Era Pembelajaran Baru Melalui Pencil.my

Pencil.my satu nama baru bagi Bella. Tertanya - tanya juga Bella apa Pencil.my ini bila Bella dijemput untuk menyetahui dengan lebih lanju...

Pencil.my satu nama baru bagi Bella. Tertanya - tanya juga Bella apa Pencil.my ini bila Bella dijemput untuk menyetahui dengan lebih lanjut apakah itu Pencil.my? Pencil.my telah menjemput Bella untuk sertai makan malam gilang gemilang untuk memperkenalkan ERA PEMBELAJARAN BARU MELALUI PENCIL.MY yang bertemakan Wild Wild West, cowboy in the SACC.  Kata nak tahu lebih lanjut mengenai Pencil.my ini kan? Jadi haruslah Bella pergi.

Era Pembelajaran Baru Melalui Pencil.my

Masa mula sampai di tempat event, Bella dah tertarik dengan Setia City Convention Centre ini. Luas, cantik dan baru. Pandai dorang pilih tempat. Cantik dan nampak Class sangat. Disini lah berlangsungnya Appreciation Dinner Pencil Brand 2015. Ia adalah satu majlis yang bermatlamat untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan negara kita. Pencil Brand Sdn Bhd berusaha menaikkan kualiti pendidikan negara dengan menwujudkan pendidikan dalam talian. Menarik kan?? Tapi Bella masih tak berapa nak nampak apa yang Pencil.my ini buat dan fokuskan. Kena tunggu majlis bermulalah dan terangkan kepada Bella. Barulah faham.

Era Pembelajaran Baru Melalui Pencil.my

Rupanya, Pencil.my adalah satu portal pelajaran yang menyediakan pembelajaran tambahan kepada anak - anak kita. Program ini telah di upgrade mengikut peredaran semasa sebab Bella tengok sistem ni direka lebih kurang sama macam Aplikasi Facebook. Pendekatan yang mudah bagi anak - anak lebih cepat tertarik dan lebih seronok untuk belajar. Apa yang diperlukan adalah tab yang disediakan oleh Pencil.my. Dia bukan application yang boleh di download. Pembelajarannya atau sibilus dan soalannya sentiasa dikemaskini oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Sistem pendidikan dalam talian juga sentiasa dipantau oleh pakar-pakar program.

Era Pembelajaran Baru Melalui Pencil.my

Bila kita tengok dari sudut kebaikan, memang banyak la sebab zaman sekarang budak  1tahun pun berhenti menangis bila dapat phone atau tab. Cuma Bella tidak pasti plak macam mana system ini dipantau. Itu Bella tak tau. Maksudnya macam mana kita nak pastikan pembelajaran yang disediakan sentiasa dikemaskini dan bukannya berulang - ulang. Applikasi ini juga membenarkan anak - anak kita berinteraksi dengan kawan - kawan yang lain. Tujuannya bagi memudahkan mereka menyemak jawapan atau meminta bantuan rakan untuk menjawab soalan. Bagi Bella agak susah juga. Susah nak pantau. Betul ke mereka lebih banyak buat latihan dari menyembang kan? 

Era Pembelajaran Baru Melalui Pencil.my

Boleh je kalau ibu bapa melihat dari sudut positif, sebenarnya aplikasi ini yang diperkenalkan oleh Pencil.my agak maju dengan konsep bersosial sambil belajar. Maknanya sambil berhubung dengan rakan-rakan yang juga menggunakan Pencil.my sambil tu dorang belajar. Ala-ala buat study group, tapi dalam talian.

Era Pembelajaran Baru Melalui Pencil.my

Apa yang mungkin menjadi tarikan anak-anak adalah pautan ke Facebook. Tiap kali dorang berjaya dapat menjawab soalan, dorang akan dapat lencana dan akan terus dipaparkan di Facebook. Pencil.my mengharapkan wajah baru pembelajaran ini dapat memberikan impak buat anak-anak kita lebih bersemangat untuk belajar. 

Era Pembelajaran Baru Melalui Pencil.my


Pengurus Operasi Pencil Brand Sdn Bhd, Amirrudin Ramli berkata, beliau optimis bahawa lebih 200,000 pelajar akan menggunakan produk berkenaan dalam masa terdekat, sekali gus mampu menambah pengalaman pelajar menggunakan teknologi terkini. Pencil Brand juga akan membuat pelaburan bernilai lebih RM10 juta dalam teknologi dengan meneroka dengan pakar-pakar Teknologi Maklumat dari India dan Silicon Valley. 

Era Pembelajaran Baru Melalui Pencil.my

Pencil Brand bermatlamat untuk meningkatkan pasaran di Malaysia sebanyak 30% sebelum berkembang ke pasaran antarabangsa. Pencil Brand mempunyai visi yang tinggi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dalam masa 10 tahun dengan menyerahkan kos yang berkesan dan berkualiti tinggi pada perkhidmatan pendidikan di seluruh negara. Dengan menumpukan kepada pendidikan di sekolah-sekolah, Pencil Brand menyasarkan untuk meningkatkan jumlah pelajar-pelajar Malaysia yang berpendidikan lebih tinggi serta layak dan meningkatkan tenaga pekerja-pekerja mahir di Malaysia. Bagi ibu bapa atau sesiapa saja yang berminat untuk mendapatkan produk terbaru dari Pencil.my bolehlah menghubungi : 

Website :- www.pencil.my
Email : support@pencil.my
Hotline : 1300 888 055

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.