AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Friday

Telco Prabayar Yang Membebankan!!!

Salam semua.. hari ni bella nak share sal bad experience menggunakan jalur lebar ni. Bella dah guna kebanyakkan jenis perkhidmatan jalur lebar ni. Sebb bella addict guler ngan internet!! boleh mati kutu, mengalami kemurungan berpanjangan dan masalah tido x lena. hehehe.😜😜.kalau xda internet satu hari.

Dulu bella pernah guna maxis. Line punya, bella join dengan BF bella. Dulu maxis ada buat promotion no utama boleh sub kan linenya kepada orang ke 2 ke 3 atau ke 4. Tapi bill orang pertama yang tanggung tau. Kebaikannya, bila kita call sub line kita, percuma. kalau lebih qouta yang dia bagi pun... rate akan lebih rendah. sms percuma 300. dll la. Then bella pun ambil la pakej tu. Bill pertama dah problem. Dia buat separate bill. Bella punya la pulun guna data semua, tengok bill charge mahal! giler!!

Bella pun apa lagi, pergila complaint. Dia kata, staff dorang buat betul. Bella yang salah pilih plan.Kita pengguna, kalau betul xkan la bella nak datang complaint kan?? Staff yang bernama mas (bukan nama sebenar..walaupun dah lebih 8 tahun tetap x leh lupa pekerja tu) kata dorg x salah. Kalau nk waive kena pergi HQ, minta refund. Then dorang buat balik ikut plan yang bella nak. Masa tu bella x terfikir plak nk buat official complaint. Kecik lagi masa tu..hahhaa..



Lepas beberapa bulan, bella rasa plan tu langsung x menguntungkan.. tiap2x bulan bill tetap melambung dan mahal walaupun no tu hanya untuk bella dan BF bella je berhubung.Dulu ne ada whats app.Bella kalau ikut hati nak terminated je no tu,sebb bila buat plan ni no tu hanya boleh diguna untuk plan ni saja.Tapi, BF sayg sgt ngan no dia, x bagi terminate. Maxis kata cara lain buat sparate bill dulu. Ok la, bella setuju buat sparate bill. Tapi, kena denda. Teruk betul. Duit aritu x refund lagi. tapi kena denda plak. Malas nak fikir panjang dan nak settle kan je benda ni secepat yang boleh bella bayar je denda lebih kurang rm300 plus penggunaan ntah bila2x punya, dan bella dan tanya ngan dia semu dan settle yer?? pekerja tu kata settle!! okey...

Trauma x mau guna line lagi la lepas tu.. lama juga. Tapi kehendak manusia kan, ne boleh halang. Datangla promoter promote plan celcom dorg. Beria2x kata fix rate rm28 je sebulan untuk penggunaan call dan sms. Ingat sangat masa tu kat jalan tar. Bella pun setuju. Cuba la check guna ic.. sekali, budak tu kata " sorry kak, nama akak blacklist la.. kena check ngan maxis." aduiiii!!! menyirap. Aritu kata dah settle semua, dah la dah clash dengan BF aritu. Penggunaan no dia plak tu. Adoiii!!! tak leh la cakap banyak, apa2 bukti pun xda kata dah settle everything aritu. Nak cantikkan nama, bella bayar je la dalam rm189. Maxis sangat2x bella pangkah sampai sekarang. Sila ambik ikhtibar ya.



MAXIS, for your info.. this is not my friend or my family or experience from goggle or other else. This is my own experience. Show that how bad your service. Charge me because your staff fault. Really disappointed!!! for customer please choose the right telco.Ini pengalaman lama bella sila jadikan rujukkan.

P1-wimax!! sape pernah dengar?? P1 sekarang ngah promote sakan kat radio era. Bella pernah guna P1 sebab kawan yang suggest. Kawan kata P1 sekarang gempak dan laju sebab masih baru. Bella plak masa tu tengah cari modern yang sesuai untuk berinternet. Sebab,bella baru beli laptop. Bila membe cadangkan, bella terus la subcribe P1-Wimax tu. Memula laju la.. lelama slow. Bila bella call customer service P1, dia mesti suruh pusingkam modern tu.. kadang2x langsung xda line. 


Fed up giler!! bila bella complaint dia kata sebab bella duduk kat apartment tinggi jadi line slow. Pesal yerk? line tu x larat pnjat ke? P1 ni dia contract. Selagi tak abis contract kita dengan P1 x boleh cancel ok.. kalau cancel kena denda. Contract selama dua tahun, jadi kalau nk cancel dia akan kira penggunaan kita selama 2 tahun tu walaupun kita tak guna lagi. Senang sungguh buat duit. Jadi, bella gigih juga la bayar selama 2 tahun dan cancel. Kebetulan.. membe bella ni, mmg adore ngan bella apa bella buat dan beli dia mesti nak tiru. Jadi dia pun belila P1 juga. 



Ngam2x dua tahun bella cancel P1 tu, tapi penggunaan bulan tu bella dah bayar awal. Masa nak pergi   terminated tu, bella bawak modern P1 tu. Petak hitam tu, staff tu kata dia dah terminated kan, bella tak payah buat apa-apa dan modern tu bella boleh ambil. Apa??? betul kew? Dia kata betul. Ok la.. senang hati sebab bella dah terminated line, tapi modern yang lembab ni bella nak buat apa?? Abaikan je la.

Selang seminggu, bella asyik dapat sms dari P1 yang menyatakan bella berhutang lagi dalam rm300. Minggu depannya dapat lagi sms kata rm600 tiap2x minggu sentiasa bertambah. Memula bella nak ignore je. Tapi macam menakutkan la pulak. Bella call center dan memang nama bella clean tidak ada hutang dan tunggakkan. Ntah macam mana, bella ternampak kat fb group P1 Wimax S***ks
kalau korang nak lagi detail, cuba korang klik kat link tu dan baca. Rupanya, P1 ni akan masukkan nama yang tak bayar dalam CTOS. Giler ke apa???
Bella pun mengelabah la..download check ctos bella macam ne. Alhamdulilah.. xda sangkut ngan P1. Baru-baru ni bella ada jumpa membe bella yang adore bella sesangat tu kan.. lepas cerita macam2x dia pun buka la cerita, P1 dan masukkan nama dia dalam CTOS. Dia kata, memula, dia tengok kat bill hutang dia ada lagi rm30 sahaja, tapi dia abaikan dulu sebab pembayaran perlu dibuat di petaling jaya. Dia kat Johor time tu. Selang berapa tahun kemudian, sampai lagi surat dan kali ini hutang dia sudah berganda menjadi rm1k lebih! dia kata.. arrghhh malas aku nak bayar. Bella just pesan kat dia, terpulang tapi sila check nama dekat CTOS. aduiii... masuk CTOS payahlah korang nak buat hutang kat bank untuk beli rumah, kereta, loan asb.. semua tu sangkut la.

MAXIS teruk juga, tapi P1 lagi teruk. Ni bella dengar dengan telinga bella sendiri tau. Sumber yang amat dipercayai.

Celcom!! sekarang bella tengah guna Celcom. Bukan sebab terbaik or tiada masalah, tapi sebab terpaksa. Kat kampung bella ada line celcom sikit. Sikit lebih baik dari tiada langsung. Sebenarnya, Bella banyak bad experience dengan celcom ni. Bella terdetik nak buat pos ni sebab celcom la. Buat taik. Dulu bella dengan HB guna line. Itupun bella yang paksa sebab kita asyik call je. Guna top up memang tiap2x hari la jawabnya.Terasa rugi dan membazir.



Okey la.. kami subcride line.Celcom kata bila kami guna line ni, dorang akan bagi free panggilan. Bella tak ingat berapa jam, tapi memang berbaloi. HB kata cukup tu untuk sebulan. Bill pertama dah problem. Sepatutnya, bayaran bulanan kami hanyalah below rm100 macam tu tapi HB kena dalam rm3ratus lebih.Bila check dengan celcom, HB ada menggunakan internet.  what???? Guna hp nokia keypad bulat je. Rupanya hp tu boleh surf internet!! dan yang paling harunya.. celcom x sekat pun. Dibiarkan aja bill tu melambung. Padahal line tu untuk panggilan telefon dan jika kami terlebih jam panggilan pada bulan itu, panggilan akan disekat. Tapi.. tapi untuk surf internet yang kami sendiri pun tak tahu dalamnya ada function internet dibiarkan saja tanpa disekat. Celcom!! syabas.. korang mmg geliga buat duit.
Kami pun terminated la line tu, dan bayar sikit2x setiap bulan. Hmm haru betul. Bella tetap kena guna internet untuk update blog. Selalunya bella lepak starbuck or old town untuk gunakan wifi, tapi bila dah kawen.. ne leh lepak lelama macam tu kat luar, jadi bella belila line celcom khas untuk internet saja. Masalah tetap ada, haritu kata fix amount tiap2x bulan, tak ingat la berapa..Tapi tula tak pernahnya fix.Mesti lebih.Mesti.Huh!! HB suruh terminated juga..lagipun kesian plak kat HB termanggu je tengok bella buat blog dia plak tengok program ASTRO yang 10x ulang tu.



Time nak batalkan line celcom tu, punyala susah. Call ari pertama..ok kami akan hubungi en 2 hari lagi untuk pembatalan. Lepas 2 hari, pegawai celcom call offer macam-macam supaya kami tidak batalkan line tersebut. Lepas kami tolak semua offer dia kata ok.. dalam process. Lepas 2 hari x terminated lagi. Offer lagi macam-macam. Pas line sana sini pujuk supaya sambung guna. Bad service. Terminated juga. Tak peduli.

Agak lama bella bertukar kepada line digi, sebab HB hadiahkan. Masalahnya line digi limited sangat.Duduk kat kg xda line!! dah la duduk seminggu!! OMG!! mati kutu.Then baru2x ambik balik line celcom..Tapi yang top up punya. Masalah jugak!! bella ambik plan untuk internet saja. Jadi untuk permulaan ni, bella nak beli top up yang 4G terus. 7E sebelah office bella plak xda yang rm50. Jadi bella top up la rm10 5x. Check2x balance tinggal rm30.Apa ni??? baru top up kot.

Bella call la celcom center bagitau kata top up bella kena makan. Takkan x puas2x lagi ambik GST. Celcom kata bella dah on data. Sepatutnya jangan on.Kebetulan HP pulak baru, x sedar data sedang on. Sepatutnya, celcom x leh buat macam tu. Tolak credit orang sesuka hati. Lainla kalau bella subscribe bella nak pakai pakage internet mana. Ni main tolak jer!!! HB dulu pun pernah kena. Tapi dulu guna HP blackberry. Tetiba credit hilang. Celcom kata HB ada subscribe perkhidmatan apa ntah. Sampai dia tolak kredit laju giler bila on data. Masalahnya ni, bella x surf internet pun. Tetiba je hilang. Bella minta refund x dapat ok.

Huh!!!! argggghhh bengang sangat, Hhahaaa... Celcom, kalau kat kg aku ada line lain. Sure aku terminate line ko yang curi duit orang senyap2x ni.

Ok..kat sini bella nak bagi sikit Tips :

  1.  Bila terminate kan mana-mana line telco sila follow up untuk 2 bulan yang pertama. Kadang-kadang bill last kita tidak termasuk dengan panggilan atau penggunaan terakhir kita.
  2. Terminate dekat dorang punya head office adalah terbaik, sebab kita akan dapat copy dan surat hitam putih menyatakan kita dah buat pembayaran penuh dan pemotongan perkhidmatan.
  3. Bagi melanggan apa2x plan internet terutama celcom, korang langgan dulu baru on data.Kalau x.. abis dirompaknya kredit korang tanpa sedar.
  4. Pilih plan yang terbaik mengikut penggunaan harian korang. Kalau sedang bercinta, elok ambil plan berbual. Suka whats app ambil plan internet..haa macam tu la.
Ok.. salam sayang dari bella, kalau ada update dari celcom tu bella bagitau.Tapi lumrah la mana2x syarikat. Ambik duit kita.. bukan main senang. Bukan main laju. Minta refund.. mimpi la... bye2x.

P/S: Maaf buat kawan-kawan bella yang kerja di telco2x yang bella sebut diatas. Benda yang baik dijadikan teladan..benda yang x baik kita buat sempadan. Bagi xda lagi orang yang kena rompak lagi macam bella.. daaa daaaa...

1 comment:

  1. tak tau nak pakai yang mana kan.. pakai u mobile je. fix. tapi prepaid lah. rm30 sebulan 1.5 gb. tapi tak semua tempat cover..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.