AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Thursday

Restoran Masakan Pindang Terbaik - Hot Pindang Kitchen

Pindang?? Masakkan yang jenis macamana tu yer? Masakkan pindang mudah sangat sebenarnya. Campak-campak semua bahan dalam air dan daripada gabungan bahan-bahan itu akan menghasilkan rasa dan aroma bau yang cukup enak. Tapi, kalau malas masak macam mana? Korang tahu tak dimana nak makan masakan Pindang yang lazat ini??  Haa.. jom Bella bawa ke Restoran Masakan Pindang Terbaik - Hot Pindang Kitchen yang terletak di Shah Alam.

restaurant shah alam sedap

Disinilah tempatnya. Hot Pindang Kitchen. Korang nak kesini senang guna waze saja la. Pasti sampai. Kawasannya memang berdekatan dengan kawasan perumahan. Alamatnya :-

Hot Pindang Kitchen 
No 11 & 13, Jalan Cheong Sam 10/11,   Seksyen 10,Shah alam, Selangor. 
(Landmark : Next to Azira & Hatini Restaurant )


Waktu perniagaan : 11am - 11pm

kedai makan sedap


Apa yang istimewanya restaurant ni bila korang dah sampaikan?Jom Bella cadangkan untuk yang pertama kalinya datang kesini nak makan dan nak cuba apa. Menu dalam sekeping kertas keras je, tapi banyak sangat yang sedap. Mesti korang tidak tahu hendak makan yang mana satu. Jadi cadangan Bella jadi amat berguna untuk korang. Biasalah, siapa-siapa pun yang pergi mana - mana restaurant baru mesti tidak tahu apa yang sedap dan nak makan apa Kan? Bila tanya pada pelayan tu mesti dia akan cadangkan makanan paling banyak orang pesan ataupun harga yang paling mahal ataupun paling haru sekali, "semua sedap bang". Biasa kan jadi macam ni? Tengok,betapa pentingnya  cadangan Bella ni. Harap citarasa kita sama la yer.

asam pedas sedap

DAGING ASAM PEDAS. Bella rasa sangat sedap dan lain dari yang lain. Citarasa yang lain, sebab selalunya kita dengar ikan atau ayam asam pedas sahaja kan? Tapi ini Daging Asam Pedas. Rasanya lain mungkin dipengaruhi dengan aroma daun limau purut dan daging yang telah disaluti rempah ratus. Memang ada kelainan pada rasa daging asam pedas ni. Mesti cuba. Semua yang makan daging asam pedas ini akan kata SEDAPNYA!!



IKAN ASAM PEDAS. Waaa.. nampak sangat Bella ni suka gabungan ataupun campuran pedas dan masam - masam kan? Sedap dan sesuai sangat dengan tekak Bella. Ikan Asam Pedas ni, tidak la terlalu pedas. Cukup rasa dan sedang - sedang saja manisnya, masamnya dan pedasnya. Kesimpulannya memang sedap!!


SAMBAL UDANG PETAI. Sengaja closed up. Dekat - dekat tengok nampak tak?? ada petai ko. Tentulah Sedap sangat. Bagi pengemar petai, mesti melonjak-lonjak hati nak rasa kan?Macam Bella suka makan satu - satu lauk dalam satu masa. Contoh ada tiga lauk, Bella akan makan nasi putih dengan lauk pertama, pastu makan sikit dengan lauk kedua, dan seterusnya. Bella tak suka nak gaulkan semua sekali lauk dalam satu masa. Jadi, rasa sebenar satu2x lauk tak dapat nak dihayati sangat. Bila Bella makan Sambal Udang Petai ni dengan nasi, rasa manis udang tu memang terasa. Petai.. acane nak terangkan rasa petai tu yer?? Korang cuba la. Langsung tak rugi.

nasi sedap

Apa yang Bella nak tunjukkan kat sini ialah BUDU! yer.. ada budu pada set nasi di Hot Pindang Kitchen. Waaa.... memang hot la. Di Hot Pindang Kitchen, menyediakan menu yang siap dengan nasi, sambal dan sayur. Ada juga bersama dengan telur masin dan ikan masin. Disinilah korang boleh rasa masakan melayu yang sebenar.
        hot pindang kitchen seksyen 10
Sebenarnya, bukan ada menu tu sahaja. Ada berbagai-bagai menu dan berbagai- bagai jenis air yang berlainan rasa dan warna. Manalah muat perut nak rasa semuanya kan? Jadi, kalau korang rasa tidak mahu makan nasi putih, ada juga nasi special pindang , nasi ayam penyet dan nasi ayam. Korang tinggal pilih saja. Tepuk dada dan tanya selera. Jangan tidak tahu, kedai ni juga pernah beberapa kali di surat khabar dan sudah pun mejadi pilihan TV3 Jalan-jalan cari makan. Harga pula range dari rm3 - rm20. Lebih kurang macam tu la yer,...

     

Restaurant Pindang sedap



Apa lagi, alamat Bella dah bagi. Jom la kita serbu Hot Pindang Kitchen. owh. korang x puas nak tengok gambar makanan? Boleh saja ke :-

Facebook : -  HOT PINDANG KITCHEN

Instagram :-  hotpindangkitchenrestoran

Selamat menjamu selera.





  

3 comments:

  1. apasal meleleh air liur ni...haa teringatkan makanan lazat Hot Pindang Kitchen semalam tu lah.. thorbaek !

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.