Sunday

Tomyam Sedap Hanya di Restoran Rumah Thai

Restoran Rumah Thai tidak asing lagi bagi peminat masakkan Thai. Masakkan Thai amat digemari kerana bersesuaian dan bertepatan dengan tekak dan citarasa rakyat Malaysia. Rasa masakkan yang mempunyai rasa pedas, masam dan manis adalah gabungan yang istimewa dan menjadi kegemaran semua.Siapa yang tidak kecur air liur bila melihat adunan rasa ini?? Bella seminggu sekali mesti akan cari tomyam. Sakit perut pun takpe. Janji dapat menghirup kesedapan tomyam ini. Apa lagi haruslah Bella cadangkan pada korang TOMYAM SEDAP HANYA DI RESTORAN RUMAH THAI.



     tomyam songkla

Waaaahhhh... tengoklah Tomyam pilihan Bella ni, Tomyam Songkhla nama diberi. Tomyam ini gabungan ikan, ketam, udang, ayam dan macam-macam lagi. Tomyam ini rasanya manis dan tidak terlalu pedas. Ini kerana kemanisan seafood ini telah meresap dalam kuah Tomyam ini. Jadi, kalau kepedasan yang korang mahukan.. bukan tomyam ini. Bella pilih tomyam ini sebab didalamnya penuh dengan bahan-bahan kesukaan Bella. Boleh hirup juga. Tidak la pedih sangat perut kan? Jadi mudah nak rasa semua kesedapan ikan, ketam, udang pilih saja tom yam ini. Satu hidangan lengkap. Semua ada. Jimat.

     restoran rumah thai

Ketam bersalut telur masin. Sedappnya. Rumah Thai ini, bukan saja kesedapan tomyamnya diingati. Ketamnya pun mengamit kita untuk datang kembali. Ketam bersalut telur masin ini, sangat disukai oleh HB. Bella order 2 Ekor sahaja kemudian akan dipotong kepada 4 Bahagian. Satu bahagian Bella makan, 3 bahagian lagi abis!! HB makan. Ketam ini, rasanya amat unik dengan gabungan kemanisan isi ketam dan kemasinan telur asin itu. Citarasa berbeza - beza bagi setiap orang. Bagi Bella Ketam bersalut telur masin ini, amat menyelerakan. Makan nasi putih dan Ketam bersalut telur masin ni pun dah cukup lengkap.

       Restoran Rumah Thai

Pilihan Bella seterusnya ialah ikan siakap masak stim. Lazatnya. Gabungan rempah ratus dan bahan - bahan semulajadi yang kemudiaannya dikukus bersama ikan siakap yang segar. Ikan siakap masak stim memang selalu menjadi pilihan Bella kalau ke Kedai atau restoran masakkan panas. Restoran Rumah Thai juga menyediakan menu hebat ini. Rasa kesegaran dan kemanisan ikan itu masih terasa - rasa sampai skrg.Ikan siakap masak stim di Rumah Thai ini, rasanya lebih kepada rasa semulajadi bahan-bahan yang dikukus bersama. Maknanya tidaklah pedas, masin atau masam. Neutral saja. Jadi pandai-pandai la korang kalau nak pedas, pecahkan atau lenyekkan cili didalamnya. Jika mahukan lebih masam, perahlah asam limau diatasnya. Mesti lagi terangkat.

       

Korang pernah makan ayam pandan? Mula-mula ingatkan ayam yang dimasak dan digaul dengan daun pandan. Rupanya adunan ayam yang dibaluti dengan daun pandan. Bella suka ratah. sedapnya!!! Bagi sesiapa yang tidak pernah mencuba menu ayam pandan ini, bolehlah mencuba di Restoran Rumah Thai. Ayam Pandan ini, dihidangkan bersama - sama sos thai.

     

Sedap kan? Tapi dimana Restoran Rumah Thai ini yer??

Sila ambil perhatiaan , yang Restoran Rumah Thai telah berpindah dari Taman Melati ke lokasi baru:

B-4, G-2, Gaya@Melawati, Lorong Selangor, Pusat Bandar      Melawati Kuala Lumpur.

Google maps, type A.M BISTRO,Kedai  sebelah ambistro jerr.. Blkg Malaysian institutes of Arts 013366203

Maklumat lanjut, Boleh lah korang ke 
Facebook :- Restoran Rumah Thai 
Website    :- http://www.restoranrumahthai.com/ 
Hubungi   :-  call/sms/WA : ema 0182782460 / Saiful 0166489155 / restoran DL 0341628207.


OK... selamat menjamu selera semua...
   

1 comment:

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari