Mak Cun Teater BEST KE?

Waaah...bestnya!! Bella diberi peluang oleh Ben Ashaari untuk menonton Teater Mak Cun . Seriously Bella tak pernah tengok teater. Hahaha.....

Waaah...bestnya!! Bella diberi peluang oleh Ben Ashaari untuk menonton Teater Mak Cun. Seriously Bella tak pernah tengok teater. Hahaha.. kelakar kan? Bella rasa teater ni, macam merepek pastu macam persembahan budak tadika. Yela, dorang kena berlakon depan kita dengan yakin tanpa salah. Tak boleh CUT!!! ini teater, live on!! Macam persembahan hari penyampaiaan sekolah-sekolah kan ada persembahan dari pelajar, jadi Bella fikir itulah teater. Bagi Bella membazir la nak beli tiket memahal lepas tu, tengok persembahan ala2x budak sekolah. Pemikiran kolot sungguh Bella ni. Bella asyik terfikir, apa itu teater? Mak Cun Teater Best Ke?

MAK CUN TEATER

Selepas Ben Ashaari bagi peluang pada Bella untuk menonton Teater ini, Bella pun macam nak tak nak je. Yela, tak tau makna teater tu apa, karang pergi buang masa plak. Kalau belanja tiket wayang syok la juga kan. Bagi mencari pengalaman baru dan mengetahui apa itu teater, Bella pun pergi. Sekali tu diaaa!! ramainya orang. Apa yang best sangat ni? Artis pun ramai yang datang menyokong teater ni.

mak cun teater

Teater dimulakan penonton diminta menyanyikan lagu Negaraku.Semua berdiri dan menyanyi. Selepas itu, tirai dibuka dan Teater Mak Cun dimulakan dengan Tarian Lagu Mak Cun. Masa ini semua penonton kelihatan teruja dan bertepuk tangan. Bella duduk bahagian depan sekali, jadi memang nampak sebijik-sebijik aksi dan mimik muka semua pelakon ini. Tarian bersemangat dan menghiburkan. Bila Tariaan tamat saja, prop pentas iaitu rumah kayu ditolak masuk. Bella dah teruja dan dalam hati kata.. waaah..cantiknya!

teater mak cun

Teater dimulakan dengan aksi dua beranak iaitu Atul dan Maknya iaitu Mak Cun. Masa ini perbualan diorang hanya berkisar mengenai Pak Akup yang meminati Mak Cun. Bella sebenarnya tak berapa nak suka watak Atul yang kelihatan selekeh tu. Watak memang menjadi. Kelakar, baik dan bersahaja. Cuma bab pakaian Bella tak berkenan.

Marissa pula, kelihatan sangat cantik. Paling cantik antara semua. Dengan bajunya yang bertukar-tukar dan berbagai warna. Bella suka sangat tengok watak Marissa ini.Tapi mulut puaka la plak tabur fitnah sana - sini. Tak baik sungguh. Bella tak sangka Datin Ummi Aida pandai sungguh berlakon teater. Terbaik. Bella suka sangat tengok dia dalam Teater ni.

Kejutan yang lain pula adalah kemuncullan adik Atul iaitu Atun yang baru balik dari luar negara dan sudah tidak tahu untuk bercakap Melayu. Dia punya Slang sangat kelakar. Bila dia bercakap saja, semua gelak. Watak tergedik-gedik Atun ini sangat menjadi. Bella pun minat Nora Danish ni. Comel sungguh. Bawa balik kekasih yang hemsem lagi.


Kemuncaknya dengan kehadiran En Haidar dan Meor. Mamat hemsem dua orang ni. Tapi, sayangnya Meor lembut.En Haidar memang mengejutkan!! Bella suka sangat tengok En Haidar dalam Mak Cun ni.Hemsem, kacak, baik, bergaya kelakar dan comel. Paling kemuncak, rupanya OGY Ahmad Daud pun ada!! memang banyak kejutan yang akan mengejut-ngejutkan korang.

Teater Mak Cun ini, bukan saja ada masa serious, kelakar, mainan perasaan dan mainan emosi. Bella boleh plak tersentuh masa atun balik kampung dan jerit Mak Bulleh!! Mak Bulleh!! pergghhh... bergenang air mata. Padahal time gembira tu. Boleh plak emosi diubahkan dengan begitu cepat.


Paling lain dari yang lain, mimpi pun dorang persembahkan. Hebatnya dorang ni. Bella mengucapkan beribu tahniah kepada semua pelakon tidak kiralah watak utama, watak sampingan atau tambahan. Korang betul-betul hebat. Baru Bella faham, teater adalah persembahan yang memerlukan banyak sesangat pergerakkan dan mimik muka. Barulah persembahan ini nampak sangat menjadi dan bersahaja. Setinggi - tinggi tahniah buat Mak Cun, Erma Fatima dan kumpulan Teater. 

  

Bagi sesiapa yang belum tengok cepat beli sekarang sehingga tayangan terakhir 22 NOV 2015. 

5 Bintang buat semua!!
   


You Might Also Like

18 ulasan

  1. memang best ... seronok dapat tengok cter teater MakCun..

    ReplyDelete
  2. watak umie aida tu manisah kot bukan marissa.. hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke? Tengok kat ig dorang kata marissa. Adoi.. haahaa

      Delete
  3. wah bestnya dpt pergi tengok teater! ^^
    mcm mana akak jadi ahli kebal blogger ben ashaari?
    http://madihahdaisy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. minat gila citer mok cun ni..gi x hajakkkk

    ReplyDelete
  5. Bestnya gi tengok teater... Tak sempat nak tengok lagi mok cun... Meh singgah entry kita yehttp://www.razzwey.com/2015/11/atan-aizat-zahid-safee-sali-menjelajah.html?m=1

    ReplyDelete
  6. Rasa nak pergi lagi. Mmg best. Saya suka watak tergedik2x Bety

    ReplyDelete
  7. alaaaaaaaaaaaaaaaaaa miss.... tunggu masuk tv jela hehheee

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.