Menerokai Alam Pulau Samosir

Salam semua... nampaknya ada yang mengikuti perkembangan percutiaan Bella ke Medan ni. Alhamdulilah. Maaf Bella lambat buat sambungan. Bany...

Salam semua... nampaknya ada yang mengikuti perkembangan percutiaan Bella ke Medan ni. Alhamdulilah. Maaf Bella lambat buat sambungan. Banyak Kerja dan tidak sihat. Sekarang baru boleh Bella ceritakan atau berkongsi aktiviti Bella pada hari kedua. Menerokai Alam Pulau Samosir.
bercuti di medan
Bangun pagi2x terus kami ke belakang resort untuk menikmati keindahan alam pulau Samosir. Rancangan hari ini memang mandi mandi di tasik samosir ini. Jauh datang kan.. harusla mandi. Keadaan yang cukup tenang dan sejuk. Disebabkan Pulau ini dikelilingi bukit suasana cukup redup. Dari jauh nampak air terjun yang menuruni di celah-celah bukit nun disana. Snap guna kamera tidak secantik tengok sendiri, sebab Bella bukan professional dalam photographer ini. 

medan, pulau samosir, bercuti di pulau samosir

Bella tengah melihat keindahan alam, tiba-tiba datanglah orang mempromosikan Jet ski dia. HB pun apa lagi, Soo excited nak cuba benda baru ini. Bella kata tak payah dia nak juga. Lepas buat kira-kira, HB kata sini murah lagi. So Bella pun setuju la nak naik.HB pun bawa la. Bagi Bella, langsung tak best. Takutttt sangat. Bila ada bot lalu abis terumbang ambing jet sky ni. Bella suh HB patah balik je. Tapi orang tu plak bagi signal suruh round-round lagi sebab banyak masa. adus.. jangan tak tau, banana boat pun ada. Bagi sesiapa yang suka main beli ni, cubalah. Keliling pulau ni. Tengok keindahan tasik samosir ini. 
medan
Lepas main Jet sky tu, sampailah masa untuk mandi manda. HB happy sesangat. Boleh la.. dia pandai berenang. Bella ni tak pandai berenang. Dah la pakai jaket keselamatan, pegang palang tepi tu plak. Masa ni, supir kami dah sampai. Nak bawa kami pusing-pusing pulau ni. Dia cakap kat Bella, mandi saja. Ok. Tak da apa2x. Jujurnya memang amat seronok sebab dikelilingi dengan udara yang amat nyaman dan suasana yang amat damai. Jujurnya juga, Bella geli nak mandi lelama kat situ. Hahahhaa. Otak fikir bukan2x. adoiii!! padahal bersih jer.

pulau samosir

Selepas bersiap dengan segera, kami pun dibawa melawat sekitar pulau samosir ini. Macam kembali ke zaman tanpa teknologi. Kebanyakan penduduk disini berkebun dan menggunakan hasil pertaniaannya untuk kegunaan hariaan. Penduduk disini semua beragama kristian. Hanya 10% saja yang beragama Islam. Boleh dikira la. Kebanyakkan tempat masih menghijau. Tiada pembangunan lagi. 
Sebelum buat apa-apa aktiviti haruslah makan dulu. Kami berhenti makan di kawasan yang berdekatan dengan Muzium Batak di Tomok.  Biasalah kedai di Medan ni, mana yang mewah. Mewah mungkin tidak halal yer. Jadi kami berhenti makan sini saja lah. Lagipun tidak boleh la nak cerewet sangat, lapar kot. Malam tadi makan maggi jer.


Bella makan nasi. Lauk orang batak. Lauknya lebih banyak yang bersantan dan goreng-goreng. Bella tertarik nak makan satay padang disini. Masa dia bakar tu, bakar dalam gerobok kecil je. HB kata betul ke nak makan?? Bella kata betul. Sebab baunya masya ALLAH. Terasa sudah sedapya. Hehehe. Bila order, seriously sedap giler!! Memula order sepinggan. HB makan terus order lagi sepinggan. Tak cukup ok. Bella dah cari seluruh KL dan Selangor yer.. Tak sama. Rindunya Satay orang batak ni... 
pulau samosir
Selepas makan kami terus menuju ke Objek Wisata Budaya Si Gale - Gale. Bunyi muzik yang kuat memang menarik-narik kami untuk lihat dan pergi kesini. Macam tertanya-tanya apa tu? Tapi almaklum la tiada yang percuma, nak tengok kena la bayar, Bella pun bayar je la. Sekali tu, hmmm.. xda apa2x yang menarik pun. Mitos menyatakan yang patung kayu ni menari dengan sendirinya. Tapi disini, ada orang yang mainkan. Bella rasa sangat buang masa. Tapi ramai orang kesini. Orang Indon pun kesini. Tapi inikan budaya dorang, haruslah dorang tengok kot. Disini juga terdapat keseniaan dorang pada rumah - rumah batak disini. Bagi sesiapa yang cintakan seni. Silalah kemari yer..

pulau samosir

Ada la beberapa orang pelawat sini yang menari bersama - sama dengan Si gale -gale ni. Bella tengok macam gedik je. HB suka, siap tepuk-tepuk tangan lagi. Tolong la... Korang yang sporting morting leh la join menari sama, Bella tidak mahu. hehehe...
pulau samosir
Bella meneruskan perjalanan menuju ke Muzium Batak. Sementara hendak sampai tu, Bella turut nampak kubur batak. Kalau korang pergi dengan agent pelancongan mesti dorang akan bawa korang masuk. Tapi, sebab Bella jalan sendiri jadi bolehlah skip. HB pun x mau masuk. Sepanjang perjalanan pun penuh dengan orang berjual. Bella tak singgah pun. Memang takda niat nak berbelanja kan... jadi memang jalan terus je la.

muzium batak

Ini Muzium Batak. Semua orang menfokuskan kat perhiasan di Muzium Batak ni. Tu buah dada dengan cicak tu. Mana - mana pun ada perhiasan jenis ni. Bella tidak la heran sangat sebab dah banyak baca kata itu simbol kesuburan orang batak. Muzium ini sebenarnya rumah orang batak. Rumah orang batak ini pintu kecil je. Naik tangga ala-ala merangkak pastu masuk rumah. Bella nak masuk HB tak bagi. Jadi Bella intai gitew2x jela.

meneroka pulau samosir

Bella meneruskan perjalanan meneroka Pulau Samosir. Memang cantik dan menghijau. Nampak tak nun jauh disana tu? air terjun tau.Cantik kan?
pulau samosir

Masa jalan-jalan tu, nampak la rumah besar-besar dan cantik-cantik. Bella tanya la dengan supir, tu rumah orang kaya ke tu? Ridu kata, tak itu kubur. What?? Kubur??? Ridu kata, orang batak sini amat menyanjung dan menghormati tok nenek dorang. Jadi, dorang akan bina kubur yang berdekatan dengan rumah dan buat yang paling cantik. Itu kepercayaan dorang. Giler... kubur macam rumah banglo. Bertingkat - tingkat lagi. Rumah orang batak pula kayu dan bawahnya ada reben untuk bela ayam dan itik. Nampak tak?

pemandangan cantik

pulau samosir

Belanja gambar dulu.. hehehe. Supir bawa kami ke panjat atas bukit. Masya ALLAH... cantiknya. Cantik sesangat cantik Macam kat New Zealand !!  hehehe (walaupun tidak pernah pergi lagi.) Jom Bella belanja lagi gambar yang awesome ok??

bercuti di pulau samosir

Punyalah cantik pemandangan sini. HB punyalah suka sampai terbang macam goku. Cantik kan? Nak lagi??


Holaaaa... bella tunjukkan kecantikkan disini pun korang takkan dapat perasaan dan rasa yang sama kalau pergi sendiri. Jadi lebih best dan terbaik kalau korang pergi sendiri rasai alam disini. 

Separuh hari dan berlalu. Jap lagi Bella cerita mengenai Pantai Barbara.

You Might Also Like

4 ulasan

  1. rumah sini cantik dan antik kan. best nye dah sampai sana

    ReplyDelete
  2. boleh letak dalam travelist ni. banyak betul tempat menarik tk di lawati

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.