Komedi Mafia Paling Lawak - LAUGH DIE YOU 2

Laugh Die You 2 - The Mob : Komedi Mafia paling lawak yang menampilkan 5 orang pelawak terkenal yang akan berlawan membuat lawak diatas...

Laugh Die You 2 - The Mob : Komedi Mafia paling lawak yang menampilkan 5 orang pelawak terkenal yang akan berlawan membuat lawak diatas pentas secara stand-up komedi. Lawak ini akan membuatkan kita ketawa berdekah-dekah kerana sangat kelakar! "Laugh Die You" telah ditayangkan dan sekarang,dengan bangganya Popcorn Studio mempersembahkan pula "Laugh Die You 2 - The Mob" . Paling terbaik, bukan hanhya menampilkan 4 pelawak terkenal tetapi 5! ya. 5 Orang pelawak yang sangat terkenal dan Kelakar. Laugh Die You 2 adalah perlawanan gelak antara Malaysia vs Singapore yang tidak pernah abis!. Aksi yang sangat dan amat kelakar ni, dapat ditonton pada 1st and 2nd October di HGH Convention Centre.

      STAND UP COMEDY

"The Mob" sebenarnya adalah berkenaan pertempuran ataupun battle untuk dunia lawak secara bersendiraan (stand up comedy). Lawak sebenar yang akan dicetuskan oleh "The Godfather" watak Harith Iskandar dan akan diganggu oleh "The Contractor" watak Phu Chu Kang.

     Ketawa, cerita lawak

Mewakili Malaysia tidak lain tak bukan adalah pelawak solo terkenal Harith Iskandar bersama-sama Kavin Jay. Singapore pula, Jonathan Artherton dikenali dengan The DON dan Fakkah Fuzz. Komedi ini tidak akan lengkap tanpa kehadiran PHU CHU KANG. Persembahan ini akan berlangsung selama 2jam dan akan diiringi oleh band rock Hydra.    

     cerita lawak harith iskandar

"Laugh Die You 2 - The Mob" menjanjikan persembahan "stand up comedy" yang terbaik dan akan sentiasa diingati serta memastikan kita pulang dengan kepuasan yang tidak terhingga. "Laugh Die You" adalah perkataan yang diambil dari perkataan kantonise "SIU SEI LEI". Persembahan ini mengangarkan 4000 penonton yang akan datang dan melihat Comedy ini pada 1st dan 2nd October 2015.

                    comedy

Tiket-tiket yang berharga RM308 (VIP) , RM258 (GOLD), & RM158 (SILVER) boleh didapati di www.vip.my.  Tiket- tiket sudah mula dijual pada hari ini. Ada tawaran istimewa untuk pembeliaan awal yang bermula dari 26 August sehingga 10th September 2015. Korang digalakkan untuk menempah dan membeli seawal mungkin bagi memastikan korang mendapat tempat terbaik. Kalau dilihat daripada persembahan sebelum-sebelum ni, banyak yang kecewa sebab tiket abis terjual. Untuk mengelakkan kekecewaan, lebih baik semua beli awal2x ok...    

      laugh die you 2

Pada hari berlangsungnya persembahan ni, GrabCar's menawarkan perkhidmatan percuma bila korang memesan dengan menggunakan kod "LAUGHDIEYOUGC" sehingga rm20. MyTeksi's juga memberikan promosi yang sama dengan menggunakan kod "LAUGHDIEYOUMT" dengan sehingga nilai rm5. Bagi sesiapa yang tinggal berjauhan bolehlah menginap di Seri Pacific Kuala Lumpur dengan diskaun sehingga RM330nett untuk semua bilik dengan hanya menunjukkan bukti pembelian tiket LAUGH DIE YOU 2. Harga bilik termasuk sarapan.

Sebarang pertanyaan boleh la ke www.facebook.com/laughdieyouKL
     
     

You Might Also Like

2 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.