Friday

Cafe Warisan Ayah 3Q'S Station - Sedapnya !!

Hujung minggu memang malas lah nak masak. Kadang Kala teringin juga hendak makan kat luar kan. Bagi Bella pula macam tiap - tiap hari memang tak masak la jawabnya. Balik kerja pengsan terus. Penat gegilar.. Takkan nak masak lagi kan. Jadi Bella mencari - cari la kedai yang boleh memenuhi tekak Bella ini dan kawan mencadangkan Bella ke Cafe Warisan Ayah 3Q'S Station sedapnya !! ya sedap. Langsung tidak rugi mencuba ke sini. Macam-macam ada. Inilah Cafe Warisan Ayah 3Q'S Station.

    

Jom kita masuk dan terjah ke dalam Cafe Warisan Ayah 3Q'S Station ini. Cafe ini banyak dihiasi dengan lukisan yang bercirikan kemelayuan. Cafe ini tidak la besar sangat, jadi Bella cadangkan bagi sesiapa yang mahu makan bersama-sama keluarga tersayang, dalam jumlah yang besar lebih selesa untuk tempah meja dulu yer.. "Booking" siap-siap. Bella risau korang kena menunggu pula.

     

Ini tempat buat air. Nampak istimewa kan? Hiasan rumah kayu tu, memang menampakkan tempat ini unik dan comel. Cafe Warisan Ayah 3Q'S Station adalah 100% milik melayu dan pastinya halal. Silalah makan tanpa was - was.  

     
   
Tarraa.... inilah yang istimewa disini. Ada disediakan 31 jenis roti canai disini. Betul, 31 jenis okeh!! Tengok atas tu?? tu Bella punya. Panas-panas dari kuali leper tu. Korang tidak perlu risau pasal kebersihan, dia buat depan mata korang kot. Pasti puas hati. Bella siap tanya lagi, letak apa tu? hehehe.. Ini roti canai Hawaii.. waaa... Selain itu Bella juga berkesempatan merasa Roti Jepun dan Roti Sayur. Roti Jepun dalamnya ada Keju,susu dan telur. Bella suka keju. Jadi, bahagian keju Bella makan bahagian telur HB makan.Harga roti disii bermula dari serendah rm1.50 sehinggalah rm6.30. Jadi, datanglah sendiri untuk mencuba Roti Canai sedap di Cafe Warisan Ayah 3Q'S Station.


      

Banyaknya lauk!! waaa... teruja sangat. Jangan salah faham, bukan Bella makan sorang tau. Bella datang dengan rakan-rakan Blogger yang lain. Tak sabar nya nak makan. Tapi, Bella selesema. Kena makan perlahan-lahan baru dapat menikmati rasa sebenar masakkan tu. Rasa macam.. argghhhh ruginya. Jom Bella menjejeskan air liur korang dengan menfokuskan gambar makanan ini.Hehehe..

     

Ini tiga jenis masakkan ikan. Biasalah menu yang akan orang oder ikan Kerapu tiga rasa. Ikan tiga rasa belakang sekali tu. Sedapp!! rasa keranggupan ikan tu dan juga cukup rasa masam dan manisnya. Ikan Siakap Stim Halia. Kegemaran Bella. Bella hirup macam tu je. Sedapp!! Haa.. menu depan sekali ni mesti korang tidak pernah dengar. Kerapu Phak Phu Nenas. Haa.. Terbaik!! Bella makan memang tidak tengok kiri kanan la jawabnya.

   

Waaah !!! Ayam Goreng !! haa.. tapi bukan ayam goreng biasa - biasa tau. Ini ayam goreng berempah. Makan pula ngan Tom yam ko. Memang mak mentua berdehem 4x pun korang x sedar. Sedap. Memang sengaja je Bella letak gambar separuh macm ni, haa.. nak tengok penuh? Sila lah ke Cafe Warisan Ayah 3Q'S Station.
   

Cafe Warisan Ayah 3Q'S Station ini,bukan setakat makanan sedap dan istimewa. Air pun sama!! perkenalkan Air Kelapa Janda Pulang. Air ini adalah gabungan daripada air kelapa dan gula merah. Rasanya lain dari yang lain dan sedikit lemak. Sedapp.. Menurut Pn. Aqma, pemilik restoran ini, ada berbagai lagi jenis air yang base nya adalah kelapa. Bella belum sempat cuba lagi. Sedih. Bella mesti akan datang lagi ke sini.

       

Bella posing ni bukan sengaja tau, tapi sebagai pelaris Cafe Warisan Ayah 3Q'S Station ini. Bagi semua orang datang sini. Hahaha... acah je. Bukti Bella betul2x datang dan makan kat sini tau. Merasai keenakkan Cafe  Warisan Ayah 3Q'S Station ini. Bagi sesiapa yang nak tempah untuk buat majlis, apa-apa majlis boleh juga nak  upah masak saja pun boleh, bolehlah hubungi : 

Warisan Ayah 3Q'S  Station
B-G-08, P8 Avenue
Jalan SH 1/1, Selayang Heights
Selayang Selangor
H/p : 013 - 307 5369 / 013 - 307 5234 

Waktu Operasi 8am - 12am ( sarapan, makan tengahari dan makan malam)
Tutup Sabtu

Facebook    Warisan Ayah 3Q
Instagram   Warisan_ayah3q

Landmark  : Kolej Komuniti Selayang memang agak kedalam sikit. Korang jgn ingat salah jalan plak. Selain daripada itu, Perkhidmatan sewa dewan untuk apa2x majlis turut disediakan sebelah Cafe ni saja. Pastinya harga yang ditawarkan berpatutan... ok jgn lupa cuba makan disini tau. 

Salam....

5 comments:

  1. ermmm sedapppnya.. rasa nak ulang smula mkn dekat Warisan Ayah 3Q..memang puas hati!!!

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap!! Nak dtg la.

    ReplyDelete
  3. sedapnyaa tengok ikan tuu.. huhu

    ReplyDelete
  4. Sedapnya tengok makanan kat sana..untunglah

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari