Saturday

Resepi Jus Kiwi

Salam sayang semua. Sebelum ini, Bella dah ceritakan khasiat dan Kebaikan Kiwi kan? ( Khasiat Kiwi klik je link ni.) Sekarang jom Bella kongsikan beberapa resepi yang menggunakan kiwi. Mesti boring kan? Hari- hari nak makan Kiwi dengan cara yang sama. Jom Bella tunjukkan.

Resepi Ribena Kiwi Chumel 

Tapi sekarang Bella kongsikan dulu, Resepi Zespri Kiwifruit Juice 

Resepi Kiwifruit Juice / JUS KIWI

Bahan - Bahan Untuk 2 orang

2 biji Kiwi Zespri hijau saiz medium
3 Ketul Ais
2/3 cawan air
3 sudu gular pasir atau madu ( Ini terpulang ya)

Cara - Caranya

Buangkan kulit buah Kiwi Zespri hijau.
Potong kecil buah Kiwi Zespri hijau dan masukkan kedalam mesin pengisar
Masukkan ais, air dan gula atau madu tadi kedalam mesin pengisar dan blend kan ia.
Hidangkan segera.


Bella pernah ubah sikit la resepi ini dengan menukarkan air biasa kepada susu. Tapi, gabungan susu dan buah kiwi ini buat air kiwi ini rasa pelik. Jadi, korang gunakan jela air biasa yer...

kiwi sedap

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari