Wednesday

Cara Mekap Yang Paling Mudah Dan CANTIK

Hai gurlzzz.. hari ini Bella nak share tip atau Cara Mekap Yang Paling Mudah Dan Cantik yang akam membuatkan U olls nampak meletup dan comel lote. Macam Bella. heheheh.Takda la cantik sangat, tapi amat berguna untuk yang baru belajar mencontengkan wajah ya. Mekap ler.


Muka belum mekap... eyuwww.. hahahaa... bella bernasib baik, syukur alhamdulilah muka xda masalah yang serius sangat. Haruslah sebelum mekap cuci wajah bersih-bersih dan pastikan kulit wajah korang jenis yang macam mana. Perasan x? Mata Bella besar sebelah, hahaha. HB kata sebab selalu tengok kamera. Hahhaaa... ada ke? Tp macam logic gak la. Sebb Bella guna DSLR.


Jika kulit muka korang kering, silalah lapiskan dulu dengan pelembab. Macam kulit muka Bella, berminyak taw. Jadi Bella malas lah sapukan pelembab, nanti mekap x melekat la. Gugur gitew.. huhuuu. Last time Bella ada buat facial di Airellyn Spa Beauty (click). Haaa time tu sapu bedak je pun muka dah jadi licin. Bedak cantik je rata. Sekali sapu je. Sebab x maintain kan.. jadi kesan tu pun dah xda. Kena lah sapu penutup cela.. ataupun bedak asas.

       

Perkenalkan.. ini lah foundation atau bedak asas yang bella pakai selalu. Brand Maybelline. Selalunya brand yang sangat sesuai ngan muka Bella adalah dari Maybelline dan Loreal. Dua brand ni memang amatttt sesuai dan nampak cantik dengan kulit muka Bella.

Tips memilih foundation atau bedak jenis cecair : 

1. Beli foundation yang sesuai dengan warna kulit muka, jangan terlalu putih atau terlalu gelap.
2.Cuba sapu atau calitkan dulu sedikit foundation ke belakang tangan, pilih foundation yang langsung tidak kelihtan ditangan ataupun kelihatan putih sedikit saja.

Selalunya Bella akan beli yang kelihatan perbezaan putih sedikit dari tangan. Barulah muka nampak putih, ataupun langsung x kelihatan. Maknanya bila kita sapu bedak asas tu langsung tidak kelihatan, yang nampak hanyalah wajah kita yang licin tanpa sebarang cela. Giteww..


Lepas tu sapukan bedak compact pula. Caranya, korang jangan sapu tau. Sepatutnya korang tekan2x span tu ke muka. Barulah bedak compact tu akan menutupkan cela, mampat dan tahan lama. Kalau korang sapu je kat muka, bedak tu banyak melekat kat span je la jawabnya.


Lepas sapukan bedak asas dan compact ke muka. Banyaaakkk beza kan? Kalau x muka macam sakit je. Lepas apply kan bedak2x asas tu, nampak la serinya. Ada je yang suka pakai krim muka. Sapukan krim muka lepas tu sapukan bedak compact. Macam krim muka safi. Krim muka tu, membe Bella pakai dan buat macam tu. Muka mmg nmpak licin dan flawless sangat. Tapi, Bella kalau buat macam tu mekap x tahan lama, jadi cara tu x sesuai ngan muka Bella. Jadi korang boleh la cuba yang mana sesuai yer.



Opps maafla yer..hidung kembang den terlalu terselah digambar ni. Hahahaa... Step seterusnya kalau korang nak la yer. Kalau nak simple teruslan pakai lipstik or lipgloss terus nampak simple dan comel. Bella selalunya pakai eyeshadow, eyelines dan maskara. Nampak la lain kan.. Lagi2 nak selfie nampak cung sikit. Haahaha.. Eyeshadow tu Bella ikut warna baju. Korang boleh saja campurkan 2 @ 3 warna eyeshadow untuk nampak menyerlah. Selalunya kalau Bella malas sangat, Bella just pakai eyeliner sebab maskara susah nanti korang nak solat. Time cuti leh la. Eyeliner xpe. Lelaki pun disunatkan pakai.



Hasilnya nampak simple and comel kan? hehehe Korang just applykan lipstik yang berwarna pudar untuk kelihatan simple dan comel. Sekadar warna pink cair. Eyeshadow pun just warna yang cair2x saja dan tidak keterlaluan.Sedikit Blusher juga boleh di sapu halus. Blusher.. pemilihan berus paling penting. Berus yang korang gunakan, memang memberikan hasil yang berlainan.

Cuba tengok header Bella tu, untuk wajah garang dan sedikit menyerlah. Sapukan saja lipstik yang merah menyala dan tebalkan sedikit eyeline. Bella turut memakai contact lense berwarna biru. Nampak lain skit la. Kan? Mekap yang menyerlah sesuai untuk dinner. Malam kan.. kalau korang pakai mekap nipis x nampak nanti.

Ok.. harap manfaat dan semoga semua perempuan di Malaysia jadi comey lote lepas baca post Bella ni, kalau x faham juga.. terpaksalah Bella buat video... hehehe. bye2x

P/s : Pic iklan sungguh.. tak mekap x senyum. Mekap senyum.Hehhee..

6 comments:

  1. hehehee. cantik kite tengok kak bella ni. pandainyaa akak mekap. sy ni harapkan reti pakai krim dgn tenyek bedak jelaaa. nanti share laa tips nak mekap laa yee kak! suka bacaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni biasa2x je la syggg.. asas jer. haha

      Delete
  2. wahh. cantik ploless gitteeww

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari