Thursday

Pengalaman di Deerland

Salam..semua..

Okey.. aritu bella dah share pasal Melawat Kuala Gandah Elephant Sanctuary kalau korang nak tau just click je kat link tu. Berdekatan dengan pusat Elephant Sanctuary ni, ada Deerland... dekat je.Paling penting besstttt!!!


Ok.. korang kuar je dari Kuala Gandah tu pergi ke kereta masing-masing dan pergi ke deerland. Kalau jalan kaki agak jauh yer.. Lagipun macam bahaya je. Kiri kanan hutan.Korang jalan keluar tapi jangan kuar jalan besar lagi. Deerland ni dalam kawasan situ2x juga.Korang akan nampak signboard ke deerland. Signboard nya besar tepi jalan.Pas signboard ni masuk kedalm lagi dalam 2km. Kalau x silap sebelah kiri. Korang masuk situ.

Nanti korang akan jumpalah... reception nya. Macam ala2x muzium yer.. hehehehee... Then kat kedai ni juga ada la jual cendrahati. Masuk bukan percuma. Kena bayar. Dewasa rm6. Kanak-kanak rm4. Hari jumaat tutup yer..

Pas dapat tiket tu korang terus ke belah kanan dan akan melalui jalan ni. Rasa damai giler kot. Walaupun pic ni nampak gegar skit tapi bella letak gak sebb nampak kurus. Hahhaaha... Kalau korang jalan ramai-ramai x jadi damai la yer. Bella jalan half pastu terasa seram plak. Yela mcm masuk jauh kedalm hutan plak.

Tapi Tak lama pas tu korang akan nampak kawasan deer ni la. Penuh ngan rusa cute ni. Tapi ingat sebelum kesini ambik makanan rusa tu. Dia akan bagi dalam bakul kecik makanan binatang-binatang kat sini. Macam kentang kot. Kebetulan yang bagi tu suka kat gurl2x saja jadi bella kenyit mata sikit minta bagi lebih..apa lagi melimpah2x dia kautkan untuk bella. Hahhahahaa. Jangan jealous.


Dekat sini banyakkk sangat jenis rusa. Ni yang orange bintik-bintik. Bella nak datang dekat. Sebab super comel. Macam cerita Cinderella plak. Bella nak pergi tapi macam tak da laluan ke sana. Then bella tanya la dengan pekerja kat situ. Kang kena halau lagi malu. Owh.. rupanya rusa-rusa ni kebanyakkannya emosi x stabil. Sebb musim dorang mengawan dan membiak. Jadi x leh g dekat. Kang binatang ni naik minyak susah. Okey..laa...

Rusa yang ni plak besar-besar. Pekerja tu siap cakp jangan flash takut dia terkejut. Kalau dia terkejut jadi apa? huh! tetiba ada pekerja masuk!! eh tadi kata x leh datang dekat la. Musim mengawan la. Tu pekerja dia tu masuk apahal!! my dear kata daling ni...nak masuk sgt kenapa??? bukan berani sangat pun. Tak yah nak ngada sangat! okey.. then bella patah balik ke kandang rusa jinak kat depan tadi la. Sebab makanan banyak lagi.Hampa..


Bersebelahan dengan kandang rusa ni ada ostrich. Sian dia.. sorang2x je. Xda pasangan.Bella sebenarnya takut sangat nak bagi makan. Sebab pagar dia lagi rendah dari leher dia. Sekali dia patuk. Mampus. Hahaha. Bella lari...bila teringat sian plak ostrich ni.


Ehhhh!!! kancil si bijak pun ada kat sini? Kecik jer... huhhuhu..My dear kata kancil. Tapi x tau la plak kalau itu anak rusa.Hahaahaa...


Ala2x.. anjanya dia.. ni namanya cico.. comelkan? bella baru je bagi nama time datang aritu. Kalau datang arini mesti x ingat mana satu cico..hahahaha... usaha memegang cico ni diteruskan. Kalau x satu jari je. Kali ni dah berjaya letak 3 jari. Yeahhhhh!!! hhahaha.. Ok. Bila dah berjaya pegang cico jom la kita meneruskan perjalanan kita yer..


Jalan-jalan dan terus jalan... nampak la ular ni. adoi. Sian dia. Dalam sangkar. Nampak sempit dan rimas jer. Sekali pekerja kat situ datang. Eh.. nak pegang ke? Sekali dia keluarkan ok dari kandang tu. Aiyooo!!

My dear happy betul dapat pegang ular tu. Tengok la ular tengok my dear bella. Sekali dia zassss!! abisla. Bella sentuh gak, tapi sikit-sikit jela.

Buat silap mata pulak dier.... adoiii  sebelum dia buat aksi yang lagi pelik-pelik baik bella ajak dia balik. Hhahahaaa...

Tengok la tu muka ketakutan bella.. my dear kata tangkap pic dulu baru leh balik. Hampeh.  Okeyla... jom kita balik!! semua binatang kita dah tengok dan pegang..


On the way balik tu korang akan nampak ada gerai jual durian tau. Harusla singgah. Sedap sanggattt!! tak tipu. Bestkan.. pergi Kuala Lipis.. banyak tempat korang boleh pergi dan singgah. So apa lagi.. jom la pergi..

Ok.. jumpa di next entry. Harap berguna.

Monday

Melawat Kuala Gandah Elephant Sanctuary-Tempat gajah

Hi... assalam mualaikum....

Korang semua.. cuti sekolah ni ada apa plan?? Xda pe2x plan lagi kew? Kat sini bella nak bagi satu idea..tempat yang patut korang pergi bersama-sama anak-anak dan paling penting tempat ini hanya lah terletak di Pahang!! ya.  dalam Malaysia. Memang patut la korang pergi. Baru-baru ni pun nora danish ada post kat instagram dia pergi bawa anak-anak dia ke sini!! Maknanya best la tu kan...

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar. Proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan spesies ini serta kerosakan harta benda dan kawasan pertanian.

 Jom bella bawa korang Ke National Elephant Santuary. Best woo...

Korang dari arah mana pun datang haruslah menuju ke Pahang. Kuala Gandah ni terletak di Pahang. Takkkan la korang nak ke Melaka plak kan.. Tak jumpa la. On the way biasalaa... pemandangan yang awesome kerana Pahang banyak hutan simpan.


Seterusnya menuju ke Kuala Lipis Pahang. Tapi xdalah sampai kedalam sangat. Kalau masuk ke Kuala Lipis boleh la melawat tempat lahir Siti Nurhaliza kan.. Tak sampai.. pun. ahaks.

Korang jalan je terus sampai jumpa signboard ni. OMG!! dah nak sampai.. Happy nya.. hahahaha.. macam budak2x. Tapi bella memang happy la...sebab pengalaman pertama ni nak tengok gajah live. Seram..


Korang parking je pastu terus la ke kaunter tiket Tepi padang parking tu je. Bangunan tempat tiket tu kecik je. Dah dapat tiket?? lets go to meet elephant..Paling penting masuk adalah percuma!! Pusat ini juga dibuka setiap hari.

Nak jumpa gajah pun jalan jauh ke dalam.. Time bella gerak ni dah hujan plak.. hmm.. my dear kata kita pergi pas hujan berhenti la. X mau la bella..buang masa la. Dah la sampai pun dah lewat. X lama kemudian hujan pun stop..alhamdulilah...

Kita teruskan perjalanan kita mencari gajah.Time korang menapak ke kandang gajah ni.. pemandangan yang disediakan pun x kurang hebatnya. Siap ada sungai lagi.Semua pokok yang ditahan ataupun tumbuh disekita kawasan ini, semua ditandakan untuk pembelajaran.. ok sangat la.. terbaikk!!


Yeahhhh..jumpa pun kandang gajahnya. Tapi kesian gajah2x ni. Kaki dorang semua berantai. Pastu macam lapar je. Time ni seekor anak gajah sedang dimandikan. Time kena mandi tu, anak gajah tu elak air tau, penjaga gajah tu pukul anak gajah tu. adussss sian sangat bella tengok. Luka-luka badan dia.

Buat pengetahuaan semua..dalam sangkar ni semua anak-anak gajah jer. So, tak soh la takut sangat. Tapi bella takut okey.. Berbagai-bagai cubaan bella cuma untuk bagi gajah ni makan.. hahahhaa... budak2x lagi berani. Bella dari KL siap beli kacang lagi. Tapi salah.. sepatutnya kacang dah goreng. My dear beli kacang tanah yang belum masak lagi. Hahahaaa.. membazir toi... Tengok la pic diatas.. Happy bebenor lepas berjaya bagi gajah tu makan.. Gajah tu buat dekk je.. hahhaaa..

My dear bella plak la nak buat aksi.. relax je. Nothing to afraid man.. aceehh..  Time ni dia bagi makan kacang. Masalahnya tengok gajah ni macam x pernah kenyang. 10x bagi makan pun dia makan lagi.

Bella kan takut sangat nak bagi gajah ni makan.. sekali gajah ni just letak je belalai dia kat situ. Jadi bella just tinggal sumbat kan je kat hidung dia tu. EEE macam geli geleman plak. Belalai dia xdalah dia menganas. Bunyi pun jarang-jarang je. Budak2x happy sangat dapt pegang live.

Bila dah sampai kat sini xkan nak tengok gajah kecil2x je kan.. Nanti dorang akan bawa gajah hutan keluar. Besar sangat. Pekerja kat sini siap naik atas badan dorang lagi, pastu buat muka bangga+sombong+riak+giler konon hebat sangat la tu.. eee tolong la. Pastu setiap gajah ni dibagi nama. Joyah la..bedah la.. mcam x rela jer tengok gajah tu.


Pastu dia akan suruh gajah tu duduk la.. berdiri satu kaki la.. then ada seekor gajah tu dia x mau buat tau. Seram plak tengok. Ne tau ngah naik minyak ke.Tuan dia marah2x Hieepppp!! hieppp ingat gajah tu nak peduli ko sangat ke.. dia buat bodo je. Then speaker tu kata xpe.. dia masih baru belajar. Pastu di suruhnya gajah semua tu mendekati penonton. Bagi makan la..apa lagi. Dulu ada aktiviti naik gajah. Tapi sekarang dah xda. Mungkin pernah berlaku kejadian yang buruk kot. Cuma aktiviti mandi bersama gajah dikekalkan.

Lepas kita bermesra dan menonton gajah tu.. dorang akan bawak gajah tu mandi plak. Gajah tu haruslah bagi laluaan kat dia. Kang dia pijak nahas. Penyek la jadinya. Berlari2x la budak bagi laluan.. Time ni gajah ni baik jer.. dorang suka kot nak g mandi.


Gajah ni kelihatan sangat gembira yer.. Paling x tahan asyik membuang jer.. eeeeyeksss... Geli. Masuk je dalam sungai ni dorang terus baring. Gajah ni la. guling2x. Kaki kat tepi. Macam tido la. Time nak suruh dorang naik, penjaga dia just cakap heippp!! pastu dorang bangun dan tundukkan kepala bagi tuan dia naik. Tiba..tiba ada seekor gajah ni x mau bangun!! puas tuan dia cakap Heippp!! Heippp!! rupanya dia nak membuang. Tak puas lagi gamaknya.


Dorang akan bawa gajah tu ke pegunjung untuk bagi makan. Dalam 20min macam tu penjaga gajah ni akan suh gajah ni berhenti makan dan bawa balik masuk ke Hutan. Walaupun gajah tu seakan-akan x mau meninggalkan kami.. tapi terpaksa juga dia melangkah..isk..isk. bye2x gajah.See you again.

Ok la... setakat ni dulu cerita mengenai lawatan bella bermesra dengan gajah. Apa kata korang pergi pulak. X rugi. Lebih2x lagi untuk anak2x. ok.. Bella akan sambung pulak lawatan bella ke deerland. Dekat je dengan pusat gajah ni. Jadi pengalaman korang akan jadi double triple....ok... xoxo jumpa di next entry ya.. salam..

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari