Thursday

Puasa Penghapus Dosa Sepanjang Tahun

Hari ni Bella nak kongsikan kebaikan berpuasa sunat buat peringatan semua dan Bella sekali. Sunat maknanya buat dapat pahala, meninggalkannya pun tak dapat dosa. Lebih kepada untuk mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t dengan ibadat yang tidak difardukan. "Sesiapa yang berpuasa satu hari dijalan ALLAh s.w.t, maka ALLAh s.w.t akan menjauhkan dari neraka sejauh 70 musim perjalanan" Sabda Rasululah SAW. 



Puasa hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah. Disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji. Rasulullah SAW bersabda. Sabda baginda: Ia menghapuskan dosa-dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang. (Riwayat Muslim)

Puasa Isnin dan Khamis adalah puasa sunat yang sentiasa dilakukan oleh Rasulullah SAW.Niat hendak puasa isnin atau khamis dan niat hendaklah dilakukan sebelum fajar hari isnin atau khamis. Diriwayatkan dari Aisyah-radhiallahu 'anha berkata :

كان رسولُ الله -صلى الله عليه وسلم- إِذا دخل عليَّ قال : هل عندكم طعام؟ فإذا قلنا : لا ، قال : إني صائم
Ertinya: "Ketika Rasulullah s.a.w masuk kepadaku dan bertanya: apakah engkau memiliki makanan? aku berkata: tidak, beliau berkata: bererti aku puasa." (HR Abu Daud)
Adapun tempatnya niat adalah di dalam hati dan tidak ada lafaz niat puasa isnin dan khamis yang di riwayatkan dari Nabi s.a.w.


Puasa hari Asyura dan Tasu'a. Asyura ialah 10 muharam dan Tasu'a 9 Muharam.Daripada Ibnu Abbas RA, katanya Rasulullah SAW bersabda: " Kalaulah aku masih hidup hingga ke tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari kesembilan." (Riwayat Muslim)

Puasa Tiga Hari Setiap Bulan. Dalil yang menyatakan ialah hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA, menyatakan : " Kekasihku SAW telah berwasiat kepadaku dengan tiga perkara, berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Duha dan hendaklah aku berwitir sebelum tidur."  

Apa yang afdal ialah berpuasa pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 daripada bulan Qamariyah iaitu tahun hijrah. Tapi, dikecualikan 13 Zulhijah kerana puasa pada hari itu diharamkan. Kena ingat ni ya.. waktu haram berpuasa.


Puasa Enam Hari Syawal. Lebih afdal apabila segera dilakukan selepas Aidilfitri secara berturut - turut. Bagaimanapun, ini bukanlah syarat, bahkan sunantnya turut diperoleh juga jika dilakukan secara berasingan. Muslim meriwayatkan daripada Abu Ayub RA bahawa Rasulullah SAW bersabda. " Sesiapa berpuasa ramadhan dan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal maka seolah-olah dia berpuasa selama-lamanya. 

Sumber dari Kitab Fiqah Mazhab Syafie. Semoga bermanfaat..

Wednesday

Cara Mekap Yang Paling Mudah Dan CANTIK

Hai gurlzzz.. hari ini Bella nak share tip atau Cara Mekap Yang Paling Mudah Dan Cantik yang akam membuatkan U olls nampak meletup dan comel lote. Macam Bella. heheheh.Takda la cantik sangat, tapi amat berguna untuk yang baru belajar mencontengkan wajah ya. Mekap ler.


Muka belum mekap... eyuwww.. hahahaa... bella bernasib baik, syukur alhamdulilah muka xda masalah yang serius sangat. Haruslah sebelum mekap cuci wajah bersih-bersih dan pastikan kulit wajah korang jenis yang macam mana. Perasan x? Mata Bella besar sebelah, hahaha. HB kata sebab selalu tengok kamera. Hahhaaa... ada ke? Tp macam logic gak la. Sebb Bella guna DSLR.


Jika kulit muka korang kering, silalah lapiskan dulu dengan pelembab. Macam kulit muka Bella, berminyak taw. Jadi Bella malas lah sapukan pelembab, nanti mekap x melekat la. Gugur gitew.. huhuuu. Last time Bella ada buat facial di Airellyn Spa Beauty (click). Haaa time tu sapu bedak je pun muka dah jadi licin. Bedak cantik je rata. Sekali sapu je. Sebab x maintain kan.. jadi kesan tu pun dah xda. Kena lah sapu penutup cela.. ataupun bedak asas.

       

Perkenalkan.. ini lah foundation atau bedak asas yang bella pakai selalu. Brand Maybelline. Selalunya brand yang sangat sesuai ngan muka Bella adalah dari Maybelline dan Loreal. Dua brand ni memang amatttt sesuai dan nampak cantik dengan kulit muka Bella.

Tips memilih foundation atau bedak jenis cecair : 

1. Beli foundation yang sesuai dengan warna kulit muka, jangan terlalu putih atau terlalu gelap.
2.Cuba sapu atau calitkan dulu sedikit foundation ke belakang tangan, pilih foundation yang langsung tidak kelihtan ditangan ataupun kelihatan putih sedikit saja.

Selalunya Bella akan beli yang kelihatan perbezaan putih sedikit dari tangan. Barulah muka nampak putih, ataupun langsung x kelihatan. Maknanya bila kita sapu bedak asas tu langsung tidak kelihatan, yang nampak hanyalah wajah kita yang licin tanpa sebarang cela. Giteww..


Lepas tu sapukan bedak compact pula. Caranya, korang jangan sapu tau. Sepatutnya korang tekan2x span tu ke muka. Barulah bedak compact tu akan menutupkan cela, mampat dan tahan lama. Kalau korang sapu je kat muka, bedak tu banyak melekat kat span je la jawabnya.


Lepas sapukan bedak asas dan compact ke muka. Banyaaakkk beza kan? Kalau x muka macam sakit je. Lepas apply kan bedak2x asas tu, nampak la serinya. Ada je yang suka pakai krim muka. Sapukan krim muka lepas tu sapukan bedak compact. Macam krim muka safi. Krim muka tu, membe Bella pakai dan buat macam tu. Muka mmg nmpak licin dan flawless sangat. Tapi, Bella kalau buat macam tu mekap x tahan lama, jadi cara tu x sesuai ngan muka Bella. Jadi korang boleh la cuba yang mana sesuai yer.



Opps maafla yer..hidung kembang den terlalu terselah digambar ni. Hahahaa... Step seterusnya kalau korang nak la yer. Kalau nak simple teruslan pakai lipstik or lipgloss terus nampak simple dan comel. Bella selalunya pakai eyeshadow, eyelines dan maskara. Nampak la lain kan.. Lagi2 nak selfie nampak cung sikit. Haahaha.. Eyeshadow tu Bella ikut warna baju. Korang boleh saja campurkan 2 @ 3 warna eyeshadow untuk nampak menyerlah. Selalunya kalau Bella malas sangat, Bella just pakai eyeliner sebab maskara susah nanti korang nak solat. Time cuti leh la. Eyeliner xpe. Lelaki pun disunatkan pakai.



Hasilnya nampak simple and comel kan? hehehe Korang just applykan lipstik yang berwarna pudar untuk kelihatan simple dan comel. Sekadar warna pink cair. Eyeshadow pun just warna yang cair2x saja dan tidak keterlaluan.Sedikit Blusher juga boleh di sapu halus. Blusher.. pemilihan berus paling penting. Berus yang korang gunakan, memang memberikan hasil yang berlainan.

Cuba tengok header Bella tu, untuk wajah garang dan sedikit menyerlah. Sapukan saja lipstik yang merah menyala dan tebalkan sedikit eyeline. Bella turut memakai contact lense berwarna biru. Nampak lain skit la. Kan? Mekap yang menyerlah sesuai untuk dinner. Malam kan.. kalau korang pakai mekap nipis x nampak nanti.

Ok.. harap manfaat dan semoga semua perempuan di Malaysia jadi comey lote lepas baca post Bella ni, kalau x faham juga.. terpaksalah Bella buat video... hehehe. bye2x

P/s : Pic iklan sungguh.. tak mekap x senyum. Mekap senyum.Hehhee..

Tuesday

Pengumuman Pemenang Giveaway Raya Bella

Hai Bloggers.... Today Bella nak umumkan pemenang untuk  Giveaway Raya Bella   

Terima Kasih yang tidak terhingga buat semua bloggers yang turut serta ya. Siapa yang tidak menang tu, jangan risau.. sebab lepas ni, ramai lagi yang akan buat Giveaway macam Bella ni.

15 orang Pemenang Yang Dicari!! Tahniah!!

Pemenang Dipilih Melalui Random.Org  

Pemenang 1 : RM 10 + Satu Tudung Bawal Satin + Satu Korean Face mask  : SALINA
 
Pemenang 2 : RM 10 + Satu Tudung Bawal  : FARHANI
 
Pemenang 3 : Rm 10 + Satu Korean Face :AM MIR
 
Pemenang Sehelai Tudung 
 
Pemenang 4 : CIK KAKTUS
 
Pemenang Ke 5 : LYA
 
Pemenang Top Up RM5
 
Pemenang Ke 6 : IKA

Pemenang Ke 7 : ZAI
 
Pemenang Ke 8 : FATIN
 
Pemenang Ke 9 : AKULA
 
Pemenang Ke10 : IZZA
 
Pemenang Ke11 : MYA
 
Pemenang Satu Kerongsang 
 
Pemenang 12  : ATYY
 
Pemenang Ke13 : SABARIAH
 
Pemenang Ke14 : EINTAN
 
Pemenang Ke15  : MAS NAIM
 
 
Tahniah!! untuk yang daoat hadiah atau barang, sila up alamat ya. Tq, Harrap semua happy..

Monday

Cantiknya Mekap Golden Rose

Golden Rose adalah jenama barang cosmetic atau mekap yang berasal dari turkey. Produk ini telah berada dipasaran lebih dari 30tahun. Huishh... matang dah tu an.. sekarang ini produk ini telah melebarkan sayap ni ke Malaysia. Bella telah berkesempatan mengunjugi cawangan terbaru Golden rose di Malaysia.


Terletak di Sunway Putra Mall, Asean Venue Lot 4-8. Bahagian belakang-belakang sikit la. Korang kena cari sikit.Kedai ini kecil sahaja, tapi lengkap. Semua barang keperluaan mekap semuanya ada. Harga bermula serendah Rm12 hingga Rm60 kalau Bella x silap la ya.


Bella tertarik sangat dengan blusher tu. Rare kan? Dibentuk macam bola2x kecik macam tu. Tapi stock blusher banyak lagi. Zaman2x GST ini kan.. kena belanja dengan berhemat. Harga tu x termasuk GST lagi tau.  Jadi, takpe.. nanti dulu. Cari apa yang betul2x perlu saja.

Barang mekap

Kebetulan powder bella dah nak abis. Jadi okla. Baik Bella beli powder ni, boleh la bagitahu korang feelnya kan?yang pasti memang terbaik. Powder ni, terasa licin dimuka tau. Hmmm susah nak terangkan. Rasanya memang lain dari yang lain. 


Luxury sungguh kan lipgloss ni. Bella x suka sangat pakai lipgloss, rasa melekit2x kan.. tapi tak tau la lipgloss yang ni macam ne. Siapa yang dah try boleh la cite yer..


Ini jela yang Bella mampu grab. Lipstick, powder ngan eyeliner. Lepas pakai, memamg rasa nak beli disini lagi. Produknya amat sesuai ngan kulit muka Bella. Pasni Bella bagi tip mekap ok.. Jadi janganlah ragu2x memakai produk dari Golden Rose ya.. terbaik!!.

Jom Bella share detail ya.. mana tahu ada yang berminat nak online shopping. Boleh la.. ke

Website    : http://www.goldenrose.com.my/

Email       : enquiry@goldenrose.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/goldenroseMY?fref=ts

Instagram : @GOLDENROSEMALAYSIA

Happy shopping!!...


 

Sunday

Hadiah Buat Baby -Barangan Baby

Baru-baru adik bella dapat anak yang ketiga. Geramnya tengok baby. Tahniah adik Bella. Apalagi, Kelam kabut la cari hadiah buat baby yang sesuai. Nasib bella baik sebab kawan recommend kan bella cari barangan baby di Suzi Kids Collection. Waaaah.. cantiknya. Paling best barangan semua ni imported brand from UK tau. Colorland brand. Pernah dengar x?


https://www.facebook.com/suzikids/timeline

Perkenalkan..Colorland Bag for baby.Comel tak??Rambang mata la pula. Yang mana satu idaman kalbu. Sebenarnya bag Colorland ini dah terkenal di oversea seperti UK sebagai bag travel ataupun bag untuk jalan jauh. Yela..Banyak kan barang bayi nak dibawa dalam satu masa. Nak pergi makan kat luar pun kena bawa satu bag penuh dengan barangan baby ni.

Colorland
Didalam setiap bag memang telah disediakan kelengkapan seperti diatas. Maknanya semua bag yang korang beli dalamnya sudah tersedia dengan bag aksesori, bag baju basah, tali panjang dan pelapik kalis air. Senang la nak tukar lampin dimana saja. Memang memudahkan para ibu dan ayah.

Kelengkapan bayi


Istimewanya sebab bag ini akan pastikan barang korang tu tetap tersusun cantik sebab banyak poket telah disediakn sesuai dengan size botol susu. Jadi amat memudahkan korang untuk bawa semua peralatan baby tu dan pastikan setiap barang tersusun cantik ataupun susu yang telah siap sedia bancuh  tidak tumpah. Jadi xdalah risau sangat kan, bila bag tu terbalik.


Sebenarnya Barang Baby Brand Colorland ini tidak banyak masuk ke Malaysia lagi walaupun dah tersohor namanya di oversea. Selalunya bagi yang tahu atau memang gilerkan barang Colorland ini, dorang akan order online saja spt di Amazon. Beli online ni pula kelemahannya kena lah tunggu stock sampai mungkin mengambil sedikit masa, tapi sekarang korang tak perlu risau sebab korang boleh dapatnya di Suzi Kids Collection saja.Paling penting semua barang yang di pamerkan di Instagram dan Facebook semunya memang dah sedia ada. Ready stock!. Tinggal korang pilih nak g ambil sendiri atau by pos.


Memang style la bag Colorland ni. Bag ni untuk barangan baby, tp ni bawa pergi shopping pun meletup dah ni. Cantik. Material plak jenis yang tahan lasak. Huishh.. cantiknya. Harga bermula dari serendah rm50 hingga ke rm300 sahaja. Berbaloi2x..Harga asal memang mahal, tapi sebab Owner Suzi Kids Collection ini beli borong..jadi dapatlah kita enjoy beli dengan harga yang lebih murah. Paling penting bag ini adalah original. Diulangi Original Colorland.Bukan Gred AAA atau tiruan punya ya. Jadi mungkin korang ada jumpa yang lagi murah, tapi mungkin just gred AAA saja.


Colorland ini sangat popular di negara luar tau. Sangat limited di Malaysia. Kita kena berterima kasih dengan Suzi Kids Collection sebab bawa masuk bag yang cute ni ke Malaysia.

Apa lagi.. jom la kita ke
Facebook    https://m.facebook.com/suzikids
Hubungi je  012 - 3912404

Selamat Bershopping. Mesti korang puas hati. Sama macam Bella.

Groupon Gives Double Joy with Shopback

groupon murah


Enjoy online shopping with Groupon Gives Double Joy With Shopback.First of all Bella want let you know what is Groupon. Groupon is one of the bigggest e-commerce players in the world and established since 2008.Have you ever realise about this online facility before? Seriously this is an another online shopping that satisfy your purchasing need.It was first operated in Chicago and followed by few years later; Groupon has connected millions of subscribers all over the world. This online portal is actually a platform offering deals covering travel packages, food, services, goods and many more from local and international merchants.

shopback
Really interesting right? It's Not just an online portal, Groupon is the place where you can find killer deals with markdown price. This is your opportunity to buy any holiday packages or even luxurious packages with super affordable price. As for my personal experience using Groupon since 2010, it helps to save me a lot! From spa packages to Polaroid camera that I always wanted to buy, all I bought with nearly 70% off with Groupon.

apa tu shopback


Normally Bella just search for Groupon at any search engine / website, but now all my friend just suggested me to buy Groupon’s deal through another amazing website and guess what? This website really made my day wonderfull and more easier.What Bella just need to do is to select the choice of categories of what ever i need and what is best about this is Bella get CASHBACK after purchase!! wow!! I'm so excited to buy more and more!! Bella found out about Shopback Malaysia (https://www.shopback.my) few weeks ago and since that, it happened to be my new favourite online shopping destination.

shopback cash back

That website really helps Bella a lot. That why Bella must share and suggest to you guys by purchasing my deals in Groupon through Shopback, By using ShopBack Bella also rewarded by additional coupons and cashback. It’s like money return to your account within 1-3 working days. Buy deals from Groupon today through Shopback and enjoy double joy by earning discounts, coupons and cashback! What are we waiting for? let's shop. Happy Shopping.


Thursday

Giveaway Raya Bella

                         

Hello cutest, hemcem,macho, kacak, cantik, awesome and all bloggers. Hari ni bella nak bagi semua orang hadiah! Giveaway Raya dari Bella Idura. Nak tak?? sebelum ni, bella selalu buat Giveaway tapi sorang-sorang kali ini..Bella bawakan sponsor2x dari Kelab Blogger Ben Ashaari dan EFG. Jadi tak rugilah korang untuk follow blogger yang hebat-hebat ni. Bertuah sangat bella dorang nak join Giveaway ini. Ok... let start!!! 

TARIKH GIVEAWAY RAYA
 9 JULY  2015 ~ 23 JULY 2015 (11.59 MALAM) 
PENGUMUMAN PEMENANG:
29/7/2015


Mencari 15 orang Pemenang Untuk 

Pemenang 1 : RM 10 + Satu Tudung Bawal Satin + Satu Korean Face mask
Pemenang 2 : RM 10 + Satu Tudung Bawal 
Pemenang 3 : Rm 10 + Satu Korean Face
Pemenang 4 & 5 : Satu Tudung Bawal
Pemenang 6 & 7 & 8 & 9 &10 & 11:  Top up Rm5 
Pemenang 12 & 13 & 14 &15 : Satu Kerongsang 


GIVEAWAY  RAYA

Syarat-syarat wajib :


1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY RAYA BY Bella
5. Letakkan link penyertaan anda di kotak komen.

Pemenang akan di pilih melalui random.org dan juga yang telah memenuhi kriteria yang di tetapkan. Semoga berjaya dan terima kasih kerana menyertai GIVEAWAY RAYA by BELLA.


Penyertaan Ditutup ya... pemenang akan diumumkan lepas Bella balik dari kampung nnti. Kat kg xda line. Sabar ya.. salam kosong2x😝

Sunday

Cara Buat Sendiri Bantal Tanpa GST

GST?? tau kan GST tu apa? Good Service Tax bukan Government Service Tax ya. hheeehe.. ramai yang salah jawab tu bila ditanya. Sedikit tip hari ini. Cara nak jimatkan duit dengan buat kemasan bantal perhiasan sendiri.Murah. Mudah. Comel. Paling penting tanpa GST. Weyuuu sape nak belajar? Mesti pak-pak menteri kita seronok sebab bella bagi tip yang membolehkan korang jimat selain daripada jangan balik kampung untuk beraya kan..hmmm macam2x.


Apa yang diperlukan, hanyalah :
  1. Benang
  2. Jarum
  3. Kain bercorak yang tidak pakai.
  4. Bantal lama atau Kekabu

Bella barang semua ini memang dah ada kat rumah. Memang dah sedia ada. Bagi yang xda lagi, kena pergi beli barang-barang semua ini baru. Jadi tak boleh la bagi nama kat bantal comel korang tu nanti bantal tanpa GST. Haaaaa... Bella alhamdullilah. Semua barang NO GST. Mula-mula korang potong la bantal korang tu kepada size yang korang inginkan. Kecil ke, besar ke, sederhana ke, Terpulang ya.


Lepaskan.. korang terbalik kan kain tu macam gambar bella tu. Jahit di bahagian kanan dan kiri.Cara nak jahit?? hentam je.Hhahaaa.. Applikasikanlah pembelajaran kemahiran hidup sains rumahtangga yang korang belajar dulu. Time PMR dulu tu. Ingat tak?? Janji kain tu bercamtum dengan baik. Sape ada mesin jahit lagi bagus. Zassss jer.


Siap je jahit kiri dan kanan. Korang tinggalkanlah satu ruangan yang masih terbuka. Jangan jahit semua bahagian tau. Jadi apa lagi. Pastikan jahitan korang tu xda lobang-lobang tau. Masukkan kekabu tadi kedalam bantal baru. Macam bella ambik je dari bantal lama. Masukkan bagi kembung dan montel tau. Jangan la leper. Nanti jadi macam lapik meja plak.


Bila dah isi sampai montel bolehla buat jahitan tutup. Tengok Bella buat. Hhaaha. Kantoi. Jelujur kasar je. Bella xda seni sangat menjahit ni.Memang carca marba la. NO Button, NO Zip and must important NO GST!! hahahaa. Alamak adik bella tu dah garu kepala apa Bella merepek ni. Hhaaaa.. Bella kata, bantal comel Bella senang sangat nak buat. Tanpa butang, Tanpa zip dan paling penting Tanpa GST. Haaaa.. suka kan?

Taraaa... ni lah hasilnya. letak kat sofa jadi acane.. Comel kan?


Lagi.. Bella buat 3 sekali bantal comel ni. Haaa.. terus berseri nampak rumah. Mesti lepas ni orang datang rumah belek bantal yang bella jahit ni. Auwww jangan tau. Kita segan. hahaha. Bella tak beli baru pun. Kebanyakkan barang selagi boleh guna bella guna. Alhamdullilah sekurang-kurangnya masih ada. Tidak perlu kot nak bermewah sangat. Harta dunia saja. Bagi yang mampu.. terpulang la ya.

Frame tu pun Bella buat sendiri tau. Bagi matching. Menggunakan kain yang sama. Ada yang nak belajar buat frame NO GST pulak ke? Ada yang sudi? Kalau nak belajar tinggalkan kat comment tau. Ok. Ini dulu perkongsiaan dari Bella. Moga-moga bermanfaat untuk yang nak berjimat. Jelujur kasar je. Jadi bantal juga. Jangan risau.Janji ada seri rumah tu. 

Salam...

Wednesday

Tips Penting Bercuti Ke Medan

Horas2x...

Hari ini bella nak share tip dan segala perancangan bella ke Medan. Best ke Medan? Nak tau kena baca sampai abis tau. 

Percutiaan Ke Medan

Flight Ticket / Tempah Tiket Kapal Terbang
Macam biasa book ticket ke Medan dulu.. Macam Biasa. AirAsia pilihan utama Bella. Percaya tak?? Bella berjaya book, tiket pergi dan balik untuk 2 orang bawah rm300 taw. Murah an?? heehehe...Pepagi lagi kami dah gerak ke LCCT. Maklumla pernerbangan bajet, mestilah masa tidak menentukan. Syukur kami sampai masih awal, tidak la terkejar2x macam aritu time bercuti ke Krabi. Nasib tak kena tinggal. Masalahnya bila sampai pepagi ni..sejukkk giler la plak kat LCCT ni. yuuu...


Supir / Pemandu Pelancong / Tour Guide / Driver

Bella booking dengan supir Ridu. Actually bella dapat no ni dari FORUM.com dekat forum bercuti ke Medan, dorang yang dah pergi share banyak tips mengenai Medan. Bella call and survey satu2x agent perlancongan ni tau.  Mana paling murah dan terbaik. Then ada satu ahli forum ni, puji gegila supir Ridu ni. Ada juga yang complain kata Ridu ni tak sampai time dorang sampai di Medan. Mungkin guna orang tengah atau miss communication jadi Ridu ni x sampai. Alhamdullilah, time bella pergi ni. Ridu ni dah menunggu kami. Memalu dia. 

Time ahli forum.com ni puji Ridu kata supir ni bagus sangat sebab bawa dorang meredah Pulau Samosir sampai ke tempat yang dorang x pernah terfikir pun dorang akan sampai ke situ. Tapi time bella x berlaku macam tu. Mungkin dia malas, ye la kami berdua je. 

Di sini Bella share kan No Tel Supir yang bella dah call and tanya ya..

  1. Happy Holiday Tour & Travel   -  Email je ( happyholidaysmes@yahoo.com )
  2. Insan Tour Travel                       -  Email je ( insantourtravel@yahoo.co.id )
  3. Daniel George                           -   Email Je ( travelagentsumetra@gmail.com )
  4. Kadri                                         -   WhatsApp ( +62 813-7062-2206 )
  5. Pak Roy                                     -  WhatsApp ( +62 812-6567-621 )
  6. Ridu                                          - WhatsApp ( +62 813-9665-4380 )
Ini semua Supir2x yang bella dah email dan call. Jadi Bella dah buat short listing, You all sila buat pilihan terbaik ya. Ikut bajet dan itinerary korang ya.


Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain sangat jauh ya. Jauh sangat. HB siap lembik coz dia tidak excited la nak datang sini. Hehehehe.. not me. Bella excited sangat. Jadi sila la tanya kenderaan apa yang korang akan naik. Penting!! 


Sila plan dan buat itinerary sepuya korang dapat melawat semua tempat menarik. Sangat penting ya. Bila korang guna supir persendiriaan yang murah, dorang akan malas ya. Seboleh - bolehnya nak skip banyak tempat. Sila buat research dan tau tempat yang korang nak pergi tu serba sedikit. Penting. 

Hotel / Tempat Penginapan   DANAU TOBA KLIK SINI, BERASTAGI KLIK SINI

Hotel Bella dah ditentukan oleh Ridu. Pakej Bella termasuk Hotel, Upah pemandu, Petrol, Bayaran Parking, Tol dan Sewa kenderaan. Haa.. Jadi masa nak ambik pakej ni, sila lah tanya. Pakej korang tu bayar untuk apa saja. Macam bella aritu, dapat Bagus Bay dengan Hotel Rose. Rasanya standard rumah tumpangan je kot. Bengang gak la. Sebab bella upgrade pakej ke Hotel 5 star. Sampai sana, relax je dia bagitahu hotel tu dia lupa nak booking. Hampes!! geram tapi dah kat negara orang acane lagi kan.

Tempat Makan Sedap / Restaurant / Makanan Sedap Di Medan

Bercuti ke medan

Tempat makanan sedap pun bella dah tahu. Apa yang sedap kat sini pun bella dah check. Supir plak malas bawa. Tak pun dia bawak ke tempat yang dia dah deal je. Hampas kan? Tapi xpe. Ada je kedai yang dia bawa memang sedap. Nanti bella share. Korang pergi Indonesia dan Thailand tak perlu risau sal makanan. Tak perlu la kot nak bawa makanan banyak sangat. Sebab banyak sangat kedai yang halal.


Bella kalau pergi mana-mana travel Bella akan guna konsep sampul surat. Konsep ni, tak pernah gagal lagi. Maknannya, Takda la korang xda duit kering kontang time dah nak balik tu. Ini adalah Total perbelanjaan Bella untuk percutiaan ke Medan.Korang klik je kat tajuk tu ok? . Airport Tax tiada yer.. haaa saja nak bagitahu. Ramai yang tanya.

Okay.. bella rasa ini adalah tip dan persediaan penting sebelum ke Medan. Nanti Bella kupas satu persatu. Okay?? daaa....

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari