Pretzel Paling Sedap Hanya di Pretz N' Beanz Cafe

Korang semua, Hari ini Bella nak kongsikan kegembiraan Bella rasa makanan yang sangat sedap iaitu Pretzel . Sape tak tau apa itu pretzel ...

Korang semua, Hari ini Bella nak kongsikan kegembiraan Bella rasa makanan yang sangat sedap iaitu Pretzel. Sape tak tau apa itu pretzel?? Kalau korang nak tahu resepi Pretzel tu, Bella tak pastilah. Tapi yang pasti asasnya adalah tepung dan akan dibentukkan seakan - akan huruf 8. Pretzel mesti macam tu, yang bezakannya adalah rasa, warna dan kelembutannya saja. Bella amat bertuah kerana berpeluang merasa PRETZEL PALING SEDAP hanya DI PRETZ N' BEANZ CAFE.

pretz n' Beanz Cafe

Cafe Pretz N Cafe terletak di IPC berdekatan dengan Starbucks dan Pintu Masuk Ikea. Senang sangat nak cari. Bella pergi masa tu orang ramai sangat.Hari minggu kan. Bella ni kalau Pretzel hanya kenal satu jenama je tapi no.no..no.. tak boleh promote disini. Hahhaa.. Rupanya ada jenama lain Pretzel ini. Jom kita cuba. Berdebar plak rasanya. Hahaha...

cafe tersedap

Cafe Pretz N' Beanz ini luas, selesa dan cantik. Dalam Cafe sejuk, tapi kalau nak smoking atau vape sila makan diluar ini yer.. panas sikit la. Haaa... tulah sape suh isap asap tu. Sila duduk luar yer... hehehe.


        Pretz n beanz cafe price

Ini menunya. Harganya bermula dari Rm 2.05 sehingga Rm28 ++. Bella macam, ala nak pesan apa ni, semua sedap-sedap dan enak-enak. Memang tenung lama la buku menu tu,  jadi Bella dah order penuh satu meja. Senang Tak yah pening - pening nak pilih. Pening masa nak bayar je la hahaha.

        pretzel sedap 

Ini Pretzel Original di cicah atau dicelupkan kedalam Kari Hujau. Kari Hijau Ayam. Sedap.Semua kata sedap. Bagi Bella Pretzel dicelup dengan cream source dan sour cream lagi sedap. Tapi, hanya Bella seorang saja yang kata biasa jer, yang lain semua memuji kata sedapppnya... sedappnya.. hehe.. Tekak Bella lain dari yang lain lah tu. Harganya Rm17.90. Ni Bella bagitahu korang je, Seriously Pretzel yang kosong tu sangat lembut, sangat sedap, sangat cukup rasa dan sangat- sangat puas hati makan sebab saiz nya besar. Silalah cuba yer.


       cafe sedap

Ini Basil Cheese Pretzel. Rasanya amat lembut dan rasa basil itu membuatkan pretzel ini rasa lain dari yang lain. Siapa yang sukakan rasa natural dari daun basil dan adunan cheese itu sendiri, bolehlah cuba. Harganya hanyalah Rm7.30 sahaja. 

        pretzel lembut dan sedap
    
Ini pula Pretzel Cinamon Sugar. Nama saja Cinamon Sugar, tapi takdalah manis sangat sampai sakit gigi. " Just Nice" bak kata kawan Bella yang dari Amerika tu. hehehe. Gabungan cinamon dan sugar tu sangat sempurna. Maknanya korang tidak perlulah celup dalam apa-apa pun. Makan saja macam tu. Yummy!!
   

       pizza terbaik
 
Jangan terkejut, kat sini pun ada Pizza! Yes Pizza. Tapi pizza ini bukan sebarangan Pizza, Pizza ini asasnya adalah tepung yang buat Pretzel tu. Rasanya tak terlalu lembut atau keras. Nak kata kenyal pun tak, tapi bila makan tu rasa puas dan kenyang. Rasa macam makan makanan yang mengeyangkan la bukan rasa macam makan Jajan. Faham tak? Kalau tak faham pergi lah rasa. Senang.Rasanya memang lain dari Pizza yang biasa dan sedap. Ya sedap. Itu yang penting. Pizza ini namanya Hot Pepper Chili Chicken. Harga saiz besar rm22.15 dan kecil rm15.80.

      Pretz n beanz cafe

Korang mesti datang sini untuk rasa keenakkan Volcano Choclate Cake With Ice Cream. Harganya rm13.65. Korangg... korang..10x tau tak. Sedap sungguh desert ini. Cake yang suam2x kuku tu, digabungkan dengan kesejukkan aiskrim tu, dicurahkan plak dengan coklat cair. Perggghhh!!  lazatnya. Bella siap makan tak ingat dunia sampai HB tegur. Ya ampun... apahal sedap sangat ni. Korang mesti ingat manis kan?? tak korang.. coklat tu rasa sangat neutral. Macam manis buah je gitew. Buat pengetahuan korang, semua resepi disini adalah hasil Chef Pretz N' Beanz itu sendiri. Takda ciplak2x. Makannya kalau korang nak rasa Desert ini, hanya terdapat di Pretz n' Beanz Cafe

       makanan sedap, cafe sedap,

Tarraaa.... ini adalah apa yang Bella makan aritu. Puas hati sangat dengan kesedapan Cafe ni.Bagi sesiapa yang dah telan air liur sepuluh kali bila baca entry Bella ni, cepatlah kesini. Harga mampu milik. Bagi yang ingin mengetahui mengenai Cafe ini dengan lebih lanjut sila lah ke:-

 Cawangan di IPC Shopping Centre Mutiara Damansara dan di Solaris Mont Kiara.

website : www.pretznbeanz.com
facebook : Prent n Beanz Cafe
tempat :
G23,Ground Flour,IPC Shopping Centre
No.2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara 
47800 Petaling Jaya,Selangor 

Kalau sedap bagitahu kawan k.... #bellaidura #muahciked
    

You Might Also Like

5 ulasan

  1. Adoiii tak sabaq nak pi! Serius kecuq ayaq liuq dah ni hahaha

    ReplyDelete
  2. Oh my!!! Pepagi baca entri ni, rasa malam ni juga nak ke sanaaa lepas habis kerja nanti.. Sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
  3. terliur nya tgk nih
    lepas nih kena singgah la Bella

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.