu membunuh jeragat,jerawat dan boleh melegakan ezema serta sesuai untuk gigitan nyamuk dan ruam.
  • Selamat digunakan oleh sesiapa saja, tidak mengira peringkat umur dan jantina. Bayi pun boleh.
  • Bertindak seawal 3-5 minit.
  • Tidak perlu disental atau digosok. Sapukan nipis sahaja.
  • Kesan kekal dan tiada kesan sampingan jika berhenti menggunakannya.
  • Menghilangkan Jerawat, Jeragat, dan Parut dengan penggunaan yang berterusan.
  • Memutihkan, menengangkan dan melicinkan kulit wajah.
  • Membuatkan wajah kita berseri semulajadi dan PINKISH.
  • Menghilangkan lebam bawah mata.

ESTOFA GLOW terlalu banyak keistimewaannya. Bella pun pengguna tegar ESTOFA GLOW. Bella akan tunjukkan kat korang macam mana cara Bella Pakai ok? Bella tulis banyak pun x guna, takut korang kata Bella tipu, atau ala... nak promote biasalah. Sila la beli dan cuba sendiri. Lepas ni Bella payung wajah Bella yang guna ok?
Bolehla dapatkan  ESTOFA GLOW Jom tengok link ni juga,

http://www.bellaidura.com/2015/08/cara-mudah-serikan-kulit-wajah-estofa.html


Whats App : 019-294 4799

Instgram     : @estofa_glow_official

Friday

Panda Zoo Negara Malaysia

Korang ada ambil tahu tak yang kat Malaysia pun ada Panda? Mestilah tahu kan? sebab PM kita yang bawa masuk. Berita meluas pasal Panda ni telah dihebahkan. Katanya usaha sama antara Malaysia dan China. Ok.. Harap banyak manfaatnya dari kerugiaannya la yer.

PANDA CHINA

Kami menunggu masa untuk melihat panda dengan lebih dekat. Panda kami disuruh menuruni tangga dan masuk ke kawasan Panda. Waaaaahhh untungnya Panda. Punya la cantik rumah Panda tu. Sejuk bersih dan besarrr.. kalah rumah den. Xda air-cond pun.Daripada bagi Panda tu makan, baik bagi makan Bella je. Syokk sangat. Birthday pun beratus orang datang sambut. Birthday Bella, orang wish pun x.. hahahaha..
ZOO NEGARA

Memang amat tertanya tanya sebelum masa ke dalam Rumah Panda ni. Adakah Panda ni boleh dipeluk cium? Adakah Bella boleh memegang dan menyentuh anak Panda ini? Adakah Panda betina kita boleh tengok bersama-sama dengan Panda Jantan? Adakah Panda betina menjaga dan menyusukan anaknya? dan sudah tentulah kami mahu soalan kita tu mendapat jawapan yang best. Jawapannya Ya! kan.... barulah have fun!

Kami diarah memasuki rumah Panda ni dengan berhati-hati dan sesenyap yang mungkin. Kami diarahkan tidak membuat bising dan menutup semua flash camera. Ok. Bella ok je. Kanak-kanak la yang Bella risaukan. Sure lah teruja kan? Bella dari atas sampailah kebawah cari Panda ni. Kalau bella bahasakan Panda ni sebabai Fu Waa takut korang confuse kan? Jadi Bella just bahasakan Panda je la. Senang korang nak faham kan? Anggaran Bella la. Hahaha. 

PANDA ZOO NEGARA

Bella masuk dan mencari-cari dimanakah Panda-panda ini bersembunyi? Sekali nampaknya Fu Waa yang seakan-akan kesedihan dan kesunyiaan. Siannya dia.. Fu Waa Bùyào shāngxīn. Haaaa  bahasa Chinese ko.. baru dia faham. Yela Panda sayang, kami datang nak tengok awak ni. Kalau awak sedih ditepi tu, kami lagilah sedih.. waaaaa...aaaa...



Bila Bella buat je Siri Bercakap Dengan Panda tu, terus Fu Waa bangun dan menuju ke arah Bella. Yeaaahhh!!! Fu Waa.. comelnya Awak!!! Tapi kenapa Fu Waa keseorangan? Mana anaknya dan Wifenya?? Patut la dia sedih!! Kena berpantang juga!


Bila Fu Waa mendekati Bella, kecomelan Panda makin menyerlah! geramnya nak peluk. Tapi macam bahaya je. Sebenarnya kami x dapat pun berjumpa dengan pasangan Fu Waa dan Anaknya.



Seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kami, Fu Waa duduk lama di sini. Boleh dikatakan, semua blogger dapat snap pic Panda dengan gaya sebegini. Comel!! Menurut penjaga Panda ni, Panda jantan dan betina tidak boleh duduk dalam satu sangkar. Bergaduh dorang. Walaupun berlainan jenis.


Zoo Negara Panda

Hahhahaa... picture ni kantoi. HB yang g snapkan  pic. Sebab, memula tadi Fu Waa ni kat sana. Bella dah tersepit, HB la yang mengharungi Blogger g snapkan picture terbaik untuk Bella. Owh sambung balik mengenai panda ni, Jadi memang sangkar kedua -dua Panda ni, diasingkan. Hanya pada waktu mengawan saja diorang di satukan.. haaa..



Fu Wa dia tengah makan kek besday dia. Ok, serba sedikit mengenai Fu Wa. Namanya Fu Wa yang bermakna anak patung bertuah. Lahir pada 23 Ogos 2006. Nama bapa dia Lu Lu. Fu wa hanya makan buluh dan berhenti bila kenyang. 

Masa pun dah tamat dan kami pun beredar. Bai2x Fu Wa. pa yang ditunggu lagi?? Jom kita ke ZOO Negara :

Alamat  :  
Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

For enquiries, please call : +603-4108 3422/7/8 Fax : +603-4107 5375
Website :          http://www.zoonegaramalaysia.my/contact.html    Beli Online disini.
Facebook :        Zoo Negara 
Instagram :        @ZOONEGARAONLINETICKET

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari