AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Wednesday

Mesin Mencuba Nasib

Hai korang.. hari ini Bella nak cerita sesaja je tapi penuh bermakna dan bermotif. Mengenai mesin mencuba nasib. Hahhaaha.. mesti korang teruja kan? Mesin judi kah? Lagi2x zaman GST ni. Mesti korang semua nak tahu kan! 

                                 

Inilah mesinnya ! mesti korang kata.. Apa?? mesin bayar duit parking. Betul. Bella bukan nak menipu, tapi mesin ini memang boleh datang kan "lucky Draw" kat korang. Ceritanya, masa Bella makan kat shopping mall ni, selalulah datang kat pusat membeli belah sebab dekat dengan tempat kerja. Masa hendak bayar itu, memang kurang orang la. Jadi takpe. Bella pun bayar macam biasa. Mesin ini boleh terima duit kertas sehingga rm50 pun. Kami tiada duit kecil dan masukkan note rm20. Lepas bayar kami ambil duit baki dan terus berlalu pergi. Bukan sekali. Tapi banyak kali macam itu.

   

Selalunya memang HB yang bayar, lelaki kan ala2x sempoi je kan. Manalah nak kira duit baki semua. Dijadikan cerita Bella temankan dia bayar duit parking. Bila Bella kira baki yang dikeluarkan, tak cukup rm5. Ok, mungkin bagi sesiapa yang kaya atau berada mesti kata.. alamakk ! rm5 je pun. Rm5 boleh bayar parking lagi 2x yer. 

Kenapa jadi macam itu? sebab, baki lambat keluar. Dia kuarkan rm3 dulu, pastu baru rm2. Sikit2x jadi siapa yang nak cepat tu, main lari je. Pastilah yang pengguna yang belakang dapat rezeki terpijak. Bella pernah korek baki syiling dalam tempat baki tu,penuh duit syiling. Haaaa.. untung kan?? 

Jadi, hanya peringatan sikit la untuk korang. Silalah kira baki lepas mesin parking tu pulangkan baki. Jangan balik rumah pening duit hilang ke mana masa nak buat kira-kira belanjawan bulanan. Sekadar peringatan.

k.. bai.

    

1 comment:

  1. naasseebbblaaaa....hahahahaa...adehh.,.rm5 skrg pn xckup mkn nasi aym tau...huuuuu

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.