Monday

Cantiknya Mekap Golden Rose

Golden Rose adalah jenama barang cosmetic atau mekap yang berasal dari turkey. Produk ini telah berada dipasaran lebih dari 30tahun. Huishh... matang dah tu an.. sekarang ini produk ini telah melebarkan sayap ni ke Malaysia. Bella telah berkesempatan mengunjugi cawangan terbaru Golden rose di Malaysia.


Terletak di Sunway Putra Mall, Asean Venue Lot 4-8. Bahagian belakang-belakang sikit la. Korang kena cari sikit.Kedai ini kecil sahaja, tapi lengkap. Semua barang keperluaan mekap semuanya ada. Harga bermula serendah Rm12 hingga Rm60 kalau Bella x silap la ya.


Bella tertarik sangat dengan blusher tu. Rare kan? Dibentuk macam bola2x kecik macam tu. Tapi stock blusher banyak lagi. Zaman2x GST ini kan.. kena belanja dengan berhemat. Harga tu x termasuk GST lagi tau.  Jadi, takpe.. nanti dulu. Cari apa yang betul2x perlu saja.

Barang mekap

Kebetulan powder bella dah nak abis. Jadi okla. Baik Bella beli powder ni, boleh la bagitahu korang feelnya kan?yang pasti memang terbaik. Powder ni, terasa licin dimuka tau. Hmmm susah nak terangkan. Rasanya memang lain dari yang lain. 


Luxury sungguh kan lipgloss ni. Bella x suka sangat pakai lipgloss, rasa melekit2x kan.. tapi tak tau la lipgloss yang ni macam ne. Siapa yang dah try boleh la cite yer..


Ini jela yang Bella mampu grab. Lipstick, powder ngan eyeliner. Lepas pakai, memamg rasa nak beli disini lagi. Produknya amat sesuai ngan kulit muka Bella. Pasni Bella bagi tip mekap ok.. Jadi janganlah ragu2x memakai produk dari Golden Rose ya.. terbaik!!.

Jom Bella share detail ya.. mana tahu ada yang berminat nak online shopping. Boleh la.. ke

Website    : http://www.goldenrose.com.my/

Email       : enquiry@goldenrose.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/goldenroseMY?fref=ts

Instagram : @GOLDENROSEMALAYSIA

Happy shopping!!...


 

1 comment:

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari