Friday

Makanan Itali Yang Sedap

Korang, pernah rasa tak makanan itali? Makanan itali tu, macam pasta, pizza, ayam goreng, makanan yang berkeju lebat dan banyakkk lagi. Bella aritu berpeluang ke Openning Ristorante Italiano Capricciosa Pasta & Pizza. Bella dan Blogger 2x lain dan kebanyakkannya dari Kelab Blogger Ben Ashaari dan EFG dijemput untuk merasa makanan ini sendiri. Terima Kasih buat Blogger Irra. (klik je link ni) Capricciosa restaurant nama pun Itali sangat kan? Sedapnya Capricciosa ni .Restaurant ini adalah restaurant Itali pertama di Malaysia yg Halal tau. Haa... mencari yang halal itu sunnah taw? 

Bella pergi aritu masih dalam mood raya. Memang pergi siap2x pakai baju raya la. Banyak gegiler open housenya. Masa Bella pergi restaurant itali ni aritu, memang banyak sangat dorang buat promotion. 50% diskaun. Semua makanan dan minuman plak tu. Banyak kot 50% diskaun. Lepas tu plak budak2x dapat makan free lagi. Giler x best? Ada lagi... dorang ada bagi kad survey untuk tahu mengenai restaurant dorang ni. Korang isi dapat voucher rm10. Okla satu meja isi kumpul2x next visit korang leh la order satu pizza secara percuma!! tapi 50% diskaun tu 4hari saja.


Ini adalah contoh menu yang ada. Xda la mahal sangat dan xda la murah sangat. Kalau korang orang yang mampu mesti korang kata owh murahnya!!  haaaa... Bagi bella sekali sekala boleh la. Siapa yang nak rasa macam mana lah.. rasanya masakkan dan makanan itali ya? cepat-cepat kesini.


Ini adalah salah satu favorite Bella kat sini. Sedapnya... Nipis dah penuh dengan isi. Pizza signature kat sini. Maknanya sape yang datang mesti rasa ni tau. Capricciosa Pizza namanya. Itali sungguh! Saiz family rm 27.90 dan personal size rm17.90. 

Restoran makanan itali

Ini adalah satu lagi Pizza yang dapat Bella rasa. Quattro Formaggi Pizza. Diperbuat daripada 4 jenis Cheese taw. Jadi so cheezy. Bella tak perasan pulak time tarik tu, pizza tu chewy sangat ke x atau meleleh2x sebabnya, time Bella datang tu tingggal sekeping je untuk Bella. Nasib dorang tinggalkan, kalau dorang ngap semua.. memang Bella x leh cite la pasal pizza yang sangat bercheese ni. Harganya pulak, rm29.90.


menu di capricciosa

Ocean platter rm69.90. Agak mahal tapi berbaloi sebab korang boleh rasa kebanyakkan makanan itali yang ada kat sini. Dalam satu plate pinggan yang besar ni ada creamy Garlicky Salmon, Calamari Fritto, Black mussels, pasta dan Rice Croquette. Rice Croquette penuh ber chesse. Sedap sungguh. Macam macam chess yang dibulatkan aja. Hmmm teringat-ingat.

restaurant itali

Mee hitam yang pelik ni, namanya Squid in Pasta (rm27.90) Hitam kan? ini bukan mee yer.. tapi pasta. Hahaha.. Bella ada snap pic Bella ngah makan Pasta ni, tapi agak x senonoh yer.. sebab hitam kan? Jadi kena la minta pic kat Blogger lain. Blogger lan kata dia x suka pasta ni, tp lain plak dengan Bella. Bella rasa pasta ni sedap! yerrr sedappp.. rasanya macam campuran bawang yang digoreng. Abg Lan.. sedap la. Korang leh baca cerita Abg Lan disini Restoran Italy Capricciosa Saji Menu Halal Terbaik. Korang g try plak, pastu bgtau sedap atau tak. Sape yang sama test ngan Bella.

makanan sedap

Coklat meleleh2x ni.. bagi Bella Terlalu manis. Siapa yang suka manis, korang akan rasa seperti melayang-layang kenikmatan la yer.. Choclate Brownies namanya. Harga rm11.90.

capricciosa

Ini tiramisu desert terakhir kami disini. Rasa kopi. Siapa coffee lover coffee suka la. Harganya pun sama..rm11.90. Bila korang makan tiramisu ni, time korang potong guna sudu tu kan..korang akan dapat rasakan lapisan yang ada kat cake tiramisu ni. Lapisan kek, creamy dan lapisan kek lagi sekali. Tengok pic pun dah tau kan?

capricciosa

Korang nak tahu sedap ke tak Capricciosa Makanan Itali nie.. cuba korang tanya anak blogger Lan ni, Akiff. Sedap kan? Licin dia makan. Percayalah.. budak2x mana pandai menipu. Muka pun macam nak lagi tu. Hhehehe.

OK.. ini saja dulu menu yang Bella boleh share. Jikalau Bella pergi lagi dan rasa menu lain Bella update ok. Sape yang nak makan makanan itali tu, memang amat dicadangkan kesini, Sekali sekala.. kan.. apa salahnya. Try la makanan itali pula.

3 comments:

  1. Wah nampak menyelerakan, tak pernah lagi ke sini.

    ReplyDelete
  2. kenapa tiba - tiba lapar ni :(

    ReplyDelete
  3. Ada kawan pernah makan squid pasta ni..habis gigi, bibir jadi hitam. Pastu sembang macam biasa..hahaha. mujur makan dgn kawan2, kalau dengan bf??

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari