Tuesday

Gambar Dan Video Tercantik KAIO STUDIO

Bella hari ini nak berkongsi dengan korang mengenai service Photographer dan Videographer yang Terbaik dan Tercantik. Maknanya korang tidak akan kecewa kerana korang akan dapat, Gambar Dan Video Tercantik hanya di KAIO STUDIO.

       gambar cantik
 
Sedikit info Bella nak kongsikan disini mengenai Kaoi Studio.Kaio Studio yang dikelolakan oleh Anwar Abdullah, mendapat Lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan.Anwar Abdullah atau nama penuh Khairul Anwar Abdullah, lebih dikenali dengan nama Kaio di kalangan rakan-rakannya. Kaio Mula karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Di mana Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kaio juga pernah pernah ke kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang. 

videographer pakar

Kaio juga merupakan blogger yang bermula pada tahun 2009 secara suka-suka dan mula aktif pada tahun 2011. Kaio mudah dikenali kerana banyak melibatkan diri kerjasama bersama Harian Islam, Oh Media!, I luv tour dan baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari. Video  yang sangat kretif hasil dari Kaio di family day Kelab Blogger Ben Ashaari bolehlah lihat di  https://youtu.be/3bvuGvCigoM

tangkap gambar kawen

Minat dalam bidang photography dan videography telah membuatkan Kaio terjun ke dalam bidang kreatif ini bermula tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio.Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan.

video kahwin cantik

kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara sepeti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi. 

KAIO STUDIO

Selain dari negara eropah dan timur tengah, Anwar Abdullah juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. Selain dari itu Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’

TANGKAP GAMBAR CANTIK DAN MURAH

Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Anwar Abdullah yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand. 

(link video Discover Thainess 2015 Teaser https://youtu.be/XhuuKojy0mY

Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza

GAMBAR TERBAIK

Pencapaian Kaio Studio
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini

(Anuar Zain in Paris https://youtu.be/NfEJLZ1Z4Ik )
(Lumiere Fashion Show VIP https://youtu.be/LxMAQct-Nkk )
(Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt https://youtu.be/4_Nj70fp1o8 )

Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain. Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio

Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki, pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP. Selain daripada itu Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini.

 JURUGAMBAR MURAH, JURUGAMBAR PERKAHWINAN

Bagi sesiapa yang mahukan maklumat lanjut, boleh la ke :-

Website          : www.kaiostudio.com
Instagram      : www.instagram.com/kaiostudio
Youtube          : www.youtube.com/kaiostudiotv
Twitter           ; www.twiiter.com/kaiostudio

Kalau nak follow Anwar Abdullah dan kaio secara personal, Boleh juga follow :-

Blog               : www.kaio.my
Instagram       : www.instagram.com/kaio_my

JURUGAMBAR PAKAR MURAH

Bagi pendapat Bella yang telah melihat sendiri hasil kretif KAIO STUDIO, memang amat mempersonakan. Video dan gambar yang dihasilkan amat mencuri hati dan memberi impak yang mendalam dalam hati. Bagi Bella, tidak apa untuk berhabis sedikit untuk mendapatkan hasil yang amat memuaskan hati dari murah, tapi menyakitkan hati. Jadi bagi sesiapa yang mahu dapatkan khidmat KAIO STUDIO jangan teragak-agak. Teruskan. Pasti korang puas hati dan senyum sendiri melihat hasil yang kretif dan halus ini. KAIO, memang terbaik!

4 comments:

  1. yang best team kaio ni x lokek ilmu.
    gamabr mmg xyah cerita ler tiptop.
    tgk moment family day pun dah cantik.

    ReplyDelete
  2. Menarik!! Nanti nak survey untuk majlis sanding tidak lama lagi la.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari