Monday

Yus Jambu Meninggal Dengan Kesan di Hati

Semoga kita sentiasa diberi dan dilimpahi dengan rahmatnya. Bella hari ini amat tersentap dan tersentuh hati bila dengar Pak Yus Jambu meninggal. Sebetul betulnya Bella amat - amat terkejut dan tersentap! ALLAHUAKBAR... Innalilah wa innallilah hi rojiun... AL FATIHAH... semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Yus Jambu Meninggal Dengan Kesan Di Hati. Betulnya sangat meninggalkan kesan dihati Bella. 

PAK YUS MENINGGAL

Bella baru sahaja tengok live depan mata Jambu membuat persembahan di Juara Parodi. Bella sempat ajak Taukey Jambu bergambar saja. Pak Yus langsung x menunjukkan mukannya di tepi pentas. Gambar ini Bella ambil di IG Yus Jambu yang terbaru. Masa inilah Bella tengok Pak Yus buat persembahan OPPO. Best.

taukey jambu

Bella dengar cerita dan banyak dikhabarkan yang Arwah Pak Yus meninggal disebabkan sesak nafas. Masa arwah buat persembahan hari ahad tu. Bella bukan nak cerita mengenai Siapa Pak Yus? Bella bukannya teman rapat atau sedara mara arwah nak cerita semua pasal dia. Bella cumalah peminat dari jauh arwah saja.


Bella hanya hendak ceritakan kesan yang ditinggalkan dihati Bella. Bila sesiapa pun buat orang yang kita sayang ataupun bahagia, dengan secara tidak langsung kita pun akan turut rasa bahagia dan genbira. HB Bella kan minat sangat dengan arwah, kebetulan satu hari HB pergi main futsal. Bella tidur je dalam kete. Tetiba HB Bella datang kat Bella, pastu jerit2x.

 "Dear salam Pak Yus!!" Bella cakap.. alaaa... nak juga. Nape tak kejutkan awal-awal? HB kata tak yah banyak sangat lelaki. HB pun cerita, dia salam Pak Yus, lepas sembang sikit-sikit tanya khabar. Sekejap saja sebab penat main bola. Tapi HB sangat happy. Bella tanya, sombong tak dia? HB kata, tak dia baik sangat.


Sedihnya...semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Baru saja dia menzahirkan rasa takziah dia kepada kemangkatan Raja Muda Kedah, dia pula yang pergi. Masa kita tak tahu lagi bila.

Peminat amat mengambil berat perasaan ahlinya yang sekarang keseorangan, TAUKEY. IG Taukey JAMBU tidak putus-putus dengan ucapan memberi semangat dan mendoakan arwah. Marilah kita membalas jasa arwah Pak Yus yang telah mengembirakan kita dan memberi kita senyuman  dengan mengembirakannya pula disana. Marilah kita bersama - sama sedekahkan al-fatihah dan mendoakannya ditempatkan ditempat orang - orang yang beriman.. 

Aaminn...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari