Aktiviti Hujung Minggu - Breakout

Seronoknya!!!! bila dapat berkumpul dan bersama - sama dengan Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari dan bermain aktiviti yang paling jarang ata...

Seronoknya!!!! bila dapat berkumpul dan bersama - sama dengan Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari dan bermain aktiviti yang paling jarang atau hampir ramai x tau tempat ni. Breakout!!  siapa yang tahu tempat ni apa, tapi tak pergi lagi? Ruginya korang! Best tau. Bagi sesiapa yang tak tahu hujung minggu nak buat apa kan? Jom kita buat Aktiviti Hujung Minggu Di BREKOUT. Keseronokkan yang lain dari yang lain. Kalau berjaya la yer.. hahahaa.

permainan games

Breakout!! disinilah tempat dimana kita mencipta keceriaan. Bella memula nak pergi sini, takut sangat. Takutnya! Tempat gelap. Siap request lagi. Boleh tak bawa HB? Hahahaa... sangat poyo. Tempatnya memang gelap, tapi biasa2x je. Takdalah terlalu seram. Bella fikir macam rumah hantu tu. Kita duduk dalam rumah yang dipenuhi hantu. Yelaaaa.. x pernah g lagi. Tak yah la gelakkan Bella. Pastu buatnya sesat dalam nie tak kuar2x acane? Kalau ada HB xpelah.. Leh lagi peluk kalau takut kan.  EEeeeee.... gatai.

aktiviti hujung minggu

Mesti korang terfikir - fikir abis macam manakah permainan Breakout ini sebenarnya??  Haaaaa... Permainan ini sebenarnya ada didalam bilik-bilik yang dipenuhi misteri. Yaaa Misteri. Dorang akan sumbatkan kita dalam satu bilik yang terpilih untuk korang cari sendiri jalan keluarnya. Mesti korang rasa senang je kan? Permainan ini amat menguji minda ya. Jadi persiapkan minda dan IQ yang tinggi ya.

Breakout

Cara permainan ini senang mestilah ada ahli ataupun pemain seramai sekurang-kurangnya 2 orang sehingga maximum 8 orang. Selepas itu korang silalah pilih bilik mana satu yang korang nak teroka dan mana satu korang yang korang nak rungkaikan misterinya. Haaa... setiap bilik mempunyai cerita dan rahsianya tersendiri tau.

Permainan terbaik
Setiap ahli tu plak akan diberi kan kebolehan dan peranan masing - masing. Peranan yang korang bawa tu jangan ambil mudah tau, sebab setiap peranan dan kebolehan yang diberikan itu adalah kunci yang membawa kepada kejayaan kumpulan korang.Sekaligus merungkai misteri bilik yang korang pilih itu seterusnya membawa korang keluar dari bilik kegelapan... haaaa.. senafas je Bella bagi.Hahahaha.


Inilah peranan dan kebolehan yang akan diberikan kepada setiap ahli kumpulan. Mesti masing-masing tahu kemampuaan diri sendiri kan? Jadi pilih lah kebolehan mengikut kemampuan korang. Bella rasa peranan yang penting adalah The Oracle, Lock Master dan The Lightbringer


Jom Bella ajak korang main dan korang cuba rasakan macam mana Bella main hari tu ok? Korang baca sambil bayangkan. ok? Hayati tulisan Bella ni. Hehehehe. Ok. Bella dan 5 Orang Blogger telah diberi satu bilik yang Bella tengok kosong je. Tu bilik kat dalam gambar tu. Kosong je kan? Disinilah tugas The Oracle yang kena ingat kat mana clue didalam bilik ini. Dalam masa 45minit kita semua kena keluar dari bilik kegelapan ini ok?


Korang kenalah perhatikan bilik ini betul2x. Paling penting pada kertas. Sape yang nak main ni, haruslah faham English. Kalau x memang payah la nak main. Tak faham soalan kata ko. Hhahaha... Tengok kat gambar tu. Area situ2x je ada soalan dan situ2x juga ada jawapan. Bella x leh la cite detail. Nanti korang menang pulak. Hahhahaa... Paling penting. Tidak menjadi satu kejutan la nanti untuk korang. Kannn...


Bila kita dah berjaya merungkai misteri di bilik pertama ni, kita akan dibawa ke bilik ke dua yang lebih misteri, gelap, tertekan dan masa yang dah tinggal lagi berapa minit saja. Aaaarrggghhhh... Jadi korang boleh gunakan apa saja untuk menambahkan masa korang ataupun bagi kebolehan korang tu kepada petugas yang menjaga korang tu. Petugas tu, akan bagi jawapan ataupun tambahkan masa korang. Korang pilih je la. Bella rasa baik korang minta jawapan je kalau susah sangat yer.. hahahaha.



Berbagai rancangan jahat disediakan yer.. di Breakout ni. Bella excited sangat sampai terhantuk la bagai. Adoiii!! Excited x kena tempat. Kumpulan Bella ni, lagi berapa minit je lagi kami nak berjaya. Malangnya masa sangat mencemburi kami.


Terperangkap la kami di bilik kegelapan... selamanya.. waaa.... waaa... x puas hati. Nak repeat!! sedih.


Bella hanya nak ingatkan... korang jangan la buat benda ataupun perkara-perkara yang disenaraikan kat atas ni, Tak menang pun.. Jaga diri korang. Jangan terhantuk macam Bella. huhuhu.Breakout ini terdapat didua tempat sahaja, iaitu di Avenu K (KLCC) dan Nu Sentral (KL Sentral) Ok, untuk keterangan lanjut bolehla ke :-

Website   :  www.breakout.com.my
Facebook :  https://www.facebook.com/breakoutmy
Instagram : https://instagram.com/breakoutmy/

Baiklah.. sampai disini dulu, Berseronoklah jika dapat keluar dari bilik kegelapan ya.. xoxo.

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Nampak cam scary gak ye bilik tu. Mesti cemas kan. Hmmm menarik!

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.