AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Thursday

Makanan Sedap dihantar oleh Foodpanda

Hari ini Bella nak perkenalkan perkhidmatan Foodpanda. Korang tahu atau tidak apa itu Foodpanda?Foodpanda adalah pesanan dalam talian yang telah beroperasi dalam 40 negara diseluruh dunia. Perkhidmatan ini akan membantu kita memesan makanan daripada restaurant hanya melalui aplikasi telefon dan website. Foodpanda telah berkerjasama dengan lebih 58000 restaurant diseluruh dunia.

      
Fierce Curry House, Bangsar juga termasuk didalam senarai restaurant yang semua orang boleh membeli secara dalam talian. Bella telah dijemput kesini melalui Kelab Blogger Ben Ashaari untuk merasa sendiri kesedapan makanan citarasa India disini.Fierce Curry House sangat terkenal dengan kualiti masakan yang bercirikan briyani. Fierce Curry House telah diiktiraf oleh Timeout KL, dan telah terpilih sebagai kari terbaik sejak 2012 sehingga 2014 dan juga turut tersenarai pada tahun 2015.


Sidney Ng turut hadir mewakili Food Panda dan memberi sepatah dua kata mengenai perkembangan pesat Food Panda di Negara ini walaupun baru berada di pasaran Malaysia selama 3 tahun.


Pengasas Fierce Curry House, Mr Herukh Jethwani turut memberikan sedikit ucapan dan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah pembukaan Fierce Curry House. Beliau turut menekan menu menarik yang terdapat di Fierce Curry House dari serendah - rendah harga, sehingga semahal - mahal harga iaitu lobster.

Selepas itu, semua tetamu dihidangkan dengan berayani yang sedap tu. Malangya Bella tidak dapat merasai kesedapan Beriyani Fierce Curry House ini kerana Bella sesat. Pada mulanya tempatnya adalah di Fiercer Curry House Publika. Situ Bella tahulah kat mana. Bila tukar tempat saja, Blur dan sesat. Jadi Bella tidak dapat nak ceritakan kat. korang apa beza kari disini dengan tempat lain. Sedih.
                               
                                 
     
Nasib baik lah Food Panda belanja Bella tengok wayang lepas tu. Best.Hilanglah sikit kekecewaan di hati tak dapat rasa kari terbaik di KL ni kan.Harap ada rezeki Bella makan disini.Aaminn,,

2 comments:

  1. Tak pernah try guna khidmat food panda ni :)

    ReplyDelete
  2. untung la sesat dapat tiket wayang plak heheheeh

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.